25 Feb 2019
magnum opus m nasir 2
Inilah peluang untuk kita bertentang mata membicarakan apa yg berlaku pada awal 1980an sehingga kemunculan 2 band rock yang paling lama bertahan...Search dan Wings serta senario arena muzik rock tanahair pada ketika itu.
Bual bicara bersama Dato M.Nasir dan beberapa ahli panel yang relevan...dikendalikan oleh Sdr Rostam Said sebagai moderator.
Selepas sesi bual bicara, Dato M.Nasir akan menyampaikan secara solo...rangkaian lagu
lagu ciptaan beliau utk kumpulan Search dan Wings serta artis rock lain dengan rendisi beliau yang tersendiri. Diiringi oleh barisan pemuzik profesional.
Jangankan lepaskan peluang ini...
HANYA 500 TEMPAT DUDUK
Sila hubungi nombor yang tertera untuk maklumat lanjut...
RM 140 / CAT A
RM 160 / CAT B
RM 120 / CAT C
UNTUK TEMPAHAN SILA HUBUNGI :
019 - 9629897 : ROZITA
011 - 3742 1492 : NORAIDA
013 - 302 8077 : MASLIZA
017 - 2881283 : ROZIE
+65 - 8338 3002 : HALEEM (SINGAPURA)
24 Feb 2019
perang uhud
Perang Uhud (Bahasa Arab: غزوة أحد Ġazwat ‘Uḥud) berlaku pada hari Sabtu, 7 Syawal atau 11 Syawal tahun ketiga hijrah (26 Mac 625 M) antara tentera Islam dengan tentera kafir Quraisy. Perang Uhud adalah pelantar untuk orang Quraisy membalas dendam terhadap kekalahan mereka ketika Perang Badar. Dinamakan Perang Uhud kerana ia berlaku di sebuah tempat yang dikelilingi Bukit Uhud.
Pertempuran ini disertai 1,000 orang tentera Islam yang dipimpin oleh Nabi Muhammad s.a.w. menuju ke Uhud tetapi hanya 700 orang sahaja yang berjaya sampai ke medan Uhud. Hal ini kerana di pertengahan jalan seramai 300 orang telah berpatah balik ke Madinah setelah dihasut oleh Abdullah bin Ubai iaitu ketua orang munafiq. Tentera kafir Quraisy seramai 3,000 orang yang diketuai oleh Abu Sufyan ibni Harb.
Nabi Muhammad s.a.w. telah menyusun strategi dengan membahagikan tentera kepada tiga pasukan iaitu pasukan kanan dan kiri berhadapan melawan musuh. Manakala pasukan pemanah seramai 50 orang telah ditempatkan di atas bukit Uhud. Semua tentera pemanah tidak dibenarkan meninggalkan tempat masing-masing kecuali dengan arahan baginda sama ada kalah atau menang.
Mari kita lihat lebih dekat lagi kedudukan askar-askar Baginda semasa peperangan Uhud.
Kedudukan peperangan Uhud
1. Infantri kanan tentera muslimin di peperangan Uhud
2. Infantri kiri tentera muslimin di peperangan Uhud
3. Medan peperangan Uhud
4. Lokasi khemah * رسول الله ﷺ*
5. Lokasi Baginda * رسول الله ﷺ* tercedera di peperangan Uhud
6. Lokasi syahidnya Sayyiduna Hamzah Radiallahu anh
7. Al Mehras adalah lokasi * رسول الله ﷺ* berlindung dari asakan musyrikin Quraish
8. Bukit pemanah
9. Kawasan Musyrikin berkhemah
10. Parit yang mengelilingi Bukit pemanah
22 Feb 2019
Naratif Baru Amalan Pendidikan Bahagian 3
Naratif Baru Amalan Pendidikan
Bahagian 3
Apabila Menteri Pendidikan Malaysia YB Dr Maszlee menyebut tentang cinta dan nilai di sekolah atau bilik darjah, inilah yang perlu dikembalikan ke dalam acuan pendididkan kita. Sesudah begitu banyak kita dikasari oleh taklukan peperiksaan dan murid yang dipacu persis kuda perang untuk mencapai matlamat KPI dan GPS sekolah. Maka kita tidak memandang ke lain arah dan yang paling kita tak melihat adalah wajah anak-anak kita sendiri. Tak pernah bertanya apa yang sedang awak alami? Adakah awak sakit? Adakah awak rasa kurang yakin? Guru dan murid berjauh jarak oleh hambatan peperiksaan. Semua mahau dipaksa mengalir dalam saliran hambatan produk akhir yakni bilangan A.
