secebis

Blog Mimbar Kata

bahasa dalam puisi

blog mimbar kata

menatap kepayahan dalam denu

blog mimbar kata

kau ada

blog mimbar kata

26 Jul 2020

catatan yang sangat indah (Bahagian 3)

CATATAN YANG SANGAT INDAH 
(Bahagian 3)

awak tua bandar terbuka
emas habis,dagangan mudah
kerbau kambing sesak di padang
itik angsa tenang kuala
merpati lindungan langit
rengkiang tujuh sejanjar
teman dengan sekerat kota
emas perak penuh di rumah
tangga rumah emas bertuang
ibu tangga emas bertitik
batuan sawa mengulur
penuh sesak hamba sahaya
ada yang empat senama
ada yang lima senama
dilaung di rumah di tanah menyahut
dilaung di tanah di rumah menyahut

Demikian gambaran sebuah gurindam negeri bernama bandar Muar. Negeri diperintah oleh Tuanku Gombang Malim Dewa dan permaisuri baginda bernama Tuan Puteri Lindungan Bulan. Baginda sultan dan permaisuri memiliki seorang putera bernama Tuanku Malim Deman.

Ternyata negeri bandar Muar sebuah negeri yang aman makmur serta penuh dengan kekayaan flora dan faunanya. Kekayaan ini memberi gambaran tentang kemakmuran dan keselamatan sebuah negeri.

Selain itu bandar Muar juga memiliki bilangan penduduk yang ramai disebut penuh sesak hamba sahaya ada yang empat senama dan ada yang lima senama. Inilah kedamaian dan keselesaan hidup dii sebuah negeri yang memiliki serba kekayaan dan segala kemewahan serta rakyatnya dalam kesatauan dan perpaduan.

Dalam Hikayat Malim Deman keluasan negeri bandar Muar disebuatkan sebagai :

medannya indah bukan kepalang
rantaunya luas bagai dibentang
tebingnya tinggi bagai siraut
pasirnya serong bentuk taji
batunya ada besar dan kecil
yang kecil pelontar baalam
jika untung kena ke balam
jikalau tidak kena ke tanah
menderu selawat ibu ayam
elang disambar punai tanah.

Aspek perekonomian dan dagang terlihat jelas bahawa bandar Muar menjadi pusat utama kegiatan daganag dan ekonomi
yang melibatkan pelabuhan negeri . Kegiatan dagang dan ekonomi dijelaskan :

selup wangkang bergandingan
berjenis-jenis gada-gadanya
ada yang merah gada-gadanya
muatan sutera dan mastuli
ada yang putih gada-gadanya
muatan lilin dengan getah
ada yang hijau gada-gadanya
muatan kesumba dengan malau
ada yang kuning gada-gadanya
muatan emas dengan perak

Sebuah negeri dengan kemakmuran dan kesejahteraan rakyat hidup bersama. Terlalu manis dan indah dalam tatap rakyat dan bangga diri menyanjung negeri sendiri. Ungkap kata dan main bahasa yang digambarkan memberitahu tiada lain akan rasa bangga dan syukur akan negeri sendiri. Kemakmuran melimpah ruah dengan kekayaan hasil negeri, keramaian penduduk dan kegiatan di segenap laut dan pelabuhan yang menghasilkan pendapatan negeri. Inilah gambarkan rasa cinta yang sangat mendalam terhadap tanah air dan rasa bahagia yang melantun jauh membuah penghargaan kepada tanah sendiri.

Apakah begitu sikap kita dengan negeri kita sendiri?



24 Jul 2020

catatan yang sangat indah Bahagian 2

CATATAN YANG SANGAT INDAH
(Bahagian 2)

Buah jarak dari kerinci
dibawa lalu ke seberang
bukan berparak kerana benci
kajang berparak kerana orang

kajang orang kajang berlipat
kajang sahaya mengkuang layu
dagang orang dagang bertempat
dagang sahaya berhati sayu

Demikian pantuan Tuan Puteri Bongsu mengungkap rasa hiba dan kecewa dengan sikap dan tindakan suaminya Tuanku Malim Deman. Harapan hanya tinggal harapan tidak dimakbulkan oleh banginda raja.

