Sebuah proses perancangan pengaturan kerja, penyelarasan dan pengawalan guna tenaga untuk mencapai sasaran mahupun tujuan yang efektif dan efisyen. Pengendalian kerja-kerja dikendalikan oleh seorang yang bernama Pengurus.
Pengurus adalah individu yang bekerja dengan orang lain bagi menyelaraskan kerja-kerja berkaitan bagi mencapai sasaran produksi. Di dalam produksi, individu ini juga dikenali sama ada Penerbit Eksekutif, Pengurus Produksi, Pengarah Produksi atau Pengurus Pentas.
Pengurusan produksi merujuk kepada produksi dan organisasi yang berorientasikan seni persembahanyang berbentuk kumpulan teater, kumpulan tarian,kumpulan muzik dan segala yang berhubungkaitdengannya yang bertujuan untuk persembahanberbentuk komersial ataupun bukan berbentukkomersial.
Sistem Pengurusan Produksi
Fokus pada satu aktiviti kesenian.- hanya menumpukan kepada satu bentuk aktiviti kesenian sahaja.- kumpulan yang tidak berorientasikan komersial.
Mempunyai pelbagai aktiviti kesenian.- mempunyai pelbagai aktiviti seni yang lain.- mempunyai sistem pentadbiran yang lengkap dari segi kumpulan kerja kreatif dan juga pengurusan- kumpulan yang tidak berorientasikan komersial.
Fokus pada satu aktiviti dengan sistem pentadbiranyang lengkap.- hanya menumpukan satu aktiviti kesenian sahaja.- melibatkan fungsi pengurusan seperti produksi, pemasaran,kewangan dan guna tenaga manusia.(kumpulan ini adalah berbentuk komersial)
Fokus kepada pelbagai aktiviti dengan sistem pentadbiran yang lengkap. Ia mempunyai pelbagai aktiviti kesenian. Organisasi mempunyai pengarah kreatif yang tetap seperti tatarias, busana, pereka tata cahaya dan sebagainya.(kumpulan ini adalah berbentuk komersial)
Pra-Produksi
Penubuhan jawatankuasa pengurusan produksi,pentadbiran & produksi kerja kreatif.
Penyediaan kertas kerja / kertas cadangan
Pelaksanaan mesyuarat produksi.
Perancangan belanjawan dan kewangan produksi.
Perancangan jadual latihan produksi.
Pemilihan lokasi, masa, tarikh.
Pemilihan aktiviti kesenian & pengisian program.
Pengendalian sidang media
Perancangan pemasaran, publisiti, pengiklanan, penajaan
Penyediaan press kit, kad jemputan, hebahan media,flyers, banner, bunting, poster, door gift, buku program, aturcara program, teks ucapan, pengacara majlis, tiket
Produksi
Acara mahupun program yang dianjurkan sedang berlangsung.
Semua tenaga kerja manusia harus memastikan semua perancangan berjalan denganlancar mengikut apa yang telah dirancangkan diperingkat Pra-Produksi
Post-Produksi / Pasca-Produksi
Memperlihatkan kejayaan dan keberkesanan serta kelancaran perlaksanaan sesebuah program
Acara yang telah dilakukan mengikut perancangan produksi.
Mengemaskini laporan produksi untuk post-mortem, pengstoran barang, dan kebersihan tempat.
