Hantu Kak Limah 3 lebih kelakar?
Sejak muncul pada 2010 melalui Hantu Kak Limah Balik Rumah, kemudian Husin, Mon dan Jin Pakai Toncit tiga tahun kemudian, jenaka dan jenama Hantu Kak Limah melangkaui batas umur dan budaya.
Watak komikal seperti Kak Limah, Husin, Pak Jabit, Pak Abu, Abi Hurairah dan ramai lagi sentiasa membayangi peminat yang pernah menontonnya.
Pendek kata, filem arahan Mamat Khalid ini tidak pernah gagal menghiburkan pencinta karya tempatan.
Apabila mendengar perkhabaran rendisi ketiga dalam pembikinan, ramai meluahkan rasa tidak sabar. Tidak kurang, ada bertanya bagaimana penceritaan kali ini tanpa kehadiran watak-watak komikal utama yang sudah meninggal dunia?
Antara pelakon yang sudah tiada ialah Allahyarham Abdul Rahman Kadir (Pak Jabit) meninggal dunia pada 6 September lalu, Zami Ismail (Pak Abu - 19 Jun 2011) dan Azwan Annuar (Wan Kaswi - 18 April 2015).
Bertemu sutradara yang pernah menghasilkan beberapa filem genre satira sama sebelum ini di lokasi penggambaran Hantu Kak Limah 3 di Taiping, Perak beberapa minggu lalu, Selebriti membangkitkan persoalan itu.
“Bayangkan kepayahan saya apabila ramai bertanya pasal ketiadaan arwah? Ia tamparan hebat sebab mereka memberi persembahan terbaik dan kekal menjadi ikon dalam siri Kampung Pisang.
“Tapi jika saya duduk diam dan termenung sahaja, tidak boleh! Jadi, ada karakter yang sudah dicipta sebelum ini seperti Yeh Sekupang, Wani, Kuda dan ramai lagi bagi memenuhi ruang kosong ditinggalkan arwah,” katanya.
Pengarah itu berkata, selepas hampir 70 peratus penggambaran, baru dia faham dia boleh gantikan karakter-karakter itu.
Malah dalam rendisi ini, Mamat langsung tidak menyentuh kewujudan Kampung Pisang. Babak di warung yang sinonim dengan filem itu juga ditukar kepada babak di klinik rakyat.
Tanpa berselindung, Mamat akui perubahan pada filem kali ini tidak akan disedari penonton kerana dikaburi jenaka.
Selain memuji Datuk Awie yang terkenal dengan watak Husin dan Delimawati sebagai Kak Limah, dia juga memuji beberapa watak baru antaranya Ropie Cecupak sebagai Nayan, Zul Ariffin sebagai Encik Solehin, Mus May sebagai bapa bunian dan Uqasha Senrose sebagai Zaitun.
Tidak ketinggalan kemunculan watak kameo seperti Erra Fazira, Datuk Seri Vida dan Jue Aziz.
“Ada juga yang tanya, mana watak Abi Hurairah lakonan Johan Raja Lawak, Usop Wilcha dan ramai lagi. Johan terikat dengan kerja di konti radio dan saya tidak mahu bebankan dia.
“Untuk filem kali ini, saya ambil mereka yang boleh beri 100 peratus komitmen. Ia membuatkan kerja jadi senang dan seronok,” katanya.
Tambah Mamat, semua pelakon berjaya melunaskan tanggungjawab masing-masing dan mempamerkan sisi jenaka yang cemerlang.
Lebih-lebih lagi Zul Ariffin yang berjaya menepis pandangan skeptikal pengarah itu. Awalnya, Mamat beranggapan Zul hanya sesuai untuk genre romantik, aksi atau drama.
Sebaliknya, kata Mamat, Zul ada karakter komedi dalam diri dan hanya perlu sedikit dorongan bagi menyerlahkan sisi itu.
Ketika ditemui di set penggambaran, Mamat mengakui ada baki 30 peratus untuk siapkan. Dia teruja kerana ketika proses pembikinan, sudah nampak tahap kelakar yang berlebih-lebihan.
Ujarnya, penceritaan dalam karya terdahulu banyak dimuatkan isu dan momen tetapi kali ini lebih kepada elemen hiburan.
Namun begitu, menjadi kayu pengukur adalah ‘mood’ di set apabila kru dan pelakon ghairah bekerja. Katanya, mereka selalu mahu tahu apa langkah seterusnya. Dari situ, selaku pengarah dia sudah nampak arah tuju filem ini.
