29 Jul 2016

kegilaan berburu

Kegilaan Zombie buru raksasa digital

Susunan ADHAM SHADAN


DEMAM Pokemon Go turut melanda Indonesia walaupun permainan itu belum memasuki negara itu secara rasmi.

PERMAINAN maya, Pokemon Go bagai sejenis ‘pukau’ yang menakluk dunia saat ini. Dek mengejar makhluk-makhluk digital itu, dua remaja dari Kanada culas melintasi sempadan Amerika Syarikat (AS), puncak gunung tertinggi Britain sanggup didaki dan kawasan periuk api di Bosnia tegar dijejaki.

Baru dilancarkan sejak bulan ini, fenomenanya bak panahan kilat. Pemainnya daripada pelbagai golongan termasuk pemimpin negara seperti Presiden Israel, Reuven Ruvi Rivlin; bintang pop, Justin Bieber sehinggalah suami yang sedang berada dalam bilik kecemasan isteri bersalin.

Baik yang berambut perang di negara-negara mat saleh, yang berserban di negara-negara Arab, yang bermata sepet di Asia Timur atau yang berkulit sawo matang di Indonesia, obsesi pemburuan makhluk-makhluk Pokemon terlihat di mana-mana.

Pokemon Go menyebabkan kegilaan, ketagihan dan kecanduan. Permainan ini bagai meragut deria sedar sesetengah orang. Saluran berita CNN menggunakan istilah zombie atau mayat hidup untuk pemainnya apabila mereka berjalan sambil tunduk dan memegang telefon pintar.

Pokemon Go merupakan permainan bergenre realiti berperantara (augmented reality). Ia menggunakan keupayaan lokasi satelit, grafik dan kamera telefon pintar untuk meletakkan raksasa maya dalam persekitaran sebenar.

Dikatakan terdapat 151 jenis makhluk Pokemon antaranya Pikachu, Bulbasaur, Charmander, Charmeleon, Aerodactyl dan banyak lagi. Selepas menemuinya, pemain dikehendaki menangkapnya dengan bola atau Pokeball dalam telefon pintar untuk mengumpul mata.

Difahamkan, interaksi juga seakan berlaku apabila makhluk itu boleh berlari-lari atau mengacah-acah pemain ketika hendak ditangkap.

Tragedi

Permainan Pokemon Go dilancarkan secara rasmi sejak 6 Julai lalu bermula dengan AS, Australia dan New Zealand. Sehingga 25 Julai, ia telah wujud secara rasmi di kebanyakan benua Eropah, Kanada, Jepun dan Hong Kong.

Di negara-negara lain, sungguhpun ia belum dilancarkan secara rasmi namun ia telah pun dimainkan secara meluas. Di Pakistan, Indonesia, Arab Saudi bahkan di negara bergolak Syria pun ada pemainnya di tengah runtuhan bangunan.

Di China, biarpun permainan-permainan berbahasa Inggeris diharamkan, namun peminat-peminat Pokemon Go tetap gigih memuat turun aplikasi itu menerusi beberapa laman web e-dagang seperti Taobao yang menjual kata laluan App Store Australia.

Tragedi turut menimpa seorang remaja di Guatemala, Jerson Lopez de Leon, 18. Dia dilaporkan menjadi korban pertama Pokemon Go apabila ditembak mati semasa asyik mengejar Pokemon berdekatan landasan kereta api bersama seorang sepupunya. Polis bagaimanapun menyifatkan punca serangan itu masih kabur.

Individu yang bertanggungjawab mencipta Pokemon Go ialah pengasas syarikat pembangunan perisian, Niantic, John Hanke yang pernah terlibat dalam pembikinan Google Maps dan Google Earth beberapa tahun lalu.

Hanke berkata, idea tercetus apabila dia terpanggil membuat pemain-pemain game meninggalkan skrin komputer untuk melakukan lebih banyak senaman dengan mengejar Pokemon di sekitar mereka.

Hubungan sosial

“Saya tidak fikir kita selamanya perlu duduk di dalam bilik gelap bertemankan peranti elektronik. Saya lebih teruja jika kita boleh pergi ke luar dan membina perhubungan sosial sebenar,” katanya.

Ketika kegilaan terhadap permainan ini kian memuncak, kegusaran turut meningkat apabila Pokemon Go dikatakan menjadi punca peningkatan kemalangan dan kecederaan.

Heraldsun Australia melaporkan pengguna jalan raya yang bermain Pokemon Go adalah antara punca peningkatan mendadak kes-kes kemalangan. Terdapat juga kes di Dubai, Emiriyah Arab Bersatu pengguna kereta meninggalkan kenderaan di atas jalan raya semata-mata untuk mengejar Pokemon!

Terdapat juga kes dua lelaki jatuh dari cerun ketika terlalu asyik mengejar Pokemon di AS manakala seorang lelaki New Zealand sanggup berhenti kerja untuk menjadi pemburu Pokemon sepenuh masa.

Namun, menariknya, sesetengah pemain ibarat tidak mempedulikan kecederaan tubuh penangan Pokemon Go sebaliknya lebih menyesal kerana gagal mendapatkannya.

Seorang pemuda Mike Schultz, 21, di New York, terjatuh dari papan selajunya sehingga luka-luka semasa mengejar makhluk Pokemon namun menyalahkan dirinya sendiri kerana lembap.

“Saya hanya nak cepat pulang asalkan dapat dua atau tiga ekor Pokemon di kawasan berdekatan. Saya tidak anggap ini salah syarikat yang membikin permainan ini,” katanya kepada agensi berita AP.

Terdapat juga kebimbangan lain, apabila makhluk-makhluk itu dikatakan membawa pemain sehingga ke tempat-tempat larangan atau berbahaya bukan sahaja ke dalam gua, bertemu mayat bahkan di kawasan kejiranan pesalah-pesalah seks di AS.

Dengan 38,000 pesalah seks berdaftar di New York, polis takut sekiranya ia membawa bahaya kepada pemain Pokemon Go dalam kalangan kanak-kanak atau gadis.

“Orang yang paling pantas mengadaptasi trend baharu dalam teknologi media sosial ialah penjenayah dan ‘pemangsa’,” kata pihak berkuasa di Suffolk, New York, Steve Bellone.

Di India, seorang kanak-kanak berumur sembilan tahun lari dari rumahnya di Howrah ke Mumbai demi mengejar Pokemon bagaimanapun dia diselamatkan polis.

Selain itu, sesetengah pihak mengesyaki, permainan ini mempunyai kaitan dengan pengintipan atau pencerobohan data peribadi.

“Pengintipan boleh berlaku dalam banyak cara. Pada awalnya, permainan ini nampak comel tetapi penelitian lebih lama mendapati ada sesuatu tidak kena padanya,” kata Menteri Pertahanan Indonesia, Ryamizard Ryacudu ketika mengeluarkan larangan pegawai dan anggota polis bermain Pokemon Go sewaktu bertugas.

Pengarah filem Hollywood, Oliver Stone menyifatkan permainan ini merupakan satu penjajahan tahap baharu.

Robot

Mereka melabur wang yang besar untuk mengumpul data tentang setiap kita, tentang apa yang kita beli, apa yang kita suka, lebih-lebih lagi tabiat kita.

“Pokemon Go ke arah itu. Ia pergi ke semua tempat di dunia sehingga ia akan memanipulasi sikap kita dan kita mula bertindak seperti yang dibentuknya. Maka anda akan saksikan satu bentuk baharu masyarakat robot,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Kesatuan Imam Diyanet-Sen di Turki, Mehmet Bayraktutar berkata, Pokemon Go merupakan senjata Barat untuk melalaikan orang Islam selain ia merendahkan kesucian Islam kerana makhluk-makhluk itu turut muncul di masjid.

“Saya mengutuk permainan ini dan mahu Pokemon Go diharamkan di Turki,” katanya.

Pokemon iaitu nama yang pernah kontroversi kerana didakwa maknanya dalam bahasa Suryani dikaitkan dengan sebuah agama kembali menebarkan pengaruhnya di dunia hari ini.

Sama ada permainan ini menjurus kepada situasi yang menyeronokkan atau menyeramkan, anda tentukan.

kosmo


 

sejenak bersama noordin hassan

“Dengan “Bukan Lalang Di Tiup Angin” saya harap dapat
membentangkan kepada masyarakat sebuah drama yang mempunyai
identiti yang tersendiri. Harus berlainan daripada bentuk Barat …
Sekurang-kurangnya ada ciri-ciri bangsa dan kebudayaan kita … Dalam
pada itu pun, pengaruh Barat ada juga di sana sini sebab pengaruhnya
pada diri saya amat kuat.” --- Noordin Hassan




Retrospektif teater Noordin Hassan
Ku Seman
25 Januari 2009

Sasterawan Negara Datuk Noordin Hassan menghasilkan naskhah teater Jangan Bunuh Rama-Rama selepas tragedi berdarah 13 Mei 1969. Tidak lama selepas itu mementaskan di Maktab Perguruan Sultan Idris (MPSI) yang kini menjadi Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI) di Tanjung Malim. Jangan Bunuh Rama-Rama pernah dianggap sebagai perintis teater kontemporari Malaysia.

Tetapi semasa ditemui kira-kira 25 tahun lalu, Noordin enggan mengkelaskan jenis teaternya dan memberikan maksud yang terkandung dalam Jangan Bunuh Rama-Rama. Waktu itu Noordin hanya berkata, "Sebagai pegawai kerajaan, banyak yak saya tidak boleh bercakap, teater itu adalah apa yang saya hendak luahkan."

Pendekatan beberapa teater Noordin selepas Jangan Bunuh Rama-Rama dikatakan meninggalkan gaya sandiwara yang mendominasi pementasan ketika itu. Noordin dan Jangan Bunuh Rama-Rama menjadi satu mercu tanda penting bagi teater negara ini yang kemudiannya disusuli dengan beberapa karya Noordin yang mengukuhkan pendekatan kontemporari itu.

Selepas Jangan Bunuh Rama-Rama, Noordin menghasilkan 1400 sempena tahun 1400 Hijrah, Cindai, Malam Ini Penyu Menangis, Anak Tanjung, Sirih Bertepuk Pinang Menari, Intan Tercanai, Peran dan Di mana Setangginya. Cuma naskhah Di Mana Setangginya yang belum dipentaskan selepas perancangan untuk dipentaskan di Istana Budaya beberapa tahun lalu ditolak.

Kalau diperhatikan semua karya teater Noordin akan memasukkan elemen muzik, tarian dan sedikit bangsawan dengan wujudnya badut sebagai narator kepada pementasan berkenaan. Ini sangat jelas pada teater Sirih Bertepuk Pinang Menari yang menampilkan Pengerusi Aswara, Datuk Dr. Ghouse Nasaruddin sebagai penjual air serbat yang menjadi badut dan narator. Sementara teater Anak Tanjung, secara sinikal Noordin meletakkan penonton sebagai banduan yang menonton persembahan rakan-rakan mereka dalam penjara.

Noordin yang dikenali kalangan penggiat teater sebagai "Cikgu Noordin" sudah genap usia 80 tahun pada 18 Januari lalu. Sebagai hadiah hari lahir ke 80 tahun, Aswara menerusi Fakulti Teater mementaskan teater kolaj Saya... Dari Hujung Kota arahan Rohani Yousoff. Rohani antara pelakon yang sinonim dengan teater Noordin seperti Anak Tanjung dan Cindai. Teater kolaj ini adalah gabungan fragmen daripada teater 1400, Cindai, Malam Ini Penyu Menangis, Di Mana Setangginya, Sirih Bertepuk Pinang Menari, Intan Tercanai, Jangan Bunuh Rama-Rama dan Peran.

Pementasan yang diadakan di Panggung Eksperimen Aswara hingga 20 Januari lalu itu sangat signifikan sebagai sebuah retrospektif karya teater Noordin Hassan. Saya... Dari Hujung Kota adalah menoleh karya-karya besar yang pernah kita miliki. Malah mengingatkan konsep teater fitrah yang diperkenalkan oleh Noordin kerana naskhah Noordin menjurus kepada penerapan nilai-nilai keislaman dalam kerangka budaya dan juga politik. Noordin seorang pengkritik sosial yang tajam, beliau melontarkan kritikan itu dalam bunga bahasa yang berlapis dan indah.