Sejak lahirnya putera baginda Tuanku Malim Dewana sang raja tidak pernah menjenguk dan menyentuh putera baginda. Lama permaisuri menunggu untuk melihat detik bahagia sang ayah dan anak dalam pelukan. Kecewa yang sangat tidak tertahan

Dipaksanya Bujang Selamat menemui raja dan mempersilakan baginda bertemu anakandanya. Ketika Bujang Selamat menghadap baginda sedang bergurau senda dengan Si kembang China. Baginda syik pula bermain catur dengan Si kembang China tanpa mempeduli pelawaan sang puteri.

Kembali Bujang Selamat menemui puteri dan disembah apa terjadi/ Luluh dan hancur hati puteri kecewa dengan sikap seorang suami.

Malam itu bulan terang dan Tuan Puteri Bongsu terpandang baju layang yang disembunyi suami. Baju layang ini membolehkan dia kembali ke kayangan. Kehancuran dan airmata berderaian menatap baju layang kenangan menjlema tika bertemu sang raja. Segala yang manis dan indah kini hanya airmata...

Tiada pilihan lain bagi tuan puteri lalu bersabda
Auhai Kembang inilah kain taruhkan beta selimut putera beta serta pula minyak si lompat pagar persembahan beta kepada Tuanku Malim Deman buat kenang-kenangan kemudian hari kelak kerana beta ini hendak kembali ke atas kayangan mendapatkan ayahanda bonda beta kerana beta duduk di sinipun tiada dipergunakan orang, berdagnag diri sahaja beta berdua beranak"

Menangislah biti perwara dayang dan Kembang China mendengar sabda permaisuri. Pergi membawa reput hati akibat tindak sang suami.

Berpantunlah permaisuri sebelum terbang pergi

Ada kain songket permata
Tenun puteri Galuh Kencana
Ada lain buangkan beta
Kerana beta dagang yang hina

Mendengar kata-kata begitu menangislah Tuanku Malim Deman. Isteri tersayaang melayah terbang hati baginda raja terbelah terisi gelap yang panjang.....


23 Jul 2020

catatan yang sangat indah

CATATAN YANG SANGAT INDAH



Habis hari berganti hari
habis malam berganti malam
habis bulan berganti bulan
habis tahun berganti tahun

Demikian gambaran perjalanan, jarak dan masa seorang manusia dalam pencarian atau pengembaraan yang tertulis dalam Hikayat Malim Deman

Untuk apa semua itu? Jarak yang begitu jauh masa yang lama dan pencarian apakah yang sedang diharungi?

Ketika berpesan sebelum meninggalkan istana bandar Muar
Titah baginda Tuanku Malim Deman Ayuhai kakak Kembang dan Bujang Selamat laki isteri, tinggallah tunggu istana ini beta hendak berjalan, akan tetapi jikalau beta tiada balik ke dalam negeri Bandar Muar ini lagi'

Perjalanan pergi baginda diiringi tangis dan pilu rakyat dan sahaya. ratap dayang biti perwara seisi istana. Simpati yang tak tetucap hanya mengalirlah sia airmata. Bercampur pilu dan sayu akan kepergian banginda raja yang meninggalkan istana dan negeri bukan kerana lain tetapi mencari anak dan isteri yang meninggalkan istana . Tuan Puteri Bongsu telah membawa anaknya kembali ke kayangan.

Dalam duka dan pilu yang merentas jiwa Tuanku Malim Deman berkelana sendirian merempuh rimba gunung dan lembah tanpa rasa penta dan jemu. Dalam hati hanyalah mencari ke mana isteri dan anak tercinta menghilnag...

Tiba di rumah Nenek Kebayan Tuanku Malim Deman sekali lagi merasa hampa kerana Tuan Puteri Bongsu dalam rajuk dan pilu hatinya telah kembali ke kayangan. Nenek Kebayan memberitahu bahawa Tuan Puteri Bongsu akan dikahwinkan dengan raja mambang bernama Mambang Molek.

Roh dan semangat Tuanku Malim Deman terbang melayang. Berita yang sangat memilukan dan mendukacitakan, Jauh berjalan hanya itu berita yang tiba dan sampai hatinya pula Puteri Bongsu berbuat begitu...

