Pantai Kasih

PANTAI KASIH
Azmah Nordin


BAB 1

Raiha, seorang doktor pakar yang baharu menyertai Pusat Rawatan Pantai Kasih (PRPK) menghadapai masa sukar apabila sentiasa terkenang peristiwa silam yang mengiringi perjalanan hidupnya. Raiha amat terkesan dengan tugasan yang diberikan oleh Doktor Uwang untuk membuat pembedahan kali keenam ke atas pesakit yang bernama Unong Siron. Raiha berasa curiga mengapa pembedahan yang sama dilakukan sebanyak lima kali ke atas pesakit pada tempat pembedahan yang sama. Walaupun selesai menjalankan tugasan dengan jayanya, namun Raiha berpendapat bahawa pembedahan tersebut tidak harus berulang kali terutama kepada pesakit daripada kalangan golongan menengah dan ke bawah. Prinsip hidup Raiha iaitu memuaskan semua pihak, sebaik mungkin dan seboleh mungkin telah mencurigakan kredibiliti Doktor Idolanya itu. Raiha juga dibayangi dengan kenangan silam iaitu rasa pendam cintanya terhadap Doktor Uwang tetapi telah terpadam selepas dia memilih Doktor Sadiz sebagai suami. Namun, kenangan itu sukar dilupakan terutama sewaktu dia memberikan bantuan kepada Doktor Uwang dalam pembentangan seminar. Raiha juga teringat akan ayahnya yang membentak apabila Raiha menyuarakan hasrat untuk berkahwin dengan Doktor Sadiz. Ayahnya yang Berjaya membesarkan dua orang adik lelaki tirinya menjadi golongan professional berpendapat bahawa pemilihan Doktor Sadiz sebagai suaminya adalah kurang tepat dan akan menyebakan kesengsaraan pada masa depan. Ingatan terhadap larangan ayahnya supaya bidang pakar pembedahan tidak menjadi pilihan kerana berpendapat bidang tersebut tidak sesuai dan tidak berfaedah kepadanya dalam jangka masa panjang.



Sister Felicia Landosi, jururawat kanan yang banyak pengalaman begitu tidak menyenangi Raiha apabila dia telah ditegur akibat melakukan sesuatu yang kurang menyenangkan di PRPK. Sister Felicia ditawarkan dengan gaji yang lumayan supaya bertugas di PRPK setelah bertugas di hospital kerajaan sebelum ini. Felicia berpendapat teguran Raiha dan amaran Doktor Uwang terhadap aku janjinya sebelum ini menyesakkan dadanya dan tidak adil terhadap dirinya seterusnya membakar semangatnya hingga rentung. Dia berhasrat untuk melupakan peristiwa hitam pada malam yang menggemparkan itu. Doktor Alex pula mengesyaki bahawa beliau bergaduh dengan Doktor Razak. Ingatannya juga kembali kepada kenangan lalu sewaktu anak Raiha disambar api di hadapan matanya. Ingatan itu sukar dilupakan dan menghantuinya selama ini. Dia juga sentiasa dibayangi keresahan khuatir tingkah lakunya diperhatikan terutama di ruang farmasi. Dalam keadaan rakan sejawat yang sedang leka melaksanakan tugas Felicia dibayngi dengan prasangka. Sehingga jururawat Ariana yang sedang bercakap di gagang telefon dengan Doktor Razak turut diteguri kerana asyik bergayut di telefon sahaja. Atas permintaanya sendiri dia tidak bertugas pada sebelah pagi sebaliknya pada sebelah malam dan tugas rutin harian tidak perlu dilaksanakannya memberi peluang kepadanya untuk mengelakkan diri daripada bertembung dengan Rahia.



BAB 2
Doktor Uwang perpendirian tegas terhadap prinsip hidup, amat tidak bersetuju sekiranya ada orang gaji di rumahnya. Malahan anak tunggal hasil keterlanjurannya dahulupun dihantar belajar di sekolah swasta berasrama seawal usia tujuh tahun lagi sehingga anaknya itu kekok untuk bersama-samanya apabila ada peluang pulang bercuti semesternya. Doktor Uwang berpendapat anaknya itu tidak harus pulang langsung kerana memalukannya sahaja. Ketegasan Doktor Uwang terhadap bisnes kesihatan menjadikannya sebagai salah seorang doktor berwibawa yang banyak membawa keuntungan kepada PRPK. Ayah mentuanya yang menyerahkan PRPK kepadanya turut berpendapat bahawa untuk kaya tidak harus ada halangan asalnya berusaha. Walaupun agak kesal menyerahkan PRPK kepada Doktor Uwang, namun akur dengan kehebatan menantunya menerajui PRPK.

