Warisan : Bahasa Melayu Klasik

Bahasa Melayu Kuno digantikan dengan Bahasa Melayu Klasik. Peralihan ini dikaitkan dengan kedatangan agama Islam yang ke Asia Tenggara pada abad ke-13.


Ciri ciri bahasa Melayu klasik

Pengaruh Islam menjadi semakin kuat sehingga bahasa Melayu mengalami banyak perubahan dari segi kosa kata, struktur ayat dan tulisan. Ciri-ciri bahasa klasik ialah:

  • Ayat yang panjang, berulang, dan berbelit-belit.
  • Mempunyai banyak ayat pasif dan songsang
  • Menggunakan bahasa istana
  • Menggunakan kosa kata klasik spt. ratna mutu manikam, edan kesmaran (mabuk asmara), sahaya, masyghul (bersedih)
  • Banyak menggunakan perdu perkataan (kata pangkal ayat) spt. sebermula, alkisah, hatta, adapun.
  • Banyak menggunakan partikel pun dan lah
  • Menggunakan aksara jawi, iaitu aksara yang dipinjam daripada bahasa Arab yang telah ditambah dengan beberapa huruf tambahan.
  • Telah menerima pelbagai jenis kosa kata Arab dan Parsi dalam pelbagai bidang bahasa seperti alam bidang ilmu keagamaan, undang-undang, kesusasteraan, pemerintahan dan pentadbiran, perubatan, falsafah, tasawuf dan kata-kata umum.
  • Frasa dan ayat pengaruh Arab terutama dalam kitab-kitab klasik Melayu seperti frasa ketahuilah olehmu (dari terjemahan I’lamL, maka kemudian daripada itu (dari Amma ba’du); atau pada ayat sunat berbuka atas tamar dan lain-lain. Frasa dan ayat bentuk ini wujud hasil daripada terjemahan harfiah daripada teks-teks bahasa Arab.
  • Unsur-unsur falsafah Islam wujud dalam banyak tulisan Melayu spt. dalam bid ilmu Kalam, Tasawuf, ilmu Aqa’id al-Iman dan lain-lain. Ini berbeza dengan bahasa Melayu zaman kuno atau Hindu.

Batu Bersurat

Bukti kegemilangann Bahasa Melayu Klasik boleh dilihat daripada tiga batu bersurat yang penting. Ketiga-tiga batu bersurat ini merupakan bukti catatan terakhir perkembangan bahasa Melayu kerana selepas abad ke-14, muncul kesusasteraan Melayu dalam bentuk tulisan.

Batu bersurat di Kuala Berang, Terengganu (22 February 1303 ditulis dalam tulisan Jawi. Ini membuktikan tulisan Arab telah telah digunakan dalam bahasa Melayu pada abad itu.

Batu bersurat di Pagar Ruyung, Minangkabau (1356) ditulis dalam huruf India mengandungi prosa melayu kuno dan beberapa baris sajakm Sanskrit. Bahasanya berbeza sedikit daripada bahasa batu bersurat abad ke-7.

Batu bersurat di Minye Tujuh, Acheh (1380) masih memakai abjad India buat pertama kalinya terdapat penggunaan kata-kata Arab seperti kalimat nabi, Allah dan rahmat

Batu Bersurat Terengganu

Batu Bersurat Terengganu yang dianggarkan telah berusia lebih kurang 700 tahun ini merupakan batu bersurat yang mempunyai ukiran yang paling tua dan tulisan Jawi pertama ditemui di Malaysia. Ia membuktikan Islam telah sampai ke Terengganu sebelum 1326 atau 1386. Batu ini ditemui separuh tenggelam selepas banjir surut di tebing Sungai Tersat (Sungai Tara), Kampung Buluh di Kuala Berang, Hulu Terengganu pada tahun 1887, (ada berpendapat 1899)

Menurut sidang mesyuarat Lembaga Penasihat Antarabangsa UNESCO yang berlangsung di Barbados pada tanggal 13 Julai 2009, batu bersurat yang berusia lebih 700 tahun ini telah disenaraikan sebagai barang purba bernilai tinggi dan sesuai untuk mendapat pengiktirafan Warisan Dunia UNESCO.

Fakta penemuan Batu Bersurat Terengganu bermula apabila saudagar Arab bernama Sayid Husin bin Ghulam al-Bokhari secara tidak sengaja menjumpai sebutir batu bersurat di tebing Sungai Tersat (Sungai Tara), Kampung Buluh di Kuala Berang, Hulu Terengganu selepas berlakunya banjir. Ia dijumpai di bahagian tangga surau Kampung Buluh yang dijadikan alas membasuh kaki untuk naik ke tangga surau tersebut. Batu Bersurat Terengganu ini menjadi bukti dan teks pada batu mengesahkan agama Islam sudah bertapak dan menjadi anutan masyarakat dan pemerintah di Terengganu sejak sekian lama. Selain itu, Islam merupakan agama rasmi di Terengganu.

pada tahun 1902, Batu ini dikatakan telah disedari oleh Saiyed Husin bin Ghulam Al Bukhari iaitu seorang ahli perniagaan. Saiyed Husin meminta Penghulu Ali dan orang kampung mengangkat dan meletakkannya diatas rakit untuk dibawa ke Kuala Terengganu. Sampai di Kuala Terengganu, batu ini telah di persembahkan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Zainal Abidin III dan kemudian batu itu diletakkan diatas Bukit Puteri.

