Alat muzik bertali pertama di Malaysia
GEMERSIK bunyi alunan irama muzik tradisional yang terhasil daripada petikan tali objek kayu berbentuk tiga segi kedengaran kuat bergema di sekitar ruang legar Muzium Negara.
Bunyi kenderaan yang lalu-lalang di Jalan Damansara bersebelahan kawasan berkenaan lantas hilang ditelan irama puitis yang terhasil daripada instrumen muzik gambus.
Keindahan bunyi irama yang dimainkan oleh tiga pemain gambus berbaju Melayu lantas berjaya memukau pengunjung yang mengunjungi muzium berkenaan.
Di hadapan pentas di ruang legar Muzium Negara, kelihatan seorang lelaki warga Amerika Syarikat begitu asyik mendengar bait-bait irama muzik tanpa lagu yang dialunkan, sambil mata terpejam.
Usai persembahan tamat, lelaki tersebut lantas memberi tepukan gemuruh dan mukanya kelihatan puas dengan mainan muzik yang didengar.
Menurut Joe Kinzer, 29, minatnya terhadap instrumen muzik tradisional ini mula timbul sewaktu pertama kali menjejakkan kaki di negara ini sekitar tahun 2011.
“Ketika sedang berjalan di sebuah kawasan, tiba-tiba saya terdengar irama muzik yang terhasil daripada sebuah objek kayu yang besar.
“Setelah meneliti dan bertanyakan kepada orang ramai, barulah saya tahu objek tersebut merupakan instrumen muzik tradisional Melayu, gambus.
“Sejak dari saat itu, saya mula terpikat dan terasa ingin mengenali instrumen muzik tersebut dengan lebih mendalam lagi. Justeru, saya mengambil keputusan untuk membuat kajian mengenai alat muzik itu," jelasnya.
Ujar Kinzer, dia kemudian mengambil keputusan untuk kembali ke Malaysia dan memulakan kajian terhadap seni muzik gambus pada Februari lalu.
Urusan perdagangan
Biarpun ia hanyalah instrumen muzik tradisional, namun siapa sangka gambus berjaya memikat orang ramai termasuk bangsa asing.
Mengimbau kembali instrumen muzik yang semakin tenggelam ditelan dek zaman itu, Presiden Persatuan Gambus Malaysia, Raja Zulkarnain Raja Mohd. Yusof memberitahu, negara Mesir merupakan negara yang mempunyai tamadun manusia pertama membuat gambus.
Perkara tersebut terbukti berdasarkan lukisan yang terdapat pada dinding piramid.
Gambus kemudian mula tersebar ke negara-negara lain dan mula memasuki Malaysia sekitar tahun 1500 menerusi urusan perdagangan.
“Selain oud, gambus turut dikenali sebagai barbat.
“Kesemua instrumen ini sebenarnya sama sahaja walaupun ia mempunyai panggilan yang berbeza.
“Walaupun begitu, setiap gambus hanya dapat dibezakan dengan jumlah tali yang terpasang pada alat muzik itu.
“Awalnya, gambus yang asli hanya mempunyai dua tali sahaja. Bagaimanapun, seiring dengan peredaran zaman, ada sesetengah gambus yang mempunyai sehingga 12 utas tali," ujarnya.
Jelas Raja Zulkarnain lagi, jumlah tali yang ada pada sesebuah gambus mempengaruhi alunan muzik yang dimainkan.
Ini kerana, semakin banyak tali dipasang, semakin gemersik dan merdu irama yang terhasil daripada setiap petikan gambus.
“Gambus ini merupakan satu alat muzik yang istimewa dan lain daripada yang lain.
“Ini kerana ia merupakan instrumen muzik bertali pertama yang wujud di Malaysia dan begitu popular di Johor. Bukan itu sahaja, bunyi yang terhasil daripada petikan tali gambus juga sungguh merdu dan tidak dapat ditandingi oleh mana-mana alat muzik yang lain," jelasnya.