Doktor Uwang menganggap ayah mentuanya sama seperti Raiha yang adakalanya seperti memperkecil-kecilkannya kewibawaannya tetapi dia berpendapat bahawa untuk mendapat kesihatan yang baik mestilah menggunakan kecanggihan alat perubatan. Doktor Uwang juga sering mengeluh kesakitan pada pergelangan tangannya dan kepala lututnya namun belum sempat membuat diagnosis tepat terhadap penyakitnya itu. Oleh sebab dia kurang sihat untuk melakukan pembedahan terhadap Unong Siron pada kali ini, tugas itu diserahkan kepada Raiha.

Namun sikap Raiha yang menjengkelkannya. Raiha mempersoalkan kejadian infeksi yang berlaku kepada Unong Siron. Peribadi Raiha yang dikenali sewaktu menjadi siswi dengan yang ada sekarang amat berbeza. Dahulu Raiha menaruh hati terhadapnya tetapi sekarang sudah lenyap dan menganggap Raiha sudah angku dan beranggapan Raiha tidak bersyukur dengan tawaran berkhidmat di PRPK miliknya. Doktor Uwang juga teringat kembali terhadap kanak-kanak perempuan yang sudah meninggal dunia dan sentiasa membayang hidupnya. Lamunannya tersentak apabila ingatanya juga turut dibayangi oleh peristiwa pencerobohan doktor palsu yang menyamar di PRPK miliknya.

BAB3
Sister Felicia menjalankan rutin hariannya seperti biasa walaupun dia sangat mamai ketika itu. Dia menemui pesakitnya di bilik VVIP yang digambarkan seperti hotel bertaraf lima bintang. Dia mengambil suhu dan mengukur nadi pesakit yang bergelar Datin itu dengan berhati-hati serta bersopan santun. Baginya merawat pesakit berkelas menengah atas ini perlukan kesabaran dan layanan yang tinggi. Pesakit itu perasan akan perubahan diri Sister Felicia yang kelihatan pucat lalu ditegurnya tetapi dia mengatakan bahawa keadaannya seperti biasa sahaja, barangkali cuaca musim kemarau panjang ini menyebabkan keadaanya begitu. Dia terbayang kembali peristiwa ketika dia bersama Doktor Sadiz yang berkesudahan dengan gambaran kematian anak perempuannya yang rentung akibat disambar api yang sedang marak membakar kereta mewah doktor itu.

Selepas meneladeni pesakit yang bergelar Datin itu, Felicia kemudiannya ke dapur dan menikmati ais krim milik Raiha sambil teringat kembali zaman dia menjadi pelajar bidang kejururawatan dahulu. Walaupun dia mempelajari bidang perubatan tetapi dia masih tidak berupaya mengubati dirinya yang kelukaan. Malah dia mengambil ubat batuk sebagai penawar kelukaan hatinya. Felicia juga sering mendengar keluhan ibu Unong Sairon yang mengeluh tentang pembedahan anaknya yang keenam sama ada Berjaya ataupun tidak kerana kemampuannya hanya setakat itu sahaja disebabkan semua wang insurans anaknya sudah dihabiskan untuk belanja perubatan tersebut.

Raiha masih teringat akan peristiwa hitamnya. Pelbagai pertanyaan menyerpa benaknya tentang punca kematian anaknya juga tentang keputusan perbicaraan Raiha vs Sadiz yang akhirnya berpihak kepada bekas suaminya itu. Raiha juga teringat akan Doktor Sadiz yang menyalahkan dirinya atas kematian anak perempuan mereka. Raiha pula memberitahu bahawa semuanya berpuca daripada Doktor Sadiz menyebabkan sanak saudara yang selama ini menyokongnya semakin berundur dari hidupnya. Raiha juga teringat akan layanan kasar Felicia terhadap ibu pesakitnya Unong Siron, masyarakat kelas menengah bawah. Sergahan Raiha terhadap Felicia menyebabkan Felicia kecil hati dan berasa amarah dengan tindakan Raiha walaupun sebenarnya tindakannya mengasari ibu pesakit adalah salah. Raiha berasa bersalah akan tindakannya menegur sikap Felicia. Dia teringat kisah lama antaranya dengan Felicia. Mereka bersekolah di sekolah yang sama, tetapi Felicia menghilang selepas kematian ibunya. Mereka bertemu di Hospital Kinabalu selepas sekian lama menghilang. Pada ketika itu Felicia seorang jururawat manakala Raiha sudah menjadi doktor.