Apa yang indah dalam petik cerita ini ialah kesungguhan dan kekuatan semangat Tuanku Malim Deman mencari isteri dan anaknya. Kesetiaan rakyat yang tiada tandingnya.
Ternyata juga hati kecewa sang puteri tak terubat lagi...

21 Jul 2020

ajari aku berjalan



ajari aku berjalan
sebuah puisi motivasi
barangkali bisa memberi....

selamat kembali, utusan









SEBAGAI mantan Pengarang Utusan Malaysia dan Penolong Ketua Pengarang Utusan, jawatan terakhir sebelum saya berhenti pada 2018; saya amat teruja dengan kemunculan baharu akhbar itu.

Ada yang menyambutnya dengan gembira, ada yang duka dan lara serta ada juga yang bernada sinis. Pendek kata pelbagai reaksi dilontarkan. Sebuah portal berita melaporkan dalam kemunculan baharu itu bekas kakitangan akhbar itu terus diabaikan.

Sebagai wartawan profesional menjangkaui tiga dekad, saya menerima kelahiran baharu itu dengan hati terbuka.

Sedikit sebanyak ia akan menambah koleksi kewartawanan arus perdana Melayu yang semakin malap dan mendung. Dalam dunia digital yang semakin kompleks sekarang, kita berharap kewartawanan jitu Melayu tidak diambil alih oleh media sosial yang menjadi kegilaan masyarakat kita.

Orang Melayu sudah lupa untuk membaca akhbar-akhbar arus perdana. Mereka hanya membaca melalui kongsian dalam talian di WhatsApp dan rangkaian sosial media yang lain.

Akhbar cetak bukan lagi pilihan. Cuba tanya diri sendiri bila kali terakhir kita membeli akhbar kertas? Bila kali terakhir kita membeli akhbar cetak Berita Harian atau Sinar Harian; NST atau The Star?

Ironinya sejak kebelakangan ini ada pula rakan-rakan kita mengedarkan versi Pdf akhbar-akhbar itu dalam grup Whatsapp.

Seorang rakan saya, Datuk Seri Azman Ujang satu pagi menghantar mesej kepada saya setelah menerima akhbar-akhbar versi itu:

“Yg macam ni lah menyebabkan akhbar lagi tak laku…”

Semasa saya di Utusan Melayu (M) Berhad, sebelum syarikat itu digulungtikarkan pada 2019, kita telah meramalkan akhbar-akhbar terbitannya sukar untuk melonjak kembali disebabkan konflik dengan pengguna telefon pintar.

Pembaca lebih minat membaca melalui telefon mereka. Benarlah kata Guru Komunikasi, Marshall McLuhan (Understanding Media: The Extensions of Man 1964) bahawa medium yang mempengaruhi masyarakat berbanding mesej yang kita baca. Medium itu selepas 55 tahun kemudiannya ialah: telefon pintar itulah, yang sedang saya taip artikel ini.

Dengan jumlah penduduk lebih 32 juta, rakyat Malaysia memiliki telefon pintar tertinggi di dunia, malah 78.7 peratus daripada lebih 24 juta penduduk adalah pengguna Internet.

Jumlah itu menjadikan kita berada pada tempat ke-29 penggunaan Internet tertinggi di dunia; dan ke-10 pemilik telefon pintar terbesardi dunia.

Perdebatan mengenai “the survival” atau hidup mati akhbar-akhbar terus berlangsung. Saya masih ingat semasa dalam kuliah pengurusan media di UK pertengahan 90 dahulu; kami berdebat tentang apa akan terjadi kepada akhbar-akhbar dan media dengan kedatangan (the advent) Internet.

Ternyata inilah yang berlaku. Saya melihat dengan mata kepala saya di Utusan Melayu bagaimana graf jualan akhbar terus jatuh dan tidak naik-naik selepas era 90-an. Sudah tentulah banyak faktor yang mempengaruhi, termasuk kecelaruan fahaman politik; golongan tua yang sudah mati; dan kemunculan generasi x, y dan z serta gajet-gajet mereka.