Terapi gambus
Menurut Raja Zulkarnain lagi, ramai yang tidak sedar gambus sebenarnya bukan hanya digunakan sebagai instrumen muzik semata-mata.
Ini kerana, ia mampu berfungsi sebagai terapi penenang kepada pendengar.
“Dalam otak manusia sebenarnya mempunyai satu bahagian yang akan merembes hormon apabila mendengar alunan muzik.
“Dari situ, ia secara tidak langsung menjana otak untuk mengeluarkan hormon segar di dalam badan
“Sebagai contoh, bunyi hujan selalunya merangsang rasa mengantuk dalam diri individu, namun berbeza pula bagi gambus kerana ia akan menyuntik emosi tenang," jelasnya.
Secara tidak langsung, ia jelas membuktikan bahawa bunyi mampu mempengaruhi emosi seseorang.
“Biarpun instrumen ini merupakan sejenis peralatan muzik, namun gambus mempunyai fungsi pengubatan. Ini terbukti sejak abad ke-19 lagi apabila mampu mengawal sifat marah dan juga menyegarkan tubuh badan seseorang.
“Bahkan menerusi sejarah dunia, seorang pemuda Arab dari abad ke-19, Muhammad Shihab Al-Din berpendapat bahawa gambus boleh menenangkan dan memulihkan jantung," jelasnya.
Biarpun dewasa kini instrumen tradisional seperti gambus semakin ditelan zaman, namun bagi Halidan Ithnin, 49, minatnya terhadap gambus tidak pernah pudar biarpun lambakan instrumen muzik moden kini memenuhi pasaran tempatan.
Benang sutera
Tambahan pula, Halidan merupakan antara individu yang mahir dalam seni pembuatan gambus di Malaysia.
Jelas lelaki yang berasal dari Batu Pahat, Johor itu, dia telah berkecimpung dalam dunia pembuatan gambus sejak 21 tahun yang lalu.
“Dewasa kini tidak ramai yang tahu menghasilkan gambus dan saya lihat warisan pembuatan gambus kini semakin pupus.
“Sebagai contoh di Johor, hanya saya dan seorang lagi rakan sahaja yang tahu teknik-teknik menghasilkan gambus," jelasnya.
Ujar Halidan, perkara tersebut berkemungkinan disebabkan oleh seni pembuatan gambus yang kompleks dan memerlukan tempoh yang panjang memandangkan ia perlu dibuat secara berperingkat-peringkat.
“Gambus dihasilkan menggunakan setongkol kayu. Kayu tersebut kemudian perlu dilayurkan dan diletakkan pada kerangka berbentuk segi tiga sehingga akhirnya membentuk sebuah gambus.
“Gambus kemudian digam dan dibiarkan selama enam jam sehingga kering dan perlu melalui beberapa proses yang lain sebelum badannya diukir dan melalui proses kemasan yang terakhir seperti pemasangan tali dan lain-lain lagi.
“Menariknya mengenai instrumen muzik ini ialah, tali gambus selalunya diperbuat daripada benang sutera yang dipintal sebanyak 78 kali.
“Disebabkan itu gambus mampu menghasilkan irama yang merdu dan tidak dapat ditandingi oleh mana-mana alat muzik yang lain. Bagaimanapun, seiring dengan perubahan zaman, kebanyakan gambus kini menggunakan tali nilon," jelasnya.
Justeru itu, jelas Halidan, tidak harian jika dikatakan sebuah gambus memerlukan lebih satu bulan untuk disiapkan.
Menurut Halidan lagi, sebuah gambus selalunya dijual dengan harga serendah RM800. Bagaimanapun, nilai tersebut bergantung kepada seni ukiran dan saiz gambus yang dihasilkan.
kosmo
Gambus, Warisan Muzik Sepanjang Zaman
Oleh Nabilah Saleh
BATU PAHAT, 3 April (Bernama) -- Bunyi petikan tali gambus pastinya mengasyikkan, apatah lagi jika mendendangkan lagu-lagu ghazal Melayu dahulu kala.