Kita jadi tak menghirauakan hati dan emosi anak-anak di bilik darjah. Tak pernah mengalih pandangan dan menatap mereka dengan mata pengertian. Kesibukan itu menjadikan segala kasar dan tajam termasuk dalam hubungan insan. Tiada pautan antara guru murid sekadar bertembung dan bersua di bilik darjah. Emosi tak bersentuhan apalagi hati tak bersalaman. Semua menjadi asing di mana murid merasa guru mereka ada tetapi terlalu formal hubungannya. Manakala guru pula tidak cuba melihat inti sanubari sang anak di depannya. Di mana ada sabda cinta? Melayang jauh entah ke mana sehingga pada saat murid kritikal sakitnya baru guru sedari. Dan ada pula muridnya menganggap guru musuh utamanya.
Banyak cerita perih yang kita baca dan menjadikan hubungan guru murid amat asing, Inilah yang dihasratkan dalam naratif baru ini untuk mengembalikan cinta ke dalam bilik darjah. Jalinan dan hubungan guru murid berteraskan rasa cinta, kasih sayang dan saling menghormati. Guru melihat perbezaan ada pada muridnya dan menjadikan perbezaan itu bukan masalah tetapi suatu yang harus dikongsi bersama. Bila guru memberi pensel warna untuk muridnya bukan guru yang menentukan apa yang harus dilukis oleh muridnya tentang sekuntum bunga. Terserah pada murid dan emosinya, ekspresinya dan jiwanya mentafsir bagaimana sekuntum bunga yang perlu dilukis. Tidak banyak arahan dan paksanaan guru sebaliknya guru membuka seluas-luasnya akal danm fikir untuk memungkinkan ketajaman kreatif dan sensitiviti bergemerlapan. Guru menjadi pendorong, pembimbing atau rakan yang mahu membantu murid dengan nasihat dan bimbingan. Selebihnya murid mencuba sedaya upaya melukis sekuntum bunga dengan emosi dan taakulannya.
Inilah perubahan yang kita harap mampu menghasilkan sempadan baru yang penuh hormat, kasih sayang dan cinta. Murid tidak lagi melihat guru sebagai guru tetapi orang yang paling dihormatinya kerana guru telah mendidik dan membimbingnya menjadi manusia, mengenal kasih sayang dan cinta, mendorong jiwanya ketika dia lemah dan terapung hanyut, memberi kata nasihat dan mengembalikan semangat serta memuji dirinya ketika dia antara yang terbaik berbuat sesuatu. Gurunyalah menyuburkan hatinya dengan asuhan nilai dan bimbingan semangat. Murid ini mengerti dan tahu mengapa gurunya ada di sekolah - kerana mahu membimbing dirinya menjadi manusia.
Begitu juga dengan sang guru yang turut belajar memahami murid-muridnya. Dia melihat apa yang lemah dan kurang, melihat apa yang diperlukan oleh murid-murtidnya. Dialah yang tekun dan sabar dengan perangai dan kerenah muridnya tapi mencuba dan mencuba mendidik mereka menjadi insan. Jika melihat ada yang khilaf dan tersasar dengan lembut nasihat dan indah bahasanya guru membuka pintu keinsafan muridnya. Di depannya adalah insan yang perlu dilentur untuk menjadi manusia. Segala perbezaan dan kelainan diraikan bersama. Dia belajar ilmu baru dari kepelbagaian muridnya.
Dia sekarang berdiri penuh cinta dan kasih sayang dikerumuni murid-murid yang membawa mangkuk harapan minta diisikan.
Terlalu mulia baktimu guru...

19 Feb 2019
Naratif Baru Amalan Pendidikan. Bahagian 2
Naratif Baru Amalan Pendidikan.
Bahagian 2
Ujar KPPM Dr Amin Senin ketika membingkiskan Naratif Baru Amalan Pendidikan adalah melihat stail baru pendidikan kita yang tidak lagi terpuruk dalam genggaman pembelajaran berpusatkan guru. Sekian lama guru menjadi tokoh yang dipandang dan didatangi murid dalam bilik darjah. Di ruang sempit bilik darjah guru adalah mereka yang sangat berkuasa membingkai pembelajaran murid.