Di Malaysia, nampaknya medium akhbar lebih cepat mati berbanding dengan negara maju; jika dilihat daripada statistik di atas.

Namun, di negara maju, penggunaan media sosial tidak segila negara ini. Di UK akhbar-akhbar cetak masih laku dijual; begitu juga pengalaman saya semasa berada di Jerman tidak lama dulu.

Walaupun ada kejatuhan-atas pengaruh media sosial, seorang kenalan saya di Frankfurt, Prof Gerhard Trosien berkata beliau masih melanggan akhbar kegemarannya.

Newsstands di luar kedai runcit masih menjual akhbar-akhbar cetakan dengan banyaknya.

Tapi ia berlainan dengan negara kita, sebuah negara sedang membangun yang pesat. Di Barat-Maju tidaklah sesesak-setenat-sekalut kita di negara ini. Masyarakat mereka lebih tenang berbanding kita. Akhbar cetak masih dalam tangan mereka, walaupun banyak juga akhbar yang sudah gulung-tikar.

Celaruan fikiran kita terlalu kronik — dalam semua aspek, dari gelagat wakil-wakil rakyat di Parlimen; sehinggalah masalah sosial yang teruk di kampung-kampung pedalaman.

Semasa saya menulis tulisan ini, sekitar jam 8 malam 20 Julai; saya masih belum membeli akhbar cetakan terbitan semula sulung Utusan Malaysia (maaf terlupa).

Dengan budaya baharu Covid-19 membeli secara talian sekarang, akhbar baharu ini sepatutnya merebut peluang menjualnya melalui langganan talian. Saya tidak pasti, mungkin ada, namun saya maaih belum nampak kempennya?

Apa pun saya ucapkan selamat maju jaya kepada akhbar Utusan Malaysia dan Kosmo yang diterbitkan semula melalui ownership tauke yang baharu.

Ingatlah Utusan Melayu telah melalui beberapa tahap peralihan pemilikan bermula dari 1938 di Singapura; pada Februari 1958, lima bulan selepas Tanah Melayu mencapai kemerdekaan, ibu pejabat Utusan Melayu di Singapura berpindah ke Kuala Lumpur.

Pada 1961, berlaku mogok besar kakitangan Utusan Melayu yang menentang pengambilalihan syarikat oleh parti politik, UMNO.

Pada tahun 1967, syarikat akhbar itu diperbadankan sebagai sebuah syarikat berhad dan disenaraikan di papan utama BSKL pada 1994.

Pada 2019 akibat masalah kewangan yang meruncing, syarikat itu akhirnya mati digulung secara sukarela oleh ahli lembaga pengarahnya — dengan kesemua aset-asetnya dilupuskan.

Permit akhbar Utusan Malaysia, Mingguan Malaysia, Kosmo dan Kosmo Ahad dibeli oleh usahawan Tan Sri Syed Mokhtar AlBukhary dan diletakkan di bawah syarikat baharunya, Media Mulia Sdn. Bhd.

Namun begitu khabarnya permit Utusan Melayu, akhbar jawi telah dibeli oleh satu pihak lain dan dikatakan akan diterbitkan secara dalam talian.

Dan terbaharu sebuah portal berita kendalian seorang bekas wartawan Utusan, akan menerbitkan portal berita UtusanPress.

Maknanya pasaran kita akan memperlihatkan munculnya akhbar Utusan Malaysia; Utusan Melayu dan UtusanPress di dalam pasaran.

Saya enggan mengulas mengenainya selain berkata “selamat maju jaya Utusan”.

Namun mantan Ketua Pengarang Utusan, Tan Sri Johan Jaafar yang mengulas mengenainya, berkata: “saya konfius.”

Zaini Hassan
PEMEGANG anugerah prestij Kewartawanan Kajai 2005 Institut Akhbar Malaysia (MPI); Wartawan Terbaik Negara 2008 Persatuan Wartawan Melayu Malaysia (PWM); Best Journalist of the Year 2009 National Press Club (NPC); Tokoh Wartawan Politik 2011.

Bekas Penolong Ketua Pengarang Utusan; bekas kolumnis Cuit Utusan Malaysia (2008-2017) yang kontroversial.