Berbicara soal cabaran, Mamat bersyukur segala-galanya berjalan lancar kecuali perubahan cuaca yang tidak menentu sejak penggambaran bermula pada 19 Oktober lalu.
Malah disebabkan filem ini mendapat suntikan modal produksi sebanyak RM1.2 juta daripada penerbit Astro Shaw dan Infinitus, tidak ada istilah kekangan untuk Mamat berkarya.
Tidak kesah sebagai Husin
Hampir tujuh tahun dikenali dengan watak Husin, Datuk Awie tetap teruja. Beliau menyifatkan watak itu cukup dekat di hati penonton malah ke mana sahaja dia pergi, masih ada peminat memanggilnya Husin.
“Saya tidak kesah dan rasa seronok pula apabila orang asyik panggil saya Husin.
“Apabila baca skrip, saya perlu ingat balik beberapa perkara antaranya dialek Perak. Saya juga kena ingat keletah Husin, dulu dia baru 25 tahun dan sekarang kalau perlu bawa keletah sama, kenalah nampak lebih matang,” katanya.
Menurut Awie, apabila peminat ingat bermakna karakter itu menjadi. Andai tidak melekat, maknanya karakter itu gagal pada mata penonton.
Jika dulu Husin bercinta dengan Cik Nin (Ummi Nazeera) dan Mon (Ezlynn), kali ini Husin tertawan dengan Puteri Bunian bernama Zaitun lakonan Uqasha Senrose.
Awie mengakui selesa bergandingan dengan pelakon jelita itu malah memuji persembahannya.
Uqasha juga mengakui teruja dapat bekerja dengan aktor pujaannya.
“Kalau nak tahu Awie idola saya sejak kecil. Mula-mula jumpa saya takut tetapi dia pandai buat saya rasa selesa.
“Kami banyak bersembang bagi mendapatkan keserasian kerana dalam filem ini kami jadi pasangan kekasih,” katanya.
Katanya, Awie tidak segarang seperti yang diperkatakan segelintir pihak. Malah pelakon itu sentiasa cerita dan suka berjenaka sepanjang penggambaran berlangsung.
Ujar Uqasha lagi, tidak pernah terlintas di fikiran dia dapat bergandingan dengan idolanya.
“Peluang ini ibarat bulan jatuh ke riba. Ia benar-benar di luar jangkaan. Yelah, kecil dulu mana terfikir pun nak jadi pelakon.
“Saya bangga dapat bekerjasama dengan Awie dan pengalaman ini antara perkara terbaik dalam hidup saya,” katanya.
Filem Hantu Kak Limah 3 dijangka menemui penonton pada Ogos 2018.
mymetro
Hantu Kak Limah, hiburan 'gelak pecah perut' untuk rakyat Malaysia
Madiha Abdullah,
1 Ogos 2018
APABILA bercakap tentang filem komedi, penulis berpendapat elemen ‘jenaka yang sampai’ adalah paling penting untuk mengklasifikasikannya sebagai berjaya.
Justeru, penulis sangat bersetuju apabila pengarah filem Hantu Kak Limah, Mamat Khalid, tanpa berselindung memberitahu filem berkenaan tidak dihasilkan di atas kapasiti memenuhi kehendak intelektual.
Di Hollywood, banyak filem komedi yang dihasilkan atas prinsip yang sama namun tetap berjaya di box office dan diberi rating yang baik oleh pengkritik.
Berbeza dengan francais Kampung Pisang sebelum ini, kali ini Mamat memfokuskan satira yang lebih dekat dengan masyarakat sebagai resipi untuk menggeletek hati penonton.
Berbekalkan plot yang ringkas, kekuatan Hantu Kak Limah sebenarnya terletak pada para pelakonnya.
Tidak perlu terlalu mencuba, kesemua pelakon berjaya menterjemah watak masing-masing dengan begitu baik.
Satu kejutan juga apabila melihat kemampuan Zul Ariffin, yang sebelum ini sinonim dengan watak macho dan romantik, tidak kekok membawakan watak Solihin, bomoh merangkap guru silat yang cakapnya besar tetapi hujungnya ‘hampeh’.
Hantu Kak Limah mengisahkan misteri kematian Kak Limah selepas mengahwini seorang lelaki muda bernama Khuda.
