bertinta sastera berdakwat bahasa

Blogroll

24 Feb 2019

perang uhud



Perang Uhud (Bahasa Arab: غزوة أحد‎ Ä azwat ‘Uḥud) berlaku pada hari Sabtu, 7 Syawal atau 11 Syawal tahun ketiga hijrah (26 Mac 625 M) antara tentera Islam dengan tentera kafir Quraisy. Perang Uhud adalah pelantar untuk orang Quraisy membalas dendam terhadap kekalahan mereka ketika Perang Badar. Dinamakan Perang Uhud kerana ia berlaku di sebuah tempat yang dikelilingi Bukit Uhud.

Pertempuran ini disertai 1,000 orang tentera Islam yang dipimpin oleh Nabi Muhammad s.a.w. menuju ke Uhud tetapi hanya 700 orang sahaja yang berjaya sampai ke medan Uhud. Hal ini kerana di pertengahan jalan seramai 300 orang telah berpatah balik ke Madinah setelah dihasut oleh Abdullah bin Ubai iaitu ketua orang munafiq. Tentera kafir Quraisy seramai 3,000 orang yang diketuai oleh Abu Sufyan ibni Harb.

Nabi Muhammad s.a.w. telah menyusun strategi dengan membahagikan tentera kepada tiga pasukan iaitu pasukan kanan dan kiri berhadapan melawan musuh. Manakala pasukan pemanah seramai 50 orang telah ditempatkan di atas bukit Uhud. Semua tentera pemanah tidak dibenarkan meninggalkan tempat masing-masing kecuali dengan arahan baginda sama ada kalah atau menang.

Mari kita lihat lebih dekat lagi kedudukan askar-askar Baginda semasa peperangan Uhud.

Kedudukan peperangan Uhud

1. Infantri kanan tentera muslimin di peperangan Uhud
2. Infantri kiri tentera muslimin di peperangan Uhud
3. Medan peperangan Uhud
4. Lokasi khemah * رسول الله ﷺ*
5. Lokasi Baginda * رسول الله ﷺ* tercedera di peperangan Uhud
6. Lokasi syahidnya Sayyiduna Hamzah Radiallahu anh
7. Al Mehras adalah lokasi * رسول الله ﷺ* berlindung dari asakan musyrikin Quraish
8. Bukit pemanah
9. Kawasan Musyrikin berkhemah
10. Parit yang mengelilingi Bukit pemanah









Share:

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.

mengalami kehilangan

  Setelah mengalami kehilangan, apakah itu kehilangan orang yang dicintai, pekerjaan, hubungan, atau sesuatu yang penting dalam hidup. Ia su...

STATUS

Search This Blog

Blog Archive

DAUN

tanjung 2

tanjung

Blog Archive