Raiha masih teringat akan serkahan Doktor Sadiz terhadapnya. Doktor Sadiz menyatakan bahawa Raiha sengaja melarikan diri kereta mewahnya. Bukan itu sahaja Doktor Sadiz juga meyatakan bahawa barang kemas yang dibelikannya juga turut dibawa lari oleh Raiha. Namun Raiha cuba menyangkal dengan mengatakan bahawa barang kemas yang dibawa adalah barang kemas miliknya hasil titik peuhnya sendiri. Doktor Sadiz menyatakan bahawa sampai mati sekalipun dia tidak akan melepaskan Raiha. Doktor Sadiz mahu Raiha merana, gantung tidak bertali sebagai balasan tergamak memalukannya di mata golongan masyarakat elit.


BAB 4
Raiha tiba di rumahnya di sebuah apartment di tingkat enam milinya yang terletak tidak jauh dari Pusat Rawatan Pantai Kasih. Di sepanjang jalan Raiha teringat akan peristiwa hitam misteri kematian anaknya, dan kekalahan kes tersebut di tangan bekas suaminya. Setibanya dia di apartmentnya itu, dia berasa sangat sunyi dan teringat pula kisah neneknya yang membesarkannya selama ini. Arwah neneknya yang berketurunan Idaan menyatakan bahawa nenek moyangnya dahulu berasal dari Nunuk Ragang. Daerah itu terletak di Tampias suatu kawasan di hulu lubuk dalam daerah Ranau.

Raiha juga teringat akan Doktor Sadiz yang melayani dengan baik sebelum peristiwa hitam muncul. Raiha ingat ketika dia mengandungkan bayi hasil persenyawaan sperma suaminya itu. Dia juga teringat akan permintaan Doktor Sadiz supaya menggugurkan bayi yang sedang dikandungnnya itu kerana kehadiranya bayi tersebut tidak direstui apatah lagi sudah diketahui fizikal bayi tersebut yang kelebihan kromosom akan menyebabkan dia malu dengan masyarakat. Anak-anak dengan bekas isterinya tidak ada yang cacat. Raiha tidak tergamak hendak membunuh bayi tersebut apatah lagi bayi tersebut sah hukum dan mempunyai hak untuk hidup. Akhirnya bayi tersebut lahir dan diberi nama Rohayu atau panggilannya ‘Ayu’.

Kegelisahan Dotu Untong terhadap panggilan palsu dan pencerobohan di Pusat Rawatan Pantai Kasih miliknya sebelum diserahkan kepada anaknya Doktor Uwang amat jelas. Dia berharap selepas daripada insiden tersebut perkara sebegitu tidak berulang. Kegelisahan turut dirasai oleh isteri Doktor Uwang, namun tidak diendahkan oleh Doktor Uwang akan rungutan dan kegusaran isterinya itu. Doktor Uwang berpendapat isterinya yang sah dan yang tidak rasmi serta bapanya juga tidak harus ambil peduli tentang pencerobohan di Pusat Rawatan Pantai Kasih. Baginya, mereka tidak tahu akan perniagaan kesihatan kini.

Doktor Uwang juga teringat akan persoalan yang diajukan oleh emak Unong Siron yang mempersoalkan kewibawaannya menangani kes pembedahan penggantian tulang pinggul hingga keenam kalinya itu. Namun, dia sudah menetapkan pendiriannya bahawa dia akan berbuat apa-apa sahaja untuk memberikan hasil baik berpihak kepadanya. Asalkan keuntungan berlipat kali ganda masuk ke ke poketnya sudah memadai, tidak perlu memikirkan bagaimana mereka mendapatkan wang membayar kos perubatan di situ. ‘Doktor Uwang mengelamun sambil menonton rancangan ‘Money Matters’ di televisyen. Lamunannya hingga ke peristiwa anak pak ciknya rentung dan disaksikan di hadapan matanya sendiri.