Naratif ini menjadi semakin tidak diperlukan dalam kita mendepani abad ke-21. Sebahagian dari keperluan Revolusi Industri 4.0 adalah keakraban manusia dengan amalan komunikasi, kolaboratif pemikiran kreatif dan pemikiran kritis. Keperluan ini bagaimana terpenuhkan dibenak murid jika guru menjadi raja di tengah-tengah bilik darjah. Dan keperluan Pembelajaran Abad Ke 21 selain 4K disusuli dengan 1N yakni Nilai. Inilah kelengkapan dan keperluan untuk membentuk minda dan fikir insan mendepani abad ke 21 dan keperluan Revolusi Industri 4.0
Murid menjadi gerak tumpu dalam melunaskan PAK21 di bilik darjah. Biarlah mereka belajar dengan cara mereka dan keperluan mereka. Berilah akses yang secukupnya untuk murid belajar. Sediakan ekuiti yang sebaiknya agar mereka tidak rasa ditindas dan terbiar. Jangan jadikan perberzaan dalam kalangan mereka suatu yang menghukum. mencengkam dan menafikan hak mereka belajar. Biarlah berbeza tetapi diraikan bersama dikongsi dengan kepintaran bersama.
Jangan pisahkan mereka dengan pengasingan yang tidak bermakna. Jangan ada aliran yang memecah-mecahkan antara yang dianggap pandai dan kurang upaya. Jangan tertanda segala yang memungkinkan mereka memahami bahawa ada yang tetinnggi dan ada yang terendah. Bina jiwa dan emosi mereka sebaik-baiknya. Itulah yang menjadi nadi Pentaksiran Bilik Darjah Tahap 1 - Tiada aliran pengasingan murid. Biar mereka bersama dan bersaing bersama. Yang lemah diberi peluang dan mereka belajar berkongsi dan mengeri
Inilah naratif baru bilik darjah. Murid boleh melakukan apa saja untuk belajar.. Guru penuh kreatif menyediakan segala kemudahan pembelajaran bagi muridnya. Pentaksirannya melalui bercerita, kuiz, projek mudah, main peranan dan permainan. Tiada lagi ujian yang boleh memberi makna gred dan ukuran kepada murid. Mereka belajar dalam perihal baru yang menyediakan keseronokan, kasih sayang dan cinta. Guru menjadi lebih kreatif murid yang semakin aktif bermain dan berlari, menulis dan membaca dalam persekitaran yang seronok dan senyum.
Mereka datang ke sekolah untuk belajar. Ibubapa bertungkus lumus mencari rezeki untuk anak-anak belajar. Di sekolah guru menyediakan sebaiknya pentas anak mengenal diri sebagai insan.
Alangjkah indahnya matahari ketika bersinar terang
awan pun berarak lembut memeriahkan langit

Kita usah lagi terperangkap oleh naratif silam yang sering meletakkan peperiksaan adalah segala-galanya. Kejayaan diukur dari bilangan A yang diraih. Kecemerlangan dinilai pada titik hujung... berjaya mengumpul banyak A adalah jagoan yang disanjung persis wira. Kita pun dendangkan tari dan lagu kepada yang diraih.
Bagaimana dengan yang selebihnya. Masih bertarung dalam nafas payah dan merempuh gagal pada awal masa. Siapa ingin bertanya nasib dan masa depan mereka? Kau gagal peperiksaan kau gagal. Begitukah peniti kejayaan dalam pendidikan? Begitukah sari dan sarung membelit sebuah mimpi?
Sudah begitu bangga kita dengan segelintir yang berjaya dan serumpun masih dibalut semak dan duri kegagalan. Kita menyanjung yang segelintir tetapi melupakan yang besar menimpa dukalara dari sebuah perjuangan. Terjadi pula titik kecil diraih boleh menutup hitam noda yang terlaksana.
Marilah kita merubah naratif. Berlagu dengan canggung baru dan beraksi dengan gerak baru. Narasi yang tertinggal harus kita biarkan.
