CATATAN RAMADHAN 10 – Kemenjadian murid bermula dari hati gurunya
1. Salah satu perkataan bahasa melayu yang kerap disebut tetapi kemungkinan besar tidak difahami maksudnya ialah ASA. Nampak pelik sebab perkataan ASA jarang digunakan bersendirian. Apabila disebut PUTUS ASA, tanpa penjelasan semua orang tahu maksudnya kerana semua pernah mengalaminya. Dalam kamus, ASA didefinisikan sebagai HARAPAN. Manakala akar kata harapan ialah HARAP yang bererti hasrat (kehendak) untuk mendapatkan sesuatu, hasrat supaya terjadi sesuatu. Maka putus asa bermaksud tidak menaruh harapan lagi.
2. Kepentingan HARAPAN GURU dalam memudahcara pembelajaran murid telah lama diakui dalam penyelidikan pendidikan. Semestinya semua guru mempunyai harapan untuk murid mereka kerana harapan dapat memudahkan penetapan sasaran yang dapat dicapai meskipun mencabar bagi murid. Secara umum apabila guru percaya bahawa muridnya dapat memenuhi sasaran maka guru BERIKHTIAR memberikan peluang dan sokongan pembelajaran yang sesuai. Oleh sebab itulah murid mereka cenderung mencapai matlamat dan meningkatkan prestasi.
3. Sebaliknya jika guru kehilangan harapan terhadap anak didiknya maka guru akan ketandusan daya usaha, kehilangan ikhtiar memberikan sokongan pembelajaran. Keadaan ini boleh berakhir dengan hubungan guru-murid menjadi mekanikal sekadar memenuhi keperluan pentadiran persekolahan sahaja.
4. Harapan adalah teras kepada JIWA PENDIDIK maka jika kita putus harapan dengan anak didik kita maka bermulalah proses kehilangan makna keguruan dalam diri kita. Suatu proses yang memberikan kesan mendalam dan derita dalam kehidupan harian kita sebagai guru. Suatu keadaan yang tidak mudah dirasionalkan tetapi hanya dapat dirasakan oleh jiwa yang mengalaminya.
5. Ayuh bangun rakan guru sekalian! Kita boleh kecewa atau berasa dukacita tetapi jangan sekali putus asa dengan anak-anak didik kerana putus harapan tidak memberikan manfaat kepada anak murid dan kita sebagai guru. Lagipun, tiada siapa yang tahu masa depan mereka!
Wallahualam. Selamat menjalankan ibadah puasa.
fb amin senin

Comments
Post a Comment