26 Feb 2014

sebelum matahari pergi

sebelum matahari pergi
akan ada merah jingga warna
bertaburan di pintu langit

akan jauh matahari
meminggirkan cahaya
semakin jauh warna
semakin berbisik ketiadaan

sebelum matahari pergi
awan gelap memgapungkan kehitaman
menutup cerah warna
semakin jauh cahaya
kesejukan semakin mendekat


garis-garis cahaya semakin mengecil
semakin usai warna
semakin tiada
begitu matahari bermohon
sebelum pamitan

warna-warna memudar
pintu cahaya tertutup
matahari tak akan kembali lagi
meski lama kau menanti

begitu matahari
sebelum pergi
senyap meninggalkan
luas alam



SEGMEN&GIVEAWAY BY IKHWAN YUSUFF

http://duniakita94.blogspot.com/2014/02/segmen-by-ikhwan-yusuff.html

berakhir pada 1 Mac 2014



24 Feb 2014

Imbauan Suluh Budiman

Bermula dari SITC ke era MPSI. Berganjak ke IPSI dan kini menjadi UPSI. Begitu yang dilalui sejarah panjang Ibu Kandung Suluh Budiman. Sejarah yang mengukir pelbagai rasa dan gelora kepada sesiapa pun yang pernah menghuni institusi ini.

Marilah merenung sejarah itu sebagai kenangan atau sebagai renungan jauh sejarah institusi kebanggaan.


Maktab Perguruan tiga buah ditutup hari ini
30 Jun 1999

Tiga maktab yang akan ditutup secara rasmi pada hari ini (30 Jun 1999) ialah Institut Perguruan Sultan Idris (IPSI) di Tanjung Malim, Perak, Maktab Perguruan Mohd Khalid, Johor Bahru (MPMK) dan Maktab Perguruan Teruntum, Kuantan (MPTK).

Bagi mengimbas kembali sejarah penubuhan maktab-maktab itu, wartawan Utusan, ROHANA MAN menemu bual pengetua-pengetua maktab terlibat.

TARIKH 30 Jun (hari ini) menjadi titik bersejarah bagi tiga buah maktab perguruan apabila secara rasmi ditutup serentak. Bukan calang-calang nilai sejarah maktab yang ditutup pada hari ini kerana ia melibatkan maktab tertua dan ketiga tertua di negara ini.

Maktab tertua itu ialah Institut Perguruan Sultan Idris (IPSI) di Tanjung Malim, Perak dan Maktab Perguruan Mohd. Khalid (MPMK) di Johor Bahru, Johor.

IPSI kini sudahpun berusia 77 tahun manakala MPMK menjangkau usia kemerdekaan tanah air iaitu 42 tahun.

Sebuah lagi maktab yang akan ditutup ialah Maktab Perguruan Teruntum di Kuantan (MPTK), Pahang. Walaupun ia baru berusia 13 tahun, nostalgia sepanjang penubuhan maktab itu tetap ada.

Pengetua MPMK, Jaafar Abd. Hamid berkata, sejarah penubuhan maktab itu bermula di Pasar Tebrau, Johor Bahru apabila sebuah Bahagian Latihan Guru ditubuhkan di situ pada bulan Jun 1957.

Menurutnya, nama institusi itu kemudian diubah kepada Pusat Latihan Harian (PLH) dan ia kekal sehingga tahun 1961.

''Pada tahun 1961, PLH berpindah ke tapak maktab sekarang iaitu di Jalan Abdul Samad, Johor Bahru. Nama itu kekal sehingga tahun 1974 apabila ia ditukar menjadi MPMK,'' katanya ketika dihubungi Utusan, kelmarin.

Katanya, PLH berfungsi mengeluarkan guru-guru untuk sekolah rendah dan syarat kemasukan ialah lulus LCE (Lower Certificate of Education).

Menurutnya, mulai tahun 1967, syarat kemasukan berubah iaitu calon guru mesti memiliki MCE (Malaysian Certificate of Education), kini dikenali Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Beliau memulakan tugas di maktab itu sebagai pensyarah pada tahun 1987 sebelum dinaikkan pangkat menjadi ketua jabatan dan seterusnya timbalan pengetua.

''Saya menjadi pengetua maktab ini pada awal tahun ini,'' katanya.

Berikutan penutupan maktab tertua di Johor itu, sebanyak 158 pelajar dipindahkan ke maktab lain iaitu 67 pelajar ke Maktab Perguruan Batu Pahat (MPBP) dan 91 pelajar ke Maktab Perguruan Temenggong Ibrahim (MPTI), Johor.

Selain itu, katanya, jumlah pensyarah yang terlibat dalam pemindahan ke tempat bertugas baru ialah 59 orang iaitu 35 daripada mereka akan memulakan tugas di MPTI pada 1 Julai ini.

Menurut beliau, sembilan pensyarah lain akan berpindah ke sekolah termasuk beliau sendiri yang akan memulakan tugas sebagai pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Skudai, Johor mulai 5 Julai ini.

''Baki pensyarah lain akan bertugas di MPBP dan mereka juga akan memulakan tugas pada 1 Julai ini,'' katanya.

Beliau sedih dengan penutupan maktab itu memandangkan telah 12 tahun menabur bakti di maktab berkenaan.

''Memang sedih apabila melihat maktab yang telah banyak berjaya terpaksa ditutup. Tetapi itulah langkah terbaik memandangkan kekurangan pelajar dan kemudahan,'' katanya.

Maktab itu telah pun mengeluarkan kira-kira 12,000 pelajar sejak beroperasi selama 42 tahun.

Sementara itu, Pengetua Maktab Perguruan Teruntum, Kuantan (MPTK), R. Ganasa Murthy berkata, beliau masih menunggu surat daripada Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) untuk menyerahkan bangunan maktab itu kepada kerajaan negeri.

Menurutnya, surat penyerahan bangunan itu perlu dihantar segera memandangkan hanya beliau seorang sahaja masih berada di maktab.

''Semua kakitangan sokongan dan pensyarah sudahpun bercuti sebelum memulakan tugas di tempat baru,'' katanya mengulas penutupan maktab itu hari ini.

Beliau berkata, maktab kecil itu memiliki 71 pelajar dan mereka berpindah ke Maktab Perguruan Besut, Terengganu (MPBT) dan Maktab Perguruan Tengku Ampuan Afzan, Kuantan (MPTAAK).

Menurutnya, jumlah pensyarah yang terlibat ialah 25 dan akan mereka akan memulakan tugas baru di MPBT dan MPTAAK.

Mengulas sejarah penubuhan MPTK,beliau berkata, maktab itu dibuka pada tahun 1986 dan sejak itu telah mengeluarkan 3,009 guru.

''Maktab ini kecil dan tidak mempunyai kemudahan untuk pembelajaran dan pengajaran yang mencukupi. Ia tidak dapat bersaing dengan maktab perguruan lain yang lebih besar.

''Jadi saya setuju dengan penutupan MPTK walaupun berasa sedih dengan penutupan ini,'' katanya.

utusan online


Bangunan Suluh Budiman

Bangunan induk SITC ini mula dibina pada bulan Ogos 1919 dan siap sepenuhnya pada Jun 1922. Ia menjadi mercu tanda maktab terunggul di Tanah Melayu pada waktu itu yang dirasmikan pembukaannya pada 29 November 1922 oleh W.G Maxwell, iaitu Pesuruhjaya Tinggi Negeri-Negeri Melayu Bersekutu dan Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu. Upacara perasmian ini merupakan satu peristiwa yang amat bersejarah dan meriah. Ia telah dihadiri oleh pembesar-pembesar kerajaan Melayu dan juga pembesar-pembesar Tanah Jajahan Inggeris.

Di kiri kanan jalan masuk ke bangunan ini, pelajar kumpulan pertama maktab telah mengadakan satu perbarisan kehormatan menyambut ketibaan para jemputan. Antara kenamaan yang hadir di majlis tersebut ialah DYMM Sultan Perak, Sultan Iskandar Shah, Raja Muda Perak, Raja Bendahara, Raja Di Hilir, Raja Kecil Bongsu dan Datuk Panglima Kinta. Turut sama menyaksikan upacara gilang gemilang itu ialah beberapa orang pegawai Residen bangsa Eropah dari Negeri-Negeri Selat dan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu. Pegawai-pegawai pelajaran yang turut hadir ialah Pengarah Pelajaran Negeri-Negeri Selat, Tuan Wolffe dan Penolong Pengarah Pelajaran Negeri-Negeri Selat dan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu, Tuan Small dan Penolong Nazir Sekolah-Sekolah Selangor, Encik Kassim.

