bertinta sastera berdakwat bahasa

Blogroll

28 Aug 2018

suap

suap




suap-suapan yang melemahkan
tetapi itulah yang mahu disuapkan
ke mulut-mulut menjadi santapan
kerana dalam suap suapan ini
banyak memberi laba bagi mereka
sesuap kau ada banyak lagi di periuk mereka
mudah pula terleka dengan lagu dan irama
dikir dan tari kau pun luas mengangga
mahu disuap lagi
hingga ke satu sudut
kaupun tak mahu berdiri
duduk dan disuapkan
berdiri meletihkan membosankan
hingga kau perlu disuapkan
bukan kerana tak betah berusaha
tapi sudah begitu nasib tak bisa berdiri lagi
mereka menyuap lagi
dengan syarat dan janji berjela
kau tak bisa menunda
kerana tak berdaya
lemah dan tepok
kerana tak pandai lagi mencuba
hanya menunggu suap suapan
menanti mati
Share:

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.

mengalami kehilangan

  Setelah mengalami kehilangan, apakah itu kehilangan orang yang dicintai, pekerjaan, hubungan, atau sesuatu yang penting dalam hidup. Ia su...

STATUS

Search This Blog

Blog Archive

DAUN

tanjung 2

tanjung

Blog Archive