Sinopsis Sulalatus Salatin Bab II

Sinopsis Sulalatus Salatin


Bab II
Kisah Bermula di Bukit Si Guntang


Terdapat sebuah negeri di tanah Andalus yang bernama Palembang. di bawah perintah raja Demang Lebar Daun, iaitu keturunan anak cucu raja Sulan. Di negeri Palembang, terdapat sebuah bukit yang bernama Bukit Seguntang. Di sana, tinggal dua orang gadis dua beradik, iaitu Wan Empuk dan Wan Malini yang berhuma padi.

Atas wasiat raja Suran, ketiga-tiga orang puteranya telah dihantar ke dunia oleh raja Akhbabul Ard. Mereka diberi memakai alat kerajaan yang selengkapnya keluar dari negeri Dika dengan menunggang seekor lembu putih. Mereka mendarat di Bukit seguntang pada waktu malam. Ketika mendarat di sana, suatu keanehan berlaku. Padi yang ditanam oleh Wan Empuk dan Wan Malini berbuahkan emas, berdaunkan perak dan berbatangkan suasa. Manakala tanah negara bukit itu menjadi seperti warna keemas-emasan.

Demang Lebar Daun yang mendapat perkhabaran tersebut telah berangkat ke rumah Wan Empuk dan Wan Malini. Ketiga-tiga putera raja Suran dibawa ke negeri Palembang dengan menaiki lembu putih. Dengan takdir Allah, lembu kenaikan putera raja Suran muntahkan buih dan keluarlah seorang manusia lelaki, hadir dengan pakaian. Demang Lebar Daun telah menamakannya sebagai “Batala”, iaitu asal orang membaca ciri dahulukala.

Catatan penting:
  • Unsur pengembaraan watak-watak
  • Unsur Hindu ( nama watak, lembu putih yang dianggap sebagai binatang suci dan motif tanah tinggi yang menjadi tempat suci dalam kepercayaan Hindu.
  • Kepentingan peristiwa mitos – menunjukkan keluarbiasaan. keagungan dan kedaulatan keturunan Iskandar Zul-Kanain\
  • Mitos asal-usul manusia – Bat (Batala) berasal daripada muntah lembu.
  • Simbol/perlambangan – emas, perak dan suasa adalah lambing kekayaan, kemewahan, kesejahteraan dan kemakmuran
  • Watak bukan makhluk manusia/binatang, iaitu lembu putih.
Asal raja Minangkabau dan Tanjung Pura

Demang Lebar Daun didatangi oleh Patih Suatang, iaitu Raja Minangkabau, meminta seorang anak raja untuk dirajakan di Minangkabau. Ekoran daripada peristiwa tersebut, Demang Lebar Daun telah menyerahkan Nila Pahlawan untuk ditabalkan sebagai raja di Minangkabau dengan gelaran Sang Si Perba. Selain itu Demang Lebar Daun juga telah menyerahkan Krisyna Pendita kepada orang-orang Tanjung Pura yang telah kemangkatan raja. Manakala Nla Utama pula telah ditabalkan sebagai raja di negeri Palembang dengan gelaran Seri Teri Buana. Baginda telah berkahwin dengan anak-anak raja dalam negeri Palembang, tetapi setelah beradu, maka semuanya menjadi kedal. Baginda kemudiannya berhasrat pula untuk mengahwini Raden Ratna Cendera Puri, iaitu puteri Demang Lebar Daun.

Catatan penting:

  • Konsep “daulat” dan “tulah” – dalam peristiwa anak-anak raja di negeri Palembang yang diperisteri Nila Utama terkena “tulah”, iaitu mengidap penyakit kedal kerana “daulat” raja Nila Utama/Seri Teri Buana.
Bersumpah Berteguh Janji

Demang Lebar Daun meminta supaya Seri Teri Buana berjanji (berwaadat) dengannya terlebih dahulu sebelum berkahwin dengan puterinya Raden Ratna Cendera Puri. Demang Lebar Daun meminta jika anaknya terkena penyakit kedal setelah berkahwin dengan baginda, dia tidak akan dihalau dari istana. Sebaliknya anaknya itu mestilah menjadi pengurus dapur atau menyapu sampah di bawah peraduan baginda dan sekiranya anaknya membuat salah janganlah dimalukan.

Perjanjian ini juga menetapkan golongan raja tidak akan melakukan kezaliman kepada rakyatnya dan golongan rakyat pula tidak akan menderhaka kepada raja melainkan raja dahulu yang menzalimi rakyat. Sekiranya rakyat menderhaka kepada raja, Allah akan menterbalikkan bumbung rumahnya ke bawah dan kakinya ke atas, Manakala jka raja yang menzalimi rakyat, Allah akan membinasakan negeri dan kerajaannya. Raden Ratna Cendera Puri didapati tidak kedal setelah dikahwini oleh Seri Teri Buana. Hal ini kerana Demang Lebar Daun merupakan keturunan Raja Sulan.