Saya... Dari Hujung Kota adalah sebuah muzikal yang berakar teras sosio budaya Melayu. Ketika istilah "muzikal" dipergunakan secara sewenang-wenang hingga ke tahap sangat mengelirukan, muzikal di tangan Rohani memberikan karakter kepada muzik, tari dan korus. Konsep muzikal tidak dipermudahkan ke tahap sekadar menampal kepada pementasan ini. Teater kolaj ini sebuah teater kecil yang besar. Ia kecil daripada saiz dan riuh rendah tetapi besar daripada segi pengisian, apa lagi sebagai retrospektif kepada seorang sasterawan besar.

Teater kita terlalu banyak riuh rendah dan strategi pemasaran yang agresif. Strategi itu bagus tetapi untuk menjual produk, isi kandungan sangat penting supaya khalayak tidak terasa terperdaya dengan gahnya promosi dan publisiti. Saya....Dari Hujung Kota agak senyap, kebetulan pula pelakon-pelakonnya tidak ada nama di layar yang memperagakan kejora.

Kalau Noordin sentiasa sarat dengan kritikan sosial, teater kolaj ini juga dibina daripada fragmen-fragmen terpilih untuk menyampaikan kritikan yang ada dalam karya-karya Noordin. Saya .... Dari Hujung Kota mengenai manusia yang diberi kekayaan harta benda dan kuasa tetapi terlupa kepada orang lain kerana terlalu mementingkan diri sendiri. Tuhan memberikan semua yang diimpikan manusia cuma manusia yang selalu lupa bahawa tidak semua yang diberikan adalah milik peribadi, sebaliknya milik semua.

Dalam lagu, muzik dan tari, pendekatan teater ini dibina dengan baik dan tidak terasing dengan gaya yang dipegang oleh Noordin sejak Jangan Bunuh Rama-Rama. Rohani sebagai pengarah mengambil konsep teater tradisional randai iaitu persembahan dalam satu bulatan yang terdiri daripada pemain watak , penari dan juga korus. Muzik diangkat daripada nuansa muzik tradisional dan dipersembahkan secara langsung di depan penonton.

Walaupun sebuah teater kolaj tetapi kelicinan persembahan terpelihara dan tidak terasa antaranya adalah fragmen daripada teater yang berbeza. Pelakon utama terdiri daripada Mazlan Tahir yang melakonkan watak Pak Ku fragmen dari teater Cindai , Mohd Adika Zainal, Haf Dzi Sofi dan Tania Zalina Zainal Abidin.

Aswara khususnya Fakulti Teater telah melakukan satu yang baik sebagai mengingati sumbangan seorang Sasterawan Negara. Mengingati cara begini mungkin lebih melekat di ingatan daripada menganjurkan acara-acara yang tidak menyentuh tentang karya-karya mereka. Seorang sasterawan hanya akan merasa gembira dan puas hati apabila karya-karyanya terus dimanfaatkan dalam melepasi batas zaman ke zaman.

Dalam temubual dengan Noordin hampir 25 tahun lalu, inilah yang beliau tekankan kerana katanya, sasterawan tidak meninggalkan harta yang bertimbun. Sasterawan meninggalkan karya yang dialirkan pemikirannya untuk generasi selepasnya.

utusanonline



Rajuk Cikgu Noordin terubat, Mana Setangginya dipentaskan selepas 10 tahun
SITI AZIRA ABD. AZIZ
29 April 2009



Teater Mana Setangginya akan dipentaskan mulai 13 hingga 21 Jun depan, pukul 8.30 malam, di Panggung Sari, Istana Budaya. -foto mStar oleh SITI AZIRA
Teater Mana Setangginya akan dipentaskan mulai 13 hingga 21 Jun depan, pukul 8.30 malam, di Panggung Sari, Istana Budaya. -foto mStar oleh SITI AZIRA

SELEPAS kira-kira tiga kali tidak jadi dipentaskan, akhirnya naskhah Mana Setangginya karya Sasterawan Negara (SN) Datuk Noordin Hassan, 80, akan dipentaskan di Istana Budaya (IB) pada 13 hingga 21 Jun depan.

Naskhah ini merupakan karya agung ke-7 Datuk Noordin atau yang lebih mesra dengan panggilan 'Cikgu Noordin' bakal diarahkan oleh pengarah teater tersohor Zaifri Husin, 43.

Naskhah ini sepatutnya dipentaskan pada September 1999 sempena pembukaan IB tetapi tidak menjadi kenyataan.

Naskhah Mana Setangginya merupakan antara Edisi Khas SN bertajuk Mana Setangginya- Kumpulan Drama Pilihan Noordin Hassan yang dibukukan dan berada di pasaran sejak tahun 2001.

Daripada empat karya Noordin Hassan yang dikumpulkan itu, hanya naskhah Disentuh Bulan Pun, Selendang Umi dan Malam Ini Penyu Menangis yang telah dipentaskan.

Mana Setangginya dikatakan sebuah naskhah yang hebat dan mampu mencipta sejarah drama Malaysia.

Mungkinkah disebabkan itu Mana Setangginya lambat dipentaskan kerana sukar hendak mencari pengarah yang betul-betul berani menyahut cabaran mengangkat naskhah ini di pentas teater.

Ditanya kepada pengarahnya tentang apakah yang memberinya kekuatan untuk mengarah teater Mana Setangginya, Zaifri berkata dia menerimanya setelah diberi mandat besar oleh Noordin Hassan yang digelar sebagai ‘cikgu’ itu.

“Pada peringkat awalnya, saya tidak berani sebab naskhah ini agak besar dan membabitkan nama Seniman Negara Datuk Noordin Hassan di mana dia lebih lain dari yang biasa.

“Saya takut sekiranya ia tidak sampai seperti apa yang beliau inginkan. Tetapi setelah dia sendiri yang menelefon dan memberi mandat serta menyokong saya, jadi saya beranilah menerima tanggungjawab ini,” jawab Zaifri ketika sidang media di Istana Budaya semalam.

Sebelum ini Zaifri pernah mengarah teater Sarah karya Noordin di Stor Teater Dewan Bahasa Pustaka (DBP).

“Jika dibandingkan antara Sarah dan Mana Setangginya, saya rasa teks Mana Setangginya lebih besar daripada teks Sarah. Namun begitu saya dapat rasakan yang Sarah boleh dibuat dalam persembahan besar.

“Mana Setangginya berlandaskan kitab Taurat yang memasukkan isu kuasa, fitnah, penganiayaan dan kejatuhan seseorang.

“Cikgu suka ambil rujukan seperti itu. Kalau kita baca sepintas lalu, kita dapat nampak bagaimana dia garapkan dan isu yang digunakan.

“Tidak banyak perubahan yang saya akan lakukan sebab Cikgu Noordin tidak suka karyanya ditukar-tukar.

“Saya akan cari pendekatan terbaik supaya orang faham, agar teks ini lebih senang didengar dengan penggunaan muzik, set, efek dan visual yang lebih membuatkan teks ini lebih menarik,” ulas Zaifri.

Mana Setangginya yang akan dipentaskan kira-kira dua jam itu mengisahkan tentang sebuah perkampungan nelayan di tepi pantai.

Penduduknya menyara hidup dengan menangkap ikan dan menjual hasil pohon setanggi.

Nelayan ini dilarang untuk menangkap ikan pada hari Sabtu, iaitu hari beribadat.

Kumpulan nelayan yang derhaka di bawah pimpinan Hawar telah berpindah ke atas bukit.

Walaupun hidup mewah, mereka melanggar perintah. Kedatangan Uzza selaku orang asing telah membawa falsafah baru dalam kehidupan mereka.

Juda, iaitu anak kepada Hawar mengahwini kekasihnya Iriam, iaitu anak kepada Ibra.

Tetapi Silbi dan Subhat telah menabur fitnah akan asal-usul Iriam. Juda bermuka-muka akan kebaikannya untuk mengaburi penduduk kampung.

Lantaran itu, beliau dan ayahnya mahu kampung-kampung nelayan yang bertaburan mengiktirafkan kedudukan mereka selaku ‘raja’.

Yang ingkar akan diserang. Mereka menguasai kampung-kampung ini dan inginkan segala tangkapan hendaklah dijual kepada mereka.

Paderi yang menasihatkan Hawar dan Juda telah ditangkap oleh Uzza. Ibra dan Iriam yang datang untuk membebaskan paderi telah dikenakan syarat 10 bakul ikan sebagai tebusan.

Iriam juga diserahkan kepada Uzza dengan persetujuan Juda. Tiba-tiba turunlah ribut yang maha dahsyat serta halilintar yang membelah suasana.

Belut gergasi yang dibela Uzza akhirnya memakan tuannya serta membunuh Hawar. Akhirnya, Juda telah pun menemui ‘sodom wa gamurah’nya.

Di akhir cerita ini, penonton akan mendapat pengajaran iaitu manusia dijadikan di tahap yang tinggi, tetapi ia kembali kepada Tuhannya dalam tahap serendah-rendahnya.

Noordin pernah berkata yang beliau ingin merealitikan naskhah di pentas seperti seekor belut gergasi, kapal layar yang boleh bergerak, kota yang akan roboh apabila diserang belut dan banyak lagi perkara yang memainkan peranan untuk menyampaikan cerita ini.

Menurut Zaifri, sukar untuk dia ceritakan tentang kaedah yang akan digunakan untuk merealisasikan impian Noordin tetapi dia akan membuatkan penonton kagum dengan setiap babak itu.

“Susah saya nak cakap sebab naskhah ini perlu melalui proses artistik. Apa yang ada di dalam kepala saya sekarang ada dua bentuk iaitu dalam bentuk visual dan efek serta bentuk objek,” ujar Zaifri yang belum dapat memberitahu nama pelakon utama teater ini.

Katanya, mereka masih belum menerima kata putus daripada pelakon yang mempunyai nama besar dalam industri seni ini untuk watak utama iaitu Juda dan Iriam.

Sementara antara 150 pelakon teater itu telah pun dipilih dari kalangan pelakon dan aktivis teater yang dijangka akan memulakan latihan pada minggu hadapan.

Ditanya tentang respons Noordin apabila mendapat tahu teater yang dinanti-nantikan ini dipentaskan, Zaifri berkata Noordin menerima dengan hati terbuka seolah-olah tidak serik walau karyanya itu sudah tiga kali tidak jadi dipentaskan.

“Kali ini cikgu kata ‘Tak pelah, dah 10 tahun cikgu tunggu tak jadi...’. Bagaimanapun, beliau memang inginkan Mana Setangginya dipentaskan di IB,” ulas Zaifri yang mengenali Noordin sejak tahun 1993 di Kompleks Budaya Negara.

Zaifri mempunyai kelulusan Ijazah pertama dalam Komunikasi (Pengkhususan Filem, TV dan Seni Lakon), Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang dan juga memiliki Ijazah Sarjana Pengarahan Teater dari Middlesex University, United Kingdom.

Anak kelahiran Muar, Johor ini juga berpeluang mendalami teknik 'Mayerhold dan Biomekanik' di Russian Federation Theatre Arts Academy of Moscow, Rusia.

Zaifri pernah mengarah teater 'Sarah', Gadis Melayu, Bawang Putih Bawang Merah, Taman Baginda, Belalang Kenit, Muzikal Ali Baba, Gamat dan mono drama 'Angin Mengambang'.

Antara lakonan pentasnya seperti Nyonya, Rubiah, Lantai T. Pinkie, Selendang Umi, Tiang Seri Tegak Berlima dan Puteri Gunung Ledang.

Dalam pada itu, Ketua Pengarah IB, Mohamed Juhari Shaarani tidak dapat memberikan sebab Mana Setangginya lambat dipentaskan.

“Saya tiada jawapannya kerana waktu itu ada banyak naskhah..Cikgu Noordin ada beberapa kali nak angkat Mana Setangginya tapi tak jadi kenyataan kerana ia karya yang baik dan harap berada di pentas IB.