Felicia memasuki bilik farmasi lagi. Tiba-tiba muncul seorang pesakit lelaki yag pernah mendapatkan rawatan di Pusat Rawatan Pantai Kasih itu. Dengan garangnya pesakit itu membincangkan tentang infeksi yang terjadi kepadanya. Felicia bingkas ingin memanggil Doktor Mohammad namun dihalang oleh pesakit tersebut. Lalu Felicia mencadangkan Doktor Uwang. Cadangannya itu tidak dipersetujui oleh pesakit tersebut sebaliknya dia mahukan Doktor Raiha. Feilcia memberitahu bahawa Doktor Raiha tiada dan tidak dipercayai oleh pesakit itu sebaliknya menganggap Felicia berbohong dan sengapa mahu menipu. Felicia juga dituduh sengaja menceritakan yang baik-baik tanpa memberitahu risiko yang terpaksa dihadapi oleh pesakit.

Felicia cuba menjelaskan hal yang sebenar kepada pesakit itu tetapi pesakit itu digambarkan melemparkan simen dan splinnya ke arahnya menyebabkan Felicia terjelopok, namun itu hanyalah hayalan Felicia semata-mata. Apabila Felicia mengangkat muka suasana menjadi berubah apabila didapati dia berada di stor Pusat Rawatan Pantai Kasih.


BAB 5
Doktor Uwang melarikan diri daripada diganggu bayangan anak perempuan pak ciknya yang mati secara sadis dengan mengunjungi kelab malam serba eksklusif. Walaupun dia mencari ketenangan namun tidak ditemui di kelab malam mewah itu, kerana asyik diperhatikan oleh seorang wanita sejak dia tiba di situ. Tiba-tiba wajah Raiha muncul dalam fikiran Doktor Uwang, begitu juga dengan Unong Siron yang baharu selesai menjalani pembedahan penggantian sendi pinggul yang keenam. Dia tidak mahu bayangan mereka menggangu hasratnya untuk mengaut keuntungan di Pusat Rawatan Pantai Kasih itu.

Doktor Uwang yang menghabiskan masa menikmati kehangatan kelab malam sememangnya seorang yang pemilih. Kupu-kupu malam yang menjadi isteri-isteri tidak rasminya haruslah dipastikan akan kebersihan dan kesihatan mereka terlebih dahulu. Doktor Uwang melihat gelagat pengunjung kelab malam mewah itu. Tiba-tiba wanita-wanita yang dilihatnya dalam kelab malam itu berubah menjadi gadis mirim Unong Siron dan seorang lagi berubah menjadi anak perempuan pak ciknya. Kehadiran mereka dalam fikirannya amat tidak disenangi. Tiba-tiba kepala lutut dan kedua-dua pergelangan tangannya ngilu yang amat sangat.

Felicia berasa kurang senang dengan Raiha yang cuba menganggu kredibilitinya selama ini. Hal ini seolah-oleh menyebabkan dia mengunjungi bilik farmasi untuk mencari kelegaan. Felicia juga berasa terkejut apabila Doktor Mohammad menyatakan bahawa dia mendapat panggilan palsu. Sister Felicia mencadangkan supaya Doktor Mohammad pulang sahaja dan berehat di rumah sebaliknya ditolak malah Doktor Mohammad bercadang untuk bermalam di bilik rehat Pusat Rawatan Pantai Kasih sahaja pada malam itu. Dalam keadaan separa khayal dan didatangi dengan beberapa peristiwa hitam dalam hidunya, Sister Felicia didapati terjelepok di lantai bilik air oleh Ariana namun Sister Felicia menafikan bahawa dia tergelincir di situ.

BAB 6
Doktor Uwang teringat kisah kereta Porsche milik Doktor Sadiz yang terbakar. Kisahnya bermula apabila ayah; Doktor Uwang iaitu Doktor Ontong meminta Doktor Uwang menghantar pak usunya Doktor Sadiz pulang selepas sama-sama meraikan tahun baru di rumahnya. Dalam perjalanan sewaktu hendak menghantar Felecia dan Doktor Sadiz pulang, Doktor Sadiz mendapati pindu kondo tempat tinggalnya terbuka dan terdedah luas. Doktor Sadiz juga berasa aneh kerana kereta Porsche yang diletakkan di garaj juga tidak ada di tempatnya. Doktor Sadiz bergegas keluar dari kereta itu bingkas menuju ke kondminiumnya. TIdak sampai lima minit kemudian, Doktor Sadiz muncul lagi dengan wajah muncung dan merungut-rungut.

