Abdullah Munsyi atau nama sebenar beliau ialah Abdullah bin
Abdul Kadir Munsyi. Beliau telah dilahirkan pada tahun 1796, di kampung Pali
Melaka. Beliau merupakan anak bongsu dari empat orang adik beradik dan telah
kematian ketiga-tiga abangnya sejak kecil lagi. Ayahnya berketurunan Arab Yaman
manakala ibunya Salamah berketurunan dari India. Sejak kecil dia telah diajar
mengaji Al-Quran dan tulisan Jawi serta tatabahasa bahasa Melayu oleh bapanya. Beliau
juga turut belajar bahasa Tamil, Hindi dan juga bahasa Inggeris.
Abdullah Munsyi juga
pernah bertugas sebagai jurutulis kepada Sir Stamford Raffles. Beliau juga
pernah membantu paderi Thomson dan Milne menterjemah kitab Injil ke dalam
bahasa Melayu. Beliau menjadi guru bahasa Melayu kepada askar Inggeris
keturunan India dan memangku jawatan pengetua di Anglo-Chinese College ketika
Paderi Thomson pulang bercuti di England. Abdullah Munsyi meninggal dunia pada
usia 58 tahun di Jeddah pada tahun 1854 ketika dalam perjalanan ke Mekah.
Kejayaan Abdullah Munsyi sebagai pelopor sastera moden disebabkan oleh
beberapa faktor tertentu. Pertama berkaitan dengan kuasa barat mulai bertapak di Tanah Melayu. Penjajahan barat oleh Inggeris ke atas Tanah
Melayu telah menyebabkan kuasa golongan feudal mulai merosot, pada ketika
proses transisi inilah Abdullah Munsyi tampil sebagai penulis yang membawa
perubahan. Ini dapat dibuktikan melalui
karya-karya yang dihasilkan beliau seperti Kisah
Pelayaran Abdullah (1838) yang menceritakan pengalaman yang dilalui oleh
beliau semasa mengikuti rombongan penjajah Inggeris ke negeri-negeri pantai
Timur.
Kedua berasaskan faktor arus modenisasi yang dibawa oleh penjajah
barat. Kehadiran alat cetak yang dibawa bersama arus modenisasi barat telah
memungkinkan karya-karya yang ditulis oleh Abdullah Munsyi dicetak dan
diterbitkan. Beliau merupakan pengarang Melayu pertama yang karyanya dicetak.
Antara karyanya yang terawal dicetak ialah Kisah
Pelayaran Abdullah (1838).
Faktor pergaulan dengan orang-orang barat turut memainkan
peranan dalam kejayaan Abdullah Munsyi. Hubungan beliau dengan orang-orang
barat sama ada ketika beliau bekerja ataupun menjadi guru bahasa Melayu, telah
memperluaskan pemikirannya selari dengan modenisasi yang di bawa oleh
orang-orang barat. Beliau pernah menjadi jurutulis kepada Sir Stamford Raffeles
dan pernah bekerja dengan Paderi Thomson yang merupakan pengetua Anglo-Chinese
College.
Faktor pendidikan yang diterima sejak dari awal lagi memberi peluang penting kepada Abdullah Munsyi untuk berjaya. Sejak kecil lagi beliau telah diberi pendedahan tentang pendidikan sama ada pendidikan agama mahu pendidikan dunia yang berupa tatabahasa Melayu. Beliau telah menguasai dan khatam Al-Quran seawal usia 7 tahun kemudian beliau mula menjadi guru bahasa Melayu seawal usianya 14 tahun.
Faktor keturunan dan latar belakang keluarganya turut memainkan peranan. Beliau dilahirkan hasil perkahwinan campur antar bapanya yang berketurunan arab dan ibunya berketurunan India. Ayahnya tergolong dalam kelompok ilmuwan dan intelek(guru agama, guru bahasa dan juga seorang pedagang) didikan yang berteraskan ketegasan dalam ilmu telah banyak membantu Abdullah menjadi orang yang berpengetahuan dan mencipta zamannya sendiri dengan membawa banyak perubahan dan pembaharuan dalam kesusasteraan Melayu.
Abdullah Munsyi memiliki bakat dan kebolehan semulajadi dalam bidang tulis menulis.
Beliau memang berbakat dalam tulis-menulis, idea yang diberikan kreatif. Olahan cerita yang disampaikannya juga menarik serta terperinci. Idea dan pemikiran dalam karya-karyanya yang berbentuk autobiografi seperti Syair Singapura terbakar (1830) Kisah Pelayaran Abdullah (1838) membuktikan beliau memang berbakat dalam bidang penulisan yang melayakkannya berada dalam zamannya sendiri.