Upacara perasmian SITC telah disempurnakan dengan menggunakan anak kunci yang diperbuat daripada perak. Pada anak kunci tersebut tertulis kata-kata ”Maktab Untuk Guru-Guru Melayu”. Sebagai tanda kenangan pada hari perasmian SITC, penduduk Tanjong Malim yang diwakili oleh Penghulu Tanjong Malim, Encik Eusope bin Ahmad, telah menghadiahkan sepucuk meriam kepada SITC. Meriam tersebut digunakan oleh Raja Mahadi dalam peperangan dengan Tengku Kudin pada abad ke-19. Meriam tersebut kini tersimpan di bangunan Muzium Pendidikan Nasional, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjong Malim.

Pengetua melayu pertama di MPSI adalah Zainal Abidin Ali. Jumlah penuntut SITC bagi kumpulan pertama adalah seramai 120 orang sebagai permulaan untuk mengikuti kursus selama 3 tahun dan mula beroperasi pada 29 November 1922. Semua pelajar terdiri daripada pelajar lelaki. Tenaga pengajarnya pula terdiri dari tiga orang Eropah, tujuh orang guru Melayu dan seorang guru anyaman dari Filipina. Pada tahun 1957, bagi memenuhi tuntutan Laporan Razak SITC ditukarkan namanya kepada Maktab Perguruan Sultan Idris (MPSI) khususnya untuk melatih guru-guru sekolah rendah.

Bangunan dua tingkat yang diperbuat daripada simen konkrit dan berlantai kayu bahagian atasnya mempunyai reka bentuk Roman dan Gothic. Plan bangunan ini dilakar oleh seorang arkitek terkenal dari Negeri-Negeri Melayu Bersekutu bernama Kesteven. Tukang-tukang yang membinanya dibawa daripada Tanah Jawa dan juga buruh mahir berbangsa Cina. Bangunan ini mempunyai keluasan lantai 3,239 meter persegi.

Di bahagian atasnya dijadikan pusat pentadbira utama SITC yang mengandungi bilik pengetua, bilik guru, bilik mesyuarat, pejabat am, Pejabat Karang Mengarang dan Khutub Khanah. Manakala di bahagian bawahnya pula adalah Dewan Besar tempat perhimpunan bulanan atau upacara-upacara rasmi maktab. Di bahagian hadapan Dewan Besar dibina sebuah pentas serba guna untuk mengadakan acara-acara tertentu seperti acara perasmian, pertunjukan, ceramah, bahas, lakonan, teater dan lain-lain.

Nama “Bangunan Suluh Budiman” diambil sempena cogankata SITC “Pengetahuan Suluh Budiman” yang diilhamkan oleh seorang guru matematik dan senaman iaitu Cikgu Md. Hanafiah bin Md. Saman yang berasal dari negeri Selangor. Kini, bangunan ini dijadikan pejabat pentadbiran Jabatan Pembangunan dan Pengurusan Harta Benda UPSI, selain mempunyai bilik DiRaja dan VIP, khas untuk menerima tetamu penting Universiti. Bangunan ini telah diwartakan sebagai aset dan tapak Muzium Pendidikan Nasional yang baru.

sumber


Jubli Intan Maktab Perguruan Sultan Idris Tanjung Malim


Maktab Perguruan Sultan Idris (MPSI), Tanjung Malim, Perak telah ditubuhkan pada 1922. Maktab ini ditubuhkan bagi menggantikan Kolej di Melaka dan di Matang yang ditutup. Maktab ini mengambil sempena nama Sultan Perak yang memerintah dari 1889 hingga 1916, iaitu Almarhum Sultan Idris Marshid Al-‘Adzan Shah. Maktab Perguruan Sultan Idris dibuka dengan rasminya oleh Ketua Setiausaha Negeri-negeri Melayu Bersekutu, Sir George Maxwell pada 29 November 1922. Pengetuanya yang pertama ialah O.T. Dussek, seorang yang telah banyak mencurahkan jasa baktinya kepada maktab tersebut. Pada hari ini 31 Julai 1983, Ke Bawah D.Y.M.M. Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ahmad Shah Al-Musta’in Billah Ibni Al-marhum Sultan Abu Bakar Ri’Ayatuddin Al-Mu’adzam Shah dan Ke Bawah D.Y.M.M. Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Hajah Afzan binti Tengku Muhammad telah berkenan berangkat mencemar Duli ke upacara majlis perasmian perayaan Jubli Intan, ulangtahun yang Ke-60 Maktab Perguruan Sultan Idris, Tanjung Malim, Perak. Turut serta di majlis perayaan tersebut ialah Menteri Pelajaran Malaysia, Dato’ Dr. Sulaiman bin Haji Daud. Perayaan Jubli Intan genap 60 tahun MPSI diwujudkan bukanlah sahaja bertujuan untuk mengenang kembali perjuangan bekas-bekas penuntut dalam bidang-bidang yang berkaitan dengan pendidikan dan semangat nasionalisme, malah cuba memupuk semangat kekitaan di antara pelajar dan untuk merumuskan berbagai perkara di antaranya:-

Bagi mengabdikan perjuangan bekas pelajar disamping memberi saranan-saranan yang boleh membantu Kementerian Pelajaran dan institusi-institusi pendidikan dalam kerja-kerja merancang, mendidik dan mengatur perkhidmatan perguruan di negara ini.

Berhasrat menjadikannya MPSI sebagai maktab yang unggul dan diiktirafkan sebagai mempunyai status yang lebih signifikan dari maktab-maktab lain di negara ini.

Bersempena dengan perayaan ini, Konvensyen Pendidikan (KONPEN) Ke-8 juga diadakan. KONPEN adalah anjuran dan kerjasama dari Persatuan Bekas Penuntut-penuntut Suluh Budiman dan dengan kerjasama Kerajaan Negeri Perak. Di samping itu Kebawah D.Y.M.M. Yang di-Pertuan Agong telah berkenan melakukan upacara perasmian Tugu Perayaan Jubli Intan yang bernilai kira-kira RM 16 ribu. Sebagai mengiktirafkan kejayaan-kejayaan yang telah dicapai oleh MPSI, maka pada 21 Februari 1987 ianya telah dinaikkan taraf sebagai Institut Pendidikan Sultan Idris (IPSI) yang mana mengendalikan kursus Peringkat Sijil Khas dan Dipoma Keguruan. Keunggulan IPSI dalam memainkan peranan dan kepentingannya telah mendorong kerajaan untuk menaikkan tarafnya ke peringkat yang lebih tinggi sebagai Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI) pada 1 Mei 1997.



Muzium Pendidikan Pertama Negara Dirasmikan
19 Julai 2011

TANJUNG MALIM: Bangunan Suluh Budiman di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang dibina pada tahun 1919 kini dinaik taraf sebagai Muzium Pendidikan Nasional (MPN) dengan kos RM9.8 juta.

Muzium pendidikan yang pertama negara itu dipulihara dengan kos tersebut dan boleh diiktiraf sebagai mercu tanda kegemilangan pendidikan tanah air disempurnakan perasmiannya oleh Raja Permaisuri Perak Tuanku Bainun pada Selasa.

Turut hadir Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dan Naib Canselor UPSI Prof Datuk Dr Aminah Ayob.

Zambry dalam ucapannya pada majlis itu berkata pemilihan bangunan berkenaan sebagai muzim pendidikan pertama negara amat bertepatan sekali kerana sejarah perkembangan pendidikan nasional banyak bermula di UPSI yang dahulu dikenali Maktab Perguruan Sultan Idris (MPSI).

"Bangunan Suluh Budiman ini banyak berjasa dengan pembangunan negara dan bangsa malah kebangkitan nasionalisme yang menjadi pemangkin kepada perjuangan kemerdekaan turut bermula di sini," katanya. Zambry berkata kerajaan negeri yakin muzium itu dapat memainkan peranan sebagai pusat khazanah segala sumber ilmu serta sejarah pendidikan negara.

