KESUSASTERAAN MELAYU KOMUNIKATIF
PENGENALAN
Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) yang
dilaksanakan secara berperingkat mulai tahun 2017 menggantikan Kurikulum
Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) yang telah dilaksanakan sejak tahun 1989 bagi
memenuhi hasrat yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
(PPPM) 2013-2025.
Selaras dengan perubahan itu, Lembaga Peperiksaan telah
mengadakan perekaan bentuk format pentaksiran berdasarkan Dokumen Standard
Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) yang dikeluarkan oleh Bahagian Pembangunan
Kurikulum (BPK). Seterusnya, perekaan bentuk format pentaksiran menjadi asas
kepada pembinaan instrumen pentaksiran.
ASAS PERTIMBANGAN
Beberapa prinsip yang menjadi asas pertimbangan dalam
proses perekaan bentuk format pentaksiran Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) ialah:
KESAHAN
Kesahan merujuk ciri ujian dan melibatkan dua perkara,
iaitu kerelevanan dan kecukupcakupan. Perekaan bentuk instrumen pentaksiran ini
telah memastikan semua konstruk (perkara yang ditaksir) dijelmakan berdasarkan
objektif mata pelajaran. Item- item yang dikemukakan adalah akur dengan
kurikulum standard dan spesifikasi ujian serta mempunyai kesesuaian dari segi
kumpulan sasaran, aras kesukaran, konteks dan situasi. Kandungan instrumen
pentaksiran mencakupi semua aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai yang
diperoleh dalam pendidikan mata pelajaran berkenaan, seperti yang dihasratkan
oleh kurikulum standard.
KEBOLEHPERCAYAAN
Kebolehpercayaan merujuk ciri skor ujian dan melibatkan
dua perkara iaitu ketekalan dan ketepatan. Di peringkat pembinaan, satu
spesifikasi ujian direka bentuk bagi setiap instrumen pentaksiran untuk
dijadikan piawaian. Hal ini adalah untuk memastikan ketepatan, kesetaraan dan
ketekalan instrumen pentaksiran yang dihasilkan setiap tahun. Analisis data
peperiksaan juga dapat menunjukkan tahap kebolehpercayaan sesuatu instrumen
pengukuran.
KEOBJEKTIFAN
Keobjektifan merujuk kejelasan fungsi setiap instrumen
yang dibina. Setiap instrumen pentaksiran dibina dengan tujuan khusus mengikut
spesifikasi ujian tertentu. Jadual Spesifikasi Ujian berfungsi mengawal
kefungsian instrumen yang dibina. Setiap pembina harus jelas dengan kehendak
setiap instrumen pentaksiran yang dibina. Antaranya, konstruk yang ditaksir dan
inferens boleh dibuat daripada skor yang akan diperoleh.
Dalam item berbentuk subjektif, keobjektifan juga
merujuk ketepatan seseorang pemeriksa memeriksa skrip jawapan atau ketepatan
seseorang pentaksir memberikan skor calon. Dalam konteks ini, ciri keobjektifan
pemberian markah atau skor boleh dipertingkatkan dengan menyediakan skema
penskoran yang objektif serta markah atau skor yang diselaraskan melalui
mesyuarat penyelarasan. Hal ini dapat mengurangkan perselisihan dalam pemberian
markah atau skor dalam kalangan pemeriksa atau pentaksir bagi menjamin
kebolehpercayaan skor.
KEBOLEHTADBIRAN
Kebolehtadbiran merujuk kebolehlaksanaan sesuatu program
pentaksiran dari segi kos, masa dan personel sama ada program berpusat dan
pentaksiran berasaskan sekolah.
KEMUDAHTAFSIRAN
Kemudahtafsiran merujuk keupayaan skor daripada proses
pentaksiran dalam memberikan maklumat tentang seseorang murid dalam perkara
yang ditaksir. Skor yang baik berupaya untuk mendiskriminasikan murid yang
mempunyai kepelbagaian keupayaan. Di samping itu, kemudahtafsiran dapat memberi
sebab serta tujuan sesuatu ujian dan pentaksiran itu diadakan.