“Kali ini, saya anggap pementasan ini sebagai rezeki beliau selain dapat melahirkan bintang besar dalam dunia lakonan. Misalnya dia pernah melahirkan bakat besar seperti Erra Fazira, Vanida Imran dan Ida Nerina.

“Saya harap teater yang berkonsepkan Lord of The Rings versi Melayu ini berjalan dengan lancar,” jawabnya.

Juhari juga memaklumkan yang IB akan mula memperbanyakkan pementasan naskhah berbentuk sastera supaya tidak hanya pentaskan karya berbentuk komersial.

“Insya-Allah, kita akan banyakkan lagi pementasan karya sastera seperti karya Usman Awang, Keris Mas dan sasterawan tempatan yang lain,” akhirinya.

Teater Mana Setangginya akan dipentaskan mulai 13 hingga 21 Jun depan, pukul 8.30 malam, di Panggung Sari, Istana Budaya.

mstar



Puisi Melayu Tradisional Dalam Drama Bukan Lalang Ditiup Angin

Panel Anugerah Sastera Negara 1993 (Noordin Hassan, Dalam Esei dan Kritikan Drama, 2007), menjelaskan di mana Noordin Hassan telah berjaya menghidupkan kembali beberapa amalan dan imej tradisi yang hampir disingkirkan dari pentas semasa seperti puisi lama, nyanyian, boria, komedi bangsawan, tarian dan pengalaman impian.

Noordin Hassan memasukkan unsur puisi dan lirik dalam karyanya untuk memperkukuhkan imej dan simbol yang ingin difahami oleh Noordin Hassan kepada khalayak mengenai makna yang tersirat dalam drama beliau. Untuk memahami makna puisi dan lirik ini khalayak seharusnya memahami terlebih dahulu mengenai kerangka cerita jika tidak khalayak tidak memahami makna tersirat dalam puisi dan lirik yang ingin disampaikan



BUKAN LALANG DITIUP ANGIN

Bukit Senyum Pulau Siantan,
Tahan dulang bawah beringin;
Bunyi berdentum memanglah hujan,
Bukannya lalang ditiup angin.

Kayu bakau ada berdahan,
Mari tumbuh di tepi paya;
Serahkan kerbau kepada tuhan,
Janganlah lupa tambatkan dia.

Langit redup ombak mengalun,
Jati masuk di dalam taman;
Haruslah hidup seribu tahun,
Mati esok di dalam iman.

BERLAGA AYAM

Bukan bayam sebarang bayam,
Bayam ini tumbuh di kolah;
Bukan ayam sebarang ayam,
Ayam ini tak pernah kalah.

Bukan galak sebarang galak,
Galak asal dari pendeta;
Bukan jalak sebarang jalak,
Jalak ini si Putih Mata.

Kalau kuat tambak dek sabut,
Tanah Pamah menjadi lantai;
Kalau takut ombak dan rebut,
Jangan berumah di tepi pantai.

Larut malam hari pun kelam,
Sayang kapur habis tepinya;
Laut dalam sudah diselam,
Mati esok di dalam iman.

NASIB UNTUNG

Aduhai nasibnya Pak Leman,
Ayam menang anak tergadai,
Hilang isteri, kampung Halaman,
Awak pulang kebuluran.

Hidup menjudi nasib,
Mati apa kadarnya,
Masa belayar kematian angin,
Motor sangkut tak ada minyak.

Sauh dilabuh bayu berpuput,
Nasi sesuap, garam sebuku,
Sirih sepiak haram taka da,
Anak isteri dihambai orang.

CANANG

Kisah Pak Leman di Kampung Duyung,
Bila di sungai salah mendayung,
Tersangat suka pergi menyabung,
Habis tergadai anak dan kampung.

Dia tertipu dan susah hati,
Merantau sampai ke Sukamenanti,
Jumpa Pak Andak penuh Simpati,
Diberi nira bersama roti.

Terkenang kampung anak dan isteri,
Ramalan nujum kemudian hari,
Jika tak ubah nasib sendiri,
Kena belenggu macam pencuri.

RAMALAN

Wajah ibu hanya bayangan,
Tak bisa dengar kaudendang,
Aku tak rasa susu kasihmu,
Baju suami tak sudah.

Bila guruh menderum di langit,
Kintan tak apa Bibi di sisi,
Jika Bibi menanam bunga,
Akar di bumi pun tentu wangi.

Jika ibu melihat segala,
Tersayat hati mudanya,
Perempuan takut diri terserah,
Kau Ihsan beri harapan,
Kenapa menukar begitu,
Hujan rahmat tak turun, turun,
Sayang sungguh sayang,
Kau patah di tengah jalan.

KEMBALI

Oh, Hadi di mana Hadi,
Menunggu sayu menunggu,
Dahaga, nian dahaga,
Menanti kasih menanti.

Apakah sedang menghalang,
Hadi tak kunjung tiba,
Terhiris sedih hatiku,
Risau dia’ kan hilang

Terbayang wajahmu pilu,
Titisan air matamu,
Kasihmu sungguh mendalam,
Hidupku kau beri erti,
Di mana Hadi sekarang,
Jauhkah di rantau sunyi,
Kembali Hadi kembali,
Tak kuasa aku dipisah.
Oh, Hadi di mana Hadi,
Menunggu sayu menunggu.



baris terakhir


baris terakhir

begitu berat untuk membaca
baris terakhir
meski hanya beberapa patah kata
kerana di situ akan ada noktah
dan akan berhenti tarian aksara
bukan aku membenci bagaimana ia berhujung
tapi bagaimana indah dan puitisnya kata mula
bagaimana tersusunnya bahasa dan makna
semuanya terhenti pada 
kata terakhir
baris terakhir

aksara tak lagi menjelma
bagai kosong layar
terhenti gerak dan bayang
serunai dan gendang bertingkah tiada
semua bisu dan diam
pada baris terakhir

akan tiba ke tanah tuju
baris terakhir
dan kau tak perlu menunggu lagi
segenap yang pamit dan berhenti

 meski masih tertera kata
hanyalah epilog
yang menusuk
liang makna

25 Jul 2016

aku tak lagi berada di lautan ii

 
 
aku tak lagi berada di lautan ii

aku tak lagi berada di lautan
berjauh dari gelombang dan butir pasir
hidup bersama warna baru
malam mendengar hujan 
yang jatuh di ranting-ranting
siang berjalan jauh
di tanah yang berlumpur 

belajar memahami cerita baru
petani yang membawa pulang jualan
pucuk-pucuk paku yang layu 
dan melihat wajah  makcik tua di gerai jagungnya
ternyata semuanya tak sebagaimana mimpi
banyak kereta lalu
tak semua berhenti
"orang memilih untuk belanja"
cakap seorang teman di warung kopi
 
apakah hidup mereka lebih payah
dari nelayan di lautan?
aku bertanya kembali
pengalaman lalu mengemudi
 
aku tak lagi berada di lautan
tak lagi mendengar cerita
anak-anak kecil tak berbaju
sekolahnya tak menentu
tapi di sini 
di tepi lebuh raya
aspal memanjang ke utara
masih terdengar cerita sama
luka yang tak berbeza
 
malam mendengar hujan
rintih lautan
rintih bukit-bukit berbalam
 
 
 
 
 


23 Jul 2016

profesor ulung

Tidak banyak media yang mengangkat kejayaan insan dalam dunia  akademik sama ada bidang sains, sastera atau teknologi. Ia menjadi sejarah yang dilupakan dan ditinggalkan. Apa lagi untuk menjadi inspirasi dalam denyut perjuangan anak muda meraih kejayaan. Kita menginginkan minat dan bidang yang berteras sains dan teknologi membudaya dalam hidup kita. Tapi kalaulah kejayaan besar Profesor Harith Ahmad ini tidak tersebar jauh, maka akan selamanya kita tertarik dan disajikan dengan ikon yang tak melonjak percambahan akal.

Marilah kita membaca kejayaan ini dan mengirai inspirasi darinya ...


10 perkara tentang Prof Harith Ahmad – Profesor Ulung 2014
5 Mac 2015


Prof Dr. Harith Ahmad seorang ahli sains mempercayai bahawa kurangnya keharmonian kaum di negara ini menjadi faktor kepada kurangnya inovasi dan ciptaan-ciptaan baru.
Beliau meyakini bahawa syarikat-syarikat gergasi boleh menyumbang banyak dalam bidang sains tetapi masih lagi beroperasi dalam polarisasi kaum tertentu.

Seorang anak kelahiran Alor Setar, Prof Dr. Harith telah membentuk laluan kerjayanya sendiri di Universiti Malaya di mana beliau meperolehi Ijazah Sarjanamuda Kelas Pertama dalam bidang Fizik dan Ijazah Sarjana dalam Teknologi Voltan Tinggi, sebelum berangkat ke Universiti Wales bagi memperolehi Ijazah Kedoktoran dalam Teknologi Laser.

Dalam bidang akademik, beliau merupakan seorang saintis dan inovator yang memiliki 10 paten bersama dengan Telekom Malaysia.

Beliau telah dinobatkan sebagai Profesor Ulung pada tahun 2014, selepas beliau menerima beberapa siri anugerah antaranya Anugerah Sains dan Teknologi Asia dan Anugerah Merdeka atas sumbangan beliau terhadap Sains.

Meskipun sudah berusia 60 tahun, Prof Harith tetap meneruskan pengajaran dan penyelidikan di Jabatan Fizik di Universiti Malaya dalam bidang fotonik iaitu sains penghasilan dan memanipulasi cahaya. Kajian beliau termasuklah menghasilkan fabrikasi laser keadaan pepejal semikonduktor terpam dan membangunkan teknik bagi mengkaji laser graf bayang.

Menurut Prof. Harith,

1. Apa yang menyebabkan saya berminat dengan fizik ialah saya suka melakukan aktiviti sains. Jika kita mempunyai kemahiran matematik maka bekerja dalam fizik menjadi lebih mudah. Saya mempunyai beberapa kemahiran dan saya mempunyai rasa ingin tahu tentang bagaimana sesuatu itu berfungsi. Manakala, apa yang menyebabkan saya minat dengan fotonik ialah ketika saya seorang pelajar tahun akhir di Universiti Malaya, saya bertemu dengan pemeriksa luar iaitu seorang jurutera dari Universiti Swansea, beliaulah yang mempengaruhi saya untuk berkecimpung dalam bidang ini. Beliau adalah orang pertama mengatakan bahawa bidang fotonik mempunyai masa depan yang begitu cerah. Beliau memberi galakan supaya saya menyambung pelajaran dalam bidang fizik laser (sebahagian daripada bidang fotonik). Saya diberi peluang untuk mengkaji perkara yang baharu yang kemudiannya menjadi bidang yang baru dalam bidang fotonik.

2. Sistem di Britain (pada peringkat PhD) membuatkan saya lebih bebas dalam penyelidikan. Hal ini membolehkan seseorang membangunkan sistemnya yang tersendiri dan sistem tersebut menjadi milik kita sendiri. Mereka memberikan kita sebuah bilik dan keperluan secukupnya, oleh itu mereka mengharapkan sesuatu yang hebat dapat dihasilkan oleh kita. Kita perlu melakukan sendiri, ia adalah daripada diri kita sendiri.Saya boleh katakan bahawa kemudahan di negara kita adalah sebaik dengan universiti aras kedua di Britain. Sejak kebelakangan ini kerajaan telah memberikan peruntukan yang banyak kepada Universiti Malaya, sekitar RM500 juta bagi kemudahan penyelidikan.

3. Saya tidak mempunyai mentor. Saya seorang yang bekerja sendiri.

4. Saintis yang paling saya minati ialah Max Planck (seorang fizikawan Jerman yang membangunkan teori kuantum) dan Louis de Broglie. Anda mesti meminati Planck kerana pada usia yang sangat muda, beliau telah memperolehi Hadiah Nobel Fizik iaitu beliau menemui fenomena yang sangat penting ketika itu. Manakala de Broglie pula membuktikan bahawa gelombang dan zarah boleh dihubungkan dengan satu persamaan. Mereka berdua yang membina asas fizik kuantum. Populariti Einstein terlalu berlebihan.

5. Saya rasa kecerdasan paling utama tetapi yang lebih penting bagi seorang ahli sains ialah kesungguhan bekerja keras, komitmen dan minat dalam bidang yang diceburinya.

