Naratif Baru Amalan Pendidikan.

Naratif Baru Amalan Pendidikan.



Kita usah lagi terperangkap oleh naratif silam yang sering meletakkan peperiksaan adalah segala-galanya. Kejayaan diukur dari bilangan A yang diraih. Kecemerlangan dinilai pada titik hujung... berjaya mengumpul banyak A adalah jagoan yang disanjung persis wira. Kita pun dendangkan tari dan lagu kepada yang diraih.

Bagaimana dengan yang selebihnya. Masih bertarung dalam nafas payah dan merempuh gagal pada awal masa. Siapa ingin bertanya nasib dan masa depan mereka? Kau gagal peperiksaan kau gagal. Begitukah peniti kejayaan dalam pendidikan? Begitukah sari dan sarung membelit sebuah mimpi?

Sudah begitu bangga kita dengan segelintir yang berjaya dan serumpun masih dibalut semak dan duri kegagalan. Kita menyanjung yang segelintir tetapi melupakan yang besar menimpa dukalara dari sebuah perjuangan. Terjadi pula titik kecil diraih boleh menutup hitam noda yang terlaksana.

Marilah kita merubah naratif. Berlagu dengan canggung baru dan beraksi dengan gerak baru. Narasi yang tertinggal harus kita biarkan.

Masa untuk kembali membidik panah dan tombak impian. Bukan lagi peperiksaan yang mematlamatkan pendidikan tetapi bagaimana proses yang dialami dalam membiak didik seorang isani.

Bagaimana memula langkah membawa hidup. Kenal erti diri dan manusia lain. Kenal salah dan benar dan tahu bahawa ilmu itu bisa membawamu ke jauh benua.

Naratif baru dengan suara baru yang mahukan murid belajar tentang hidup - cinta kasih sayang ilmu dan kemahiran

Bukan berapa A yang diraih tetapi bagaimana mereka mendewasakan diri sebagai insani yang terhebat

Comments