Katanya, UPSI telah melahirkan ramai tokoh pendidikan berkaliber dan pemimpin tersohor seperti bekas Timbalan Perdana Menteri Allahyarham Tun Ghafar Baba dan tokoh pendidikan Tan Sri Awang Had Salleh.

Sementara itu, Aminah berkata pembukaan muzium tersebut merupakan satu penghormatan kepada dunia pendidikan negara melalui pameran khazanah lama dan terkini yang melambangkan pencapaian sistem pendidikan di Malaysia dari era sebelum merdeka sehingga kini.

"Bangunan ini sebuah bangunan bersejarah yang didaftarkan sebagai Warisan Kebangsaan pada 12 November 2009 kerana mempunyai nilai sejarah yang penting kepada pembangunan negara khususnya dalam bidang perguruan dan pendidikan," katanya.

Beliau berkata bangunan berkenaan mula beroperasi pada 1922 sebagai sebuah maktab untuk latihan perguruan yang dikenali sebagai Sultan Idris Trainning College (SITC) atau MPSI.

Projek pemuliharaan bangunan itu dimulakan pada 24 Ogos 2009 untuk dijadikan sebagai MPN dengan merujuk kepada prinsip konservasi bangunan bersejarah seperti diperuntukkan mengikut Akta Warisan Kebangsaan 2005 dan garis panduan Konservasi Jabatan Warisan Negara.

Pelawat ke MPN boleh menyaksikan pameran di 19 buah galeri, dua bilik bacaan selain mendapatkan bahan rujukan melalui sistem komputer yang disediakan.

UPSI juga sementara itu turut menyediakan sistem digital yang membolehkan bahan-bahan pameran dimuat naik ke dalam webnya bagi kemudahan pelayar internet seluruh dunia mengikuti sejarah pendidikan negara.-BERNAMA

mstar

Sejarah Dan Latarbelakang UPSI

Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) merupakan sebuah institusi pengajian tinggi awam yang penting dalam lipatan sejarah pendidikan negara. Institusi ini berkembang secara bertahap dari sebuah kolej ke sebuah universiti. Agak menarik apabila meneliti tahap perkembangan institusi ini, kerana ia meniti satu landasan sejarah yang sama, mendukung falsafah penubuhan yang sama dan mekar dalam taman yang sama. Secara kronologi, perkembangan UPSI melalui tiga era, iaitu era SITC (29 November 1922 - 1957), era MPSI (1957 - 1987) dan era IPSI (21 Februari 1987 - April 1997). Tiga era ini juga memperlihatkan wadah generasi pendidik yang dilahirkan oleh institusi ini dalam tempoh 75 tahun. Tanggal 1 Mei 1997 bermulalah lembaran barunya sebagai sebuah universiti, apabila universiti ini diperbadankan di bawah Perintah Universiti Pendidikan Sultan Idris (Perbadanan) 1997 dan Perintah Universiti Pendidikan Sultan Idris (Kampus) 1997 menerusi Warta Kerajaan P.U (A) 132 & 133 yang bertarikh 24 Februari 1997.

Maktab Latihan Guru

Peranan R.O. Winstedt tercatat dalam sejarah SITC sebagai tokoh terawal yang mengilhamkan cadangan agar ditubuhkan sebuah maktab pusat bagi melatih guru dan bagi meluaskan skop pendidikan pada ketika itu. Ilham ini timbul setelah kepulangan beliau dari lawatan ke Tanah Jawa dan Filipina. Cadangan ini dibawa ke Persidangan Residen-Residen pada 10 Mei 1917.

Beliau juga turut menyarankan supaya tapak tempat maktab yang bakal didirikan itu mestilah mempunyai tanah yang subur, bagi menampung keperluan kurikulum yang banyak berteraskan kepada kemahiran dalam bidang pertanian. Tempat yang dipilih juga seharusnya berdekatan dengan rangkaian kereta api, jalan raya dan berhampiran dengan sungai. Satu lagi aspek yang difikirkan ialah komposisi penduduknya haruslah sederhana ramai.

Lokasi

Dalam proses mencari tempat yang sesuai itu, Tanjong Malim dilihat sebagai satu-satunya tempat yang paling menepati ciri-ciri lokasi dan faktor geografi sebagaimana yang dihasratkan oleh Winstedt. Pada 26 Mei 1917, Tanjong Malim secara rasmi dipilih sebagai tempat pembinaan maktab. Tanah seluas 64 hektar telah dibeli di Tanjong Malim dengan harga $49,000.00 untuk dijadikan kampus dan kerja-kerja pembinaan bermula pada bulan Ogos 1919. Reka bentuk bangunannya berunsur seni bina ala-Gothic Zaman Pertengahan. Pada tahun 1922, pembinaan maktab siap sepenuhnya. Pada 29 November 1922 SITC dirasmikan oleh Sir W. George Maxwell, Ketua Setiausaha Kerajaan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu.

Sultan Idris Training College (SITC)

Pada tarikh yang sama juga cadangan untuk memberikan nama maktab ini sebagai Sultan Idris Training College (SITC) telah dimaklumkan kepada Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Abdul Jalil Shah. Cadangan ini diperkenankan baginda Sultan. Nama Almarhum Sultan Idris Shah diabadikan pada nama maktab ini sebagai mengenang jasa dan sumbangan besar Almarhum dalam bidang pendidikan. Almarhum DYMM Paduka Seri Sultan Idris Mursyidul Adzam Shah ialah Sultan Perak yang ke-28 yang memerintah negeri Perak antara tahun 1889 - 1916.

Penubuhan SITC dianggap sebagai satu era baru yang menyemarakkan alam pemikiran dan pendidikan bangsa Melayu. Pengarah Pelajaran Negeri-Negeri Selat, Tuan Wolffe dalam ucapannya sewaktu perasmian SITC menyatakan bahawa, hari tersebut menandakan titik bersejarah bagi orang Melayu kerana ia (penubuhan SITC) merupakan titik tolak dalam perkembangan pendidikan vernakular Melayu. Menurutnya lagi, orang Melayu merasakan suatu pengiktirafan besar serta penghargaan yang tidak ada tolok bandingnya bagi peningkatan taraf pelajaran anak-anak Melayu.

SITC berkembang pantas. Kemasukan pelatihnya pula tidak terbatas hanya kepada orang Melayu di Tanah Melayu, malah meluas hingga ke Brunei, British Borneo dan Singapura. Pada bulan Mac 1924, SITC mengeluarkan guru terlatihnya yang pertama seramai 58 orang. Jumlah guru terlatih yang dikeluarkan terus meningkat dari setahun ke setahun. Dalam era ini jugalah bermulanya usaha membina peradaban bangsa menerusi bahasa Melayu. Pejabat Karang-Mengarang menjadi lidah rasmi yang memartabatkan dan meninggikan bahasa ibunda. Usaha ini berkembang subur di tangan Zainal Abidin Ahmad atau lebih dikenali sebagai Pendeta Za’ba.

Kurikulum latihan perguruan di SITC tertumpu kepada pengetahuan asas keguruan di samping kraf tangan dan pertanian. Sejak ditubuhkan, institusi ini terus unggul berbakti kepada bangsa dan negara. Ia disifatkan sebagai ‘universiti’ yang unggul bagi melatih guru-guru Melayu.