KEKOMPREHENSIFAN
Kekomprehensifan sesuatu ujian atau pentaksiran merujuk
sejauh mana sesuatu ujian itu mengandungi item yang mewakili semua objektif
yang penting dalam kurikulum. Jelasnya, prinsip-prinsip pentaksiran yang
dinyatakan itu merupakan landasan penting dalam menjalankan pentaksiran.
Justeru, mereka yang terlibat dengan
proses pentaksiran dalam pendidikan sewajarnya akur akan prinsip-prinsip
pentaksiran yang telah ditetapkan itu agar matlamat dan objektif pentaksiran
dapat dicapai dengan jayanya.
PUNCA KUASA
Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pendidikan Malaysia
telah menyediakan format pentaksiran bagi mata pelajaran Kesusasteraan Melayu
Komunikatif SPM mulai tahun 2021. Format tersebut telah dibentangkan dan
dipersetujui dalam Mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum Kebangsaan, Kementerian
Pendidikan Malaysia, Bil. 1/2020 pada 21 Februari 2020.
MATLAMAT MATA PELAJARAN
Matlamat KSSM Kesusasteraan Melayu Komunikatif (KMK)
adalah untuk melahirkan murid yang dapat memiliki ilmu dan pengetahuan tentang
kesusasteraan; berkemahiran dalam menghasilkan karya kreatif yang menepati
ciri-ciri; berkeperibadian mulia dan dapat menyumbang kepada pembangunan
masyarakat dan negara; serta mampu memahami, menghayati dan menghargai karya
sastera.
OBJEKTIF MATA
PELAJARAN (OM)
KSSM
Kesusasteraan Melayu Komunikatif (KMK) bertujuan untuk membolehkan murid
mencapai objektif yang berikut:
OM1: Membaca, memahami dan
menghayati karya yang dibaca;
OM2: Mengenali pengarang,
memahami definisi, ciri-ciri dan fungsi sastera Melayu;
OM3: Menganalisis elemen
sastera yang terdapat dalam puisi dan prosa;
OM4: Membentuk sahsiah diri yang terpuji dengan mengenal pasti dan
menilai elemen keagamaan serta keperibadian unggul yang terdapat dalam karya;
OM5: Menjadi ahli masyarakat yang prihatin dengan mengenal pasti dan
menilai isu serta citra masyarakat yang terdapat dalam karya;
OM6: Menjadi warganegara yang memiliki sikap bertanggungjawab dan cinta
akan negara melalui elemen patriotisme dan kepimpinan yang terdapat dalam
karya;
OM7: Mengadaptasi atau menghasilkan karya puisi dan prosa bertulis yang
menepati ciri-ciri sastera yang baik;
OM8: Mempersembahkan karya yang diadaptasi atau yang dihasilkan dalam
pelbagai bentuk yang kreatif, menarik dan berkesan; dan
OM9: Menghargai (apresiasi) Kesusasteraan Melayu dan memupuk minat
membaca karya sastera yang berkualiti.
Sumber: Kurikulum Standard
Sekolah Menengah (KSSM)
Kesusasteraan Melayu Komunikatif Dokumen Standard Kurikulum dan
Pentaksiran (DSKP)
Tingkatan
4 dan 5, September 2018, Bahagian Pembangunan Kurikulum,
Kementerian Pendidikan Malaysia
OBJEKTIF PENTAKSIRAN (OP)
Objektif pentaksiran berdasarkan matlamat dan objektif
mata pelajaran Kesusasteraan Melayu Komunikatif (KMK) adalah untuk mentaksir
pencapaian murid dalam keupayaan untuk:
OP1: Mengetahui dan memahami konsep dan definisi
elemen-elemen Kesusasteraan Melayu dengan betul dan tepat;
OP2: Mengetahui dan memahami elemen-elemen Kesusasteraan Melayu yang terdapat dalam karya sastera dengan betul dan tepat;
OP3: Mengaplikasi dan menganalisis elemen-elemen Kesusasteraan
Melayu yang terdapat dalam karya sastera secara kritis;
OP4:
Menilai karya sastera berkaitan elemen
sahsiah, isu masyarakat dan isu
kenegaraan dalam karya
sastera dengan kritis;
OP5: Menghasilkan karya
sastera yang sesuai dengan kemampuan murid sama ada dalam bentuk pengkaryaan asli atau pengadaptasian yang menepati ciri-ciri
sastera yang baik; dan
OP6: Mempersembahkan karya
sastera yang dihasilkan atau yang diadaptasikan sesuai dengan kemampuan murid
dalam pelbagai bentuk atau media yang kreatif, menarik dan berkesan.