Perancangan Produksi diringkaskan sebagaimana jadual di bawah
Perkara | Cara | Rundingan | Tujuan |
---|---|---|---|
Skrip | Hubungi penulis/ penerbit | Bayaran royalti/ sagu hati | Penulis atau penerbit memberi kebenaran |
Barisan pelakon | Pilih pelakon Pelakon Utama Lelaki Pelakon Utama Wanita Pelakon 1 Pelakon 2 Pelakon 3 Pelakon 4 Pelakon 5 Pelakon Pembantu 1 Pelakon Pembantu 2 Pelakon Pembantu 3 | Fahami dan hayati dialog | Kenal watak masing-masing Melancarkan dialog Hilang gugup/ segan/ gementar |
Tenaga Produksi | Pengarah Penolong Pengarah Pengurus Produksi Pengarah Seni Koreografer Pengurus Pentas Pengurus Latihan Pengurus Props Pengurus Artis Penolong Pengurus Produksi Publisiti Sambutan Penata Cahaya Seting Penata Rias Rekabentuk Penerbitan Kostum Kebajikan Penata Cahaya Pembantu Tekni Pembantu Kebajikan Pembantu Penerbitan Jurugambar | Menentukan peranan Ada jadual kerja masing-masing | Persembahan drama bermutu |
Bila dan di mana mahu dipenyaskan | Tempahan tempat persembahan Pastikan tidak ada persembahan lain pada tarikh yuang ditetapkan Menetapkan tarikh rehersal Menetapkan tarikh persembahan | Jdual latihan Jadual waktu persembahan hari pertama dan hari berikutnya Menyiapkan pentas | Mudahkan urus pelepasan tugas Kebenaran ibubaoa/ penjaga pelajar Makluman kepada ibubapa/ penjaga Mudah untuk pengiklanan Pentas dapat disempurnakan pada tarikh ditetapkan |
Apa tujuan drama dipentaskan? | Pertandingan drama Projek seni Persembahan kokurikulum Persembahan kebudayaan sekolah | Tubuhkan jawatankuasa | Menguatkan motivasi/ keyakinan diri pelajar Melatih pelajar berfikir/ membuat keputusan dalam kumpulan |
Di mana tempat latihan? | Dewan sekolah Bilik darjah Ruang terbuka/ kawasan lapang | Makluman kepada Pengetua/ guru | Dapatkan tempat yang sesuai dan selesa untuk latihan Pastikan kegiatan dilakukan di tempat dan kemudahan yang ada |
Siapakah penontonnya? | Tentukan masa, tarikh dan hari pementasan/ persembahan | Menggunakan ruang iklan di papan notis Membuat sepanduk/ poster/ kain rentang Menggunakan facebook/ twitter/ g plus | Menaikkan semangat pelajar Biasakan diri berhadapan khalayak |
Reka bentuk pentas | Jenis drama : Purba Moden Aneka warna | Peralatan yang boleh dibawa oleh pelajar Peralatan yang boleh dipinjam Peralatan boleh disewa Peralatan yang sedia ada di sekolah | Melihat kreativiti pelajar dalam mereka bentuk pentas Membina keyakinan diri dalam kalangan pelajar Kerjasama/ perpaduan dipupuk |
Pakaian/ Peralatan | Suaikan dengan kehendak skrip/ pengarah | Bawa dari rumah Gunakan peralatan/ pakaian yang sedia ada Pinjam Sewa | Melahirkan kreativiti pelajar Mengenal diri/ watak melalui penggunaan kostum |
Kewangan Penaja | Kutipan wang : jualan kerja tangan Jualan hari kantin Kutipan derma Kewangan sekolah | Sediakan kertas kerja | Setiap aktiviti perlukan kewangan Membuat penilaian kos pementasan/ persembahan dari aspek penggunaan spot light, setting, kostum Memahami kepentingan kos dalam sebuah produksi |
Iklan Risalah Surat Siaran Kad Undangan | Tubuhkan jawatankuasa | Kumpulan pelajar terlibat Ahli kelas/ tingkatan Ahli persatuan/ kelab akademik Ahli persatuan/ kelab sukan/ badan beruniform Bekas Pelajar/ Alumni PIBG | Mencari khayalak audien Promosi Hebahan yang kerap/ berkesan melalui pelbagai media |
Dalam membuat sesuatu produksi, kerjasama semua ahli produksi merupakan sesuatu yang sangat penting bagi menghasilkan satu pementasan yang membuatkan penonton tehibur yang seterusnya membuatkan mereka meminati teater. Tanpa kerjasama dari semua pihak biar dari bahagian pengurusan luar mahupun pengurusan kreatif. Tanpa kerja sama teater itu tidak akan berjaya.