Kini Penasihat Editorial BebasNews.my

BebasNews

utusan warisan

Warisilah pusaka ini!


MUHYIDDIN Yassin mengimamkan solat maghrib selepas menghadiri Majlis Berbuka Puasa Timbalan Perdana Menteri Bersama Media di Surau Al-Huda, Ibu Pejabat Utusan Melayu (M) Berhad, Jalan Utusan, Kuala Lumpur pada 7 Julai 2015.

Oleh Aznan Bakar
20 Julai 2020, 3:47 pm

TUJUH Perdana Menteri kita memberikan pandangan yang sama tentang Utusan Malaysia.

TAN SRI MUHYIDDIN YASSIN, TUN DR. MAHATHIR MOHAMAD, DATUK SERI NAJIB TUN RAZAK, TUN ABDULLAH AHMAD BADAWI, TUN HUSSEIN ONN, TUN ABDUL RAZAK HUSSEIN dan TUNKU ABDUL RAHMAN PUTRA AL-HAJ melihat Utusan Malaysia sejak dahulu telah banyak menabur jasa memperjuangkan nasib orang Melayu, Islam dan negara.

Bagi mereka, semangat sedemikian seharusnya dipahat dalam-dalam pada diri setiap anak muda agar akhbar tertua
di negara ini terus menjadi lidah perjuangan orang Melayu.

Wartawan Utusan Malaysia, MAISARAH SHEIKH RAHIM menyingkap semula petikan kata ketujuh-tujuh Perdana Menteri.

MUHYIDDIN YASSIN
“ KERAJAAN tidak boleh menyekat atau menghalang media seperti Utusan Malaysia untuk melaporkan apa-apa perkara yang hendak dilaporkan walaupun ia tidak disenangi oleh pihak lain.

“Apa yang penting ialah media tidak melanggar batas undang-undang, melaporkan perkara secara bertanggungjawab dan matlamatnya adalah untuk memastikan Malaysia menjadi sebuah negara yang bersatu-padu serta membangun dan bukannya untuk menghancurkan negara.

“Saya percaya sebahagian besar rakyat Malaysia, tidak kira Melayu ataupun bukan Melayu, mengetahui peranan dan sejarah akhbar ini (Utusan Malaysia) yang menuntut kemerdekaan, perjuangkan soal kepentingan rakyat dan menyokong usaha untuk memajukan negara.” – Petikan sidang akhbar Muhyiddin Yassin ketika menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri selepas merasmikan Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur Ke-30 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada 25 April 2011.

DR. MAHATHIR MOHAMAD
“Utusan melalui penerbitan media massa telah memainkan peranan yang positif dalam membentuk pemikiran rakyat ke arah keseimbangan dalam sikap, pemikiran dan kefahaman dalam pelbagai isu melibatkan masa depan, nasib dan hak bangsa dan negara.” – Catatan pena Dr. Mahathir sempena sambutan 60 tahun Utusan Melayu yang
disiarkan dalam Utusan Malaysia pada 15 Jun 1998.


Dr Mahathir Mohammad membaca surat khabar Utusan Malaysia di Lapangan Terbang Antarabangsa Subang, sekembalinya daripada lawatan luar negara pada 27 Jun 2000. – Foto: ASWAD YAHYA


NAJIB TUN RAZAK
“JIKA Utusan sebagai sebuah akhbar yang merupakan suara dan lidah keramat orang Melayu maka lambang imej Utusan juga merupakan lambang dan imej kejayaan orang Melayu.

“Ingatlah Utusan dibangunkan atas keringat, air mata dan darah orang Melayu. Oleh itu jangan dipersia-siakan pengorbanan mereka. Di atas titik peluh dan titisan air mata pejuang terdahulu, marilah kita terus beristiqamah memperkasa dan memartabatkan Utusan.” – Petikan ucapan majlis pecah tanah bangunan baharu Ibu pejabat Utusan Melayu (Malaysia) Berhad di Kuala Lumpur pada 20 Mei 2010.


Najib Tun Razak membaca akhbar Utusan Malaysia pada sessi perbahasan di Perhimpunan Agung UMNO 2017 di Pusat Dagangan Dunia Putra.