KONSTRUK DAN ASPEK YANG DITAKSIR
Konstruk yang ditaksir
7.1.1 2216/1 – Kertas 1
● Mengingat dan Memahami
●
Mengaplikasi
●
Menganalisis
●
Menilai
●
Mencipta
7.1.2 2216/2 – Kertas 2
● Mengaplikasi
●
Menganalisis
●
Menilai
●
Mencipta
Aspek yang ditaksir
Mengetahui elemen-elemen dalam kesusasteraan Konstruk ini
mentaksir pengetahuan asas murid
tentang pengertian istilah sastera dalam
karya prosa dan puisi. Antara istilah sastera yang ditaksir ialah maksud, sinopsis, tema atau pemikiran, persoalan, binaan plot, teknik plot, watak dan
perwatakan, gaya bahasa, nada, ciri prosa, bentuk puisi, nilai murni, pengajaran, latar, sudut pandangan, kritikan sastera dan pembangunan
insan.
Mengetahui dan memahami elemen-elemen sastera
dalam karya puisi Konstruk ini mentaksir kebolehan murid mengetahui elemen-elemen sastera dalam karya puisi iaitu, maksud, tema, persoalan, gaya bahasa (simile, metafora,
personifikasi, hiperbola, paradoks, perlambangan, alusi, asonansi, aliterasi,
anafora, responsi, epifora, simplok, repitisi (kata, frasa, baris, rangkap)
inversi, hybrid, konotatif, sarkasme, kata ganda, sinkope, peribahasa, bahasa
asing, bahasa istana, bahasa arkaik, dialek), irama (puisi tradisional) atau nada
(melankolik, patriotik, sinis, romantik, protes), bentuk puisi (rangkap, baris, perkataan, suku kata, rima akhir,
kesimpulan bentuk), nilai murni, pengajaran, kritikan sastera (pandangan,
sanjungan dan saranan).
Mengetahui
dan memahami elemen-elemen sastera dalam karya prosa Konstruk ini
mentaksir kebolehan murid mengetahui
elemen-elemen sastera dalam karya prosa
iaitu sinopsis, tema atau pemikiran, persoalan, binaan plot
(permulaan, perkembangan, klimaks, antiklimaks (penurunan) dan peleraian), teknik plot (dialog, pemerian,
suspen, imbas muka, imbas kembali, monolog luaran, monolog dalaman, kejutan,
konflik), watak dan perwatakan (utama,
sampingan, antagonis dan protagonis), gaya bahasa (simile, metafora, personifikasi,
hiperbola, paradoks, perlambangan, alusi, simplok, repitisi (kata, frasa, ayat)
inversi, konotatif, sarkasme, kata ganda, sinkope, peribahasa, bahasa asing,
bahasa istana, bahasa arkaik dan dialek), ciri
prosa, nilai murni, pengajaran, latar (tempat, masa,
masyarakat), sudut pandangan (sudut
pandangan orang pertama dan sudut
pandangan orang ketiga) kritikan sastera (pandangan, sanjungan, saranan).
Menganalisis
elemen-elemen sastera dalam karya puisi Konstruk
ini mentaksir kebolehan murid menganalisis
elemen-elemen sastera iaitu maksud,
tema, persoalan, bentuk puisi, gaya bahasa, irama atau nada, nilai murni,
pengajaran dan kritikan sastera (pandangan,
sanjungan, saranan).
Menganalisis aspek-aspek
sastera dalam karya prosa Konstruk
ini mentaksir kebolehan murid menganalisis
elemen-elemen sastera dalam karya prosa iaitu sinopsis, tema atau
pemikiran, persoalan, ciri prosa, binaan plot, teknik plot, watak dan
perwatakan, gaya bahasa, latar, sudut pandangan, nilai murni, pengajaran dan kritikan sastera (pandangan,
sanjungan, saranan).