Doktor Sadiz marah kerana Raiha membawa lari keretanya dan mengapa tidak menggunakan keretanya sendiri sekalipun minyak keretanya habis isilah sendiri. Doktor Uwang menawarkan diri untuk membantu pak ciknya itu. Doktor Sadiz meminta Doktor Uwang menghantarnya ke lokasi tempat tinggal Raiha. Sister Felicia yang ada dalam kenderaan Doktor Uwang bercadang untuk pulang sendiri tetapi dihalang oleh Doktor Uwang yang akan menghantarnya pulang selepas selesai membantu Doktor Sadiz. Doktor Uwang juga menyatakan hasrat untuk menaikkan pangkat Sister Felicia kerana didapati Felicia komited dengan tugasnya selama ini. Mereka memerhatikan saat Doktor Sadiz muncul dengan gelen minyak yang kosong. Lamunan Doktor Uwang tersentak apabila ada panggilan kecemasan dari Pusat Rawatan Pantai Kasih. Isterinya menyatakan bahawa Doktor Raiha ingin membincangkan hal pesakit Uning Siro dan panggilan tersebut amat penting.

Di ruang tamu apartment tempat tinggal Raiha, dia dikejar perasaan takut dan tidak tenteram. Raiha teringat bagaimana dia mempersoalkan kewibawaan Doktor Uwang sehingga terpaksa menjalankan pembedahan kali kelima terhadap pesakit yang sama di tempat yang sama membuatkan Doktor Uwang marah dan tersinggung. Raiha juga berasa resah apabila Pusat Rawatan Pantai Kasih diceroboh serta peristiwa hitam yang sering datang dalam ingatannya. Raiha juga terbayang saat dia memarahi Sister Felicia yang melayan kasar emak Unong Siron. Felicia yang memanggil emak Unong sebagai ‘sapi tua’ menjelaskan apa sebenarnya yang berlaku antaranya dengan emak Unong ketika itu. Felicia menganggap ‘sapi tua’ itu keterlaluan dan menuduhnya tidak jujur membuat cadangan pembedahan di Pusat Rawatan Pantai Kasih.

Raiha berpendapat bahawa walau apa juga yang dinyatakan oleh Felicia, dia tidak sepatutnya melayan emak Unong dengan kasar begitu. Bagi Raiha yang penting adalah kebajikan para pesakit dan ahli keluarga yang turut terlibat dalam preawatan itu. Mengasari orang yang memang sedia menderita sakit pada badan dan mental, adalah kejam dan meminta Felicia supaya tidak mengulanginya lagi.

Deringan telefon menyentak lamunan Raiha. Panggilan telefon itu memintanya datang segera ke Pusat Rawatan Pantai Kasih. Dia tidak terus bingkas ke sana sebaliknya wajah arwah ayahnya menerjah dalam ingatannya. Arwah ayahnya memang tidak merestui hasratnya untuk menjadi pakar bedah. Walaupun arwah bapanya seorang pakar bedah tetapi dia berpendapat tugas sebegitu tidak sesuai digalas oleh Raiha. Hati Raiha geram dengan telahan bapanya itu lalu dia bingkas bangun dan tergopoh gapah melangkah keluar dari apartmentnya menuju ke Pusat Rawatan Pantai Kasih.

BAB 7
Felicia Landosi, Sister Kanan kepercayaan Doktor Uwang di Pusat Rawatan Pantai Kasih begitu tertekan dengan situasi di tempat kerja apatah lagi Doktor Usman sudah mulai mempertikaikan kewibawaannya setelah mendapati bahawa dia telah melakukan kesalahan besar. Doktor Uwang sering mempersoalkan tentang lafaz yang pernah dibuat oleh Felicia ketika mengikuti Kursus Kejururawatan. Felicia juga tertekan dengan serkahan ‘sapi tua’ iaitu ibu Unong Siron tentang musibah anaknnya berpunca daripada Felicia sendiri. Felicia berasa bahawa dirinya diperendahkan hingga setaraf dengan jiran tetangga sewaktu dia masih dalam alam kanak-kanak hingga alam remaja menyebabkan dia sungguh malu. Kepahitan hidupnya menyebabkan dia berjinak-jinak dengan ubat batuk supaya dia dapat melupakan kisah silamnya.