Pengambilan Pelajar SITC

Bermula 19 November 1922, pengambilan kumpulan pertama pelatih lelaki berjumlah 115 orang telah mendaftar. Beberapa hari selepas pendaftaran itu, sejumlah lima orang pelatih lagi diterima masuk yang membawa jumlah keseluruhannya 120 orang. Kumpulan pertama guru pelatih ini sebenarnya terdiri daripada 70 orang dari Maktab Perguruan Melayu Melaka dan 50 orang lagi dari Maktab Perguruan Matang. Jumlah tenaga pengajarnya pula adalah seramai empat orang berbangsa Eropah, tujuh orang guru Melayu, seorang guru anyaman dari Manila dan seorang guru al-Quran dari Matang. Mereka ialah O.T. Dussek (Pengetua), M.R. Holgate, W.B.O. Sir Williams, D.H. Ghrist, Mohammad Hashim Hj Taib, Noordin Hj Harun, Ibrahim Dato’ Muda Linggi, Abdul Rahman Hj Muhyiddin, Hanafiah Md Saman, Mohamad Said Hj Hussin, Abdul Hadi, Mr. W. Olaguera (Manila) dan Lebai Jaafar Abdul Rashid (guru al-Quran). O.T. Dussek dilantik sebagai Pengetua SITC yang pertama. Pada tahun 1923 jumlah tenaga pengajar bertambah. Pertambahan ini melibatkan sepuluh orang guru berbangsa Melayu dan seorang berbangsa Filipina. Guru-guru ini pada asalnya merupakan tenaga pengajar dari Maktab Perguruan Matang yang telah ditutup dan sebahagiannya dari Maktab Perguruan Melaka.

Maktab Perguruan Sultan Idris (MPSI)

Pada tahun 1957 nama SITC ditukarkan kepada nama Maktab Perguruan Sultan Idris (MPSI). Langkah ini dilakukan bagi memenuhi tuntutan Laporan Razak. Dari tarikh ini bermulalah era MPSI yang membawa wajah, watak dan keperibadian Melayu, apabila pentadbiran SITC yang selama ini diketuai orang Eropah beralih tangan kepada cendekiawan Melayu.

Meskipun berubah pada nama, namun tradisi SITC menjadi akar yang menumbuhkan kecemerlangan institusi ini dalam era MPSI dan era-era seterusnya. Peranan MPSI tidak setakat melatih dan mendidik bakal guru, namun menjadi medan pengungkap bicara dan suara hati para cerdik pandai dan nasionalis Melayu. Pembinaan bahasa Melayu sebagai satu korpus dikukuhkan lagi dengan kemunculan tradisi penulisan kreatif dalam kalangan guru pelatih dan tenaga pengajar. Tradisi ini sudah bermula pada era SITC di tangan Harun Aminurrashid dan Punggok, tetapi berkembang luas dalam era MPSI. Pada waktu inilah munculnya beberapa tokoh besar penyair, cerpenis dan novelis Melayu. Antaranya ialah A. Wahab Ali, Ali Majod, Kasmani Haji Arif, Awang Had Salleh, Hassan Ali, Othman Puteh, Dharmawijaya, Kemala, Suhaimi Haji Mohammad, Shahnon Ahmad, Suratman Markasan, Masuri S.N., Yura Halim dan lain-lain lagi.

Pada 13 Januari 1975, MPSI memecah tradisinya apabila menerima 140 orang penuntut perempuan. Perkembangan baharu ini telah mewujudkan senario baru dalam tradisi MPSI. Meskipun penuntut perempuan diterima masuk, namun MPSI terus ke hadapan sebagai sebuah institusi perguruan yang cemerlang dan terunggul tanpa membezakan taraf dan jantina.

Institut Perguruan Sultan Idris (IPSI)

Era MPSI berakhir pada 21 Februari 1987 apabila tarafnya sebagai sebuah maktab ditingkatkan menjadi sebuah institut dengan nama Institut Perguruan Sultan Idris (IPSI). Era IPSI merupakan satu zaman mencabar, kerana kedudukannya sebagai sebuah institusi tidaklah hanya meninggikan nama semata-mata, tetapi turut melonjakkan harapan anak bangsa dan masyarakat Melayu serta kerajaan yang mentadbir untuk melihat IPSI benar-benar menjadi tonggak harapan bagi mempertingkatkan taraf pendidikan rakyat, khususnya orang-orang Melayu. Justeru, IPSI mengorak langkah panjang dengan memperkenalkan pelbagai rancangan. Antaranya ialah mengadakan Kursus Sijil Perguruan Khas (KSPK) pada tahun 1987 dan Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) bermula pada tahun 1988. Pada tahun 1993 Kursus Kembaran dengan Universiti Pertanian Malaysia (UPM) pula diadakan dalam bidang Bahasa Melayu dan Pendidikan Jasmani.

Peranan SITC dan MPSI telah diperkasakan dalam era IPSI menerusi rangkaian kerjasama pengajian yang diadakan dengan pihak-pihak lain di luar IPSI. Ruang lingkup dan sempadan jangkauan IPSI merentas tembok itu sendiri. IPSI bergerak seiring dengan kemajuan institusi-institusi pengajian tinggi awam lain dalam konteks merealisasikan matlamat kerajaan untuk menghasilkan tenaga pengajar yang berwibawa dan bermanfaat demi kesejahteraan masyarakat dan negara. Peranan IPSI berterusan hingga ke tahun 1993 apabila pada masa itu sistem latihan perguruan mengamalkan sistem bersepadu, iaitu sesebuah maktab perguruan melatih guru-guru untuk sekolah rendah dan menengah.

Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)

Genap usia sepuluh tahun, IPSI memasuki era barunya pada tahun 1997 dengan langkah yang penuh bergaya apabila institusi ini secara rasmi dinaikkan taraf sebagai sebuah universiti. Bagi menjalankan perintah kerajaan menerusi Warta Kerajaan P.U. (A) 132 & 133 bertarikh 24 Februari 1997, maka bermula 1 Mei 1997, tertubuhlah Universiti Pendidikan Sultan Idris yang dikenali hari ini dengan nama singkatannya UPSI.

Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) mula beroperasi pada 2 Mei 1997 dengan pelajarnya seramai 350 orang. Datuk Dr. Ashari Che Mat telah dilantik sebagai Naib Canselor Pertama manakala Profesor Dr. Abu Bakar Nordin (kini bergelar Dato’) sebagai Timbalan Naib Canselor Akademik. Mereka dibantu oleh Encik Sayuti Sahlan, Encik Yusof Semahil dan Encik Rusley Taib untuk membangunkan UPSI dalam serba kekurangan.

Berbekalkan enam orang kakitangan pentadbiran dan 29 orang tenaga akademik yang kebanyakannya dipinjamkan dari pelbagai agensi Kementerian Pendidikan Malaysia, UPSI mengorak langkah ke gelanggang pendidikan dengan semangat dan cita-cita murni. Ternyata, tidak mudah bagi UPSI menarik nafas lega, kerana terpaksa berhadapan dengan pelbagai cabaran. Kekentalan semangat dan iltizam beserta dorongan Kementerian Pendidikan, UPSI menapak langkah demi langkah membina kekuatan diri berdiri atas kemampuan sendiri yang akhirnya berjaya menempatkan dirinya seiring dengan perkembangan institusi pengajian tinggi yang lain waktu ini.

Pembangunan infrastruktur bermula dengan pembinaan Bangunan Canselori pada tahun 1999 dan Kompleks Kediaman Siswa di Behrang Ulu. Pada awal tahun 2001, pembangunan semakin rancak dilaksanakan dengan pembinaan Gimnasium, Perpustakaan, Auditorium, Kompleks Pendidikan Muzik, dewan-dewan kuliah dan lain-lain. Beberapa kemudahan sedia ada yang merupakan warisan SITC-MPSI-IPSI dibaik pulih dengan beberapa pembaharuan, sesuai dengan kemajuan teknologi di samping mengekalkan struktur asalnya. Pembangunan yang rancak ini telah menampilkan imej UPSI sebagai sebuah institusi pengajian tinggi. Nama UPSI terpancar sebagai simbol keunggulan institusi ini sebagai sebuah universiti yang sepenuhnya menawarkan program pengajian pendidikan baik di peringkat ijazah sarjana muda mahupun lanjutan.

Pada awal penubuhannya, terdapat hanya empat buah fakulti yang menawarkan sepuluh program pengajian. Fakulti-fakulti tersebut adalah Fakulti Bahasa, Fakulti Sains Sosial dan Kesenian, Fakulti Sains dan Teknologi, dan Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia. Jumlah program pengajian bertambah dari tahun ke tahun. Pada tahun 2002, dua buah fakulti baharu ditubuhkan, iaitu Fakulti Perniagaan dan Ekonomi dan Fakulti Teknologi Maklumat dan Komunikasi, menjadikan jumlah fakulti sehingga itu enam buah dengan jumlah 19 kursus pengajian di peringkat ijazah sarjana muda. Peningkatan ini menggambarkan perubahan besar yang dilakukan bagi menampung keperluan akademik dan jumlah pelajar yang kian bertambah.