Membangunkan nilai insan. Konstruk ini mentaksir kebolehan murid menilai elemen sahsiah, isu masyarakat dan isu kenegaraan dalam
karya sastera.
Menghasilkan karya sastera .Konstruk ini mentaksir kebolehan murid-murid menghasilkan (karya asli atau adaptasi) dan mempersembahkan karya sastera dalam pelbagai bentuk yang kreatif,
menarik dan beresan.
ARAS KESUKARAN ITEM
Item yang dibina mestilah menepati aras kesukaran yang
dihasratkan, iaitu sama ada aras kesukaran rendah (R), sederhana (S), atau
tinggi (T).
Aras R Item aras R
boleh dijawab oleh sebahagian besar calon.
Aras S Item aras S
boleh dijawab oleh calon yang berprestasi sederhana dan cemerlang.
Aras T Item aras T
boleh dijawab oleh calon berprestasi cemerlang sahaja.
FORMAT PENTAKSIRAN
Pentaksiran mata pelajaran Kesusasteraan Melayu Komunikatif menggunakan dua instrumen iaitu;
2216/1 – Kesusasteraan Melayu Komunikatif Kertas 1
(Ujian Bertulis)
2216/2 – Kesusasteraan Melayu
Komunikatif Kertas 2 (Kerja Kursus)
FORMAT INSTRUMEN PENTAKSIRAN SPM MULAI 2021
MATA PELAJARAN KESUSASTERAAN MELAYU KOMUNIKATIF
(2216)
Bil
|
Perkara
|
Kertas 1 2216/1
|
Kertas 2 2216/2
|
1
|
Jenis Instrumen
|
Ujian Bertulis
|
Ujian Komunikatif – Kerja Kursus
(Penghasilan dan Persembahan)
|
2
|
Jenis Item
|
(a) Subjektif
Respons Terhad
(b) Subjektif
Respons Terbuka
|
Subjektif Respons Terbuka
|
3
|
Bilangan Soalan
|
Bahagian
A – 10 item [40 Markah]
● 6 item respons terhad berdasarkan 5 genre.
● 4 item respons
terhad, iaitu
i. Item mana-mana genre
ii. Item kritikan
sastera
iii. Item
berdasarkan Pembangunan Insan
Jawab
semua soalan
Bahagian
B – 6 item
respons terbuka [60 markah]
● Soalan 11
hingga 16
Pilih
dan jawab 3 daripada 6 soalan
|
Tingkatan 5
(Satu Kerja Kursus secara
individu)
● Pentaksiran Pusat
● Calon
dikehendaki menyudahkan Kerja Kursus aspek
Pengkaryaan
(Karya
asli/adaptasi dan mempersembahkan hasil karya dalam pelbagai bentuk atau
media)
● Bahagian A: Penghasilan Karya [20 markah]
● Bahagian B: Persembahan
Multimedia atau Persembahan Langsung [20 markah]
|
4
|
Jumlah Markah
|
Jumlah : 100 markah
|
Jumlah : 40 markah
|
Bil
|
Perkara
|
2216/1
|
2216/2
|
5
|
Konstruk
|
● Mengingat dan Memahami
● Mengaplikasi
● Menganalisis
● Menilai
● Mencipta
|
● Mengaplikasi
● Menganalisis
● Menilai
● Mencipta
|
6
|
Tempoh Ujian
|
2 jam 30 minit (2½ jam)
|
Tingkatan 5:
April hingga Mei
|
7
|
Cakupan Konteks
|
Mencakupi semua standard kandungan dan standard pembelajaran yang
terdapat dalam Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP)
|
8
|
Aras Kesukaran
|
Rendah :
Sederhana : Tinggi
5: 3: 2
|
9
|
Kaedah Penskoran
|
● Analitikal
● Holistik
|
● Analitikal
● Holistik
|
10
|
Alatan Tambahan
|
Tiada
|
Tiada
|