Namun di sebalik keasyikan itu, ada kesamaran yang mencetuskan persoalan sama ada irama warisan ini akan turut sepi selepas pemergian Raja Gambus Malaysia, Allahyarham Fadzil Ahmad.
Kesempatan mendekati pengusaha kraf gambus, Mohd Diah Ariffin, 67, dari Kampung Rahmat, Batu Pahat, menimbulkan nostalgia penulis pada saat kegemilangan pemuzik gambus hebat itu.
Dengan kerjasama Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia (Kraftangan Malaysia) melalui anak cawangannya di Melaka dan Johor, sebuah program Lawatan Media Turun Padang ke negeri Melaka dan Johor diadakan baru-baru ini yang telah menemukan penulis dengan pengusaha kraf alat-alat muzik tradisional yang senantiasa ada pewarisnya.
Mohd Diah atau lebih dikenali sebagai Pak Mat merupakan anak jati negeri Johor. Melangkah masuk ke rumahnya, penulis bersama rakan media yang lain dapat mengagak Pak Mat sememangnya menyanjungi khazanah muzik Melayu.
ASAL USUL
Gambus yang dikenali sebagai ganun di Timur Tengah adalah alat muzik bertali yang dimainkan dengan cara dipetik. Ia berasal dari Turki dan Mesir. Lazimnya, ia menjadi pengiring tarian zapin, atau sebagai muzik latar belakang pada majlis keramaian seperti perkahwinan dan menyambut tetamu kehormat.
Hamdolok, tarian zapin Arab, mempunyai hubungan yang akrab dengan gambus. Gambus juga dianggap sebagai suatu kemestian dalam mengiringi nyanyian ghazal.
Menurut Pak Mat, asal usul kehadiran gambus dikatakan bermula daripada kedatangan pedagang dari Timur Tengah pada zaman Kesultanan Melayu Melaka. Budaya masyarakat merekalah yang memperkenalkan gambus kepada masyarakat Melayu waktu itu.
Walaupun darah seni itu sememangnya lahir daripada bapa dan bapa saudara Pak Mat sendiri, namun beliau tidak pernah menyangka sama sekali untuk menjadi pengusaha kraf alat muzik tradisional tersebut.
Dahulunya seorang penoreh getah, Pak Mat, mula bergiat secara serius dalam pembuatan gambus pada tahun 1999. Sejak itu, beliau mula menjadi pembuat dan pembekal alat muzik tradisional, bukan sahaja gambus, malah gedombak, dol, maruas, kompang dan angklung.
Beliau turut menghasilkan paip untuk penggemar tembakau.
PEWARIS WARISAN MUZIK
Siapa sangka di zaman teknologi dan maklumat ini, beliau selaku orang lama di dalam seni pembuatan gambus ini sebenarnya menjadi idola dan contoh kepada anak bongsunya, Mohd Azwan Md Diah, 21, penuntut jurusan Diploma Seni Ukiran Institut Kraf Negara (IKN) yang kini sedang menjalani latihan industri.
"Pada mulanya, saya hanya belajar kemahiran mengukir di IKN. Lama-kelamaan melihatkan ayah yang bersungguh-sungguh mengusahakan pembuatan gambus, saya mulai belajar dan akhirnya mahir di dalam menghasilkannya,"kata Mohd Azwan.
Tidak ketinggalan, anak perempuan Pak Mat, Rohana Mohd Diah, 25, yang baru sahaja tamat pengajian di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), turut turun padang membantu ayahnya selepas mempelajarinya sendiri daripada adiknya, Mohd Azwan.
