Ini enam filem P Ramlee yang masih segar dalam ingatan
Siti Nursyazwani,
22 Mac 2018
Walaupun namanya tidak disebut dari awal, pasti ramai yang dapat meneka bahawa seniman yang dinyatakan adalah Seniman Agung Allahyarham Tan Sri P Ramlee yang telah berkarya sejak tahun 1948. -Gambar fail
JIKA disebut nama seniman tanah air ini, pasti ramai yang mengagumi bakat beliau yang telah memberi impak besar terhadap industri perfileman, muzik dan lagu-lagu Melayu sehingga hari ini.
Seniman ini telah meninggalkan satu budaya unggul dan tidak mungkin mana-mana penggiat seni dapat menandingi beliau yang telah menghasilkan produk bak lima bintang!
Walaupun namanya tidak disebut dari awal, pasti ramai yang dapat meneka bahawa seniman yang dinyatakan adalah Seniman Agung Allahyarham Tan Sri P Ramlee yang telah berkarya sejak tahun 1948.
Sempena tarikh kelahiran P Ramlee atau nama sebenarnya Teuku Zakaria Teuku Nyak Puteh yang dilahirkan pada 22 Mac 1929, ini enam filem seniman agung ini yang masih segar dalam ingatan masyarakat kita.
Namun, karya istimewa Allahyarham P Ramlee terhenti apabila beliau menghembuskan nafas terakhir pada 29 Mei 1973.
Bujang Lapok
Filem ini merupakan filem komedi arahan pertamanya. Beliau yang turut menerajui filem ini bersama Allahyarham S. Shamsuddin dan Allahyarham Aziz Sattar.
Watak kanak-kanak bernama Ayu berjaya mencuit hati penonton dengan telatahnya yang sering meminta upah 20 sen sekiranya Sudin dan Zaiton mahu kanak-kanak itu mengunci mulut daripada memecahkan rahsia percintaan mereka.
Pendekar Bujang Lapok
Filem ini merupakan filem kedua dalam siri Bujang Lapok yang masih mengekalkan trio kegemaran ramai, Allahyarham P Ramlee, Allahyarham S Shamsuddin dan Allahyarham Aziz Sattar.
Pendekar Bujang Lapok berjaya mengungguli Anugerah Komedi Terbaik di Festival Filem Asia ke-6 pada tahun 1959.
Filem bergenre lucu ini mengisahkan tiga bujang terlajak - Ramli, Ajis dan Sudin berguru dengan Wak Mustarjo, seorang guru silat. Pada masa sama mereka cuba memikat anak gadisnya, Ros.
Filem bergenre lucu ini mengisahkan tiga bujang terlajak yang berguru dengan Wak Mustarjo.
Aziz: Sudin, rumah yang kau cakap dulu tu dah ada orang tinggal belum?
Sudin: Rumah yang mana tu? Ooo.. rumah yang itu masih kosong lagi, kalau kita apply dapatlah
Aziz: Bagus juga ya, berapa bilik ada Din?
Sudin: Yang aku tengok ada tiga balik masih kosong
Aziz: Bagus ya Din tiga bilik, boleh kita seorang satu. Berapa besar agak-agaknya bilik itu?
Sudin: Besar tak berapa besar. Kalau tak silap aku, tujuh kaki panjang, lima kaki lebar, tujuh kaki dalam
Aziz: Besar juga ya tu tujuh kaki panjang, lima kaki lebar, ada dalam lagi ya.. Eh itu kubur! Tempat kau nak mampus, bahalol!
Tanpa ulas panjang tentang filem ini, pasti ramai yang tertawa kecil jika teringat skrip itu bukan?
Madu Tiga
Karya popular yang diarah dan dilakonkan sendiri oleh P Ramlee, sehingga kini tidak pernah bosan untuk ditonton berulang kali.
‘Pergelutan’ antara ketiga-tiga isteri Jamil iaitu Latifah, Hasnah dan Rohani mewarnai filem yang berjaya meraih Filem Komedi Terbaik Seluruh Asia di Festival Asia ke-11 pada tahun 1964.
