memulakan yang lain


memulakan yang lain
- kepada teman

aku atau engkau akan menangis
pada hujung jalan itu
bukan kerana kepedihan atau kepayahan
tetapi begitulah yang selalu mengakhirkan
tapak-tapak ke sudut jauh
pengasingan dan hilang pandang

kenangan akan bertali datang
dan ada yang sengaja memutuskan
atas rasa benci dan sangsi
bangkit sebagai egois yang lantang
tetapi kebenaran akan selalu tiba
mengusik hujung sukma
dan menambat rasa
bersalah 

siapapun kita
sang egois yang berdiri di hujung tanjung
atau yang mengesat airmata 
mendukung hiba dan haru
kita harus memulakan yang lain
menjadi lebih berani pada cabaran
dan bertahan dengan kukuh
segala payah dan perih
dan pada ketika kita kembali ke dalam
ramuan yang asing
atau berdepan  sanggah yangv mengejutkan
kita akan selalu menuturkan bandingan
mengapa ia pergi
dan tinggal hanya sekerat harapan

sang egois akan selalu berkata
siapapun sama dalam lembar masa
kenangan tak pernah berbeza
tetapi sesekali hatinya mencari
di mana noktah penyesalan ini

jangan kau menangis
memulakan yang lain
akan memberi kau senyum baru

 


Comments