Asas 50


Asas 50

Angkatan Sasterawan 50 atau ASAS 50 melibatkan tokoh-tokohnya yang terdiri daripada : Usman Awang, Abdul Samad Ismail, Keris Mas, Jimy Asmara, Masuri SN, Mas, dan Asraf.

Tujuan penubuhan Angkatan ASAS ’50

Memperluaskan dan mempertinggikan martabat kesusasteraan dan kebudayaan Melayu. Ahli-ahli Asas 50 bersepakat untuk bersama-sama berjuang untuk memperluas dan mempertinggikan status kesusasteraan dan kebudayaan Melayu yang menjadi tunjang dan tulang belakang bangsa yang majmuk di Tanah Melayu sekitar tahun 1950-an. mempelajari bidang karangan tentang sastera : seperti cerita, lakonan, buku, rencana, pengetahuan, kebudayaan dan peradaban Melayu.-mengubah dan mencipta perkara-perkara di atas yang mengandungi aliran dan fikiran yang maju untuk disiarkan dan diterbitkan.mengatur dan mengadakan syarahan dan perdebatan tentang segala lapangan sastera.menyatakan sebarang usaha karang-mengarang tentang bahasa dan sastera.


Melindungi hak-hak muslihat seluruh ahli dan pengarangnya. Angkatan Sasterawan 50 juga mengariskan matlmatnya untuk menjaga dan melindungi anggotanya dari segi undang-undang dan peraturan negara. Ahli- ahli ASAS 50 akan mendapat perlindungan undang-undang dan hak yang sewajarnya sebagai penulis atau pengarang.menentukan bayarang mengikut harga karangan yang dihasilkan.Membantu sasterawan dalam menajukan cita-cita dan kewangan..Memberi perlindungan di sisi undang-undang, jira tulisan ahli terkeluar dari pada undang-undang.
Mempelajari undang-undang negeri yang berhubung dengan penerbitan.

Mengadakan pembaharuan dalam sastera tanpa melenyapkan yang lama. Asas 50 juga mengariskan matlamat pertubuhannya di mana ahli-ahlinya akan mengadakan dan menerima pembaharuan – pembaharuan dalam bidang sastera dan bahasa selari dengan perkembangan zaman. Tetapi dalam hal yang sama Asas 50 tidak akan menghapuskan khazanah dan langgam sastera lama yang telah diwarisi demi untuk kemajuan sastera dan bahasa Melayu. .Memaju dan memperbaiki bahasa Melayu dalam penghasilan karya sastera. Mengubah, mencipta, membasmi dan membina perkataan-perkataan untuk memperkayakan bahasa dan sastera.

Bahasa dan Kesusasteraan mestilah dijadikan alat untuk perpaduan kebangsaan dan perjuangan kemerdekaan. Bahasa dan kesusasteraan adalah alat untuk memajukan fikiran rakyat, sesuai dengan cita-cita keadilan masyarakat . Ini semua seperti yang termaktub dalam Kongres Bahasa 1956 seperti yang tercatat dalam Memoranda ASAS 50.

Keadilan masyarakat , kemakmuran rakyat dan perdamaian hidup. Memajukan pemikiran rakyat dan perpaduan kebangsaan menerusi bahasa dan kesusasteraan Melayu agar masyarakat sedar bahawa bahasa dan kesusasteraan Melayu adalah jambatan ke arah itu, seperti yang termaktub dalam Memoranda ASAS 50.

Kesusasteraan harus mengubah nilai yang usang kepada yang baru. Kesusasteraan berfungsi untuk menyedarkan rakyat dari tidur yang lena di pangkuan penjajah dan meniupkan semangat dengan kesedaran kemerdekaan terutama dalam bidang sastera dari segi teknik. kebanyakannya jelas terlihat pada tulisan-tulisan tokoh-tokoh ASAS 50 yang tersiar dalam Utusan Zaman dan Mastika serta dalam ceramah-ceramah di radio.

Aktiviti dan sumbangan ASAS 50

Penulis Angkatan ASAS 50 bergiat cergas dalam bidang penulisan sajak. Sajak-sajak penulis ASAS 50 tersiar dalam akhbar dan majalah Hiburan, Mutiara, Kencana, Utusan Zaman dan Mastika. Sajak ASAS 50 membawa persoalan perjuangan kemerdekaan , nasib kaum buruh, dan kemiskinan petani yang selari dengan slogannya ”Seni Untuk Masyarakat”.Penyajak ASAS 50 adalah Usman Awang(Tongkat Warrant) dan Masuri SN. Sajak ”Nelayan, Gadis Kuburan, Pak Utih, Nasib Buruh dan Ke Makam Bonda” karya Usman Awang. Antologi Puisi Baru, Awan Putih, Warna Suasana karya Masuri SN.

Penulis Angkatan ASAS 50 bergiat cergas dalam bidang penulisan cerpen. Cerpen-cerpen penulis ASAS 50 tersiar dalam akhbar dan majalah Hiburan, Juita,Mutiara, Mastika, Utusan Zaman .Cerpen ASAS 50 membawa persoalan darurat , nasib kaum buruh, dan ketidakadilan sosial yang selari dengan slogannya ”Seni Untuk Masyarakat”. Cerpenis ASAS 50 adalah Keris Mas, Awa nil-Sarkam dan A. Samad Said. Cerpen ASAS 50 Antologi Cerpen “ Mekar dan Segar dan Patah Tumbuh “ karya Keris Mas.