Pada suatu hari yang lain, berlaku peristiwa hanyut buih dari hulu sungai Palembang. Di dalamnya terdapat seorang budak perempuan yang elok rupa parasnya, diambil oleh Seri Teri Buana dan dinamakan Puteri tanjung Buih.

Catatan Penting:
  •  Waad/perjanjian/sumpah setia/ikrar telah melahirkan “Konsep Pemerintahan Beraja “ yang pertama di alam Melayu
  • Waad mensahihkan/mengikhtiraf golongan raja sebagai pemerintah
  • Waad juga telah melahirkan konsep “daulat” dan “derhaka”.
  •  Mitos asal-usul raja/manusia – asal-usul Puteri Tanjung Buih.


Membunuh Ular Sakti Mona

Nila Pahlawan (Sang Si Perba) menitahkan hulubalangnya yang bernama Pamasku Mambang untuk membunuh seekor ular Sakti Mona yang memusnahkan hasil tanaman dan mengganggu ketenteraman penduduk Minangkabau. Pamasku Mambang berjaya membunuh ular tersebut dengan menggunakan Curik Si Mandang Kini anugerah Sang Si Perba.

 Mencari Tempat Baru Untuk Berbuat Negeri

Seri Teri Buana bersama mertuanya, Demang Lebar Daun serta pengikut-pengikutnya keluar mengembara mencari tempat baru untuk berbuat negeri. Baginda dan pengikut-pengikutnya tiba di Kuala Inderagiri. Pada suatu ketika, baginda tiba pula di suatu selat, dan kemudian ke Kuala Kuantan, rombongan baginda keputusan bekalan air minum. Di sini, baginda menunjukkan kelebihan menawarkan air laut yang masin. Baginda menitahkan pengikutnya membuat lingkaran rotan, lalu baginda mencelupkan ibu jari kaki baginda ke dalam lingkaran tesebut menyebabkan air masin bertukar menjadi tawar. Tempat tersebut  kemudiannya dinamakan“Selat Air tawar

Apabila Raja Bintan, iaitu Wan Seri Beni mengetahui Seri Teri Buana berada di Selat Sumbu, baginda menitahkan kepada pembesarnya Aria Bupala dan menterinya pergi menyambut kedatangan Seri Teri Buana dan rombongan ke Bintan.

Catatan penting:

  • Kepentingan episod menunjukkan keistimewaan Seri Teri Buana keturunan Iskandar Zul-Karnain
  • Mitos asal-usul tempat – “Selat Air Tawar”


Jadi Anak Angkat Raja Perempuan Bintan

Seri Teri Buana dijadikan anak angkat oleh Wan Seri Beni. Baginda telah menyerahkan kerajaan baginda kepada Seri Teri Buana dan melantik Demang Lebar Daun sebagai Bendahara Bintan. Pada suatu hari, Seri Teri Buana keluar berburu bersama-sama pengikutnya di Bengkilan. Kemudian baginda berburu dari Tanjung Bemban sampai ke
Tanjung Sengkuang. Ketika berdiri di atas bukit, baginda nampak pasir putih terhampar  di tanah seberang, iaitu Temasik. Ini menyebabkan baginda berhasrat untuk pergi ke Temasik.


Temasik Di Jumpai

Seri Teri Buana dan rombongan pergi ke Temasik dengan menyeberangi laut. Ketika sampai ke tengah laut, ribut kencang dan ombak besar tiba-tiba melanda kapal baginda dan rombongan. Semua barang dalam kapal kenaikan Seri Teri Buana dibuang ke laut, namun kapal yang hampir tenggelam tidak juga mahu timbul Peristiwa ini berlaku ketika rombongan sampai di Teluk Belanga. Akhirnya baginda meletakkan mahkota ke air, barulah ribut dan ombak reda dan kapal timbul seperti asal. Seri Teri Buana selamat sampai di Temasik.

Ketika Seri Buana berteduh di bawah pohon jambu air, baginda ternampak seekor singa yang tangkas dan hebat melintasi di hadapan baginda. Singa tersebut berbulu merah tubuhnya, kepalanya berwarna kehitam-hitaman dan bulu didadanya berbintik-bint putih. Tempat tersebut akhirnya dibuka sebagai negeri baru dan di namakan Singapura . Seri Teri Buana telah ditabalkan sebagai raja Singapura yang pertama oleh Wan eri Beni.


Catatan penting:

  • Menunjukkan kedaulatan dan keistimewaan alat/pakaian Seri Teri Buana boleh menyelamatkan nyawa.
  • Mitos asal-usul pembukaan negeri/tempat - mitos pembukaan negeri Singapura daripada nama binatang, iaitu  “Singa”.
  • Unsur pengembaraan



Comments