Mesej tersirat teater Revodurah
“INI semua tidak masuk akal! Aku tidak akan membenarkan kau ambil alih Kota Merah! Bebaskan kawan-kawan aku!” teriak Kamrol dan Jimmey kepada Laizan, seorang pemerintah baharu yang zalim.
Sebelum itu, Kamrol dan Jimmey hampir separuh nyawa bertarung dengan pembantu-pembantu Laizen iaitu Baizer serta Nancy.
Mereka bukan sahaja ingin menumpaskan penjahat tersebut bahkan ingin mendapatkan peranti berbahaya dikenali sebagai monotonik.
Begitupun, usaha kedua-dua hero tersebut gagal apabila peranti monotonik diaktifkan. Ia membuatkan mereka rebah dan tidak sedarkan diri.
Penonton di Dewan Institut Terjemahan dan Buku Malaysia (ITBM), Kuala Lumpur itu tidak senang duduk malah teruja melihat pementasan teater Revodurah sehingga ke penghujung.
Penulis bergegas mendapatkan salah seorang hero dan watak utama dalam pementasan itu, Kamrol sebelum dikerumun oleh para penonton.
“Percaya atau tidak, ini merupakan pementasan teater saya yang pertama. Pada mulanya, saya berasa sedikit gementar kerana perlu berlakon secara langsung di hadapan khalayak ramai,” kata Mohd. Suhaimi Muhammad, 28, yang membawa watak tersebut.
Mohd. Suhaimi yang merupakan pelakon bebas memberitahu, dia pernah berlakon dalam filem Cina, Operation Mekong sebagai pelagak ngeri dan pelakon tambahan.
“Pengalaman berlakon di hadapan kamera ternyata berbeza dengan teater dan ia merupakan pengalaman yang menakjubkan.
“Jika di hadapan kamera, anda boleh berhenti untuk mengambil adegan kali kedua apabila melakukan kesilapan. Namun, tidak dalam teater.
“Sama ada anda bersedia atau tidak, apabila berada di atas pentas, ia perlu diteruskan. Jika silap, pelakon perlu spontan dan meneruskan dialog,” jelasnya.
Adegan pertarungan antara dirinya dan Baizer mendebarkan penonton.
Anak kelahiran Kelantan itu memberitahu, dia perlu menjalani latihan untuk menjayakan babak tersebut.
“Walaupun saya berpengalaman dalam aksi lagak ngeri, saya tetap berlatih dan mengikut koreografi pergerakan yang diarahkan oleh pengarah pementasan,” tuturnya.
Langkah pertama
Namun, pengalaman dalam bidang lakonan secara keseluruhannya begitu berbeza buat watak penjahat, Baizer yang dipegang oleh Fathi Radzi, 23.
Hal ini kerana pementasan teater Revodurah merupakan langkah pertama penglibatannya dalam dunia lakonan.
“Saya terlihat sesi uji bakat tersebut di laman sosial lalu berhasrat untuk mencubanya. Saya masih tidak percaya bahawa terpilih untuk berlakon dalam teater ini,” katanya.
Tambahnya, jika diberi peluang pada masa akan datang, anak jati Kedah itu pasti kembali untuk berlakon dalam pementasan teater.
Pementasan teater merupakan salah satu bidang seni lakonan yang perlu dipentaskan di hadapan khalayak ramai. Ia telah wujud sejak abad ke-5 di benua Eropah dan berkembang ke seluruh dunia.
Selain itu, pementasan teater bukan sahaja memerlukan barisan pelakon untuk berdialog bahkan mereka seharusnya berinteraksi dengan penonton. Muzik, tarian, barangan set dan sistem pencahayaan juga menaikkan seri pementasan.
Lazimnya, orang ramai sering mengaitkan pementasan teater adalah bersifat klasik seperti hasil karya sasterawan terkenal, William Shakespeare.
Namun, konsep teater semakin berkembang dan meluas di samping meliputi kepelbagaian bentuk seperti realisme, moden dan indie.
Idea asal
Teater indie merupakan sebuah pementasan abad ke-21 yang memaparkan idea-idea asal pengkarya di samping tidak menggunakan adaptasi daripada teater sedia ada.
Revodurah hasil karya Akiem Samad merupakan salah satu contoh pementasan teater indie. Ia merupakan nama gabungan iaitu Revolusi Dunia Merah.
Dalam pada itu, pementasan teater secara amnya, banyak mementaskan perkara yang berkaitan dengan isu-isu semasa dalam bentuk simbolik.
Misalnya, dunia merah dalam tajuk teater tersebut mempunyai pelbagai makna seperti pertumpahan darah di medan peperangan.
Teater indie juga tidak memerlukan set-set yang lengkap atau pakaian bertema seperti teater klasik yang memerlukan pelakon berpakaian pada Zaman Renaissance.
Sementara itu, seorang pengunjung, Nurul Amira Nor Hasdi, 27, begitu teruja melihat pementasan Revodurah.
“Ini merupakan pengalaman pertama saya menonton teater indie. Terdapat banyak pengisian malah mesej di sebalik teater tersebut.
“Ia mengisahkan tentang ketamakan manusia dalam mengejar kekayaan di samping memusnahkan alam sekitar disebabkan kepentingan itu.
“Masyarakat di negara ini khususnya bagi golongan muda wajar menonton pementasan teater lebih kerap kerana ia sedikit sebanyak mampu memberikan kesedaran,” tuturnya.
kosmo

Kebanyakan pelakon Revodurah merupakan golongan muda dan bakat baharu dalam dunia seni lakonan.

Kota Merah ditakluk oleh pemerintah zalim yang dikenali sebagai Laizen (tengah) bersama pembantu-pembantunya.
Idea asal
Teater indie merupakan sebuah pementasan abad ke-21 yang memaparkan idea-idea asal pengkarya di samping tidak menggunakan adaptasi daripada teater sedia ada.
Revodurah hasil karya Akiem Samad merupakan salah satu contoh pementasan teater indie. Ia merupakan nama gabungan iaitu Revolusi Dunia Merah.
Dalam pada itu, pementasan teater secara amnya, banyak mementaskan perkara yang berkaitan dengan isu-isu semasa dalam bentuk simbolik.
Misalnya, dunia merah dalam tajuk teater tersebut mempunyai pelbagai makna seperti pertumpahan darah di medan peperangan.
Teater indie juga tidak memerlukan set-set yang lengkap atau pakaian bertema seperti teater klasik yang memerlukan pelakon berpakaian pada Zaman Renaissance.
Sementara itu, seorang pengunjung, Nurul Amira Nor Hasdi, 27, begitu teruja melihat pementasan Revodurah.
“Ini merupakan pengalaman pertama saya menonton teater indie. Terdapat banyak pengisian malah mesej di sebalik teater tersebut.
“Ia mengisahkan tentang ketamakan manusia dalam mengejar kekayaan di samping memusnahkan alam sekitar disebabkan kepentingan itu.
“Masyarakat di negara ini khususnya bagi golongan muda wajar menonton pementasan teater lebih kerap kerana ia sedikit sebanyak mampu memberikan kesedaran,” tuturnya.
kosmo
Comments
Post a Comment