Pada tahun 1922 Timbalan Penasihat Inggeris di Terengganu Encik H.S. Peterson meminta seorang jurufoto berbangsa Jepun, N.Suzuki mengambil gambar dan dihantar kepada C.O. Blegden untuk dibuat pembacaan. Batu itu telah patah sebahagian disebelah atasnya dan ditulis didalam bahasa Melayu dengan tulisan jawi bertarikh 702 Hijrah.

Pada tahun 1923, batu ini dipinjamkan ke Muzium Singapura sehingga Muzium Negara di Kuala Lumpur siap dibina, batu bersurat tersebut telah dipulangkan ke Kuala Lumpur dari Muzium Raffles Singapura.

Pada 12 Februari 1987, Kerajaan Negeri Terengganu telah menulis surat kepada Jabatan Muzium menyatakan hasrat untuk mendapat kembali Batu Bersurat tersebut untuk dijadikan bahan pameran di Muzium Negeri Terengganu. Pada tahun 1991, Jemaah Menteri telah memutuskan supaya Batu Bersurat dipulangkan kepada Kerajaan Negeri Terengganu

Isi teks batu bersurat ini mengenai undang-undang seorang raja. Catatan yang terkandung pada batu ini menyebut Islam sebagai agama rasmi dan menerangkan hukum-hukum Islam tentang maksiat dan segala kemungkaran. Catatan ini dipercayai sebagai bukti kedatangan agama Islam di Terengganu pada tahun 1303. Batu bersurat ini disimpan di Istana Sultan Terengganu sebelum dipindahkan ke Arkib Negara pada tahun 60-an.


Muka pertama

RasululLah dengan yang arwah santabi mereka
Asa pada Dewata Mulia Raya beri hamba meneguhkan Agama Islam
Dengan benar bicara derma mereka bagi sekalian hamba Dewata Mulia Raya
Di Benuaku ini penentu agama RasululLah sallallahi wassalama raja.
Mandalika yang benar bicara sebelah Dewata Mulia Raya di dalam
Bumi penentu itu fardhu pada sekalian Raja Manda.
Lika Islam menurut setitah Dewata Mulia Raya dengan benar.
Bicara berbajiki benua penentuan itu maka titah Seri Paduka.
Tuhan menduduki Tamra ini di Benua Terengganu adi pertama ada.
Jumaat di bulan Rajab di tahun saratan disasanakala.
Baginda RasululLah telah lalu tujuh ratus dua.


Muka kedua

Keluarga di Benua jauh kan
Datang berikan.keempat orang berpiutang.
Jangan mengambil....(a)mbilhilangkanemas.
Kelima derma barang orang....(mar)dika.
Jangan mengmbil tugas buat temasnya.
Jika ia ambil hilangkan emas.Keenam derma barang.
Orang berbuat bala cara laki-laki perempuan satitah.
Dewata Mulia Raya jika merdeka bujang palu.
Seratus ratun jika merdeka beristeri.
Atawa perempuan bersuami ditanam hinggakan.
Pinggang dihambalang dengan batu matikan.
Jika inkar (bala cara) hambalang jika anak mandalika.....


Muka ketiga

Bujang dandanya sepuluh tengan tiga jika ia.........
Menteri Bujang dandanya tujuh tahil se (paha)....
Tengah tiga, jika tetua bujang dandanya lima (tahil....
Tujuh tahil sepaha masuk bandara, jika O (rang).....
Merdeka. Ketujuh derma barang perempuaan hendaak..........
Tiada dapat bersuami, jika ia berbuat balabicara..............


Muka keempat

..........tiada benar dendanya setahil sepaha kesembilan derma.
..........Seri Paduka Tuhan (Tuan) siapa tiada harta dendanya.
..........Ke sepuluh derma jika anakku, atawa pemaainku atawa cucuku atawa keluarga ku atawa anak.
..........tamra ini segala isi tamra barang siapa tiada menurut tamra ini laknat Dewata Mulia raya.
...........di jadikan Dewata Mulia Raya bagi yang langgar acara tamra ini.

wikipedia

Batu Bersurat Minye Tujuh


Batu Bersurat Minye Tujuh merupakan batu bersurat yang dipahat kepada sepasang batu nisan yang ditemui di Minye Tujuh, Aceh, Indonesia. Ia ditulis dalam tulisan Jawa Kuno, namun dalam bahasa Melayu Klasik yang berbentuk syair. Isi teks batu bersurat ini mengenai kematian seorang lelaki bernama Raja Iman Werda Rahmat-Allah, bertarikh 781 Hijrah (1379 Masihi). Juga dinyatakan bahawa ia berasal dari keluarga Barubasa, dan mempunyai kuasa atas Kedah dan Pasai.

