Puisi mengukuhkan ASEAN
Teks & gambar Ladin Nuawi
13 September 2015
Kita tetap serumpun apabila dilihat pada warna kulit serta kehalusan budaya hidup. Negara Indonesia, Singapura, Thailand, Myanmar, Brunei, Kemboja dan Filipina tetap serumpun walaupun bahasanya berbeza. Keserumpunan kita amat terserlah apabila diperhatikan impian dan keresahan penyair di bawah kelompok negara yang bernama ASEAN.
Kenyataan ini dibuktikan pada acara Deklamasi Puisi ASEAN di Auditorium Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), pada 5 September lalu yang menampilkan 21 penyair tersohor ASEAN untuk mengisi persembahan bertemakan suara kemanusiaan itu.
Kuala Lumpur yang menjadi tuan rumah tidak memanasi isu-isu cengeng begitu. Para penyair tidak pula singgung-menyinggung atau memburuk negara lain. Inilah yang syahdunya apabila para penyair lebih mengerti daripada selera politik murahan sesetengah orang politik.
Malaysia diwakili oleh penyair Zurinah Hassan, Lim Swee Tin, Raja Rajeswari Seetha Raman, Zaen Kasturi, Marsli N.O dan Ahmad Shukri Abdullah serta penyair muda Teo Wei Sing dan Melizarani Selva. Indonesia diwakili oleh Sutardji Calzoum Bachri, Fatin Hamama dan Asrizal Nur. Singapura diwakili oleh Rasiah Halil dan Suraidi Sipan sementara Zefri Ariff dan Kris Karmila mewakili Brunei. Saithansipo Rattanaphan dan Zakariya Amataya mewakili Thailand. Prof. Dr. Kim Pinun mewakili Kemboja, Prof. Rebecca T. Aňonuevo mewakili Filipina. Maung Day dan Maung Pyiyt Min mewakili Myanmar.
Wakil pengacaraan Malaysia Amir Atan (pemuzik pengiring) dan Roslan Madun (pengacara) bersikap terbuka. Selain menyelitkan lagu-lagu warisan, mereka turut menyanyikan lagu puisi dari Indonesia sebagai tanda persaudaraan. Padahal sebenarnya kita berlambak dengan lagu puisi yang jauh lebih baik berbanding lagu yang dinyanyikan itu.
Beri penghormatan
Dr. Lim Swee Tin pula sepatutnya membaca puisi-puisinya sendiri kerana beliau dikenali di seluruh ASEAN. Namun begitu beliau memberi penghormatan dengan mempersembahan puisi Potret Kecil Puteri Saadong karya penyair Moechtar Awang dan Aku Hanya Mahu Ke Seberang karya Hashim Yaakob. Persembahan beliau agak istimewa apabila diiringi kumpulan dikir barat Arjunasukma beriramakan lagu makyung.
Persembahan Zurinah Hassan juga mengharukan. Peminatnya menunggu beliau mendendangkan puisi irama warisan Melayu. Beliau sedia menghormati syarat supaya “jangan panjang-panjang” oleh penganjur. ASEAN pun sepatutnya mengetahui betapa kita memiliki pakar rujuk puisi warisan yang sekali gus mampu mendendangkan puisi itu dengan lemak merdu sekali.
Sutardji Calzoum Bachri, ikon penyair Indonesia menampilkan ‘kegilaan’ tersendiri. Beliau berpuisi sambil meniup harmonika dan menyanyikan lagu blues. Bukan itu sahaja malah beliau menjadi raja di pentas. Sutarji berguling-guling seenaknya di pentas sambil mendeklamasikan puisi. Inilah cara Presiden Penyair Indonesia membebaskan puisi.
Terasa sekali kesatuan bahasa dan budaya Melayu apabila Rasiah Halil, Zefri Ariff, Kris Karmila dan Zakariya Amataya membawa warna yang sama dengan Malaysia. Mereka sedar bahasa dan budaya Melayu adalah teras kekuatan di Asia Tenggara ini.
Sebelah siang di Auditorium DBP juga berlangsung forum penyair ASEAN.
Forum sehari ini menghimpunkan panel dan pemakalah seperti Sasterawan Negara Prof. Emeritus Muhammad Haji Salleh (ucaptama) dan Dr. Lim Kim Hui dari Malaysia; Acep Zam Zam Noor dan Dr. Free Hearty (Indonesia); Isa Kamari dan Rasiah Halil (Singapura); Haji Jawawi Ahmad (Brunei); Zakariya Amataya dan Chiranan Pitpreecha (Thailand); Prof. Dr. Kim Pinun (Kemboja); Prof. Rebecca T. Aňonuevo (Filipina); dan Maung Day (Myanmar).
Suara mereka tetap sama menegaskan kelangsungan hidup puisi dan penyairnya serta impian yang perlu ada pada sastera ASEAN. Asas pengucapan mereka tetap bahasa Melayu dan bila perlu barulah terpaksa berbahasa Inggeris.
Penghormatan juga wajar diberikan kepada Persatuan Penulis Nasional Malaysia (PENA) dengan kerjasama ITBM dan DBP yang menganjurkan Malam Baca Puisi ‘Cinta Nusantara’ sempena Baca Puisi PENA di Rumah PENA. Penyair Malaysia dan wakil penyair ASEAN lain membacakan puisi masing-masing.