Pelbagai insiden menyeramkan dan melucukan berlaku selepas itu, dan Kampung Pisang kembali kecoh dengan kemunculan hantu Kak Limah.
Tidak lengkap filem Mamat Khalid tanpa kiasannya, namun perlambangan yang ditampilkan sangat subjektif dan bergantung kepada pemahaman tersendiri.
Satu lagi kelebihan Hantu Kak Limah ialah biarpun ia berpaksikan komedi, namun elemen seramnya masih mampu meremangkan bulu roma.
Konklusinya, Hantu Kak Limah merupakan sebuah filem untuk penonton bergelak ketawa dan pulang dengan hati yang senang.
Hantu Kak Limah mengekalkan Delimawati dan Datuk Awie sebagai teraju utama, selain Allahyarham Rab Khalid dan turut menampilkan muka-muka baharu antaranya Zul Ariffin, Uqasha Senrose dan Ropie Cecupak.
Ia merupakan francais keempat kisah Kampung Pisang, bermula dengan Zombi Kampung Pisang, Hantu Kak Limah Balik Rumah dan Husin, Mon dan Jin Pakai Toncit.
Hantu Kak Limah terbitan Astro Shaw Dan Infinitus Gold, bakal ditayangkan bermula 9 Ogos ini.
astroawani

Kak Limah kembali menghantui penduduk Kampung Pisang. - Foto Astro Shaw
APABILA bercakap tentang filem komedi, penulis berpendapat elemen ‘jenaka yang sampai’ adalah paling penting untuk mengklasifikasikannya sebagai berjaya.
Justeru, penulis sangat bersetuju apabila pengarah filem Hantu Kak Limah, Mamat Khalid, tanpa berselindung memberitahu filem berkenaan tidak dihasilkan di atas kapasiti memenuhi kehendak intelektual.
Di Hollywood, banyak filem komedi yang dihasilkan atas prinsip yang sama namun tetap berjaya di box office dan diberi rating yang baik oleh pengkritik.
Berbeza dengan francais Kampung Pisang sebelum ini, kali ini Mamat memfokuskan satira yang lebih dekat dengan masyarakat sebagai resipi untuk menggeletek hati penonton.
Kekuatan Hantu Kak Limah terletak pada pelakon-pelakonnya. FOTO/Astro Shaw
Berbekalkan plot yang ringkas, kekuatan Hantu Kak Limah sebenarnya terletak pada para pelakonnya.
Tidak perlu terlalu mencuba, kesemua pelakon berjaya menterjemah watak masing-masing dengan begitu baik.
Satu kejutan juga apabila melihat kemampuan Zul Ariffin, yang sebelum ini sinonim dengan watak macho dan romantik, tidak kekok membawakan watak Solihin, bomoh merangkap guru silat yang cakapnya besar tetapi hujungnya ‘hampeh’.
Hantu Kak Limah mengisahkan misteri kematian Kak Limah selepas mengahwini seorang lelaki muda bernama Khuda.
Pelbagai insiden menyeramkan dan melucukan berlaku selepas itu, dan Kampung Pisang kembali kecoh dengan kemunculan hantu Kak Limah.
Tidak lengkap filem Mamat Khalid tanpa kiasannya, namun perlambangan yang ditampilkan sangat subjektif dan bergantung kepada pemahaman tersendiri.
Satu lagi kelebihan Hantu Kak Limah ialah biarpun ia berpaksikan komedi, namun elemen seramnya masih mampu meremangkan bulu roma.
Konklusinya, Hantu Kak Limah merupakan sebuah filem untuk penonton bergelak ketawa dan pulang dengan hati yang senang.
Ropie Cecupak sebagai Nayan.FOTO/Astro Shaw
Hantu Kak Limah mengekalkan Delimawati dan Datuk Awie sebagai teraju utama, selain Allahyarham Rab Khalid dan turut menampilkan muka-muka baharu antaranya Zul Ariffin, Uqasha Senrose dan Ropie Cecupak.
Ia merupakan francais keempat kisah Kampung Pisang, bermula dengan Zombi Kampung Pisang, Hantu Kak Limah Balik Rumah dan Husin, Mon dan Jin Pakai Toncit.
Hantu Kak Limah terbitan Astro Shaw Dan Infinitus Gold, bakal ditayangkan bermula 9 Ogos ini.
astroawani
Comments
Post a Comment