Felicia juga jengkel dengan sikap Raiha yang dahulunya adalah merupakan rakan karib sekelas yang berjaya menangkapnya ketika melakukan kesalahan. Dia juga begitu tertekan dengan peristiwa hitam yang mencemarkan sejarah hidupnya. Dia sering teringat akan masyarakat jirannya yang mengatakan bahawa dia merupakan golongan masyarakat kelas menengah bawah begitu juga tentang kelahirannya yang tiada diketahui bapa kandungnya. Kenangan hitam itu menghantui dirinya kerana ibunya yang dianggap liar itu menjadikan dia sebagai mangsa ejekkan rakan-rakan sekolah.

Keadaannya semakin parah apabila mula berhalusinasi akibat kesan ubat batuknya itu. Tiba-tiba dia didatangi oleh seorang lelaki kacak yang siap berpakaian seperti seorang doktor. Keadaan mamai menyebabkan Felicia tidak dapat melihat dengan jelas doktor muda itu, Doktor Muda itu bersimpati dengan keadaan Felicia dan kerana sikap prihatinnya itulah Felicia sanggup percaya dengan doktor muda itu.

Raiha yang dalam perjalanan ke Pusat Rawatan Pantai Kasih selepas mendapat panggilan kecemasan tadi mengambil keputusan untuk tidak lagi mempersoalkan kewibawaan Doktor Uwang sehingga mencetuskan ketegangan antaranya dan Doktor Uwang. Setibanya di Pusat Rawatan itu Raiha bergegas ke wad yang dihuni oleh Unong SIron. Doktor Alex Ng menegurnya dengan mesra dan bertanya sebab dia kembali semula sedangkan waktu bertugasnya sudah tamat. Raiha menyatakan bahawa dia menerima panggilan kecemasan tentang Unong Siron. Doktor Alex Ng menjelaskan bahawa mereka tidak membuat panggilan kecemasan tersebut. Raiha teringat bahawa yang membuat panggilan tadi ialah Doktor Uwang sedangkan menurut Alex, Doktor Uwang sudah pulang siang tadi. Mungkin ini adalah panggilan palsu. Alex turut menjelaskan bahawa doktor-doktor lain turut juga menerima panggilan palsu seperti itu. Terlanjur sudah berada di Pusat Rawatan Pantai Kasih, Raiha ingin menjenguk Unong Siron yang baharu sahaja dibedah senja tadi. Dalam benak fikirannya, Raiha berharap Unong akan Berjaya pada kali ini.

BAB 8
Raiha masih dihimpit dengan kenangan silam. Kenangan pedih bersama Doktor Sadiz dan kehilangan anak perempuan kesayangannya itu sering menghantuinya tanpa henti. Lamunannya terhenti apabila dia disapa oleh ibu Unong Siron yang inginkan kepastian keadaan anaknya selepas menjalani pembedahan kali ke-6 infeksi ke atas tulang pinggul. Dia berjanji supaya tidak berulang lagi pembedahan yang menyebabkan ibu tua itu menghadapi kesukaran terutama apabila semua wang simpanannya habis. Dia juga berjanji tidak akan ada derita lagi pada Unong yang terpaksa menghabiskan masa lama di hospital. Setelah memastikan bahawa semuanya berada dalam keadaan normal, Dia amat bersimpati dengan anak gadis kecil itu sehinggakan ingatannya teradap anak gadisnya yang rentung datang kembali. Apatahlagi ingatan terhadap sikap Doktor Sadiz yang memintanya menghantar ayu agar dipelihara oleh orang lain.

Lamunannya tersentak apabila Ariana Abdullah menyatakan bahawa Sister Felicia Landosi ditahan oleh penceroboh yang menyamar sebagai doktor dahulu, di bilik bedah. Keadaan menjadi huru-hara dengan kejadian ini. Ibu Unong Siron menawarkan diri untuk menenangkan penceroboh kerana dia kenal penceroboh yang tinggal bersebelahan dengan kampungnya. Ibu Unong Siron meminta penceroboh yang menyamar sebagai doktor itu membantu menyelamatkan anaknya yang parah. Hati penceroboh itu tersentuh dan membuka pintu kecemasan. Pengawal keselamatan meluru masuk ke dalam bilik tersebut tetapi dihalangi oleh Raiha yang menyatakan bahawa Unong Siron begitu parah dan dibawa ke hospital lain untuk mendapatkan rawatan dan meminta penceroboh itu ke hospital tersebut Peristiwa itu pun berakhir. Ibu Unong Siron menceritakan bahawa sebenarnya penceroboh itu adalah bekas penuntut bidang perubatan sebuah universiti tempatan yang gagal dalam peperiksaan akhir semester.