Sani Sudin dan Siso dari kumpulan Kopratsasa serta Adinda Amiro tidak mempedulikan martabatkan mereka sebagai artis demi menjayakan acara puisi pada malam itu.
Maka benarlah kata-kata Pengarah Urusan ITBM Mohd Khair Ngadiron yang juga kurator Sastera bagi program Diversecity 2015 bahawa; “Sastera adalah satu bidang yang bukan hanya terletak pada sumber bertulis seperti karya penulisan, pendeklamasian puisi atau aktiviti intelektual. Sastera itu termasuk ‘sastera visual’ seperti pementasan teater dan monolog yang menampakkan nilai budaya tinggi sesebuah negara atau tamadun.”
utusanonline
Gabungan Puisi Nusantara
Seniman dari lapan negara ASEAN berhimpun
MOHD. FAUZI SUHAIMI
11 September 2015
KUALA LUMPUR 10 Sept. - Menjadi kewajipan bagi sesebuah industri yang memperjuangkan hasil karya kreatif tradisional terutamanya puisi untuk terus diangkat martabatnya supaya tidak ditelan arus kemodenan.
Sejajar itu, kerjasama padu antara Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Insititut Terjemahan dan Buku Malaysia (ITBM) serta Persatuan Penulis Nasional Malaysia (Pena) menganjurkan Malam Baca Puisi Nusantara bagi menggabungkan puisi-puisi dari negara-negara ASEAN.
Program yang bertemakan ‘Diversity 2015’ turut menampilkan hampir 30 penyair dan pemuisi dari lapan negara termasuk Malaysia.
Menurut Kurator Sastera Diversity, Mohd. Khair Ngadiron, langkah tersebut diambil bagi mengangkat martabat puisi tradisional yang telah diperjuangkan generasi sebelum ini sebagai medium menyampaikan maklumat, nasihat dan hiburan.
“Penganjuran program ini bukan sahaja untuk menghimpunkan penyair terkemuka dari seluruh negara, malah turut menyediakan persembahan seni eksklusif gabungan pelbagai negara.
“Selain itu, program ini juga menjadi platform membicarakan masa depan sastera dan keharmoniannya dalam membina hubungan budaya antara negara termasuk Indonesia, Myanmar, Singapura, Kemboja dan Filipina,” katanya di sini baru-baru ini.
Mohd. Khair menambah, terdapat beberapa acara turut didakan sepanjang program itu berlangsung antaranya Forum Penyair ASEAN, Deklamasi Puisi ASEAN, Persembahan Monolog dan Persembahan Gabungan Wayang Kulit Kelantan dan Edo Ito Ayatsuri Ningyo dari Jepun.
“Apa yang diharapkan melalui program ini mampu menjadi jambatan budaya bagi mengeratkan hubungan persahabatan antara negara serantau yang lebih memahami sastera dan budaya masing-masing,” katanya.
utusanonline
Teks & gambar Ladin Nuawi
13 September 2015
ZEFFRI ARIF

GAYA tersendiri Sani (kiri) dan Siso ketika membuat persembahan dalam Malam Baca Puisi Nusantara di Kuala Lumpur, baru-baru ini.
KUALA LUMPUR 10 Sept. - Menjadi kewajipan bagi sesebuah industri yang memperjuangkan hasil karya kreatif tradisional terutamanya puisi untuk terus diangkat martabatnya supaya tidak ditelan arus kemodenan.
Sejajar itu, kerjasama padu antara Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Insititut Terjemahan dan Buku Malaysia (ITBM) serta Persatuan Penulis Nasional Malaysia (Pena) menganjurkan Malam Baca Puisi Nusantara bagi menggabungkan puisi-puisi dari negara-negara ASEAN.
Program yang bertemakan ‘Diversity 2015’ turut menampilkan hampir 30 penyair dan pemuisi dari lapan negara termasuk Malaysia.
Menurut Kurator Sastera Diversity, Mohd. Khair Ngadiron, langkah tersebut diambil bagi mengangkat martabat puisi tradisional yang telah diperjuangkan generasi sebelum ini sebagai medium menyampaikan maklumat, nasihat dan hiburan.
“Penganjuran program ini bukan sahaja untuk menghimpunkan penyair terkemuka dari seluruh negara, malah turut menyediakan persembahan seni eksklusif gabungan pelbagai negara.
“Selain itu, program ini juga menjadi platform membicarakan masa depan sastera dan keharmoniannya dalam membina hubungan budaya antara negara termasuk Indonesia, Myanmar, Singapura, Kemboja dan Filipina,” katanya di sini baru-baru ini.
Mohd. Khair menambah, terdapat beberapa acara turut didakan sepanjang program itu berlangsung antaranya Forum Penyair ASEAN, Deklamasi Puisi ASEAN, Persembahan Monolog dan Persembahan Gabungan Wayang Kulit Kelantan dan Edo Ito Ayatsuri Ningyo dari Jepun.
“Apa yang diharapkan melalui program ini mampu menjadi jambatan budaya bagi mengeratkan hubungan persahabatan antara negara serantau yang lebih memahami sastera dan budaya masing-masing,” katanya.
utusanonline
Comments
Post a Comment