jual ubat : dari stesen ke stesen

Dari Stesen ke Stesen: Monolog Jual Ubat


Institut Terjemahan & Buku Malaysia (ITBM) buat julung kalinya bekerjasama dengan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) dan digerakkan oleh Negri Samudra Theatre, kali ini membawa karya agung Khalid Salleh, iaitu monolog Jual Ubat. Program yang dinamakan sebagai Dari Stesen ke Stesen: Monolog Jual Ubat ini akan menjelajah ke lapan buah stesen kereta api utama Semenanjung Malaysia sepanjang bulan Ogos hingga September 2016.

Persembahan akan berlangsung di pekarangan stesen, dan tontonan terbuka kepada seluruh masyarakat sekitar secara percuma. Selain persembahan Jual Ubat sendiri, orang ramai akan turut dihiburkan dengan persembahan pembukaan ala busker oleh Saidin Omar (Adinda Amiro) bersama-sama Sani Sudin dan turut disertai oleh Fai Zakaria. Orang ramai juga boleh membeli buku terbitan ITBM menerusi Kedai Buku Bergerak ITBM yang akan turut serta di setiap lokasi dalam penjelajahan ini.

Edisi Dari Stesen ke Stesen: Monolog Jual Ubat (Kuala Lumpur) ini merupakan stesen terakhir yang juga diadakan sempena DiverseCity 2016: Festival Seni Antarabangsa Kuala Lumpur. Layari www.diversecity2016.my untuk senarai acara seni yang akan diadakan sepanjang bulan September ini.

Untuk sebarang pertanyaan lanjut mengenai Dari Stesen Ke Stesen: Monolog Jual Ubat ini, sila hubungi Nurbaya Hassan di talian 019-330 8133, emel sitinurbayaabuhassan@gmail.com atau Norzaiti Abdul Talib di talian 03-4145 1840 / 019-390 6349, e-mel norzaiti@itbm.com.my



 Stesen KTM Alor Setar
--- usai ----

Stesen berikutnya ..............

Stesen KTM Padang Besar
6 Ogos 2016
4.00 petang

 Stesen KTM Butterworth
13 Ogos 2016
4.00 petang
 14 Ogos 2016
7.00 petang

Stesen KTM Kuala Kangsar
17 Ogos 2016
8.30 - 11.00 malam

Stesen KTM Gemas
24 Ogos 2016
1.00 - 3.00 petang

Stesen KTM Johor Bharu
26 Ogos 2016
8.30 malam

Stesen KTM Kuala Lumpur
4 September 2016
4.00 - 6.00 petang




Monolog Jual Ubat: Dari Stesen ke Stesen
Karya dan arahan Khalid Salleh


Sinopsis:

‘JUAL UBAT’ menghantar banyak kritikan dari sudut pandangan orang kecil – yakni tokoh Penjual Ubat; yang melihat bukan sahaja isu sosial, bahkan juga kebejatan politik, perjuangan bangsa, tidak terkecuali kedirian Melayu-Islam.

Biodata Khalid Salleh:

Khalid Salleh dilahirkan pada 29 Februari 1948 di Sungai Kantan, Kajang, Selangor. Menerima pendidikan di Sekolah Melayu Seri Bengkal, Batu Pahat dan pendidikan menengah di Sekolah Menengah Datuk Bentara Luar, Batu Pahat. Walaupun bermula sebagai penjual ubat, Khalid akhirnya lebih dikenal sebagai penyair, pengarah, pelakon pentas, TV dan filem. Beliau pernah menjadi kolumnis di akhbar Watan pada tahun 1995, dan kemudian menjadi kolumnis di akhbar Berita Harian.

Bukunya yang pernah diterbitkan berjudul Bukan Apa-apa (1988), manakala kumpulan skrip drama pentasnya berjudul Kena Main (1999) dan Pandirnya Si Pandir (2012). Manakala bukunya Melayu Hilang Di Dunia (2012) merupakan sebuah pandangan kritis beliau tentang nasib masa depan bangsanya.

Drama-drama yang pernah ditulis dan diarahkannya seperti Bertam-bertam Bukan Semambu (1984), Umbut Mayang Mengurai (1985), Sijil Penuh (1987), Mat Cincai (1988), Pawang (1989), Si Bereng-bereng (1990), Gong Gedombak (1992), Ningg... (1992), Kena Main (1994), Brang Breng Brung (1996), Seng Ora Ora (1998), Hang Tak Tuah (1999), Pandir Si Pandir (2001), Bangsat (2005) dan Benda Sulit (2005). Beliau juga telaah beberapa kali ke luar negara untuk mementaskan teater seperti ke 2nd Asia Monodrama Festival di Taiwan (1989), 3rd Asia Monodrama Festival di Jepun (1991) dan Non-Verval Theatre Festival di Calcutta (1992) dan New Delhi (1993). Sepanjang penglibatannya dalam dunia seni, beliau pernah menerima pelbagai anugerah dan hadiah. Antara anugerah dan hadiah yang diterimanya seperti hadiah Sastera Malaysia dengan puisi “Percikan Sinar” (1984/85), Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik untuk filem Azizah The Legend (1994), Pelakon Lelaki Terbaik Festival Filem Asia Pasifik di Taipei untuk filem Jogho (1998), Pelakon Lelaki Terbaik Anugerah Skrin TV3 (1999), Pelakon Lelaki Terbaik Festival Filem Malaysia ke-14 (1999) dan Anugerah Karyawan Teater, Anugerah Seni Negara (2006).

Comments