BAB 9
Sewaktu Doktor Uwang membelok masuk ke kawasan Pusat Rawatan Pantai Kasih, dia ternampak bayangan wajah anak saudaranya yang sudah meninggal dunia akibat rentung di dalam kereta mewah yang terbakar. Dia teringat waktu Doktor Mohammad dan Doktor Alex Ng memintanya bertugas walaupun sebenarnya dia ingin berehat di rumahnya daripada kengiluan pada kedua-dua belah pergelangan tangan dan kepala lututnya. Doktor Uwang juga terimbas kembali tentang infeksi yang berulang kembali walaupun pembedahan kali keenam dilakukan ke atas Unong Siron dan menganggap sekiranya menjadi akut sekaipun bukanlah salahnya. Dia juga terbayang semua wajah pesakitnya yang pernah dibedah seolah-olah mahu berinteraksi dengannya. Kemudian disusuli dengan wajah seorang kanak-kanak perempuan yang seluruh badannya melecur. Kesemua wajah-wajah ini mengganggu hidupnya belakangan ini.

Doktor Uwang juga teringat saat dia menghantar Dotor Sadiz dan Felicia Landosi pulang selepas menghadiri majlis sempena menyambut ketibaan tahun baru. Doktor Sadiz yang marah apabila mendapati Raiha membawa pulang kereta Porsche bersama-sama aak perempuannya. Dia juga teringat ketika membawa Doktor Sadiz untuk membeli minyak petrol selepas itu dan berhenti di sebuah rumah tumpagan pada tengah malam dan teringat saat kereta Porsche itu dijilat api tidak lama kemudian sehingga menyambar kanak-kanak perempuan yang secara kebetulan berada di situ.

Doktor Uwang juga terbayang wajah perempuan tua yang memohon simpati sebagaimana wajah-wajah waris pesakit golongan kelas menengah bawah yang lain. Perempuan tua itu bertanya tentang kesan sekiranya komplikasi masih berlaku walaupun anaknya sudah dibedah sebanyak enam kali. Doktor Uwang masih mengatakan bahawa urusan wang bukanlah urusannya. Kemarahan perempuan tua itu menyebabkan Doktor Uwang tercabar apabila dicop sebagai doktor mata duitan. Doktor Uwang tersentak apabila ingatannya kembali kepada penceroboh yang masuk dan menyamar sebagai Doktor di Pusat Rawatan Pantai Kasih yang sepatutnya sesuai menangani kes anak peremuan tua itu.

Raiha teringat sikap Doktor Sadiz yang tidak akan memaafkannya walaupun sampai dia meninggal dunia. Doktor Sadiz akan membiarkan hidup Raiha tergantung-gantung. Raiha turut melihat sikap Doktor Sadiz yang keluar melangkah dari mahkamah keluarga dengan senyum sinis. Dia juga masih ingat dengan tidak dijangka-jangka kereta Doktor Sadiz yang memecut laju dan sedang memngekori lori minyak petrol merempuh belakang lori yang berhenti secara tiba-tiba di persimpangan lampu trafik.

Akhirnya Doktor Uwang telah merempuh tembok Pusat Rawatan Pantai Kasih akibat seluruh tubuhnya tidak dapat berfungsi dengan baik apabila tangannya berasa kebas dan lututnya kejang. Dia dikeluarkan dari kenderaan mewah yang dipandunya dengan bantuan pekerja-pekerja pusat rawatan tersebut dan Raihalah yang mengambil alih menyelematkan nyawanya dan melakukan pembedahan apabila didapati kecederaan teruk di bahagian pergelengan tangan dan lutut kaki yang hancur dan memerlukan penggantian sendi pada anggota tersebut.

Akhirnya Felicia Landosi memohon maaf adaripada Raiha atas penglibatan dirinya menjadi budak suruhan membeli minyak petrol oleh Doktor Sadiz yang akhirnya berjaya menjejaki Raiha dan menjadi saksi apabila Doktor Sadiz melepas geram dengan membakar kereta itu sendiri. Dia sendiri terkejut apabila secara tiba-tiba anak Raiha muncul di situ dan langsung disambar api dan dia turut menyatakan bahawa sewaktu di mahkamah dia tidak tampil sebagai saksi kerana takut. Raiha akhirnya tersedar bahawa mereka adalah mangsa keadaan.

Comments