6. Malaysia terkenal sebagai pemacu bidang yang tertentu dalam fotonik tetapi agak sukar dikenali disebabkan oleh kedudukan dan lokasi negara kita. Jika anda di Eropah dan menghadapi beberapa masalah teknikal dan kehabisan segala sumber, anda boleh merantau ke negara lain dengan keretapi atau dapatkan beberapa orang pelajar bagi mengkaji dalam beberapa hari bagi mendapatkan hasilnya. Kamu boleh menambah dan meningkatkan pengetahuan dengan lebih cepat. Kita agak tidak terdedah di sini, melainkan di Eropah mereka mempunyai beberapa seminar dengan itu pengkaji dengan berterusan boleh menjalinkan penyelidikan sesama mereka. Malaysia adalah negara yang kecil manakala jiran kita iaitu Singapura kadangkala tidak mahu mengongsi banyak perkara. Manakala peluang berkongsi pengetahuan dan mempunyai platform yang sama agak tidak menggalakkan. Hari ini, kita boleh berkomunikasi melalui Skype dengan orang di negara lain, tetapi jika mereka tidak mengenali anda dan anda pula tidak pernah menemui mereka, kita akan mendapati mereka tidak akan memberi maklum balas.

7. Saya rasa halangan utama dalam bidang reka cipta di Malaysia ialah kurangnya keharmonian kaum. Syarikat-syarikat gergasi yang menghasilkan keuntungan yang besar tidak cukup mempunyai tanggungjawab terhadap masyarakat. Mereka sewajarnya memperuntukan sebahagian daripada keuntungan tersebut memberikan hadiah atau dan kepada sekolah dalam pertandingan reka cipta. Jutawan-jutawan berbangsa Cina dilihat lebih bermurah hati terhadap masyarakat mereka.Jika mereka berlebih-lebihan dalam hal ini maka seluruh negara akan merasai kebaikannya dan denga dana yang cukup, maka budaya reka cipta boleh berkembang maju.

8. Bagi mencapai industri berteknologi tinggi pada tahun 2020, pertama, kita memerlukan graduan- graduan PhD yang menjadi faktor penting bagi syarikat-syarikat multinasional yang ingin menempatkan semula industri mereka di Malaysia. Kualiti akan datang kemudian melalui proses pilihan semula jadi di mana yang paling terbaik akan berdaya tahan. Ini akan menjadi asas bagi menambahbaikkan kualiti graduan PhD di negara ini di mana akan ditentukan dengan besar-besaran oleh daya pasaran. Agak sukar untuk mengulas dengan lebih tepat tentang kualiti graduan PhD di negara ini kerana outputnya berlaku merentasi keluasan pelbagai bidang termasuklah nic bidang yang sedikit diketahui. Salah satu cara yang sesuai bagi memastikan kualiti pelajar PhD adalah menghendaki mereka menghasilkan lima penerbitan dalam jurnal antarabangsa sepanjang pengajian. Ini wajar menjadi kriteria bagi amalan semua instituisi tempatan kerana kerja-kerja tersebut disemak oleh pakar-pakar antarabangsa dari universiti-universiti terkenal. Ini akan memastikan kualiti graduan PhD yang dihasilkan di negara ini setanding dengan negara-negara seperti Amerika Syarikat, UK dan Eropah.

9. Adalah lebih baik jika rancangan TV dan media bercetak negara kita menghasilkan lebih banyak bahan (rancangan TV dan bahan bacaan) dalam mengaitkan betapa penemuan saintifik boleh mengubah gaya hidup kita dan membentuk masa depan. Dalam aspek ini, kita boleh menonjolkan kepentingan dan impak kepada fizik dan bagaimana fizik menjadi tunjang kepada industri yang baharu.

10. Pada masa lapang saya membaca tentang Islam, Hindu, Buddha dan Kristian bagi melihat kesaamaan iaitu kenapa orang mempercayai sesuatu.


Catatan – Makalah ini diterjemahkan oleh Faudzi Umar dari artikel- 10 things about: Dr Harith Ahmad, lecturer, inventor and Distinguished Professor for 2014 dari themalaymailonline.

majalahsains

nasib pujangga

  
nasib pujangga

di manakah tertulis bakti, pujangga dan ilham karyanya
sehabis masa, habis edah bercerita akan terbiar dan dilupakan
tak siapa lagi tahu tak ada lagi mencari
sedang pada ketika ia berada di litar masa
karyanya, dirinya dianugerahi dipersertujui
dijadi idola sembang bersama remaja dan khayalak
pujaan hanya berhenti sehabis dakwat mengalir
ini negeriku, tanah pertiwi yang memuji puja
ketika tersanjung dan ternama
usai segala jadilah mendung menyihir senja
dan segala yang pernah dinobat
diroboh dan ranap

pujangga dan seniman
berhujung hidup dengan airmata
terbiar, sepi dan tiada

22 Jul 2016

hasmah


'My Name Is Hasmah' dedah banyak rahsia
MUHAMMAD SHAMSUL ABD GHANI & TUAN BUQHAIRAH TUAN MUHAMAD ADNAN
20 Julai 2016

Pelancaran 'My Name Is Hasmah', hari ini.

‎KUALA LUMPUR - Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali, isteri bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mendedahkan rahsia hidupnya di dalam buku autobiografinya, My Name Is Hasmah.

Bercakap ketika pelancaran bukunya itu di Glasshouse, Seputeh hari ini, ‎Siti Hasmah berkata, buku itu menceritakan kehidupan terselindungnya yang mungkin tidak diketahui umum.

‎"Banyak rahsia saya terkandung dalam buku ini, kisah ketika kecil serta kehidupan saya sepanjang sebagai isteri bekas perdana menteri," katanya.

Sementara itu ketika menggulas lanjut mengenai bahagian kegemaran beliau dalam buku itu, Siti Hasmah berkata, beliau menyukai setiap bab yang ditulisnya.

"Buku ini buatkan saya gila (berseloroh), kerana ia idea pada minit-minit akhir, tetapi Alhamdulillah ianya berjaya juga diterbitkan.

"Bagi saya setiap yang saya tulis di dalam bab-bab dalam buku ini membuatkan saya rasa gembira dan menyukai," katanya.

Sementara itu, ketika ditanya oleh pengacara majlis, Yasmin Yusof adakah beliau mendapat keizinan Tun Dr Mahathir Mohamad untuk menerbitkan buku itu, Siti Hasmah berkata, sewaktu menulis buku Doctor in the house, Mahathir sendiri tidak meminta kebenaran daripadanya.

Pada majlis pelancaran bukunya itu, Siti Hasmah turut diraikan dengan sebiji kek sempena sambutan ulang tahun ke-90, majlis itu dihadiri oleh seluruh keluarganya, rakan terdekat dan media.

Buku itu setebal 248 muka surat memaparkan kisah suka duka perjalanan hidupnya, karier dan pengalamannya dalam perubatan serta pengembaraannya ke seluruh dunia sebagai isteri Mahathir.

My Name Is Hasmah dikarang oleh kumpulan editor Salt Media Group dan diterbitkan oleh Alaf 21, Kumpulan Karang‎kraf.

Ia dijual pada harga RM80 senaskhah di kedai buku. Anda juga boleh mendapatkan buku ini di mall.karangkraf.com.

Versi Bahasa Melayu, Nama Saya Hasmah akan turut diterbitkan ‎dalam masa terdekat‎.

sinarharian

20 Jul 2016

aku tak lagi berada di lautan


aku tak lagi berada di lautan

aku tak lagi berada di lautan
berjauh dari ombak dan pasir
melupakan siul udara 
melepaskan tatap pada pulau berbalam
aku tak pergi darimu
cuma beralih jarak dan kedudukan
ingin pula menjadi perindu
pada hutan dan gesekan angin
menyentuh daunan

bukan aku takut atau tewas
pada panas dan tajam matahari
atau ketika gelora membadai
aku tidak berani menghadapi amarah ombak
aku hanya ingin sendirian
bersalut pohonan
berbayang teduh
mendengar angin merintih
membawa pesan 
segalanya perlu berani menggengam
perubahan dan pembaharuan 
adalah kutip hidup menjadi manusia
yang mengarifi masa

bukan tak pernah rindu pada segala yang lama
bagaimana ombak menjamah kaki
dan jejak yang perlahan hilang
biarlah aku di sini
melupakan lautan
tapi aku tahu
kaupun merindu



19 Jul 2016

nostalgia zubir


Nostalgia 'Penantian' yang ditinggalkan Zubir Ali!
ZIEMAN
7 Mac 2009

Begitu banyak kenangan yang ditinggalkan dalam lagu puisi 'Penantian' dan 'Doa' Allahyarham Zubir Ali.


[SEMASA] JIKA lagu puisi 'Penantian' diputarkan lagi di saat ini, tentu saja mereka yang terbuai dengan alunan sepi bait-bait indah lirik lagu ini akan diulit perasaan rindu, sebak dan sayu kerana komposer, penyanyi dan penulis lirik ini, Allahyarham Zubir Ali sudah tiada lagi di kalangan kita.

Allahyarham, 58, yang merupakan bekas vokalis kumpulan 'Harmoni' menghembuskan nafas terakhir pada jam 11 pagi semalami, di Hospital Pakar Damansara selepas menjalani pembedahan jantung.

Arwah yang dilahirkan di Alor Setar, Kedah meninggalkan seorang balu, seorang anak lelaki dan dua orang anak perempuan. Jenazah Allahyarham selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Bukit Kiara selepas Asar hari ini.

PERJALANAN SENI ZUBIR ALI

Komposer, penyajak dan penyanyi bernama Zubir Ali ini begitu sinonim dan serasi dengan gaya penyampaian dan nada puitis sehingga ke akhir hayat.

Belum ada lagi yang dapat meniru mahupun menandingi kemasyuran yang dimilikki insan unik yang terkenal dengan lagu puisinya 'Penantian', 'Doa' dan 'Balada Seorang Pencari.'

Genre puisi tidak dapat dipisahkan dengan komposer hebat ini dan berjaya mengukir namanya dengan elemen nostalgia muzik puisi ala Zubir Ali.

Puisi bagi arwah, ada nadanya sendiri. Yang membuat sesuatu lagu puisi itu indah dan sedap didengar, kata Allahyarham, ialah "apabila penterjemahannya dilakukan dengan berseni sekali."

Waktu pertama kali Allahyarham memperkenalkan lagu puisi, 'Penantian' oleh kumpulan Harmoni pada awal 1980-an, ramai yang menganggap lagu itu membawa unsur kecewa cinta tetapi ternyata ia sarat dengan unsur ketuhanan yang mendalam.

Kekeliruan itu membawa hikmah apabila lagu 'Penantian' mendapat sambutan hebat hingga ke hari ini. Banyak lagu-lagu genre puisi inspirasi Zubir melekat di hati masyarakat kerana sentuhan lembut dan segarnya.

BAHASA PUISI HANYA SIMBOL

Bagi Zubir, seni itu akal, seni itu bebas, seni itu fitrah dan seni itu tidak berbentuk kerana "seni adalah pengucapan yang tidak dipaksakan dan bahasa itu hanyalah satu permainan simbol yang berbagai bagi menyatakan yang tersirat di dalam akal."

Apa yang dilakukan semasa hayatnya dalam semua lagu puisi yang dihasilkan tidak lebih dari "mengangkat lirik puisi dan memberi kekayaan pada pemikiran masyarakat. Saya hanyalah alat untuk menyampaikan pemikiran yang berbeza."

"Manusia yang berusaha meningkatkan kualiti kemanusiaannya sebelum mati. Kualiti kemanusiaan itu boleh dilihat pada peningkatan sadar nafsu, sadar akal, sadar hati dan sadar ruh, tulis Allahyarham dalam blognya http://zubirali.com.

Malam Demimu Palestin yang dipentaskan pada akhir Januari tahun ini, di Istana Budaya merupakan kemunculan terakhir Zubir di khalayak ramai.

NOSTALGIA 'HARMONI' MENGGAMIT MEMORI SILAM

Kenangan yang ditinggalkan Zubir terlalu banyak untuk dikenang. Salah satu legasinya ialah nostalgia kumpulan 'Harmoni' yang ditubuhkan pada 1980-an.