hijrat nabi mungstapa yang prasaddha
tujuh ratus asta puluh savarssa
hajji catur dan dasa vara sukra
raja iman varda rahmatallah
gutra barubasa mpu hak kedak pasema
taruk tasih tanah samuha
ilahi ya rabbi tuhan samuha
taruh dalam svargga tuhan tatuha

Terjemahan teks

Setelah hijrah Nabi, kekasih yang telah wafat
Tujuh ratus delapan puluh satu tahun
Bulan Zulhijah empat belas hari, hari Jumaat
Raja Iman rahmat Allah bagi Baginda (werda)
Dari keluarga Barubasa mempunyai hak atas Kedah dan Pasai
Menaruk di laut dan darat semesta (semua)
Ya Ilahi Tuhanku semesta
Masukkanlah Baginda ke dalam surga Tuhan

wikipedia 

Zaman kegemilangan

Zaman kegemilangan bahasa Melayu Klasik berlaku setelah pemimpin kerajaan kerajaan Melayu memeluk Islam dan mempelajari bahasa Arab daripada pedagang Islam daripada Arab dan India. Ini menyebabkan penyerapan unsur unsur Arab dan Parsi dalam bahasa Melayu. Zaman ini boleh dibahagikan kepada tiga zaman penting iaitu:

Zaman kerajaan Melaka
Zaman kerajaan Acheh
Zaman kerajaan Johor-Riau

Tokoh dan hasil karya

Antara tokoh-tokoh penulis yang penting dalam bahasa Melayu Klasik ialah Hamzah Fansuri, Syamsuddin al-Sumaterani, Syeikh Nuruddin al-Raniri dan Abdul Rauf al-Singkel. Hasil karya yang terkenal pula ialah:

Hikayat Raja-raja Pasai
Hikayat Muhammad Ali Hanafiah
Hikayat Amir Hamzah
Bustanus Salatin
Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu)
Hikayat Iskandar Zulkarnain
Hikayat Hang Tuah
Misa Melayu
Tajus Salatin

wikipedia

Marilah kita melihat sejenak ke dalam gedung warisan Bahasa Melayu Klasik yang kerap ditemui dalam teks Sulalatus Salatin, Hikayat Hang Tuah dan sebagainya

1. arkian - sesudah itu
2. tiada ada bagainya - seumpamanya
3. dari masyrik lalu ke maghrib - dari timur hingga ke barat
4. dari daksina lalu ke paksina - dari selatan hingga ke utara
5. sahibul hikayat - yang empunya ceritera

6. kabul - diperkenan
7. wali - wakil
8. isi kahwin - mas kahwin
9. rida - rela
10. hukama - cendekiawan; cerdik pandai

11. anugerahi - mengumiakan
12. cembul - bekas mengisi kapur, pinang, gambir dsb.
13. kenaikan - kenderaan
14. khatifah - kain daripada bulu biri-biri; permaidani
15. kasad - maksud; niat; tujuan

16. termazkur - tersebut
17. hatta - kemudian dari itu
18. hilang - mangkat; meninggal dunia
19. tiada terpermanai - tiada terbilang (ramainya)tiada sangka bunyi - terlalu bising
20. meta - ganas

21. gumba - bincul pada dahi gajah
22. lebu duli - debu
23. menampilkan gajahnya - maju ke muka
24. pilu (pilau) - sejenis perahu China
25. gerangan - agaknya

26. betapa - bagaimana
27. utus (utas) - tukang; mahir dalam pekerjaan tangan
28. hulurkan - turunkan
29. iradat - kehendak; kemahuan (Tuhan)
30. ghaib - lenyap; hilang

31. kuda semberani - kuda sakti yang bersayap
32. tafahus - penyelidikan yang teliti
33. seperti dituang - seperti dibuat dengan acuan
34. serba - aneka
35. saput - litup

36. Alkisah - 'menurut ceriteranya', biasa digunakan dalam kesusasteraan lama sebagai memulai sesuatu ceritera baru
37. balu - isteri yang suaminya telah mati
38. berhuma - berladang
39. nasab - keturunan (terutama dari sebelah bapa)
40. ingar-ingar - bising-bising

41. gemala - batu bercahaya yang mempunyai hikmat (berasal dari ular, naga dan lain-lain)
42. negara bukit - puncak
43. curik - sejenis pisau atau parang
44. sekonyong-konyong - tiba-tiba
45. pancar - keturunan; anak-cucu

46. alamat - bukti; tanda
47. embuk - ibu
48. syahadan - selanjutnya; digunakan dalam kesusateraan lama untuk permulaan perenggan baru.
49. baluhan - bingkai (gendang; tabuh dan lain-lain)
50. beradu - tidur

51. kedal - sejenis penyakit kulit yang meninggalkan kesan bertelau-telau pada kulit
52. manira - saya; aku
53. mengembala - mengendali, mentadbir



Comments