Pengarah
Dalam pengurusan produksi teater, orang yang paling penting sekali ialah pengarah. Antara peranan pengarah ialah mengetuai dan mengendalikan sesuatu produksi. Beliau merupakan orang penting dalam pengurusan produksi, ini kerana perjalanan produksi adalah mengikut visi dan misinya. Antara tugas pentingnya ialah
1. Orang yang bertanggung jawab memilih naskh yang bakal dipentaskan.
2. Mewakili penulis dalam menyampaikan isi kandungan naskha.
3. Memilih pelakon.
4. Mengarah lakon dan produksi.
5. Memastikan produksi berjalan lancar
Pengurus Pentas
Orang kedua yang sangat penting dalam pengurusan teater ialah pengurus pentas/stage manager (sm). Pengurus pentas memainkan peranan yang sangat penting dalam memastikan perjalan pentas berjalan dengan pentas. Dalam menjadi seorang pengurus pentas, seseorang itu mestilah mempunyai keupayaan yang tinggi dalam pengurusan pentas. Antara peranan pengurus pentas ialah;
1. Memantau perjalanan proses latihan pelakon
2. Menyediakan jadual latihan
3. Menyediakan buku prompt yang mengandungi segala data berkaitan dengan persiapan produksi
4. Memastikan setiap pelakon ada sebelum persembahan bermula
5. Memastikan semua prop harus ada sebelum persembahan
6. Menyediakan skrip teknikal
Pengurus Produksi
Manakala orang ketiga dalam pengurusan produksi ini ialah pengurus produksi. Pengurus produksi hanya terlibat dalam bidang pengurusan luar dan tidak terlibat dalam pengurusan kreatif. Antara tugasnya ialah;
1. Mewujudkan produksi
2. Memilih sutradara
3. Menjaga kepentingan skrip dan hak penulis
4. Menyelaraskan kewangan untuk setiap bahagian porduksi
5. Menyediakan surat
6. Memantau pengendalian promosi, publisiti dan penjualan tiket
Pereka Set
Pereka set juga merupakan orang yang penting dalam menjayakan sesuatu produksi. Set yang bagus akan menjadikan persembahan itu menarik dan juga membantu pelakon dalam menghidupkan watak. Antara tugasnya ialah;
1. Memindahkan lakaran perspektif kepada lukisan mekanikal untuk menerangkan idea set
2. Menyediakan lakaran ground plan
3. Menghasilkan model set dan pentas
4. Memantau kerja petugas teknikal
Orang yang mengendalikan bahagian pencahayaan juga merupakan orang yang sangat penting dalam menjayakan teater. Pencahayaan membantu dalam mewujudkan suasana dan juga menghidupkan emosi pelakon. Antara tugas penata cahaya ialah;
1. Mengenal pasti dan memahami terlebih dahulu jenis pentas yang akan diberi pencahayaan
2. Menyediakan pencahayaan mengikut idea dan pemikiran pengarah
3. Memastikan semua lampu berfungsi
4. Menyediakan gel lampu yang sesuai dengan mod pelakon
Penata bunyi
Penata bunyi berfungsi sebagai;
1. Menyediakan bunyi yang sesuai bagi menghidupkan emosi pelakon
2. Memastikan semua bentuk bunyi ada biar rakaman mahupun yang secara life
Tatarias
1. Melakar idea-idea rias bagi sebuah persembahan
2. Mencipta perwatakan, menghasilkan ekspersi pada wajah, warna dan bentuk serta stailisi dalam persembahan
Pereka kostum
1. Mereka, menyiapkan dan menyediakan kostum pelakon
2. Memastikan kostum bersesuaian dengan persembahan
Prop
1. Menyediakan prop kepada pelakon
2. Memastikan semua prop mesti ada semasa sebelum persembahan
3. Menyediakan jadual penggunaan prop.
Semua bahagian ini memainkan peranan yang sangat penting dalam memastikan persembahan berjalan dengan lancar dan berjaya.
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.