Kumpulan empat anggota termasuk Zubir dan Azie (isteri penyanyi/pemuzik Syed Sobrie) ini pernah memasukki Bakat TV dan menjadi 'benchmark' kehebatan penyanyi-penyanyi tahun 80an.

Begitupun disebabkan komitmen dan kesibukan masing-masing membuatkan kumpulan ini dibubarkan seketika.

Dua tahun lalu, kumpulan baru yang mengambil semangat "Harmoni' lama ditubuhkan dan digelar 'Trio Harmoni.' Ianya dianggotai ahli baru - Shafa selain mengekalkan anggota asalnya, Joei dan Allahyarham Zubir.

Mungkin, lagu yang paling sarat dengan memori indah tentu sekali 'Penantian' yang dihasilkan pada tahun 1981, 'Doa' dan 'Nyanyian Ombak' (1983).

Kemerduan dan kesyahduan suara lembut Zubir dengan 'backup' vokal kumpulan 'Harmoni' serta irama lagu yang dicipta mendayu-dayu dialunkan dengan begitu asyik sekali.

SUARA HATI ZUBIR MENENTANG PEPERANGAN

Komposer dan penyanyi yang cukup kreatif ini sudah lama menghasilkan puisi-puisi yang menginsafkan tentang penderitaan mangsa peperangan seperti mangsa Palestin.

Malah sejak 1980-an lagi, Allahyarham sudah menghasilkan lagu untuk peperangan dan Palestin dan antara yang popular ialah Balada Seorang Gadis Kecil dan Tuan Presiden (2000) yang kerap disampaikan pada persembahan membabitkan forum atau festival yang disertai delegasi antarabangsa.

Kedua-dua lagu ini menyatakan lirik yang sesuai dengan bantahan terhadap kekejaman yang dilakukan tentera yang tidak berperikemanusiaan. Lagu berjudul Tuan Presiden adalah kritikan terhadap kepimpinan Presiden Amerika Syarikat, George W. Bush.

Lagu 'Balada Seorang Gadis Kecil' pernah memenangi anugerah Lagu Terbaik Pesta Lagu Malaysia pada tahun itu.

Sebanyak 40 lagu pernah dirakamkan Allahyarham dan tujuh daripadanya popular dan mendapat tempat di kalangan pendengar muzik.

MARTABATKAN ISU KEMASYARAKATAN DALAM LAGU

Zubir pernah menyimpan hasrat untuk menghasilkan album mini tapi sayang sekali, ketika masih dalam perancangan dan penelitian menyusun lagu-lagu yang hendak di hasilkan itu, maksudnya tidak kesampaian.

Semangatnya memperjuang dan memartabatkan isu sejagat dan kemasyarakatan sungguh kental dalam dirinya.

Walaupun kurang publisiti, pensyarah sambilan dalam bidang Pengajian Asas Penulisan Puisi di Universiti Malaya dan mantan Timbalan Pengarah Kebudayaan, Pembangunan, Perkhidmatan dan Kegiatan, Pusat Kebudayaan, UM ini tetap berusaha dalam diam untuk berusaha ke arah itu.

Pada tahun 2006, Zubir telah merakamkan sebuah album solo 'Zubir Ali 06' setelah 23 tahun menyepi tanpa sebarang album. 'Zubir Ali 06' diterbitkan bersama oleh Julfekar, Life Records, Millennium Art dan Moza Publisher.

Album nostalgia itu turut menghimpunkan 12 lagu termasuk dua bonus track Doa dan Balada Anak Desa yang dipetik daripada album terdahulu Zubir bersama kumpulan Harmoni yang popular pada tahun-tahun 1980-an.

MEMORI BERSAMA GENG 'RAP

Bagi orang-orang lama, mungkin akan ingat lagi kepada geng RAP yang popular zaman awal hingga pertengahan 90'an seperti Sheila Majid, Zainal Abidin, Amir Yussof, Azman Warren, Afdlin Shauki dan Zubir Ali.

Kesemua penyanyi ini di bawah naungan dan bimbingan Roslan Aziz yang bijak mencorakkan projek muzik yang bernafas 'baru' dan segar serta berkualiti. Antara hasil yang membanggakan ialah penghasilan CD solo Sheila, Zainal dan Konsert Ikhlas di Stadium Merdeka.

Disebabkan genre muzik Zubir yang puitis, beliau dianggap sesetengah pihak 'the odd man out' dalam geng RAP ini. Bukan sahaja Allahyarham artis yang paling veteran dalam kumpulan ini tetapi pengkhususannya dalam genre muzik puitis.

Tapi di situlah terletaknya keistimewaan Zubir yang membuatnya sebagai aset dalam lingkungan keluarga RAP.

Kali terakhir beliau muncul dalam rakaman album ialah dalam tahun 1996 di bawah naungan Roslan Aziz Productions. Ketika itu, album kompilasi 'RAP '96' ada menampilkan sebuah lagu karya dan nyanyian Zubir, 'Siapakah Memberi Khabar' dengan susunan muzik menarik oleh Mac Chew dan diproduksikan Roslan Aziz.

Sebelum itu, dalam tahun 1991, album kompilasi RAP yang paling popular, 'Ikhlas Tapi Jauh' juga menampilkan lagu menarik nyanyian Zubir 'Harga Diri'.

Kini semua ini hanya tinggal kenangan. Perjalanan hidup insan seni bernama Zubir Ali terhenti pada tanggal hari Jumaat, 6 Mac, 2009.

Bersama alunan bait-bait indah yang ditinggalkan, kita akan selalu rindu mendengar alunan lagu puisi Allahyarham.

Seribu kenangan akan bersemadi dalam lagu-lagu Zubir dan sebagai peminat kita akan tetap digamit rindu setiap kali lagu-lagu 'Penantian, 'Doa' dan 'Erti Pengorbanan' diputarkan.

AL-FATIHAH

mstar


Harmoni : Penantian (1981)

PROLOG
(Zalikamari)

PENANTIAN
Lagu: Zubir Ali
Puisi : Zubir Ali
Musik : Ruslan Md. Imam
Vokal : Zubir Ali

SEPANJANG JALAN KE PULAU PINANG
Lagu: Zubir Ali
Puisi : Zurinah Hassan
Musik : Ruslan Md. Imam
Vokal : Zubir Ali / Joey

TANAH AIR
Lagu: Zubir Ali / Joey
Puisi : Usman Awang
Musik : Ruslan Md. Imam
Vokal : Jasmin

DOA
Lagu: Zubir Ali
Puisi : Khairul Anwar
Musik : Zalikamari
Vokal : Zubir Ali

BALADA ANAK DESA
Lagu: Zubir Ali
Puisi : Zubir Ali
Musik : Andrew Sammy
Vokal : Zubir Ali

CENGKERAMA PANTUN KATA TAK SUDAH
Lagu: Zubir Ali / Joey
Puisi : Zubli Zainordin
Musik : Ruslan Md. Imam
Vokal : Ogie

SEBUAH BAS BERWARNA BIRU
Lagu: Zubir Ali
Puisi : Latif Mohidin
Musik : Zalikamari
Vokal : Zubir Ali

TENTANG DUKA
Lagu: Zubir Ali
Puisi : Situng Umar RS
Musik : Zalikamari
Vokal : Zubir Ali

PENERBIT & URUSAN PENERBITAN : ZALI KAMARI
JURUTERA RAKAMAN & ADUNAN : ZALI KAMARI, TOMMY TAN, ANDREW SAMMY
STUDIO RAKAMAN : ESTEE SUND, SUBANG JAYA
REKABENTUK SAMPUL : WANDIKAMARI





POHON PUISI BERBUNGA MELODI.
(mengenang Zubir Ali)
oleh Zurinah Hassan

Peristiwa itu masih segar di dalam ingatan. Pada tahun 1968 saya belajar di Sekolah Sultanah Asma Alor Setar. Suatu hari saya menghadiri majlis Maulidur Rasul yang diadakan di sekolah agama yang bernama Maktab Mahmud. Acara utama hari itu ialah penyampaian hadiah pertandingan menulis sajak sempena Maulidur Rasul. Saya hadir dengan gembira kerana sayalah yang akan menerima hadiah pertama.

Acara yang berlangsung di dewan maktab cukup meriah. Penyampaian hadiah diikuti dengan acara persembahan. Saya menyaksikan sajak saya yang berjudul “Muhammad” dideklamasikan oleh seorang pelajar Maktab Mahmud bernama Shamsuddin Osman . Sajak yang memenangi tempat kedua dideklamasikan sendiri oleh penulisnya iaitu seorang “budak” Tingkatan Lima Maktab Mahmud. Namanya Muhammad Zubir bin Ali.

Hari itu adalah hari yang bersejarah di dalam hidup saya. Itulah kali pertama saya menjadi johan satu pertandingan menulis sajak.(peringkat sekolah-sekolah daerah Kota Setar). Itulah juga kali pertama kali saya melihat sajak saya dipersembahkan di atas pentas. Saya kagum dengan bacaan dan gaya Shamsudin Osman yang membuat sajak saya terdengar lebih hebat dan dramatic daripada teks asalnya.

Tetapi saya tidak menyangka ada yang lebih dari itu. Saya tidak menyangka bahawa pagi itu saya telah bertemu dengan dua insan yang akan menjadi penting di dalam sejarah seni dan budaya tanah air. Budak lelaki yang bernama Shamsudin Osman yang mendeklamasikan sajak saya itu, kemudiannya menjadi Dinsman, satu nama yang anda kenali pada hari ini. Dan Muhammad Zubir Ali itu tidak lain dan tidak bukan ialah komposer , penyanyi, penyair dan pemikir Zubir Ali yang telah pulang kepada Ilahi pada hari Jumaat 6hb Mach yang lalu.

Zubir melanjutkan pelajaran ke Tingkatan Enam di Kolej Islam Kelang dan kemudian ke Universiti Malaya. Semasa di Universiti Malaya beliau menyertai KESUMA iaitu satu persatuan kesenian yang aktif menganjurkan acara seperti Malam Berbunga Sajak . Acara seperti ini memberi peluang kepada Zubir mencipta lagu-lagu puisi. Bakatnya terus berkembang.
Dari UM beliau ke ITM (sekarang UiTM) sebagai pengawai kebudayaan . Di sinilah beliau menubuhkan kumpulan Harmoni bersama teman-temannya Joey, Ogy dan Azie.

Pada tahun 1977 saya dijemput oleh Grup Teater Elit ( diketuai oleh Dinsman) untuk membuat persembahan di Dewan Bahasa dan Pustaka. Acara itu berjalan dengan jayanya lebih-lebih lagi kerana saya mendapat bantuan Zubir. Beliau telah mencipta beberapa buah lagu daripada puisi saya. Puisi-puisi yang telah dilagukan termasuklah “Seketika Terkenang Padamu Mama”, “Suara Dalam Hujan” dan “Sepanjang Jalan ke Pulau Pinang”. Akhbar Berita Minggu Ahad, 13 Mac, 1977 mengulas, “Lagu-lagu tersebut mendapat tepukan hebat dari para peonton. Dan pujian harus diberikan kepada penggubah lagu yang berbakat ini”.

Dari sini saya melihat Zubir mengatur langkah dengan berani. Beliau kemudian meminta kebenaran bagi memuatkan “Sepanjang ke Pulau Pinang” ke dalam album kumpulan Harmoni yang pertama. Terus terang saya katakan pada mulanya saya kurang yakin lagu-lagu tersebut akan mendapat sambutan. Saya bimbang kalau-kalau lagu puisi hanya akan diminati oleh peminat puisi dan peminat puisi memang amat sedikit di tanah air kita.

Jangkaan saya meleset. Album pertama lagu puisi bukan sahaja diterima bahkan meletup-letup. Lagu “Penantian” menduduki tempat teratas dalam carta lagu-lagu pilihan sehingga berbulan-bulan lamanya. Lagu “Sepanjang Jalan ke Pulau Pinang” kedengaran setiap hari di radio. Sejak itu ramai yang kenal saya sebagai penulis sajak “Sepanjang Jalan ke Pulau Pinang” yang dinyanyikan oleh Zubir Ali. Turut popular ialah lagu Doa dari sajak Khairul Anwar. Ini merupakan sumbangan besar kepada dunia puisi Melayu. Sebagai penyair, saya berterima kasih kepadanya atas usaha yang telah berjaya membawa puisi ke tengah masyarakat.