Menurut Pak Mat lagi, beliau merasa tanggungjawab untuk mengekalkan seni warisan Melayu ini terpikul di atas bahunya setelah melihat sendiri bagaimana seorang pengusaha kraf gambus berusia 86 tahun di Senggarang, Batu Pahat, yang uzur sudah tidak mampu untuk mengusahakannya lagi.
"Pengusaha gambus yang saya kenal di Senggarang kini sudah semakin uzur. Saya merasa terpanggil untuk menyambung apa yang telah dilakukannya, iaitu membuat gambus,"jelasnya lagi.
Berbekalkan dorongan dan pengetahuan anak yang mempelajarinya secara formal di IKN, Pak Mat kini giat memenuhi permintaan yang datangnya dari seluruh pelosok negara.
Antaranya ialah Yayasan Warisan Johor yang kerap membeli alat-alat muzik tradisional untuk dipasarkan. Terbaru, Pak Mat turut memperoleh permintaan dari negara jiran, Brunei yang mahukan alat muzik tradisional tersebut sebagai koleksi cenderamata.
PROSES PEMBUATAN GAMBUS
Dalam memenuhi permintaan, Pak Mat mengutamakan mutu gambus, lantas hasil kerjanya tampak begitu teliti dan mempunyai nilai seni yang tinggi.
Terdapat tiga komponen utama pada rekaan bentuk gambus iaitu kepala, tampuk belakang dan badan.
Bermula dengan proses memotong bahan mentah seperti kayu jati merah, nibung dan maruas mengikut ukuran yang ditentukan, mengetam sehinggalah kepada membuat "manik" (bahagian tepi pada badan gambus), kesemuanya dianggap penting bagi Pak Mat di dalam mengekalkan keaslian seni pembuatan gambus itu.
Beliau menambah, "Pada saya, apa jua permintaan atau tempahan, terlebih dahulu akan saya pastikan stok ada. Jika tidak, saya tidak akan terima tempahan hanya kerana ingin mengaut untung semata-mata. Seni pembuatan gambus harus dijaga dan tidak boleh diambil remeh."
Kerja-kerja membuat gambus kesemuanya diusahakan di bengkel yang terletak bersebelahan dengan rumah Pak Mat.
Seawal pukul 8 pagi lagi, Pak Mat bersama dua pekerja termasuk Mohd Azwan akan memulakan kerja-kerja di bengkel. Disiplin kerja amat diutamakan khususnya apabila banyak tempahan yang perlu disiapkan. Hanya selepas pukul 5 petang, barulah segala kerja-kerja bertukang selesai.
Beliau menekankan, aspek disiplin merupakan satu kemestian untuk setiap pekerja termasuk dirinya sendiri. Baginya, minat dan kesungguhan sahaja tidak mencukupi. Ia mesti disertai dengan disiplin kerja supaya kerja-kerja pertukangan tangan seperti membuat gambus ini dapat diikuti oleh generasi hari ini.
Melihatkan wajah tuanya, ternyata Pak Mat tidak menjadikan faktor usia sebagai alasan untuk menghabiskan sisa-sisa waktu di rumah sahaja.
Dengan adanya pewaris yang terdiri daripada kalangan anak-anaknya sendiri ditambah pula dengan bantuan yang diberikan pihak Kraftangan Malaysia, kini Pak Mat sudah mampu menarik nafas lega.
PELBAGAI PROGRAM KRAFTANGAN MALAYSIA
"Segala peralatan dan mesin membuat gambus ini diberikan oleh pihak Kraftangan. Sedikit sebanyak dengan adanya mesin ini, pengeluaran gambus dapat dibuat dalam jumlah yang banyak untuk memenuhi tempahan," jelas Pak Mat.
Tambahan pula, setelah bergelar pengusaha kraf di bawah program Warisan, hasil jualan gambus yang pernah dicapai setakat ini pernah mencecah sehingga RM10,000 sebulan.