Sehingga kini, sebanyak sembilan buah fakulti sudah ditubuhkan dan fakulti tersebut adalah Fakulti Pendidikan dan Pembangunan Manusia (FPPM), Fakulti Sains dan Matematik (FSMT), Fakulti Pengurusan dan Ekonomi (FPE), Fakulti Sains Sukan dan Kejurulatihan (FSSK), Fakulti Muzik dan Seni Persembahan (FMSP), Fakulti Bahasa dan Komunikasi (FBK), Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSK), Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional (FPTV), dan Fakulti Seni, Komputeran dan Industri Kreatif (FSKIK). UPSI juga sudah mempunyai 54 program pengajian ( 7 Program Diploma, 35 Program Sarjana Muda Pendidikan, 4 Program Sarjana Muda Dengan Pendidikan, dan 8 Program Ijazah Sarjana Muda). Selain itu, Institut Pengajian Siswazah (IPS) menawarkan 173 Program Pengajian (103 Program Sarjana dan 70 Program Doktor Falsafah).

Kampus Sultan Abdul Jalil Shah

Majlis Pecah Tanah Kampus Sultan Azlan Shah telah disempurnakan oleh DYMM Paduka Seri Sultan Perak Sultan Azlan Muhibbuddin Shah pada 22 April 2002. Dalam titah perasmiannya baginda telah mengumumkan nama kampus utama UPSI sebagai Kampus Sultan Abdul Jalil Shah yang lokasinya di Tanjung Malim manakala untuk kampus baru di Proton City diberi nama Kampus Sultan Azlan Shah.

Kampus Sultan Azlan Shah

Kampus Sultan Azlan Shah telah dirancang bermula sejak Rancangan Malaysia Ke-8 lagi. Dengan adanya kampus baru ini, infrastruktur pengajaran dan pembelajaran di UPSI dapat dipertingkatkan ke tahap yang lebih sempurna sejajar dengan kehendak kerajaan bagi memperkasa dan meningkatkan mutu pendidikan institut pengajian tinggi awam.

Pada 20 Februari 2012, Kampus Sultan Azlan Shah dengan rasminya beroperasi dengan menempatkan beberapa fakulti seperti Blok 1 - Blok 6 untuk Fakulti Sains & Matematik, Blok 7 - Blok 9 untuk Fakulti Pendidikan dan Pembangunan Manusia, Blok 10 untuk Fakulti Pengurusan dan Ekonomi, Dewan Kuliah Berpusat, Dewan Besar dan Panggung Percubaan, Kafetaria, Rotu, Balai Pengawal dan Pos Pengawal, Pusat Pelajar, Pusat Komputer, Surau dan Pusat Islam.

Kampus ini terletak berdekatan kira-kira 8 km dari kampus sedia ada iaitu Kampus Sultan Abdul Jalil Shah. Tapak yang bertempat di Bandar Baru Proton City ini akan memberikan satu impak pembangunan kepada kawasan sekitar terutamanya kepada bandar Proton City. Kampus yang berdekatan dengan Pusat Komersial Bandar Proton dan Kilang Proton ini juga lengkap dengan kawasan berlatar belakangkan kehijauan Banjaran Titiwangsa yang segar dan mengasyikkan. Keindahan sumber alam semulajadi ini akan memberikan satu persekitaran yang sempurna untuk menambah nilai dalam proses pembelajaran pelajar. Kampus baru ini telah dirasmikan dengan jaya dan penuh bersejarah oleh DYMM Paduka Seri Sultan Perak Sultan Azlan Muhibbuddin Shah pada 16 Jun 2012.

Kemasukan Pelajar UPSI

Jika dilihat dari segi bilangan pengambilan pelajar dalam tempoh lima belas tahun (1997 - 2012), peratus pengambilan amat besar jika dibandingkan dengan perancangan awal penubuhan universiti ini. Minat pelajar lulusan STPM, Diploma atau yang setaraf dengannya amat tinggi sekali dan umum mengetahui bahawa UPSI adalah IPTA paling popular menjadi pilihan pelajar. Dari seramai 338 orang pelajar pada tahun 1997, sehingga kini (2012) enrolmen pelajar UPSI menjangkau 30,087 pelajar Ijazah Sarjana Muda, 5,476 pelajar Diploma Pendidikan, 308 pelajar diploma dan pelajar pasca siswazah seramai 2,164 orang. Jumlah keseluruhan enrolmen pelajar UPSI 2012 adalah 29,075 orang.

Sehingga Istiadat Konvokesyen Ke-14 yang berakhir pada 9 Mei 2012 lalu (1999 – 2012), UPSI telah melahirkan seramai 38,035 graduan sarjana muda, diploma, dan ijazah lanjutan (Kedoktoran dan Sarjana).

sumber

Pejabat Karang Mengarang

Retrospektif Pejabat Karang Mengarang MPSI


SEMASA sebelum merdeka Pejabat Karang Mengarang di Maktab Perguruan Sultan Idris (MPSI) yang sekarang Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI) memainkan peranan penting dalam perkembangan kesusasteraan Melayu.

Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) belum lagi bergerak aktif dalam bidang kesusasteraan ketika itu. Pendita Za’aba ialah orang yang bertanggungjawab menyuburkan bidang bahasa dan sastera melalui Pejabat Karang Mengarang MPSI ini.

Ia ditubuhkan pada tahun 1924 dikenali sebagai Penerbit Universiti dan pada 1 November 2001 dikenali sebagai Penerbit Universiti. Penubuhannya bertujuan untuk menghasilkan penerbitan ilmiah dalam bahasa Melayu dan Inggeris serta memperbanyakkan bahan rujukan kepada semua golongan masyarakat.

Menerbitkan hasil penyelidikan warga akademik dalam bentuk buku, jurnal dan sebagainya. Selain itu, turut menganjurkan bengkel-bengkel penulisan serta kursus penterjemahan.

Ini membuka peluang kepada warga akademik menyebarluaskan kepakaran mereka dalam bidang yang diceburi dan ia dapat mengimarahkan budaya penulisan dalam kalangan warga universiti.

Penubuhan pejabat ini adalah atas daya usaha O.T Dussek , Pengetua MPSI, dan Pendita Za’aba dilantik sebagai penggeraknya. Penubuhannya juga mendapat kerjasama daripada R.O. Winstedt iaitu Pengarah Pelajaran Negeri-negeri Melayu Bersekutu dan Negeri-negeri Selat.

Sebelum adanya Pejabat Karang Mengarang, penerbitan buku-buku dikendalikan oleh pencetak-pencetak persendirian. Disebabkan pengeluarannya tidak begitu memuaskan maka dalam tahun 1885 sebuah percetakan Melayu telah ditambah kepada Pejabat Percetakan Kerajaan dengan mengambil Syed Mahmud Syed Abdul Kadri sebagai penulis dan penterjemah di Pejabat Pelajaran Singapura.

Pengetua MPSI meminta kebenaran kepada Pengarah Pelajaran di Kuala Lumpur supaya bahagian terjemahan dipindahkan ke MPSI Tanjung Malim. Permintaan itu diluluskan dan Za’aba dilantik sebagai Ketua Penterjemah.

Pada tahun 1925, dengan persetujuan Winstedt ia dinamakan sebagai Pejabat Karang Mengarang Sultan Idris Training College. Lembaga pengarah atau badan penyunting umum telah dibentuk dan anggotanya terdiri daripada Winstedt sebagai Pengarah am dan O.T.Dussek sebagai Pengarang.

Pengetua MPSI bertanggungjawab menggerakkan biro ini secara am kerana ia dianggap sebahagian daripada fungsi maktab. Ia dianggap bersesuai sekali dengan kedudukan maktab sebagai pusat pengajian Melayu.

Pada tahun 1930 pejabat ini menambah tiga orang kakitangan yang terdiri daripada Yazid Ahmad, Abdul Kudus Muhamad dan Ahmad Murad Nasaruddin. Tugas mereka ialah sebagai penterjemah pelatih lulusan School Certificate dan berkebolehan dalam bahasa Melayu dan Inggeris. Selain mereka, dua orang penulis Melayu juga dipilih untuk berkhidmat di pejabat tersebut, kesemua mereka adalah lulusan MPSI.