Abdullah Munsyi
berada pada zaman pergolakkan. Abdullah
Munsyi berada dalam dua situasi iaitu menjelang keruntuhan kuasa politik kaum
bangsawan Melayu dan bermulanya kegemilangan pengaruh asing. Senario itu telah
memungkinkan Abdullah membawa pembaharuan dalam karya-karyanya yang tidak
terikat lagi pada tradisi istana. Ini jelas dalam kebanyakkan karyanya tidak
lagi memberi penekanan pada golongan feudal seperti dalam Hikayat Abdullah.
Penyebaran agama kristian memberi kesan penting kepada
Abdullah Munsyi. Penyebaran agama kristian yang dibawa oleh mubaligh-mubaligh
dari barat turut membawa masuk ilmu-ilmu barat yang mula berkembang dan mula
melemahkan kuasa golongan feudal orang Melayu. Abdullah Munsyi yang turut
belajar dengan beberapa orang paderi seperti Thomson dan juga Milne telah
menerima tempias keilmuan barat sehingga memungkinkannya mencipta pembaharuan
dalam karya-karya beliau ini terbukti melalui penggunaan istilah-istilah
Inggeris dalam karya beliau seperti Hikayat
Abdullah Munsyi. Antaranya police dan
college.
Dalam penulisannya Abdullah Munsyi membawa sikap dan
pemikiran yang menjadi gagasan utama dalam karya-karyanya. Pertama, sikap dan pemikirannya terhadap
Bahasa Melayu. Abdullah Munsyi begitu
berminat untuk mempelajari dan mendalami bahasa Melayu dan pemikirannya
terhadap bahasa Melayu jelas apabila beliau menegaskan betapa pentingnya bahasa
Melayu perlu dipelajari oleh orang Melayu. Kenyataan ini dapat dijelaskan
berdasarkan pendiriannya terhadap bahasa Melayu seperti yang dtulis oleh beliau
dalam karyanya Kisah Pelayaran Abdullah
(1838) yang antara lainnya beliau menyatakan rasa kesalnya terhadap orang-orang
Melayu yang tidak mengambil berat tentang bahasa Melayu.
Abdullah Munsyi memberi keutamaan terhadap ilmu-ilmu lain. Ini diterjemahkan melalui kesedaran beliau terhadap betapa mundur dan ceteknya pemikiran bangsanya telah mempengaruhi sikap dan pemikiranya terhadap ilmu-ilmu lain yang dibawa masuk oleh orang-orang barat. Situasi itulah yang mendorong beliau untuk mempelajari ilmu-ilmu baharu yang dibawa masuk oleh orang-orang barat. Dalam Hikayat Abdullah dinyatakan beliau belajar ilmu bumi seperti bentuk bumi, gerhana dan ilmu kira-kira.

Sikap dan pemikirannya terhadap orang Melayu yang
mengabaikan bahasa Melayu.
Abdullah Munsyi yang jelasnya bukan orang Melayu tulen maka tidak hairanlah dia dengan begitu berani mengkritik orang-orang Melayu. Sikap dan pemikirannya terhadap orang Melayu jelas apabila dia tidak bersetuju dengan pandangan dan sikap orang Melayu yang mengabaikan bahasa Melayu seperti yang dinyatakan dalam Hikayat Abdullah yang betapa bodohnya orang Melayu kerana tidak mahu mempelajari bahasa sendiri.

Abdullah Munsyi turut memberi fokus terhadap cara hidup
orang Melayu.
Abdullah Munsyi dalam karyanya khususnya
Kisah Pelayaran Abdullah (1840) turut
mencetuskan pandangannya terhadap cara hidup orang Melayu. Beliau beranggapan
orang Melayu malas, lalai dan pengotor. Bahasa percakapan orang Melayu juga
buruk, makanan orang Melayu disebut terdiri dari bahan-bahan kotor. Beliau juga
turut memuji sikap rajin perempuan kelantan rajin menjalankan perniagaan.
Abdullah Munsyi juga mengadunkan sikap dan pemikirannya
terhadap golongan feudal Abdullah Munsyi menunjukkan sikap benci dan menganggap
budaya raja-raja Melayu sebagai kolot. Beliau menganggap raja-raja Melayu zalim
kerana kehendak mereka tidak boleh dihalang atau dilarang jika tidak buruk
padahnya. Sikap danpemikirannya yang bencikan golongan jelas melalui gambaran
betapa hodoh dan bodohnya raja-raja Melayu dalam karyanya seperti Hikayat Abdullah Munsyi seperti gambaran
tentang Sultan Hussin yang dikatakan gemuk dan kuat makan.
Aspek kepercayaan orang Melayu turut menjadi sikap dan
pemikiran Abdullah Munsyi dalam karya beliau. Abdullah Munsyi tidak bersetuju
dengan kepercayaan orang Melayu yang terlalu percaya kepada perkara yang
tahyul. beliau beranggapan perkara itu karut dan sewajarnya tidak diikuti ini
adalah kerana kepercayaan itu akan menjadi halangan untuk kemajuan bangsa
Melayu . Ini dapat dilihat penentangannya terhadap adat menjual anak seperti
yang dinyatakan dalam Hikayat Abdullah.
Abdullah Munsyi tidak
terlepas dari mengemukakan sikap
dan pemikirannya terhadap orang-orang Inggeris. Abdullah menghargai dan
mengagumi orang-orang Inggeris yang dikatakannya membawa pengetahuan dan
kemajuan. Sikap rajin dan keilmuan orang Inggeris menjadi perhatian beliau
seperti dalam Hikayat Abdullah,
beliau sangat kagum dengan Tuan Raffles yang rajin.
Comments
Post a Comment