Di bawah program yang sama, Pak Mat tidak bersendirian malah turut bergandingan dengan pengusaha-pengusaha kraf yang lain di bawah program-program seperti Warisan Kuda Kepang, Warisan Wayang Kulit dan Warisan Angklung.
Menurut Pengarah Kraftangan Malaysia Cawangan Johor, Rosli Talikun, "Percaya atau tidak, empat projek di bawah program Warisan ini mencatatkan jumlah pendapatan yang tertinggi tahun lalu iaitu RM95,745 berbanding hanya RM26,395 pada tahun sebelumnya.
Jumlah ini sudah cukup membuktikan seni warisan hari ini masih ada peminatnya tersendiri, dan usaha memeliharanya akan terus dijaga oleh pihak Kraftangan.
Dengan kehalusan ukirannya, tidak hairan jika kepakarannya dalam pembuatan gambus ini bukan sahaja terus dikenali ramai malah gambus akan terus menjadi warisan muzik sepanjang zaman.
BERNAMA
Bernama
Fauziah: Kekal imej gambus
oleh Ridzuan Abdul Rahman
4 Februari 2015
Dia dan gambus sukar dipisahkan, bahkan ke mana saja peminat lebih selesa memanggilnya Fauziah Gambus berbanding nama sebenarnya, Fauziah Suhaili. Apatah lagi bukan mudah generasi baru mempunyai minat terhadap alat muzik tradisional itu.
Artis berasal dari Bongawan, Sabah ini adalah graduan Diploma Muzik daripada Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA). Pengalaman yang ditimba bukan calang-calang kerana Fauziah pernah terbabit pelbagai persembahan di dalam dan luar negara.
Malah, hasil karyanya pernah dipersembahkan di Indonesia, Brunei Darussalam, Singapura, China dan London. Fauziah pernah menghasilkan album pertama di bawah naungan Syarikat Skyline (Ampal Production) berjudul ‘Fauziah Gambus’ yang menampilkan sembilan lagu warisan daripada masyarakat Brunei di Sabah.
Terbaru, Fauziah hadir dengan album berjudul Hanya Satu yang dilancarkan Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN), Mohamed Razy Mohd Nor.
Menariknya, album itu diterbitkan di bawah pelan tindakan Program Pemangkin Jangka Pendek Seni Persembahan bagi membangunkan kandungan tempatan yang berkualiti untuk membangunkan industri kreatif yang berdaya maju ke peringkat global.
Hanya Satu diterbitkan Fauziah Gambus Enterprise dengan kerjasama Warner Music (Malaysia) Sdn Bhd menerusi peruntukan RM120,000 oleh kerajaan.
“Alhamdulillah pembabitan saya dengan gambus membuahkan hasil, sekali gus membuatkan saya dikenali ramai. Saya juga boleh bermain alat muzik lain seperti gitar, dram dan piano, tetapi hati lebih terpikat bermain gambus kerana keunikannya.
“Saya sentiasa mengumpul koleksi gambus dari pelbagai negara dan setakat ini saya ada 19 gambus. Kalau diteliti, alat muzik gambus ini mempunyai pelbagai cara penggunaan dan fungsinya berbeza daripada gitar.
“Syukur kerana susah payah saya berbaloi apabila album ini akhirnya berjaya disiapkan. Diharapkan peminat saya terus memberikan sokongan tidak berbelah bahagi terhadap album ini,” katanya.
Akur pasaran muzik
Menerusi album kedua ini, Fauziah terpaksa akur dengan kehendak pasaran dengan menyuntik unsur muzik moden di dalamnya. Bagaimanapun, dia tetap setia dengan gambus apabila memasukkan elemen muzik itu dalam setiap lagunya.
“Saya mesti prihatin dengan pasaran muzik semasa dan peka dengan cita rasa golongan muda. Jadi, saya ambil keputusan menghasilkan lagu pelbagai rentak demi memenuhi selera aliran muzik masa kini.