Oleh kerana pejabat ini tidak mempunyai mesin cetak maka bahan-bahan untuk dicetak dihantar ke syarikat swasta . Pada masa itu hanya terdapat Mesra Printers Singapura, Kyle Palmer &Co. Kuala Lumpur dan Malaya Publishing House Singapura.


Za’aba sebagai tenaga penting di pejabat ini diberi peluang melawat Penerbit Pustaka Indonesia untuk mempelajari hal-hal yang berkaitan dengan percetakan dan juga menambah pengetahuannya dalam bidang penerbitan buku.

Za’aba atau nama sebenarnya Zainal Abidin Ahmad (16 September 1895 - 23 Oktober 1973), juga dikenali sebagai seorang sasterawan dan pemikir Melayu keturunan Minangkabau yang giat menulis sekitar tahun 1940-an. Berdasarkan pencapaiannya dalam bidang kesusasteraan, beliau merupakan salah seorang budak kampung yang berjaya meletakkan dirinya sebagai tokoh terkemuka dalam sejarah negara ini.

Beliau merupakan seorang cendekiawan Melayu yang dihormati dan selama hampir 40 tahun, aktif dalam kegiatan penulisan termasuk penterjemahan.

Dilahirkan di Kampung Bukit Kerdas, Batu Kikir, Negeri Sembilan, Za’aba menerima pendidikan awalnya di sebuah sekolah Melayu di Linggi. Beliau menyambung pembelajarannya di Institusi St. Paul Seremban dan merupakan orang Melayu pertama menduduki peperiksaan Senior Cambridge dan lulus peperiksaan pada 1915.

Za’aba memulakan kerjayanya sebagai guru sekolah di Johor Bahru pada tahun 1916. Beliau seorang yang gemar membaca dan memiliki bakat dalam bidang penulisan. Kebanyakan hasil penulisannya disiarkan dalam akhbar dan majalah-majalah seperti Utusan Melayu, Lembaga Melayu, Pangasuh, dan Pakar Majalah. Beliau telah menerbitkan beberapa siri monograf dalam bahasa Melayu, termasuk Bahasa Pelita dan Ilmu Mengarang. Hasil penulisannya yang lain termasuk cerita-cerita Shakespeare yang diterbitkan oleh Percetakan Gudang Chap, Singapura.


Sekembalinya dari Indonesia, Za’aba dan O.T. Dussek mencadangkan agar pejabat tersebut mencontohi kerja-kerja penerbitan yang dilakukan oleh Balai Pustaka, Indonesia. Antara cadangannya ialah menambah bilangan pekerja sehingga 60 orang kerana tugas semakin banyak dan berkembang. Banyak buku hendak diterbitkan dan memerlukan pekerja yang banyak.

Pada tahun 1936 O.T.Dussek telah dibersarakan lebih awal kerana bertelingkah dengan pegawai tinggi Kerajaan Pusat. Selepas ketiadaannya pejabat ini secara perlahan-lahan menjadi semakin lemah dan tiada idea.

Semasa Perang Dunia Kedua meletus, kerja-kerja penerbitan seakan-akan terhenti sama sekali. Selepas perang pejabat ini terpecah kepada dua bahagian, iaitu satu di Tanjung Malim dan satu lagi berpusat di Jabatan Pelajaran Kuala Lumpur.


Usaha untuk membesar dan memperkasakannya terbantut. Peranannya semakin mengecil dan akhirnya dibubar terus pada tahun 1957 apabila Dewan Bahasa dan Pustaka dipindahkan dari Johor Baharu ke Kuala Lumpur. Sejak itu peranan mengembang bahasa Melayu dan menerbitkan buku berbahasa Melayu diambil alih oleh DBP.

Sehingga tahun 1957, sebanyak 44 buah buku telah diterbitkan daripada jumlah itu 34 buah diterbitkan sebelum 1936. Tujuh daripadanya adalah cerita kanak-kanak. Selepas perang sebanyak 24 buah telah diterbitkan, empat buah daripadanya adalah hasil daripada peraduan mengarang anjuran Pejabat Pelajaran.

utusan online

dalam perjalanan

dalam perjalanan


dalam perjalanan
kau melintas sinar dan bayang


dalam perjalanan
terang dan gelap berganti
dan kau perlu terus melangkah
mencari destinasi


dalam perjalanan
kau temui sepi
sendirian memamah kesenyapan
dan ketiadaan
tapi kau tak harus berhenti


dalam perjalanan
barangkali kau mendaki
atau menuruni lurah dalam
hanya kesabaran mampu membawamu
ke jalan hadapan


dalam perjalanan
belajarlah menjadi akrab
dengan  keasingan


23 Feb 2014

Mishary Rashid Al-Afasy




Sheikh al-ʿAfāsī studied at the College of the Quran and Islamic Studies at the Islamic University of Makkah, and specialized in the ten readings and translations of the Quran. He has been certified by a number of scholars of Quran and recited before several renowned Qaris. They include Sheikh Ahmed Abdulaziz Al-Zaiat, Sheikh Ibrahim Ali Shahata Al-Samanodei and Sheikh Abdurarea Radwan.


On March 24, 2007 Sheikh Mishary traveled to the United States of America and visited three mosques: Islamic Center of Irvine in California, Islamic Institute of Orange County in California, and the ICD (Islamic Center of Detroit) in Michigan. The audio tapes of his recitations during his visit to America can be found on his website, and also on YouTube or MukminTV. On October 25, 2008, Sheikh Mishary was awarded the first Arab Creativity Oscar by the Arab Creativity Union in Egypt. The event was sponsored by the General Secretary of the League of Arab States Mr. Amr Mousa as a recognition of Sheikh Mishary Alafasy role in promoting Islamic principles and teachings utilizing the modern technology to deliver the peaceful message of Islam. On September 2009, Sheikh Mishary traveled to the ICOI or Islamic Center of Irvine, but had to leave early due to family emergency.

There are two satellite channels for Sheikh Meshary, The first is Alafasy TV and another more recent channel. During the month of Ramadan, in 2010, Al-Afasy returned to the ICOI to lead the taraweeh prayer.

Sheikh Mishary bin Rashid Al-Afasy or Mishary Rashid Ghareeb Mohammed Rashed Al-Afasy is a Kuwaiti international-renowned reciter or Qari. He was born in Kuwait on September 5, 1976 (Sunday 11th of Ramadan 1396 H).

Mishary Rashid Al-Afasy undertook his Quran studies at the College of the Holy Quran and his Islamic Studies about “the ten readings and translations of the Holy Quran'’ at the Islamic University of Madinah (Kingdom Of Saudi Arabia).

Mishary Al Afasy is now the Imam of Masjid Al-Kabir (Great Mosque) in Kuwait City and leads the Taraweeh prayers of Ramadan in the same Mosque.

wikipedia


Profile of Quran Reciter Sheikh Mishary Rashed Al-Afasy

Sheikh Mishary Rashed Al-Afasy was born in Kuwait in 1976. Sheikh Mishary studied at the Islamic University of Madinah in Saudi Arabia, specializing in the ten readings of the Quran. He is married, and has three children (two daughters and one son). He is also known as "Abu Rashid" (the father of Rashid).

In 1998, Sheikh Mishary was awarded the first "Arab Creativity Oscar" by the Arab Creativity Union in Egypt, sponsored by the General Secretary of the League of Arab States. Sheikh Mishary is especially noted for using modern technology to deliver the message of the Quran to a wider audience. Sheikh Mishary uses television, radio, Facebook, YouTube, Twitter, SMS services, and SoundCloud to share the message of Islam.
Recitation of the Quran:
Sheikh Mishary Rashed Al-Afasy is the imam of the Grand Mosque in Kuwait City. He also makes frequent television appearances, and has published videos of his Quran recitations on YouTube.