Dengan kejayaan ini Zubir Ali dan kumpulan Harmoni menempa sejarah di dalam industri muzik dan dunia kepenyairan tanahair. Album pertama kumpulan Harmoni (1981) merupakan album pertama lagu-lagu puisi yang diedarkan secara komersial. Sebelum itu ada juga lagu lagu puisi yang dinyanyikan oleh Ibrahim Bacik tetapi cuma disiarkan menerusi rancangan khas di radio. Album kedua Harmoni “ Nyanyian Ombak” terbit pada tahun 1982. Kejayaan Harmoni di dalam lagu puisi diikuti oleh kumpulan Kopratasa, Ahmad Ramli, Julfekar dan lain-lain.

Bagi saya lagu Penantian menduduki tempat yang tersendiri pula. Ia bukan sahaja lagu puisi pertama yang mengungguli carta lagu popular di radio, tetapi inilah lagu yang saya anggap mempunyai senikata yang paling berpengaruh selepas lagu Getaran Jiwa oleh P.Ramlee.

Di dalam sejarah lagu Melayu moden kita boleh menamakan dua buah lagu yang senikatanya paling diingati dan disebut-sebut. Yang pertama ialah lagu Tan Sri P.Ramlee iaitu Getaran Jiwa. Baris yang berbunyi “Andai dipisah lagu dan irama, lemah tidak berjiwa…..” digunapakai oleh orang ramai untuk menerangkan tentang keakraban sesuatu yang tidak dapat dipisahkan. Selepas “ Getaran Jiwa” muncul “Penantian” Zubir Ali. Ingatkah anda bagaimana baris yang catchy “Penantian satu seksa” digunapakai dengan berleluasa di mana-mana oleh sesiapa sahaja yang berada di dalam situasi menunggu. Saya sendiri pernah mendengar sekumpulan pemain takraw menjerit kepada kawan yang lewat tiba, “penantian satu seksa”. Saya juga mendengar ia dituturkan oleh pensyarah yang sedang berkuliah malah seorang ustaz yang sedang berceramah.

Sebenarnya itulah harapan Zubir. Dia mahu menyanyikan sesuatu yang boleh membawa kesan kepada masyarakat. Dia memilih puisi untuk dilagukan kerana baginya puisi mengandungi makna yang mendalam dan disampaikan dalam bahasa yang indah. Keindahan bahasa dan kedalaman makna inilah yang akan diingati dan kekal di minda pendengar sedangkan lagu-lagu popular bertema cinta murahan mungkin akan digilai tetapi untuk tempoh masa yang singkat. (lihat Harian Metro:31 Mei 06). Maksudnya banyak lagu yang datang dan pergi namun yang kekal menjadi ingatan ialah senikatanya yang indah dan bermakna”

Zubir juga menulis puisi. Sajak-sajaknya pernah tersiar di Dewan Sastera. Bila menulis puisi beliau menggunakan nama Muhammadzubirali. Tidak hairanlah kalau beliau menjadikan lagu puisi sebagai wadah perjuangan, seperti katanya “ Walaupun album ini bukan album komersial dengan tema cinta yang mungkin dicari-cari saya rasa tetap mahu menerbitkannya kerana rasa tanggungjawab terhadap perjalanan dan keindahan puisi.Puisi terlalu indah. Lambang ketinggian budaya kita. Saya akan mengangkat mesej positif dengan puisi sebagai pokoknya dan melodi sebagai bunganya ”(Lihat Kosmo Jumaat 5 Mei 06).

Bagi Zubir penulisan dan penciptaan lagu adalah bidang yang serius. Katanya, “Menulis lagu lebih kepada soal jiwa dan bukannya soal zahir sahaja. Sejauh mana kemampuan sesuatu lagu menarik masyarakat ke arah kebaikan bergantung kepada jiwa penulis lirik, pencipta lagu dan penyanyi” (Utusan Melayu 22 Januari 2008)

Zubir juga mengakui bahawa usahanya menyanyikan lagu puisi adalah sebahagian daripada usahanya untuk memertabatkan bahasa Melayu melalui lirik lagu. Beliau merasa sedih apabila banyak pihak tidak mementingkan aspek lirik lagu. Menurut Zubir, “Bahasa Melayu sangat kaya tetapi kedaifan bahasa Melayu dalam lirik lagu tempatan adalah satu fenomena yang menyedihkan. Kebanyakan penyanyi tidak berminat mendalami bidang bahasa dan tidak peduli sebutannya betul atau salah. Artis juga perlu ada ilmu dan menyanyi dengan jiwa. (lihat Harian Metro 31 Mei 06).

Beliau sering menyatakan kegusarannya, “sekarang siapa saja boleh menjadi penulis lirik. Tidak perlu pandai bahasa Melayu dan tidak perlu jadi ahli fikir”. Bagi Zubir menulis lirik lagu adalah satu kerja seni yang mesti ditangani dengan pemikiran yang mendalam. Seorang penulis lirik sepatutnya juga seorang pemikir kerana “kerja seni itu melambangkan ketinggian daya fikir seorang seniman. Sekiranya pemikiran tentang sesuatu itu kurang kreatif , cetek atau masih dangkal, maka seluruh karya itu terjejas dan tidak dapat diterima sebagai karya seni”.

 Selepas Penantian (1981) dan Nyanyian Ombak,(1983) kumpulan Harmoni hilang seketika, kerana anggota-anggotanya yang terpaksa mengikut haluan masing-masing. Zubir juga bertukar tempat ke UKM dan seterusnya Universiti Malaya. Zubir terus aktif di dalam persembahan-persembahan terutama majlis sastera dan deklamasi puisi. Beliau terus mencipta lagu-lagu puisi . Kabarnya sudah ada sekitar 80 buah lagu yang sedia ada. Beliau pernah ditanya mengapa tidak memberi lagu-lagu ini kepada penyanyi lain. Jawapannya beliau pernah mencuba tetapi bila mendengar nyanyian mereka, beliau tidak berpuas hati kerana “jiwa” puisi itu tidak sampai seperti yangdihajati. Pada tahun 94 Zubir memenangi lirik terbaik Pesta Maal Hijrah dan 1995 lagunya dipilih sebagai lagu terbaik Pesta Maal Hijrah. Selain puisi dan lagu, Zubir turut mengemukakan pandangannya terutama mengenai muzik dan pemikiran keIslaman melalui seminar-seminar di dalam dan di luar negara terutama yang dianjurkan oleh JAKIM.

25 tahun kemudian, Zubir Ali mengumpul semula kawan-kawan (Joei dan Shafa) dalam Kumpulan Trio Harmoni untuk meneruskan perjuangannya. Mereka berjaya menerbitkan CD solonya 'Zubir Ali '06'. Di sini juga ada puisi saya iaitu “Puisi Cinta yang Lain” bersama sajak Latif Mohidin, “Siapakah yang Memberi Kabar”.

Zubir juga dikenali menerusi lagunya “Balada Gadis Kecil” yang menyayat hati tentang kekejaman pihak zionis. Lagu ini menjuarai Festival Lagu-lagu 1983. Perasaan kemanusiaan terhadap umat Islam yang menderita diluahkan oleh Zubir pada Malam Demimu Palestin yang berlangsung di Istana Budaya. Simpatinya terhadap rakyat Palestin, membuatkan beliau cukup bersemangat walaupun sudah mula merasa sakit-sakit. Malangnya, inilah penampilannya buat kali terakhir. Tidak berapa lama selepas itu beliau dimasukkan ke hospital Spesialis Damansara untuk menjalani rawatan. Takdir telah menentukan Zubir pergi buat selama-lamanya. Dia telah meninggalkan untuk kita dan bangsanya khazanah seni yang amat berharga. Takziah kepada anak-anak dan isteri Fauziah Ismail yang saya kenali sejak dia masih kecil di Tikam Batu Kedah.

Saya dan Zubir kerap juga berbincang dan lebih banyak bertengkar. Pertengkaran-pertengkaran itu lebih memesrakan kami. Dan sekarang tiada lagi Zubir untuk dilawan bertengkar. Tanpa lawan saya kehilangan kawan.

Balada Gadis Kecil

Gadis ini telah bertahun
Dicengkam derita
Di khemah pelarian
Yang menjanjikan dukacita

Munir tak mengenal erti cinta
Telah kering air mata
Menangisi kematian
Ayah bonda dan saudara

Pada suatu senja langit shatila
Menyaksikan pembunuhan anak kecil dan wanita

interpretasi

17 Jul 2016

bunda tanah melayu



Pulau pandan jauh ke tengah
gunung daik bercabang tiga
hancur badan di kandung tanah
budi yang baik dikenang juga 



Lingga
Bunda Tanah Melayu

Pada Zaman dahulu asal usul sebuah kerajaan Melayu di Lingga yang berpusat di Kota Daik sebagai Negara Kesultanan Johor-Pahang-Riau-Lingga. Sultan Mahmud Syah II (1685 – 1699) adalah Sultan Johor-Riau-Lingga-Pahang atau kemaharajaan melayu yang ke-10. Ia adalah keturunan sultan-sultan Malaka, sultan ini tidak mempunyai keturunan, untuk penggantinya dicarilah dari keturunan Datuk Bendahara Paduka Raja Tun Abdul Jalil yang diberi gelar Sultan Mahmud Syah III. Pada masa ini sultan Mahmud Syah III masih sangat muda jadi yang menjalankan pemerintahan ialah yang dipertuan muda Daeng Kamboja yang dipertuan Muda III, jadi ialah yang paling berkuasa di kemaharajaan di Melayu Lingga. Yang menjadi Datok Bendahara pada saat itu adalah Tun Hasan, semasa ini pula hubungan pemerintahan dengan Belanda masih lancar. Sedangkan di Riau berdatangan pedagang-pedagang dari India. Sedangkan pedagang cina pada saat itu masih menetap di Kepulauan Nusantara dan pada saaat ini juga yang mendampingi yang dipertuan muda melaksanakan tugasnya untuk diwilayah Riau Engku Kelana Raja Haji.

Setelah yang dipertuan muda III Daeng Kamboja wafat tahun 1777 yang menggantikannya adalah Yang Dipertuan Muda IV Raja Haji. Raja Haji ini memerintah dari tahun 1777 – 1784. Sewaktu berada di bawah pemerintahannya pecah perang antara kemaharajaan melayu dengan kompeni Belanda di Melaka. Setelah Raja Haji wafat lahirlah sebuah perjanjian antara kemaharajaan melayu dengan pihak kompeni Belanda. Perjanjian ini dikenal TRACTAAT AL TOOSE DURENDE GETROO WE VRIENDE BOND GENO OT SCHAP yang ditandatangani tanggal 10 Nopember 1784.


Setelah di tinggalkan Raja Haji yang menjadi Di Pertuan Muda Riau, berikutnya adalah Raja Ali (Anak dari Daeng Kamboja). Masa jabatan dari tahun 1785-1806 ia sebagai yang dipertuan muda ke-V ia lebih banyak berada di luar wilayah kerajaan sebab kekuasaan pada saat itu lebih banyak berada di Belanda. Lama kelamaan ia mengadakan perlawanan dan akhirnya sejak tahun 1785 menetaplah ia di Suka Dana (Kalimantan). Tahun ini juga kompeni Belanda mengangkat Recident Belanda pertama di Tanjungpinang dengan nama DAVID RUNDE pada tanggal 17 Juni 1785.

Pada tahun 1787 Sultan Mahmud Syah III memindahkan pusat kerajaannya ke Daik Lingga, ini diakibtakan adanya tekanan dari Kompeni Belanda. Walaupun pusat kerajaan berada di Pulau Lingga, wilayah masih meliputi Johor-Pahang dimana daerah tersebut Sultan masih diwakili oleh Datuk Temenggung untuk bagian Johor dan Singapura sedangkan Datuk Bendahara untuk daerah Pahang. Untuk tahun 1795 terjadi perkembangan politik baru di negeri Belanda, dimana kompeni Belanda harus menyerahkan beberapa daerah yang didudukinya ke Inggris. Masa ini disebut juga sebagai masa INTEREGNUM Inggris di Riau.