HUSSEIN ONN
“SESUNGGUHNYA Utusan Malaysia merupakan akhbar tulen kebangsaan yang bertindak sebagai lidah penyambung bangsa Melayu pada masa itu. Melalui akhbar ini, orang Melayu telah disatupadukan.

“Sebagai salah sebuah akhbar tertua di negara ini, Utusan Malaysia sentiasa menjadi bahan kajian ahli-ahli sejarah dan kebudayaan. Segala perkembangan dan kemajuan masyarakat Melayu baik dalam apa bidang pun dapat dikesan melalui akhbar ini. Corak dan peranannya
adalah juga sering berubah dan telah menjadi medan forum bagi para cerdik pandai Melayu.” – Petikan ucapan ketika merasmikan kilang percetakan Utusan Melayu (Malaysia) Berhad di Jalan Chan Sow Lin, Kuala Lumpur pada 16 Mei 1977.


Hussein Onn melihat suratkhabar Utusan Malaysia yang baharu dicetak sambil mendengar penerangan dari Pengurus Kilang Utusan, Amir Hassan. pada 16 Mei 1977.

ABDUL RAZAK HUSSEIN
“SAYA suka menegaskan pada hari ini, rahsia kemajuan dan perkembangan Utusan Melayu dari dahulu hingga sekarang yang saya fikir patut diketahui oleh rakyat negara ini khasnya orang Melayu.

Rahsia itu ialah ketabahan hati untuk berdiri di atas kaki sendiri, semangat pengorbanan untuk berjasa kepada bangsa, tanah air dan agama, kegigihan untuk mengatasi setiap rintangan kerana hendak menunjukkan kepada dunia bahawa bangsa Melayu juga mampu menjalankan perusahaannya sendiri dengan tenaganya sendiri.

“Maka wajiblah dan menjadi tanggungjawab saudara-saudara yang mewarisi pusaka ini daripada penaja-penaja dan pengasas-pengasas syarikat ini yang sekarang menjadi pusaka orang Melayu supaya perusahaan ini kekal menjadi satu institusi, satu lambang kebolehan dan kemampuan anak-anak Melayu untuk berdikari.” – Ucapan dalam majlis perasmian bangunan tambahan
Utusan Melayu di Jalan Chan Sow Lin, Kuala Lumpur pada 22 Jun 1972.


ABDUL Razak Hussein memerhatikan kerja-kerja mencetak akhbar ketika merasmikan bangunan tambahan Utusan Melayu di Jalan Lima off Jalan Chan Sow Lin, Kuala Lumpur pada 22 Jun 1972.

TUNKU ABDUL RAHMAN PUTRA AL-HAJ
“UTUSAN Melayulah yang menjadi lidah orang ini (Melayu) sejak dahulu hingga sekarang, sentiasa memperkatakan hal-hal berhubung dengan orang Melayu umpamanya mengenai hal-hal pelajaran anak-anak Melayu, ekonomi orang Melayu dan kebudayaan orang Melayu.” – Petikan ucapan perasmian bangunan tambahan Utusan Melayu pada 9 Februari 1965.


TUNKU Abdul Rahman berucap pada majlis perasmian bangunan tambahan Utusan Melayu di Jalan Lima off Jalan Chan Sow Lin, Kuala Lumpur pada 9 Februari 1965.


ABDULLAH AHMAD BADAWI

“SENANG pegang, senang baca dan muka depannya cantik, insya-Allah (akhbar ini) akan berjaya.’’ – Ucapan pelancaran Kosmo!
di Kompleks Sri Utusan, Bangi, Selangor pada 30 Ogos 2004.


ABDULLAH Ahmad Badawi membaca akhbar Kosmo selepas melancarkan akhbar itu di Kompleks Sri Utusan, Bangi pada 30 Ogos 2004.


DIKEMASKINI PADA 20 JULAI 2020 @ 3:47 PM

utusan

tuah covid-19

Tuah Covid-19, kontraktor jana puluhan ribu ringgit sebulan



MOHAMMAD Hatta Azam dan isterinya, Seri Hasrafina Darnor menunjukkan antara pakaian wanita terpakai berjenama yang dijual mereka ketika ditemui di Kangar, Perlis, hari ini. - FOTO/MOHD.  HAFIZ ABD. MUTALIB

Oleh Muhamad Hafiz Bin Ab Mutalib

KANGAR: Pandemik Covid-19 yang melanda seluruh dunia termasuk Malaysia telah memberi kesan kepada sesiapa sahaja, sehingga ramai yang hilang punca pendapatan dalam sekelip mata.