Sheikh Al-Afasy was voted by readers to be the Best Quran Reciter in the 2012 About.com Readers' Choice Awards.
Nasheed:
Sheikh Alafasy has also released eight nasheed albums as well. He sings in Arabic, English, and French with only his voice (no musical instruments)

sumber

http://www.alafasy.me/en-index.html

LA ILAHA ILLALLAH NASHEED BY MISHARY RASHID ALAFASY

22 Feb 2014

Selawat Perdana


SELAWAT PERDANA 
MALAM CINTA ALLAH DAN RASUL 1435H

Hayatilah alunan selawat & qasidah oleh Habib Syech Bin Abdul Qodir Asseqaf 
serta tausiyah oleh Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid 
pada 21 Mac 2014, Jam 8.00 Malam 
bertempat di Dataran Masjid Putra, Presint 1, Putrajaya.


Media Sosial




sumber



Terkaya di Malaysia



20 terkaya di Malaysia
21 Februari 2014


KUALA LUMPUR - Robert Kuok, hartawan Malaysia yang berpangkalan di Hong Kong, kekal lelaki paling kaya di Malaysia dengan kekayaan RM54.48 bilion berbanding RM46.1 bilion tahun lepas, diikuti ahli perniagaan T. Ananda Krishnan dan tokoh perbankan Public Bank Tan Sri Teh Hong Piow.

Ananda, mengekalkan posisi kedua sejak 2004 dengan aset yang dimilikinya menerusi Usaha Tegas Sdn Bhd bernilai RM33.19 bilion, peningkatan sebanyak 0.88 peratus daripada RM32.90 bilion tahun lepas.

Hong Piow, kekal di tempat ketiga sejak tiga tahun lepas, dengan aset bernilai RM18.07 bilion, lapor Malaysian Business, majalah Perniagaan utama dalam terbitan 16 Februari.

Ia melaporkan gabungan kekayaan 40 individu paling kaya itu meningkat kepada RM217.82 bilion pada 18 Jan 2014 atau 11.73 peratus daripada RM194.86 bilion tahun lalu.

Semasa majalah itu mula menyenaraikan kekayaan 40 individu paling Malaysia pada 2002, gabungan jumlah aset mereka sebanyak RM41.7 bilion, dengan Robert Kouk Hock Nien berada di tempat teratas.

Majalah itu berkata tempat keempat dalam senarai itu ialah Tan Sri Quek Leng Chan melalui Hong Leong Group dan Guoco Group, dengan kekayaan bernilai RM14.11 bilion tahun ini.

Tempat ke-5 ialah Tan Sri Lee Shin Cheng dari IOI Group yang melompat dari kedudukan keenam tahun lepas, mengatasi Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary yang jatuh ke tempat keenam.

Kekayaan Lee tahun ini berjumlah RM13.12 bilion, naik daripada RM10.56 bilion tahun lalu.

Syed Mokhtar berada di tempat keenam walaupun kekayaan beliau meningkat sebanyak 4.43 peratus kepada RM11.07 bilion daripada RM10.6 bilion pada tahun lepas.

Ketua Genting Group Tan Sri Lim Kok Thay dan ibunya, Puan Sri Lee Kim Hua, mengekalkan kedudukan mereka, masing-masing di tempat ketujuh dan kelapan.

Kekayaan Lim meningkat 16.18 peratus kepada RM9.43 bilion manakala Lee meningkat sebanyak 3.2 peratus kepada RM7.47 bilion.

Datuk Mokhzani Mahathir melalui SapuraKenchana Petroleum berada di tempat kesembilan dengan aset bernilai RM4.22 bilion.

Tokoh perbankan Tan Sri Azman Hashim melalui Arab-Malaysian Corporation menduduki tempat ke-10 dengan aset bernilai RM4.11 bilion tahun ini.

Malaysian Business berkata antara fakta menarik ialah sejak 2002, 81 usahawan menyertai senarai 40 individu terkaya di Malaysia dan 15 berjaya kekal di atas secara berterusan.

Keseluruhannya, peningkatan kukuh kekayaan mereka boleh dikaitkan dengan sumbangan prestasi pasaran dan harga inflasi, dengan kekayaan mereka sebahagian besarnya berasaskan kepada pegangan masing-masing.

Ia juga menggambarkan prestasi syarikat-syarikat mereka dan pertumbuhan ekonomi Malaysia yang positif dalam tempoh 12 tahun.

Tahun ini terdapat 33 jutawan dalam senarai harta mencecah angka bilion, lebih dua daripada tahun lepas dan 29 daripada 40 dalam senarai merekodkan lebih tinggi daripada tahun lepas.

Daripada jumlah itu, 20 individu mencatatkan pertumbuhan lebih daripada 10 peratus.

Dua individu kembali memasuki senarai tahun ini, Datuk Tony Tiah dari TA Enterprise di tempat ke-38 dengan aset bernilai RM589.14 juta, manakala Tan Sri Rozali Ismail dari Puncak Niaga Holdings memasuki senarai 40 Teratas dengan RM543.74 juta.

Seperti tahun-tahun sebelumnya, kekayaan 40 Teratas dinilai berdasarkan nilai pegangan mereka dalam syarikat tersenarai pada 18 Januari 2014.

Malaysian Business majalah perniagaan utama di negara ini diterbitkan oleh Berita Publishing Sdn Bhd.


SENARAI 20 INDIVIDU TERKAYA MALAYSIA 2013


1. Robert Kuok Hock Nien 54,480.00 Kerry Group/Kuok Group
2. T Ananda Krishnan 33,193.88 Usaha Tegas
3. Tan Sri Teh Hong Piow 18,066.20 Public Bank
4. Tan Sri Quek Leng Chan 14,110.81 Hong Leong Group
5. Tan Sri Lee Shin Cheng 13,115.37 IOI Group
6. Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary 11,070.00 Al-Bukhary Foundation
7. Tan Sri Lim Kok Thay 9,434.18 Genting Group
8. Puan Sri Lee Kim Hua 7,467.00 Genting Group
9. Datuk Mokhzani Mahathir 4,222.26 SapuraKencana Petroluem
10. Tan Sri Azman Hashim 4,108.45 Arab-Malaysian Corp
11. Tan Sri Tiong Hiew King 3,790.00 Rimbunan Hijau
12. Ong Beng Sheng 3,530.00 Hotel Properties Ltd
13. Tan Sri Yeoh Tiong Lay 3,220.83 YTL Group
14. Tan Sri Lau Cho Kun 3,120.67 Hap Seng Consolidated
15. Tan Sri Shahril Shamsuddin 2,506.03 Sapura Group
16. Datuk Shahriman Shamsuddin 2,468.65 Sapura Group
17. Tan Sri Jeffrey Cheah Fook Ling 2,153.15 Sunway Group
18. Datuk Lee Yeow Chor 2,033.81 IOI Group
19. Lee Yeow Seng 2,006.13 IOI Group
20. Tan Sri Vincent Tan 1,924.12 Berjaya Group

- Bernama

Sinar Harian


20 Feb 2014

hati seorang ayah


jari ini begitu kecil ketika kau menyambutnya
terasa begitu kasar dan berkedut jarimu
tapi berbeza dengan jemari lain yang kugapai
begitu hangat dan mendebarkan hatiku
tidak pernah kutahu apa erti dan maksudnya debaran itu
ketika itu
melalui waktu aku mengenal kedewasaan
baru tertemu jawabnya
rupanya itulah getar cinta yang mengalir dari hatimu
memasuki perdu hatiku

jari ini bukan lagi sekecil dulu
sudah bisa menulis tentang apa yang terakam
di benua jiwa atau apa yang berlegar dalam hidupku sendiri
jari inilah yang semakin membesar dalam genggammu
dalam warna cinta yang selalu kautaburkan
sehingga pada suatu ketika
aku kehilangan jemari yang kasar dan mendebarkan itu
aku perlu belajar meraba kasih sayang
tanpa lagi kehadiran jemarimu
sehingga aku tahu makna dunia dan luas alam
tapi tak pernah pula terfikir untuk aku menulis
tentang jemari kasarmu
sedang begitu lama kaubangunkan cinta
dalam kalbuku

hingga aku menulis tentang jemarimu
sesudah semuanya tiada
baru terasa bahawa tanpa jemarimu
aku tak mungkin dapat menulis segala yang aku rasakan
dan aku menulisnya tentang rasa cinta itu
rasa ketiadaan jemarimu
sesudah kau tiada

mengapa tidak pernah terlintas olehku 
menulis tentang semua itu 
dan menghulurkan padamu
pasti kaugembira membacanya
hanya setelah kau tiada
aku menulis tentang jemarimu
dan aku sendiri yang membacanya

tiada kau lagi mendengar
hanya airmataku mengalir

aku belajar lagi 
tanpa jemarimu
bahawa segala cinta dan rasa sayang
ungkapkanlah pada ibu dan ayah
sewaktu mereka upaya mendengarnya
dan hargailah jemari itu
yang membesarkan
dengan hati
dengan segala cinta






hati seorang ayah
ada yang sukar dimengerti
tetapi apabila kita berada di tempat ayah ini
membelai anak yang pergi
kita akan lebih mengerti
bagaimana hati seorang ayah