Tahun 1802 yang dipertuan muda V berada dipengungsian kembali di Lingga pada masa intregnum Inggris ini berlangsung Raja Ali wafat 1795-1816 di pulau Bayan. Tahun 1806 diangkat pula Raja Jakfar menjabat kedudukan sebagai yang dipertuan Muda Riau pada tahun 1806-1813. Raja Jakfar membuat tempat pemerintahannya di kota Rentang di Pulau Penyengat. Pada tahun 1811 Sultan Mahmud III memerintahkan anaknya Tengku Husein (Tengku Long pergi ke Pahang dan menikah disana dengan puteri Tun Khoris atau adik bendahara yang bernama Tun Ali. Semasa Tun Husin (Tengku long ) berada dipahang ayahandanya Sultan Mahmut Syah wafat di Daik Lingga tanggal 12 Januari 1812.

Setelah Sultan Mahmut syah III meninggal dicarilah calon pengantinya. Akhirnya yang dilantik sebagai sultan pengganti yaitu Tengku Abdul Rahman yang disetujui oleh pembesar kerajaan dan dari pihak Belanda. Ini dikuatkan oleh peraturan kerajaan Lingga Riau yang berbunyi Sultan baru harus dilantik sebelum jenazah Sultan yang wafat di kebumikan.
Setelah Tengku Abdul Rahman dilantik tahun 1812 Sultan Abdul Rahman Syah menetap di Lingga. Mulailah Lingga masa itu bertambah ramai karena telah ada tambang timah disingkep. Sedangkan Raja Ja’far menetap di Penyengat ia telah menempatkan orang-orang kepercayaannya di Daik Lingga untuk mendampingi Sultan yaitu Engku Syaid Muhammad Zain Al Qudsi. Suliwatang Ibrahim, sahbandar Muhammad Encik Abdul Manan dan bagian pertahanan dan keamanan adalah Encik Kalok. Tengku Husin tinggal di Lingga, dia menetap di penyengat.

Pada tangal 19 Agustus 1818 Wiliam Farquhan Residen Inggris dari Malaka datang ke Daik untuk bertemu dengan Sultan Abdul Rahman Muazam Syah dan memberitahukan bahwa wilayah kerajaan Lingga Riau mungkin akan diambil Belanda. Sultan Abdul Rahman Muazam Syah menjawab berita yang disampaikan Fanquhan itu, bahwa dia tidak mempunyai wewenang untuk mengurus urusan kerajaan, hanya ia menganjurkan Fanquhan dapat menghubungi Raja Ja’far.

Sultan Mahmud Riayat Syah III pada zaman dia memegang tampuk pemerintahan, dia membangun istana Robat/istana kota baru dan dia juga membangun penjara/Gail. Sedangkan Almarhum Raja Muhammad Yusuf sangat alim dia ini adalah penganut Nak Sabandiah. Dia adalah yang dipertuan muda ke X yang dilantik tahun 1859 oleh Sultan Sulaiman Badrul Alam Syah III. Pada zaman ini di Daik sangat berkembang dibidang agama maupun bidang ekonomi, sehingga Daik Lingga pada waktu itu menjadi pusat perdagangan dan pengetahuan. Banyak pedagang yang datang seperti cina, bugis, keling, siak, Pahang.


Belanda sudah semakin khuatir kalau Lingga menyusun kekuatan untuk menentangnya, oleh karena itu, Belanda menempatkan asisten Residen di Tajung Buton Daik. Pada tanggal 17 September 1833 dia mangkat dan dimakamkan di bukit Cengkeh. Sedangkan yang dipertuan muda Raja Muhammad Yusuf Al Ahmadi beristrikan Tengku Embung Fatimah Binti Sultan Mahmud Muzafarsyah yang merupakan Sultanah di Lingga. Dia menggalakan kerajinan rakyat Lingga untuk dipasarkan keluar kerajaan Lingga. Pada zaman mereka membuka jalan Jagoh ke Dabo membuat kapal-kapal, di antara nama kapal-kapal tersebut Kapal Sri Lanjut, Gempita, Betara Bayu, Lelarum dan Sri Daik, guna untuk memperlancar perekonomian rakyat serta pada zaman dia juga istana Damnah di bangun. Sekolah sd 001 Lingga tahun 1875 dengan guru pertama kami Sulaiman tamatan sekolah Raja di Padang. Guru ini tidak mau bekerja sama dengan Belanda, walaupun dia diangkat oleh Belanda.
Pada zaman ini Lingga mencapai zaman keemasan, sedangkan Almarhum Sultan Sulaiman Badrul Alamsyah II adalah anak dari Sultan Abdul Rahman Syah. Dia diangkat menjadi Sultan tidak disetujui oleh Indra Giri Reteh selama 25 hari dan terkenalah dengan nama pemberontakan Mauhasan. Namun Reteh tunduk kembali dengan Lingga. Sultan ini sangat memperhatikan kehidupan rakyatnya antara lain :

Mengajukan dan menukarkan sawah padi dengan sagu (Rumbia) yang di datangkan dari Borneo Serawak dan membuka industri sagu tahun 1890. Membuka penambangan timah di Singkep dan Kolong-kolong Sultan dengan Mandor yang terkenal npada zaman itu La Abok dan kulinya orang-orang Cina Kek yang menurut ceritanya nama inilah nama Dabo Singkep. Baginda mangkat pada tanggal 28 Fenruari 1814 dan dimakamkan di Bukit Cengkeh dengan gelar Marhum Keraton yang di dalam kubah. Setelah itu Sultan Muhammad Muazam Syah (1832-1841) Sultan ini sangat gemar dengan seni ukir/Arsitektur, dia mengambil tukang dari Semarang untuk membangun istana yang disebut Keraton atau Kedaton.

Pada zaman ini seni ukir, tenun, kerajinan, Mas dan perak sudah ada. Pusat kerajinan tenun di Kampung Mentuk, kerajinan Tembaga di kampong Tembaga. Pada zaman dia juga Bilik 44 dibangun, namun belum sempat di bangun, namun belum sempat siap bertepatan dia mankat dan pengantinya tidak melanjutkan pembangunan gedung tersebut.

Sultan Abdul Rahman Syah 1812-1832 adalah putra Sultan Mahmud Riayat Syah III dia terkenal sangat alim dan giat menyebarkan agama islam serta mengemari pakaian Arab. Pada masa pemerintahan dia, saudaranya Tengku Husin dengan bantuan Inggris dilantik menjadi raja dengan gelar Sultan Husin Syah. Maka pecahlah kerajaan besar Melayu atau emporium Melayu Johor-Riau-Lingga menjadi 2 bagian. Istana Sultan Abdul Rahman Syah terletak di Kampung Pangkalan Kenanga sebelah kanan mudik sungai Daik.

Dia mangkat malam senin 12 Rabiul awal 1243 Hijriahn (19 Agustus 1832) di Daik, dimakamkan di Bukit Cengkeh bergelar Marhum Bukit Cengkeh. Pada zaman dia, Mesjid Jamik didirikan atau Mesjid Sultan Lingga, benteng-benteng pertahanan di Mepar, Bukit Cening, Kota Parit (Dibelakang Kantor Bupati Lama) serta Benteng Kuala Daik, Meriam pecah Piring dan Padam Pelita terdapat di mes Pemkab Lingga. Pada zaman dia memerintah, dia sering berperang melawan penjajahan Belanda bersama dengan Yang Dipertuan Muda Riau diantarnya Raja Haji Fisabilillah atau bergelar Marhum Ketapang. Dia mangkat 18 Zulhijah 1226 Hijriah (12 Januari 1912) di Daik di belakang Mesjid dengan Bergelar Marhum Masjid.

Sultan Mahmud Riayat Syah adalah Sultan yang pertama kali di Daik Lingga. Dia adalah Sultan Johor-Pahang-Riau-Lingga XVI yang memindahkan pusat kerajaan Melayu ke Bintan Hulu Riau ke Daik tahun 1787, dengan istrinya Raja Hamidah (Engku Putri) yang merupakan pemegang Regelia kerajaan Melayu-Riau-Lingga. Pulau penyengat Indra Sakti adalah mas kawinnya dan pulau penyegat tersebut menjadi tempat kedudukan Raja Muda bergelar Yang Dipertuan Muda Lingga yaitu dari darah keturunan Raja Melayu dan Bugis. Pada hari senin pukul 07.20 Wib tahun 1899 dia mangkat dan dimakamkan di Makam Merah dengan Bergelar Marhum Damnah.

Kabupatenlingga 




Daik (Bekas Pusat Kerajaan Riau Lingga)

Daik, dahulunya hampir selama seratus tahun menjadi pusat kerajaan Riau-Lingga, sekarang menjadi ibu kota Kecamatan Lingga, Kabupaten Kepulauan Riau.

Kota Daik yang terletak di sungai Daik, hanya dapat dilalui perahu atau kapal motor di waktu air pasang. Kalau air surut, sungai Daik mengering dan tak dapat dilalui. Perhubungan lainnya adalah melalui jalan darat ke desa Resun di sungai Resun. Dari sana melalui sungai itu terus ke muara (Pancur) yang terletak di pantai utara pulau Lingga, berseberangan dengan Senayang.

Selama seratus tahun Daik menjadi pusat kerajaan, tentulah terdapat berbagai peninggalan sejarah dan sebagainya. Raja-raja kerajaan Riau-Lingga yang memerintah kerajaan selama periode pusat kerajaan di Daik Lingga yaitu : Sultan Abdurakhman Syah (1812-1832), Sultan Muhammad Syah (1832-1841), Sultan Mahmud Muzafar Syah (1841-1857), Sultan Sulalman Badrul Alam Syah II (1857-1883) dan Sultan Abdurrakhman Muazzam Syah (1883-1911).



Lingga Dinobatkan Sebagai Bunda Tanah Melayu


LINGGA – Seminar dan pemahaman lawatan sejarah antara ahli sejarah Kementrian Kebudayaan RI, Bupati, tokoh masyarakat dan Lembaga Adat Melayu digelar di kota Daik Lingga. Dari seminar ini Lingga ditetapkan dan dipatenkan sebagai lokasi Bunda Tanah Melayu.

Seminar tersebut bertujuan untuk mematenkan sebutan Lingga sebagai Bunda Tanah Melayu. Pematenan ini berdasarkan bukti-bukti peninggalan kerajaan Melayu di sana pada abad 17. Diantaranya berupa bangunan alat-alat perlengkapan rumah tangga hingga naskah sejarah yang tersusun rapi dalam museum linggam cahaya di Daik Lingga.

Staf Kementrian Kebudayaan RI Gunawan mengatakan, ditetapkannya Lingga sebagai Bunda Tanah Melayu telah sesuai dengan bukti peninggalan yang ada.

“ Ada bukti nyata untuk memberikan sebutan pada suatu daerah”, Ujar Gunawan tentang penetapan Lingga dengan sebutan Bunda Tanah Melayu kepada Batam TV.

Sementara Bupati Lingga H. Daria menambahkan, adanya peninggalan berkas-berkas dari zaman kerajaan memperkuat dasar penetapan tersebut.

“ Adanya peninggalan berkas dan naskah di sini memang teklah diakui banyak kalangan”, ujar Bupati Lingga, H. daria mempertegas hal tersebut.

Setelah ditetapkan sebagai Lingga sebagai Bunda Tanah Melayu, masyarakat di Lingga diharapkan bisa lebih menjunjung tinggi seni dan kebudayaan melayu di kawasan ini untuk ke depannya.

batamtvnews 


lingga bunda tanah melayu


PULAU PANDAN JAUH KE TENGAH GUNUNG DAIK BERCABANG TIGA.


Kelihatan Gunung Daik bercabang tiga, patah satu tinggal dua dari Makm Bukit Cengkeh di Pulau Lingga, sewaktu rombongan GAPENA mengunjungi ke pulau yang digelar "Bonda Tanah Melayu". 

