pada kilau warna
pada kilau warna
usah pesona berpanjang
di dalamnya berpintal ilusi
yang masih tak pasti
kerana hitam bukan selamanya
menyatakan kegelapan atau derita
dan kau anggap semua itu memedihkan
atau yang terindah pada tatap mata
biru yang terang memikat
merah yang menggamit harap
putih yang menyambar kalbu
usah simpulkan semua itu
kemanisan yang bisa kau genggam
kerana semua itu
datang hanya dari serpih cahaya
yang masih belum tertulis realiti
putih atau hitam
hanya kilau warna
mempesona tatap mata
berjanjilah untuk memilih
dengan kebijakan fikir
bahawa hitam darinya bukan selamanya memedihkan
semakin kaumendekati
semakin tertemukan tulus murninya
bahawa merah dan biru warna
ada ketikanya hanya hiasan
semakin kaumendekati
semakin kautemui kepalsuan
semakin terjawab kebenaran
pada kilau warna
masih belum pasti
hanya ilusi
Great sharing! Thanks!
ReplyDelete