Penulis Angkatan ASAS 50 bergiat cergas dalam bidang kritikan sastera. Tulisan kritikan sastera ASAS 50 banyak tersiar dalam majalah Mastika dan Utusan Zaman .Penghasilan tulisan kritikan sastera ASAS 50 memperjuangkan slogan ”Seni Untuk Masyarakat” dan fungsi kesusasteraan kepada masyarakat.Berlaku polimek antara Asraf –”Seni Untuk Masyarakat ”dengan Hamzah ”Seni Untuk Seni” menyebabkan Hamzah keluar dari ASAS 50. Pengkritik ASAS 50 adalah Asraf, Keris Mas dan Hamzah. Tulisan kritikan Aasas 50 ”Mencari Pembaharuan Dalam Kesusasteraan Melayu” dan ”Esei Sastera ASAS 50 ”(Antologi Esei Kritikan bersama) karya Araf. ”Asas Kebudayaan Kebangsaan (antologi bersama) dan ”Di sekitar Pemikiran Kesusasteraan Malaysia 1957-1972 (antologi bersama) karya Keris Mas.

Penulis Angkatan ASAS 50 juga menceburi bidang penulisan novel. Penulisan novel juga diceburi oleh penulis ASAS 50 walaupun tidak begitu cergas dan popular Persoalan utama penulisan novel ASAS 50 ialah percintaan muda-mudi, kemiskinan dan ketidak adilan sosial. Penulis novel ASAS 50 adalah Rosmera dan Wijaya Mala (Abu Yazid Abidin) Novel “Perempuan Berbaju Hijau, Melati Korban Cinta Suci, Pelukis Muda dan Meja Bola” karya Rosmera. Novel “ Mata Intan, Saka Kampung Gergasi , Muda Tak Sudah” karya Wijaya Mala.

Penulis ASAS 50 juga menceburi bidang penulisan Bahasa. Penulis ASAS 50 gigih berusaha bagi memperkembangkan dan mendaulatkan bahasa Melayu di sekitar tahun 50-an. Berhasil menjadikan tulisan rumi sebagai tulisan rasmi dengan tidak melupakan tulisan jawi. Tokoh bahasa ASAS 50 adalah Asraf ASAS 50 menjayakan Kongres Bahasa Melayu dan Persuratan Melayu I, II dan III.

Mempopularkan lagi bidang kesusasteraan. Tulisan-tulisan pada zaman ASAS 50 sama ada esei, kritikan dan polimik yang berlaku telah berhasil menyampaikan suara kesusasteraan kepada khalayak masyarakat.

HARI INI DALAM SEJARAH


Pada hari ini 6.8.1950, sebuah Persatuan Penulis yang dikenali sebagai Angkatan Sasterawan 50 atau ringkasnya "ASAS 50" telah ditubuhkan di Singapura. Persatuan itu telah diasaskan oleh beberapa orang penulis Melayu Singapura dan sebahagian besarnya merupakan penulis-penulis dan pengarang-pengarang Tanah Melayu yang terpaksa berhijrah ke Singapura akibat tekanan penjajah Inggeris terhadap kegiatan politik dan kreativiti mereka. Di antara tokoh-tokoh penting ASAS 50 ini ialah Kamaluddin Muhammad atau Kris Mas, Usman Awang atau Tongkat Waran, Masuri S.N., Mohd. Arif Ahmad atau MAS, Abdul Wahab Muhamad atau Awamil Sarkam, Asraf dan Hamzah.


Secara umumnya penubuhan ASAS 50 ini ialah untuk :-
  1. Memperluas dan mempertinggikan mutu Sastera Melayu
  2. Melindungi hak-hak dan kepentingan para penulis dan para pengarang dan
  3. Mengadakan pembaharuan dalam sastera.
Ia bergerak dengan cita-cita memajukan bahasa dan sastera Melayu sebagai alat untuk menuju ke arah kemerdekaan, keadilan sosial dan kemajuan fikiran, selari dengan konsep perjuangannya, 'Seni Untuk Masyarakat' atau 'Seni Untuk Rakyat'. 

Berpegang kepada Konsep ini ASAS 50 telah berjaya membawa satu bentuk dalam bidang penulisan cerpen dan sajak. Pada umumnya tema cerpen dan sajak ASAS 50 adalah bersifat kritik masyarakat. Oleh itu banyak dari cerpen atau sajak yang mereka hasilkan adalah mengarah kepada menentang golongan atasan dan membela kaum buruh, petani dan nelayan. Penubuhan ASAS 50 pada hari ini dalam tahun 1950, meskipun terdapat kelemahan-kelemahan dan tentangan-tentangan terhadapnya, ASAS 50 telah berjaya memberi daya dan mewarnai kehidupan sastera zamannya dalam bentuknya sebagai sastera majalah dan surat khabar. Ia juga adalah pelopor pembaharuan kepada kesusasteraan melayu moden iaitu selepas Perang Dunis Kedua.


Comments

  1. Assalamualaikum. dimana saya boleh dapatkan sumber artikel yang banyak untuk ASAS 50? perkembangan mereka.

    ReplyDelete

Post a Comment