Pecah rekod, diiktiraf MBOR,
mural terbesar di Malaysia
21 Julai 2016
MUAR 20 Julai – Sebuah lukisan mural yang memaparkan potret dua beradik dari Bakri di sini diiktiraf sebagai mural paling besar di negara ini oleh Malaysia Book of Records (MBOR).
Lukisan berukuran 11.80 meter tinggi dan 9.75 meter lebar itu memaparkan wajah dua beradik, Nur Najwa Alisyah Abdul Rashid, 7, dan adiknya, Nur Najiyah Armani, 3, yang dihasilkan pelukis dari Rusia, Julia Volchkova.
Potret tersebut dihasilkan setelah Volchkova, 28, yang terlibat dalam projek mural antarabangsa bersama-sama Pejabat Daerah Muar bertembung dengan dua beradik itu yang sedang bermain di Dataran Tanjung Emas di sini.
Lukisan yang berkonsepkan bangsa Johor itu dan bertajuk The Loving Sisters dihasilkan bermula 6 Julai lalu dan siap sepenuhnya Sabtu lalu di Bulatan Jalan Bakri di sini.
Pengarah MBOR, Christopher Wong menyampaikan sijil berkenaan kepada Pegawai Daerah Muar, Ramlee A. Rahman sambil disaksikan Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Perdagangan dan Kepenggunaan negeri, Datuk Tee Siew Kiong.
Sementara itu, Siew Kiong berkata, lukisan tersebut membuka lembaran baharu kepada sektor pelancongan Muar dan negeri ini apabila berjaya memecah rekod kebangsaan sebagai mural terbesar pernah dihasilkan.
“Kerajaan negeri mengucapkan tahniah kepada warga Muar terutamanya pihak berkuasa tempatan (PBT) serta para penaja yang bertungkus-lumus menyiapkan satu daripada tujuh mural yang akan dilukis di Bandar Maharani ini.
“Lebih membanggakan projek ini merupakan usahasama pintar antara pihak swasta dengan PBT yang mengalu-alukan idea kreatif dan inovatif,” katanya ketika ditemui dalam majlis berkenaan di sini kelmarin.
Tambah Siew Kiong, Muar yang sememangnya terkenal sebagai destinasi pelancongan yang kaya dengan nilai warisan dan sejarahnya menerima suntikan baharu dengan adanya mural tersebut.
“Projek ini menaikkan lagi nama Muar di mata pelancong domestik dan antarabangsa serta bakal menguntungkan masyarakat setempat yang menerima manfaat ekonomi hasil daripada sektor pelancongan,” ujarnya.
utusanonline
21 Julai 2016
TEE SIEW KIONG (empat dari kiri) bersama-sama Ramlee A. Rahman (lima dari kiri) mendukung Nur Najwa Alisyah Abdul Rashid dan Nur Najiyah Armani di hadapan mural yang dihasilkan Julia Volchkova (enam dari kiri) di Bulatan Jalan Bakri, Muar, baru-baru ini.
MUAR 20 Julai – Sebuah lukisan mural yang memaparkan potret dua beradik dari Bakri di sini diiktiraf sebagai mural paling besar di negara ini oleh Malaysia Book of Records (MBOR).
Lukisan berukuran 11.80 meter tinggi dan 9.75 meter lebar itu memaparkan wajah dua beradik, Nur Najwa Alisyah Abdul Rashid, 7, dan adiknya, Nur Najiyah Armani, 3, yang dihasilkan pelukis dari Rusia, Julia Volchkova.
Potret tersebut dihasilkan setelah Volchkova, 28, yang terlibat dalam projek mural antarabangsa bersama-sama Pejabat Daerah Muar bertembung dengan dua beradik itu yang sedang bermain di Dataran Tanjung Emas di sini.
Lukisan yang berkonsepkan bangsa Johor itu dan bertajuk The Loving Sisters dihasilkan bermula 6 Julai lalu dan siap sepenuhnya Sabtu lalu di Bulatan Jalan Bakri di sini.
Pengarah MBOR, Christopher Wong menyampaikan sijil berkenaan kepada Pegawai Daerah Muar, Ramlee A. Rahman sambil disaksikan Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Perdagangan dan Kepenggunaan negeri, Datuk Tee Siew Kiong.
Sementara itu, Siew Kiong berkata, lukisan tersebut membuka lembaran baharu kepada sektor pelancongan Muar dan negeri ini apabila berjaya memecah rekod kebangsaan sebagai mural terbesar pernah dihasilkan.
“Kerajaan negeri mengucapkan tahniah kepada warga Muar terutamanya pihak berkuasa tempatan (PBT) serta para penaja yang bertungkus-lumus menyiapkan satu daripada tujuh mural yang akan dilukis di Bandar Maharani ini.
“Lebih membanggakan projek ini merupakan usahasama pintar antara pihak swasta dengan PBT yang mengalu-alukan idea kreatif dan inovatif,” katanya ketika ditemui dalam majlis berkenaan di sini kelmarin.
Tambah Siew Kiong, Muar yang sememangnya terkenal sebagai destinasi pelancongan yang kaya dengan nilai warisan dan sejarahnya menerima suntikan baharu dengan adanya mural tersebut.
“Projek ini menaikkan lagi nama Muar di mata pelancong domestik dan antarabangsa serta bakal menguntungkan masyarakat setempat yang menerima manfaat ekonomi hasil daripada sektor pelancongan,” ujarnya.
utusanonline
Comments
Post a Comment