Ada sesuatu yang mengusik jiwa ketika saya menjejakkan kaki di Pulau Daik Lingga 5 Julai lalu. Bulu roma tegak berdiri apabila lebih 70 orang anggota rombongan Perkampungan Penulis Melayu Serumpun dari Malaysia, Singapura, Negeri Thai, Filipina dan tuan rumah Kepulauan Riau ditaburi beras kunyit melalui sambutan penuh adat Melayu oleh masyarakat Daik. Kemesraan datang spontan dalam dialek dan adat resam yang sama. Para pembesar Kecamatan Lingga dan Kelurahan Daik menyambut kami lengkap berpakaian baju Melayu. Sesampainya rombongan di dataran Kota Daik, yang dahulunya pasar, ribuan masyarakat Daik telahpun menunggu dengan pakaian cantik berwarna warni.

Bekas Imam Mesjid Sultan Daik Lingga, Haji Abdul Ghani menjelaskan bahawa ramai warga Daik yang bekerja di pulau-pulau berdekatan seperti Dabosingkep, Batam, Bintan serta pulau-pulau yang lain pulang, semata-mata ingin ikut serta dalam perayaan tiga hari sempena Perkampungan penulis Melayu Serumpun ini.

Gunung Daik masih dilindungi awan ketika kami sampai, walaupun cuaca cukup panas. Sehingga dengan demikian kami tidak berpeluang melihat gunung yang masyhur dengan cabang tiganya itu. Namun keramahan masyarakat Daik mengurangi kekecewaan itu Menurut penduduk tempatan cabang gunung itu telah "patah satu tinggalah dua". Sepatah kata Datuk Prof Zainal Keling, "Disitulah letaknya misteri Gunung Daik. Ia begitu ilusif.

 Umumnya sambutan yang diterima rombongan boleh disimpulkan daripada pandangan Ketua I Gapena, Tan Sri Prof Emeritus Hj Ismail Hussein, "Saya begitu terharu dengan sambutan. Rasa keterikatan begitu mencengkam, seolah-olah orang Daik ini saudara rapat yang dipertemukan semula setelah sekian lama hilang."

Perasmian perkampungan selama tiga hari ini dilakukan Gabnor Riau, Hj. Saleh Jasit, SH. Sebelum melafaz rasmi perkampungan Hj. Saleh berpantun:
Gunung Daik bercabang tiga 
Nampak tersenyum dari Selat Melaka 
Adat resam dan nilai budaya 
Pusaka yang harus kita bina bersama. 

Sememangnya budaya dan adat resam di Daik Lingga khasnya tidak dapat dipisahkan, walaupun oleh eniti politik yang berbeza. Implikasi daripada dasar pecah dan perintah penjajah Belanda dan Inggeris abad lampau tidak sedikitpun menjejaskan kebersatuan budaya dan adat resam bangsa Melayu di Nusantara. Di Daik sendiri penduduknya mengamalkan adat dan budaya yang sama seperti di Malaysia, khususnya Johor, Riau, Brunei dan Singapura. Tutur kata sehari-hari, pemakanan dan cara berpakaian orang Daik saling tak tumpah seperti orang Melayu di daerah lain Nusantara dan alam Melayu. Semua anggota rombongan ke perkampungan ini seperti berada di tengah-tengah keluarga sendiri apatah lagi mereka mendapat "berkeluarga angkat" semasa tinggal di Daik.

 YM Raja Hamzah Yunus (kanan) ahli waris Yamtuan Muda Riau bersama-sama rombongan Jejak Bahasa DBP-TV3, wakil GAPENA dan wakil Jabatan Penyelidikan DBP di Balai Maklumat dan Dokumentasi Pulau Penyengat pada tahun 2000. 

Memang benarlah Daik Lingga adalah bunda tanah Melayu. Raja Hamzah Raja Yunus, generasi keenam daripada waris keturunan Raja Haji Fisabilillah, Yamtuan Muda Riau ke-4 mengungkapkannya demikian. Raja Hamzah, Ketua Pusat Maklumat Kebudayaan Melayu Riau berkata, "Daik itu pernah menjadi pusat Kerajaan Lingga-Riau selama kurang lebih 120 tahun. Sebagai pusat kerajaan tentu di sana juga sebagai pusat pengembangan budaya, adat istiadat, serta agama. Dengan demikian pada suatu ketika memang pantas Daik-Lingga dikatakan sebagai bunda tanah Melayu.

Sebagai saksi sejarah kepada keagungan silam kerajaan Daik, terdapat empat makam sultan Melayu, iaitu Makam Sultan Mahmud Riayat Shah, Sultan Abdul Rahman Muazzam Shah, Sultan Muhammad dan Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah II. Ada pula makam Yang Dipertuan Muda Riau ke-10, Raja Muhammad Yusuf. Kemudian terdapat pula bekas lima buah istana, iaitu Istana Pengkalan Kenanga, Istana Keraton, Istana Damnah, Istana Robat dan Istana 44 bilik. Istana terakhir ini tidak sempat siap kerana sultannya telah dipecat Belanda.

Untuk melihat keagungan kerajaan Riau-Lingga di tanah Daik tidak sukar seperti diakui Raja Hamzah. Sebabnya, semasa Daik menjadi pusat kerajaan, ia pernah mengembangkan budaya fikir yang dituangkan dalam bentuk tulisan. Katanya, "Masih banyak naskhah lama tentang kerajaan Daik Lingga atau yang berkaitan dengan masalah budaya serta agama yang ditulis oleh pengarang tanah Lingga. Naskhah itu sekarang masih banyak dan masih dapat dibaca. Jadi tidak begitu sulit kalau ada orang yang mahu menelaah tentang kebesaran kerajaan Riau-Lingga di Daik."

Salah seorang penduduk Daik yang masih banyak menyimpan naskhah lama ialah Tengku Husein Saleh, generasi keenam daripada keturunan Sultan Muhammad Muazzam Shah yang memerintah Riau Lingga dari tahun 1830 hingga 1841. Dalam pertemuan singkat kami (Datuk Prof. Zainal Keling, Prof. Amat Johari Moain, Prof. Madya Zainal Borhan dan Raja Hamzah) satu petang dengan beliau, Tengku Husein bukan sahaja memperagakan naskhah-naskhah lama yang ditulis tangan, tetapi juga membentangkan carta salsilah keturunannya. Tengku Husein menyelusuri salsilah keturunannya seawal Sang Nila Utama yang digelar Sri Tri Buana dan berayahkan Sang Saperba dari Bukit Siguntang, Palembang. Sang Nila Utamalah yang menemui Tumasik (Singapura) dan menjadi raja pertama Singapura pada tahun 1160.

Menurut salsilah itu, Singapura diperintah oleh lima orang raja, iaitu Sri Tri Buana sendiri, Sri Pekermawira (1203), Sri Ratna Wikarma (1223), Sri Maharaja (1236), Sri Iskandar (1249). Sewaktu pemerintahan Sri Maharaja, Singpaura telah dilanggar todak dan sewaktu pemerintahan Sri Maharaja (Parameswara?) Majapahit datang melanggar Singapura dan Sri Maharaja terpaksa berundur ke Melaka dan berbuat negeri di sana pada tahun 1254. Saya tanyakan Tengku Husein dan Raja Hamzah tentang perbezaan hampir 200 tahun antara tarikh ini dengan tarikh yang diberikan orintalis Barat yang Malaka dibuka Parameswara pada tahun 1403.

"Mungkin ada motif tertentu pihak Barat untuk menidakkan tamadun Melayu sebelum Melaka. Pada hal Singpaura sudah pun melahirkan tamadun besar di bawah pemerintahan raja-raja Melayu yang belum masuk Islam," jawab Raja Hamzah. Tengku Husein sependapat dengan Raja Hamzah.

"Kita kena luruskan sejarah. Dan rasanya mestilah ada orang yang sanggup membuat penelitian. Dan selagi belum ada penemuan dan hasil penelitian yang menyangkal fakta Barat ini maka kita terpaksalah menganggap yang ada sekarang adalah benar," celah Zainal Keling.

Salsilah yang dibentangkan Tengku Husein ini berupa dokumen penting untuk dikaji sebagai langkah awal untuk meluruskan sejarah keagungan tamadun Melayu. Daik telah membuka pintunya untuk memberi peluang kepada ahli sejarah bangsa Melayu sendiri, paling-paling untuk menyangkal segala bentuk tulisan Barat selama ini. Ikut serta dalam rombongan beberapa orang ahli akademik dari jurusan sejarah. Tengku Husein dan Raja Hamzah' masing-masing daripada keturunan Yang Dipertuan Besar atau Sultan Riau-Lingga dan Yamtuan Muda Riau malah dengan segala senang hati mahu memberikan kerjasama. Keramahan dan kemesraan masyarakat Daik, yang menurut Raja Hamzah, sebahagian besarnya daripada keturunan pengikut-pengikut Sultan Mahmud Shah yang berpindah dari Hulu Riau membuka negeri di Daik Lingga, turut menambah ringankan beban peneliti untuk mencari kebenaran sejarah.

Cuma amat disayangkan seperti kata Datuk Zainal, tapak bekas kerajaan Melayu di Riau Lingga ini, seperti halnya di negeri-negeri Melayu lainnya, tidak dapat bertahan lama. Tidak seperti halnya dengan tinggalan sejarah purba di Itali, misalnya yang masih tersergam walaupun usianya sudah hampir seribu tahun. "Tapi, kita tidak pula dapat menafikan bahawa kebanyakan istana sultan zaman dulu diperbuat daripada kayu. Ia tak tahan," katanya.

Namun ia tidak bererti usaha meluruskan sejarah terhenti di situ. Raja Hamzah berkata sejarah boleh digali dan akan menjadi sah faktanya jika peneliti mengikuti empat syarat penting. Syarat-syarat itu ialah ada cerita, ada salsilah, ada keududukan awal dan ada siarah, iaitu kaitan kekeluargaan dengan keluarga dalam istana berdasarkan semenda. Di Daik hingga ke Hulu Riau kesemua syarat ini dapat dipenuhi. Terserah kepada sungguh tidak sungguhnya para peneliti yang berminat dalam hal ini.

"Contohnya, di Riau Lingga pernah ada seorang wanita menjadi raja. Baginda ialah Engku Fatimah, Sultanah yang memerintah negeri. Silakan cari sejarahnya," kata Raja Hamzah.

Selama tiga hari di Kota Daik, runtunan hati untuk kembali mengenang zaman silam semakin menggugah jiwa apabila setiap malam pelbagai persembahan budaya dipentaskan masyarakat Daik. Pada malam pertama pesta joget tempo dulu-dulu yang popular di tahun-tahun 1950an di "Happy World" Singapura dipersembahkan. Yang menjadi penarinya wanita-wanita yang sudah berumur dan isteri orang. Pada malam kedua dipentaskan pula Bangsawan Melayu bertjudul "Hulubalang Daik" sementara pada malam terakhir diadakan pula tarian-tarian tradisional dan tarian orang laut. Pelakon-pelakon bangsawan terdiri kebanyakan daripada suri rumah. Sejarah mencatatkan bahawa kerajaan dahulu memang kaya seni. Malah ada yang mendakwa bahawa muzik Ghazal berasal dari Daik, lalu berkembang di Johor dan kawasan-kawan lain di Tanah Melayu.

Demikianlah, kembara budaya rombongan dari mancanegara di Nusantara ini telah mewujudkan semacam untaian rasa dan kenangan yang tidak begitu mudah dilupakan. Gunung Daik yang pada hari pertama masih menyembunyikan tiga cabangnya, mula bermurah hati pada hari kedua. Setelah hujan lebat mencurah turun pada paginya, kami disajikan pemandangan yang mengasyikkan. Tiga cabang gunung itu menampakkan diri, yang oleh masyarakat Daik diungkapkan "Gunung Daik bercabang tiga, patah satu tinggallah dua." Sebabnnya, cabang kiri gunung telah patah di tengah-tengah - A.F.Yassin.

 (Dipetik daripada majalah berita mingguan Massa, 17 Juli 1999, yang diterbitkan Kumpulan Utusan Melayu)

sepanjangjalankenangan