Sempena Perayaan Hari Kemerdekaan 2018 bertemakan Sayangi Malaysiaku kita berkesempatan untuk menonton trilogi Harapan yang dilakonkan oleh Tun M Perdana Menteri Malaysia
Pada episod Harapan Merdeka ia berlegar kepada semangat patriotisme Aisyah dan abang yang bersungguh-saungguh untuk meraikan kemerdekaan tanahair . Melihat kereta Pak Abu penuh dengan hiasan bendera dan kata-kata merdeka merdeka laungan Pak Abu menaikkan semangat Aisyah untuk mengibar jalur gemilang, Aisyah dan abang membawa wang syiling ke kedai untuk membeli bendera. Aisyah membahagi-bahagikan bendera kepada orang ramai untuk dikibarkan...
Jelas dalam video pendek ini fokus kesedaran merdeka dalam kalangan anak muda. Aisyah adalah generasi harapan. Generasi yang dipertaruhkan segala semangat, disiplin, kasih sayang, kecintaan dan jiwa merdeka untuk dioikul seterusnya. Adam dan Aisyah menjadi harapan baru Malaysia iaitu melihat cinta dan kasih terhadap tanahair dengan lebih terbuka, sanggup berkorban dan mengutamakan jalur gemilang
Pertemuan dengan atuk (Tun M) melunaskan gagasan bahawa tiada diharapkan penerus tradisi negara selain generasi muda yang sanggup bangkit dengan kasih sayang tersendiri terhadap tanahair
Sayangi Malaysiaku
Comments
Post a Comment