19 Feb 2014

Kewajaran Cinta



Kewajaran cinta adalah kelangsungan romantisme yang bertakhta dari segenap penjuru hati, jiwa dan fizikal. Setujunya kita dengan kata-kata begitu? Cinta memiliki semangatnya yang membina roh perkasihan dan momen kasih sayang yang bermakna dan mendalam. Kedalaman cinta bukan pada rindu yang panjang kalau tidak bertemu atau kehilangan apabila ketiadaan. Cinta memiliki garis dan paksi yang istimewa di hati. Entah di sudut mana ia berada tetapi cinta adalah denyut jiwa yang memberi irama dan nada dalam lurah hidup.


Siapapun tak dapat melihat bagaimana cinta itu? Ia pasti ada mengemudi hati dan jiwa serta membuka gerak dan tenaga untuk tubuh dan fizikal. Bagaimana cinta bermula juga sukar untuk diberi tanda yang pasti. Ia akan melebat dan berbuah ranum sehingga kita memetiknya tanpa terduga.

Mampukah kita merancang cinta? Membuat peta tindakan dan menyusunnya dengan rapi untuk menumbuhkan biara cinta yang agung dan mistikal. Apakah Taj Mahal itu keagungan cinta atau ia hanyalah penada sedang cinta melebari apa yang mampu kita saksikan.

Apakah kita tahu bilakah cinta lahir? Kita hanya menanda tarikh perkahwinan atau pertunangan sedang adakah di situ bermula cinta?. Bagaimana pula ia hadir dan menembus ruang hati yang begitu jauh di dalam diri? Tidak ada kulit yang calar atau dada yang robek tetapi cinta  dapat bertakhta di sudut hati. Apakah sebenarnya cinta itu? Adalah ia sebuah garap perasaan atau emosi yang membuak dari dalam tubuh atau hati manusia?  Bagaimana cinta belayar dari hati ke sudut hati yang satu lagi dan berpadu serta merumpunkan ikatan kasih sayang  yang indah.

Benarkah romantika adalah suatu kaedah untuk membugar cinta dan kasih sayang? Semuanya diarcakan dengan segala bentuk dan tidak untuk membina warna-warna romantika yang segar dan manis. Segalanya perlu dilakukan dengan nyata dan dilihat atau dirasa dan difahami oleh yang satu lagi. Cinta tak membiak pada hanya satu hati tanpa ada tawaran dan balasan dari hati yang lagi satu. Kata orang bertepuk sebelah tangan tak berbunyi. Kalaulah begitu kenapa dalam segala ramah dan mesra yang berbunga segar tiba-tiba cinta menemui layu dan sugul?. Ada perkahwinan yang tak berlangsung lama dan berakhir dengan titik yang menjauhkan hati.


Ada orang memberi batas masa dan waku untuk cinta. Sedang cinta dapat terbang tanpa sayap atau dapat hinggap tanpa ranting. Masa bukan penentu keharuman cinta. Batas ruang bukan penanda cinta akan berkembang. Cinta ada terjadi pada titik ruang dan batas waktu yang tak tertentukan. Melalui facebook, google plus, dan segala jenama media sosial cinta mampu berakar dan tumbuh.

Apakah kewajaran cinta sebenarnya?

Cinta adalah kerapian, keserasian, kefahaman, saling mengerti, kepercayaan, pengorbanan dan segala macam catatan orang berbahasa tentang cinta. Apakah semua ini akan menjadikan cinta begitu ampuh dan berkembang segar. Apakah cinta harus lari dari realiti dan menjadikan manusia ideal untuk melangsungkan cinta sejati?. Sedang dalam hiruk pikuk hidup ini belati dan pisau sentiasa ada menghiris tali cinta. Sering berlaku pertelingkahan, pergaduhan segala yang memberikan gambaran kegawatan tetapi benarkah semua itu boleh mematikan nafas cinta? Ada cinta yang termati dalam diam dan senyap segalanya lenyap dan menghilang

Cinta di manaklah harus berada? Benarkah cinta berada di sanubari dan terlepas dari itu cinta tak bermakna lagi. Kita masih temui bagaimana cinta menyubur dan indah di depan mata. Bagaimana seorang suami yang sakit melarat tetapi ditemani isteri hingga hujung nyawanya. Bagaimana seorang suami yang tidak dapat melepaskan cinta pada sang isteri setelah isterinya pergi akan menziarahi perkuburan isteri dalam jangka masa yang lama.....

Begitu indah cinta itu sebenarnya. Ia tak tertakluk hitungan masa atau batasan ruangnya. Jangan membangun angan bahawa cinta adalah bahagia yang panjang. Dalam derita cinta tumbuh dan subur dan membiak kasih sayang yang tak terbandingkan. Begitu cinta dalam episod hidup manusia. Ia memiliki kewajarannya tersendiri tetapi bagaimana?


Cinta tidak berpengkalan hanya pada romantika semata-mata. Ada insan yang membisu dan tidak pandai menyatakan emosi romantiknya tetapi dapat menjaga cinta dengan lebih luhur dan setia. Bermakna cinta ada kalanya memiliki romantika, ada ketika ada dinamikanya dan cinta masih berpengkalan dalam tragedi.

Ketulusan dan keikhlasan barangkali menjadi ramuan untuk kewajaran cinta,. Berlapang dada dan menerima apa adanya mungkin pelengkap terbaik. Sedarilah cinta tidak pernah melebihkan seseorang itu dari apa kurangnya. Jika sikapnya pemarah cinta tidak mungkin menutup amarahnya untuk masa yang lama kerana itu kepura-puraan. Cinta harus berada pada landas yang betul dengan segala ikhlas dan tulus dan berani untuk menerima lemah dan kurang dengan terbuka. Egois adalah tali panjang yang boleh memerangkap cinta dan menjadikan segalanya sulit dan sukar. Egois melunturkan warna cinta yang ingin tumbuh menghijau.

Cinta tidak harus lahir hanya dalam puisi tetapi memasuki realiti dengan berani....
 
Raikanlah cintamu

kedewasaan

 

 kedewasaan

kedewasaan adalah warna terang
menjadi suluh hidupmu 
membuka lapis-lapis keyakinan dalam diri
bekas-bekas pengalaman adalah mantera pedoman
payung kesabaran yang terkembang lebar
tidak mudah berbalam hiba
pada pedih yang menyalut kalbu
tidak mudah bertatih gundah
pada sakit yang menikam telapak


kedewasaan adalah warna terang
menjadi suluh perjuangan
tidak tertawan oleh gumpalan gerhana
atau terbelengu dalam kawah emosi
tetapi sering membuka pintu mencari jalan baru
menemui apa yang kau seringkali sebutkan
dalam mimpi dan harapmu
kalau pun luka itu menjamah jiwa
tak kaubiarkan semua itu
melemahkan langkah melambatkan tindak


kedewasaan adalah warna terang
menjadi suluh keinsafan
bahawa segenap yang singgah 
adalah yang tertulis dari kitab nasib
bahawa kau akan teruji oleh segala apa yang kau mampu
bahawa kau akan terbeban oleh segala apa yang kau upaya
tuhan menguji kedewasaanmu
rapatkanlah hatimu
di atas sejadah iman
dan tuhan menunggumu
atas apa yang kau sering doakan



17 Feb 2014

Bicara Alam

biarlah 
alam bicara
dalam dia tetapi mengingatkan
tataplah 
ada rahsia dalam bicara
ada pesan dalam kata
memberi tanda
saban masa