“Apapun elemen gambus tetap ada dan peminat dapat merasai keunikan setiap lagu yang disisipkan. Ini saja cara untik buat orang ramai tertarik memiliki album ini,” katanya.
Album Hanya Satu memuatkan 11 lagu antaranya Kau Curangi Aku, Zapin Seloka Kasih, Hijrah, Indah, Pemergian Ayah Ibu, Gilakan Kamu, Hanya Untuk Mu dan Jasa Pejuang, The Minute You’re Gone, Flying Bird dan Ceria Di Hari Raya.
MyMetro
Fauziah Gambus
29 Ogos 2012
Hasrat awalnya mahu serius menjadi pemuzik gambus ditentang oleh atuknya kerana menganggap wanita tidak sesuai melibatkan diri dalam seni muzik tradisi ini. Namun dengan tekad dan minat yang tinggi, membuktikan bahawa tiada apa yang mustahil dalam mengejar impian. Sejujurnya saya kagum dengan aspirasi yang dibawa gadis berusia 23 tahun ini. Di saat anak muda lain bangga mengangkat budaya luar, dia teguh memilih untuk kembali kepada akar jati diri Melayu yang kental. Pemilik nama Fauziah bt. Suhaili ini nyata bukan sebarangan bakat yang wajar dipandang sebelah mata.
BILA MINAT BERMULA?
Sejak kecil lagi saya sudah didedahkan dengan instrumen muzik tradisi ini. Setiap kali sebelum tidur saya akan didodoi dengan petikan gambus oleh atuk dan dari sini bunyi gambus sudah sebati dalam jiwa saya. Hasrat saya untuk belajar bermain gambus ditentang oleh atuk dan dengan itu saya membuat keputusan untuk belajar sendiri pada setiap kali waktu dia sedang tidur secara perlahan-lahan.
TIDAK RAMAI ANAK MUDA MEMILIH MUZIK TRADISI SEBAGAI FORTE MEREKA. MENGAPA ANDA MEMILIH GENRE INI?
Saya dibesarkan dalam persekitaran yang mana kebanyakan penduduknya adalah suku kaum Melayu Brunei yang begitu menyanjung tinggi adat dan budaya tradisi. Muzik gambus adalah jiwa kami yang menjadi warisan zaman ke zaman dan saya mahu mewarisi tradisi ini. Tambahan bagi saya gambus mempunyai satu bunyi cukup unik dan mampu membuat saya tenang. Namun saya juga senang dengan ritma moden cuma irama tradisi ini adalah jiwa saya.
PENGALAMAN BERHARGA
Kala kali pertama memasuki pertandingan gambus solo di Pekan Bongawan saya tekad untuk memakai Baju Melayu dan menukar nama kepada Fauzi kerana gusar hanya lelaki sahaja yang dibenarkan memasuki pertandingan tersebut. Yang menariknya pakcik serta atuk saya juga antara yang terlibat dalam pertandingan tersebut namun nasib saya baik kerana ia merupakan sebuah pertandingan tertutup. Tanpa disangka saya menjuarai pertandingan tersebut dan terbongkarlah rahsia bahawa saya sebenarnya peserta perempuan. Perasaan saya sangat takut ketika itu kerana gusar akan dimarahi atuk namun dia datang kepada saya dan memberitahu semua yang ada di situ “Ini cucu saya..”. Pengalaman ini cukup berharga buat saya kerana bermula saat itu atuk mula percaya akan kesungguhan saya untuk mempelajari gambus.
CABARAN
Cabaran bermula ketika saya berhijrah ke Kuala Lumpur sekitar 2008 untuk menyambung pelajaran di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA). Saya terpaksa berusaha keras meyakinkan orang ramai demi mencari rezeki dengan bermain gambus sebagai sumber utama untuk pembiayaan kos sara hidup dan pelajaran saya di ASWARA.