Masa untuk kembali membidik panah dan tombak impian. Bukan lagi peperiksaan yang mematlamatkan pendidikan tetapi bagaimana proses yang dialami dalam membiak didik seorang isani.
Bagaimana memula langkah membawa hidup. Kenal erti diri dan manusia lain. Kenal salah dan benar dan tahu bahawa ilmu itu bisa membawamu ke jauh benua.
Naratif baru dengan suara baru yang mahukan murid belajar tentang hidup - cinta kasih sayang ilmu dan kemahiran
Bukan berapa A yang diraih tetapi bagaimana mereka mendewasakan diri sebagai insani yang terhebat

6 Feb 2019
teman di mana 2
teman di mana 2
tika di atas berpangkat ada
teman mendekat sahabat bertamu
semua memuji berbahasa mesra
dirimu di situ persis ratu
ketika manis berkongsi pengalaman
akrab dan mesra semua merasa
bertukar ganti hadiah dan pesan
teman taulan berkunjung tiba
seketika ada sedih menimpa
ada yang datang ada yang hilang
manakah lagi berkongsi cerita
duka dan pedih dihadap seorang
hari manis bergelap ganti
segala indah sirna tiada
sunyi sepi jalan yang ini
teman menjauh senyap tiada
begitu terjadi segala duga
diri terlantar dalam dukacita
daun bergoyang terasa ada
hanya hembus pawana senja
teman di mana usah bertanya
hangat dan laku ketika berada
rendah dan lenyap dalam dukalara
sendiri menghirup dingin udara
gaza
Filem tentang situasi Gaza yang diisolasi dan diblokade oleh Israel, memenangkan penghargaan film dokumenter pendek terbaik di acara Goya Awards 2019. Goya Awards adalah acara bergengsi bagi insan perfilman di Spanyol yang diselenggarakan setiap tahun.
Filem "Gaza" disutradarai oleh Julio Pérez del Campo. Film ini menceritakan tentang keseharian penduduk Gaza yang mencoba untuk terus berjuang dan bertahan hidup di tengah kondisi penjajahan.
Julio mengatakan bahwa penghargaan itu dia dedikasikan pada mereka yang mendukung perjuangan rakyat Palestina, baik yang hadir dalam acara tsb maupun tidak. Dan juga untuk mereka yang telah direnggut kehidupannya oleh teroris Zionis.
3 Feb 2019
puisi untuk dijual ii
PUISI UNTUK DIJUAL II
Puisi untuk dijual
agar dibaca oleh awan bergulung
terbawa ke jauh benua
cerita dari sisi bukit
kisah anak kecil bercita-cita
mendaki gunung mendakap bulan
membawa pulang awan
menjadi permainan kawan-kawan
puisi untuk dijual
dibaca oleh sang editor
digantungnya di bingkai majalah
atau akhbar pagi minggu
tapi siapa pula pembacanya
aksara dan kata semakin dingin
tiada lagi panas bahasa
membakar semangat dan harap
puisi untuk dijual
kuhantarkan kepada sang sahabat
tapi waktu berbeza cerita
semakin sibuk dengan anak dan keluarga
tiada lagi nada dan puisi
warna-warna yanag datang
adalah kesibukan kehidupan
dan mengejar masa
kota dan warnanya
puisinya kini
mencari rezeki susu anaknya
esok hari
puisi untuk dijual
buat dunia yang segar
buat hati yang mekar
tapi aku semakin tidak berani
menawarkan lagi puisi
kutuliskan di sini
mungkin ada yang mengerti
puisi untuk dijual
PUISI UNTUK DIJUAL
puisi untuk dijual
dengan atur kata-kata
terjalin cerita dalam puisi
bersusun aksara berhimpun makna
agar terbeli di pasar bahasa
agar laku di gerai makna
entah terjual entah tidak
aku ingin menjual puisi
mungkin setelah dibeli
ia lebih meninggalkan erti
dalam kayuh hidup ini
atau semakin tiada makna
terbuang pula
menjadi kertas di tepi tangga
puisi untuk dijual
agar dibeli para kekasih
membacanya lagi dengan pedih
atau hanya sndiri ketawa
memperbodohkan aku
penulisnya
bagaimana lagi menjual puisi ini
atau menyerah dan pulang
berikan percuma
tanda kenang
Subscribe to:
Posts (Atom)