Ibu Mertuaku
Kisah percintaan yang sungguh tragis antara Kassim Selamat dan Sabariah Mansor ini juga antara filem P Ramlee yang masih dikagumi ramai.
Pasti setiap penonton tahu babak paling sedih dalam filem ini? Kassim Selamat yang sanggup menusuk garfu ke matanya sendiri kerana tidak sanggup melihat lakonan hipokrit di sekelilingnya.
Babak sadis yang berjaya dilakonkan oleh P Ramlee.
P Ramlee membuktikan bahawa beliau merupakan seniman yang serba boleh. Allahyarham juga merupakan seminam perintis yang membawa membawa dua watak atau ‘dual role’ dalam sejarah filem Melayu.
Beliau berjaya membawa watak sebagai seorang bapa yang kaya raya memanjakan anaknya dengan memberi kemewahan yang dimahukan.
Bukan itu sahaja, beliau turut membawa watak sebagai anak yang dimanjakan itu.
'Dual role' yang berjaya dilakonkan oleh P Ramlee.
Satu kerugian buat anak-anak muda jika mereka masih belum berpeluang menonton antara karya agung seniman tersohor ini yang meninggalkan impak budaya perfileman hebat sehingga hari ini.
Jika anda merupakan anak-anak muda itu, luangkan sedikit masa untuk menonton karya agung dari seniman terunggul ini.
astroawani
Mengapa Tan Sri P. Ramlee butakan watak Kassim Selamat? Rupanya sebab .
22 Mac 2018
Namun, di sebalik kisah Kassim Selamat sebagai pemain saksofon yang handal, ia juga merujuk pada kisah benar bapa P. Ramlee sendiri, Teuku Nyak Puteh Teuku Karim. -
Hari ini genap usia 89 tahun hari kelahiran Seniman Agung, Allahyarham Tan Sri P. Ramlee yang terus dikenang dalam memberi sumbangan besar pada industri seni nusantara.
Sama ada filem mahupun muzik, jasa P. Ramlee memang tidak perlu dipersoalkan. Malah, karyanya terus bersifat malar segar sehingga merentasi pelbagai generasi.
Bagi peminat filem Melayu, sudah tentu tahu kisah Kassim Selamat dalam filem popularnya, Ibu Mertuaku yang mengusik emosi penonton.
Lakonan hebat P. Ramlee membawakan watak utama itu diiktiraf sebagai pemenang anugerah Bakat Serba Boleh pada Festival Filem Asia Pasifik ke-10 yang berlangsung di Tokyo pada tahun 1963.
Namun, di sebalik kisah Kassim Selamat sebagai pemain saksofon yang handal, ia juga merujuk pada kisah benar bapa P. Ramlee sendiri, Teuku Nyak Puteh Teuku Karim.
Menurut kisah yang dikongsi Kelab Filem & Muzik Melayu Klasik di Facebook, bapa P. Ramlee itu seringkali bersedih dan menangis selepas anaknya itu meninggalkan Pulau Pinang dan pergi ke Singapura pada tahun 1948.
Meskipun, bapanya merestui hasrat P. Ramlee yang mahu mengejar cita-citanya, jiwa seorang bapa tetap merindui anaknya sehingga matanya menjadi buta.
Lebih menyedihkan, bapanya itu pernah meminta rakan membawanya ke pawagam untuk menonton filem lakonan P. Ramlee biarpun hanya mampu mendengar suara.
P. Ramlee tidak berkesempatan pulang ke Pulau Pinang kerana sibuk dengan jadual kerja. Bagaimanapun, dua beranak itu bertemu semula lima tahun kemudian.
Sebagaimana kisah benar hidupnya itu, P. Ramlee menterjemahkannya ke layar perak sebagai teladan buat penonton. Al-fatihah.
Teks oleh: Elrafaei Sapi
Foto: Kelab Filem & Muzik Melayu Klasik
asroawani
Comments
Post a Comment