VISI
Pada zaman serba moden ini, untuk memperjuangkan lagu-lagu tradisional bukanlah perkara mudah dan saya dapat lihat irama tradisi semakin dipinggirkan. Visi saya mahu meletakkan standard muzik tradisi ini sebaris muzik mainstream yang lain. Saya berhasrat mahu menghasilkan lagu tradisi yang digabungkan dengan elemen kontemporari agar dapat menarik minat anak muda mendekati muzik tradisional Melayu.
PERANCANGAN
Saya sedang dalam usaha merakam album kedua setelah album pertama diterbit sekitar 2007 selain mahu menyambung pelajaran dalam seni muzik ke peringkat lebih tinggi lagi.
PENDAPAT ANDA TERHADAP KURANGNYA PENDEDAHAN INSTRUMEN TRADISI SEPERTI GAMBUS TERHADAP ANAK MUDA KINI?
Selain pengaruh muzik moden yang kuat saya beranggapan anak muda hari ini mempunyai idea bahawa seni muzik tradisi ini hanya sesuai untuk mereka yang berusia. Tanggapan ini seharusnya ditepis dan semua pihak harus lebih serius memberi pendedahan kepada muzik tradisi agar ia seiring dengan genre muzik yang lain.
PERKARA TERBAIK MENJADI SEORANG PEMUZIK TRADISIONAL MENURUT ANDA?
Ia menjadikan saya lebih menghargai budaya dengan mendekati dan belajar tentang asal-usul instrumen ini. Dengan menguasai ilmu muzik tradisi juga membuat saya berpeluang memperdengarkan bunyian indah gambus ke mata dunia.
PEMUZIK YANG ANDA KAGUMI?
Antara yang paling saya kagumi adalah Tan Sri P.Ramlee kerana bakat luar biasanya yang tiada tandingan. Selain itu saya juga menjadikan Allahyarham Fadhil Ahmad dan S.Atan sebagai idola dalam perjalanan karier sebagai pemain gambus.
eh
ALUNAN irama daripada petikan gambus mampu menjadi terapi penenang pada individu.

GAMBUS dibawa masuk ke Malaysia sekitar tahun 1500 menerusi urusan perdagangan.

GAMBUS turut dikenalisebagai oud dan barbat.
Terapi gambus
Menurut Raja Zulkarnain lagi, ramai yang tidak sedar gambus sebenarnya bukan hanya digunakan sebagai instrumen muzik semata-mata.
Ini kerana, ia mampu berfungsi sebagai terapi penenang kepada pendengar.
“Dalam otak manusia sebenarnya mempunyai satu bahagian yang akan merembes hormon apabila mendengar alunan muzik.
“Dari situ, ia secara tidak langsung menjana otak untuk mengeluarkan hormon segar di dalam badan
“Sebagai contoh, bunyi hujan selalunya merangsang rasa mengantuk dalam diri individu, namun berbeza pula bagi gambus kerana ia akan menyuntik emosi tenang," jelasnya.
Secara tidak langsung, ia jelas membuktikan bahawa bunyi mampu mempengaruhi emosi seseorang.
“Biarpun instrumen ini merupakan sejenis peralatan muzik, namun gambus mempunyai fungsi pengubatan. Ini terbukti sejak abad ke-19 lagi apabila mampu mengawal sifat marah dan juga menyegarkan tubuh badan seseorang.
“Bahkan menerusi sejarah dunia, seorang pemuda Arab dari abad ke-19, Muhammad Shihab Al-Din berpendapat bahawa gambus boleh menenangkan dan memulihkan jantung," jelasnya.
Biarpun dewasa kini instrumen tradisional seperti gambus semakin ditelan zaman, namun bagi Halidan Ithnin, 49, minatnya terhadap gambus tidak pernah pudar biarpun lambakan instrumen muzik moden kini memenuhi pasaran tempatan.
HALIDAN telah 21 tahun menceburkan diri dalam dunia pembuatan gambus.

Comments
Post a Comment