Namun, bagi sesetengah individu, pandemik tersebut secara tidak langsung turut memberi hikmah atau tuah kepada mereka yang bijak mencari peluang lain bagi menjana pendapatan.

Bagi seorang kontraktor, Mohammad Hatta Azam, 34, yang kehilangan beberapa projek bina rumah di sekitar negeri ini sepanjang tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Mac lalu, situasi tersebut langsung tidak mematahkan semangatnya untuk terus berusaha mencari rezeki.

Hasil cetusan idea bersama isterinya, Seri Hasrafina Darnor, 32, pasangan terbabit tekad menjalankan perniagaan pakaian wanita terpakai yang berjenama secara atas talian.

Dengan modal permulaan sebanyak RM2,300, siapa sangka bulan pertama sahaja iaitu pada April lalu, mereka mampu menjana pendapatan sehingga RM30,000 dan jumlah tersebut terus meningkat pada bulan-bulan seterusnya.

Kata bapa kepada dua orang anak berusia dua dan tiga tahun itu, antara jenis pakaian wanita terpakai berjenama yang dijual mereka adalah seperti GAP, Uniqlo, H&M termasuk gaun labuh dengan harga sekitar RM5 sehingga RM45 sehelai.

“Sehari kami mampu jual antara 200 hingga 300 helai pakaian. Berikutan sambutan menggalakkan, membuatkan saya mengambil sebanyak 200 kilogram barangan (pakaian terpakai) daripada pembekal setiap hari.

“Setiap hari khususnya pada waktu pagi atau tengah hari dan sebelah malam kami mempromosikan pakaian secara langsung di Facebook isteri saya (Serry Huda). Kebanyakan pakaian yang berkualiti dan masih cantik menarik perhatian pelanggan membeli barangan kami. Setakat ini, pakaian yang paling laris ialah baju Knitwear,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Taman Pekeliling, di sini hari ini.

Tambah Mohammad Hatta, selepas mengambil barangan daripada pembekal, dia terlebih dahulu mengasingkan pakaian yang masih elok dan cantik sebelum mempromosikan di Facebook.

“Ketika PKP, kerja-kerja pembinaan rumah yang ada terpaksa dihentikan. Pada masa itu, kami mencari jalan bagaimana hendak menjana pendapatan sehingga akhirnya tercetus idea untuk berniaga baju terpakai ini secara atas talian. Tidak sangka pula, dapat sambutan.

“Trend masa PKP baru-baru ini orang membeli barangan secara ‘online’ dan nampaknya berterusan sehingga hari ini. Kita tidak boleh putus asa sebaliknya perlu mencari peluang lain yang boleh menjana pendapatan,” katanya yang bercadang membuka butik pakaian selepas ini. – UTUSAN

utusan

membaca

Bacalah...
Redzuan Muharam



MINAT membaca dan mengumpul bahan bacaan mendorong bekas pengurus kilang, Abdul Halim Ismail menjalankan perniagaan buku terpakai.

Bermula dengan menjual secara dalam talian pada 2012 , Abdul Halim, 52, kemudiannya menyewa kediaman bersebelahan rumahnya pada tahun sama untuk memudahkan pelanggan datang melihat koleksi buku dan membuat pembelian.

Pada tahun berikutnya, Abdul Halim mengembangkan perniagaannya dengan membuka kedai sendiri di Taman Saujana Puchong, Puchong, yang bertahan sehingga kini.

Abdul Halim yang juga bapa empat anak berkata, cabaran awalnya adalah mencari pelanggan dan bekalan stok buku untuk dijual.

Namun, katanya, masalahnya selesai selepas membuat hebahan lengkap nombor telefon untuk dihubungi di satu platform dalam talian.

"Saya pernah bekerja di kilang elektronik di Shah Alam selama 20 tahun dan terpaksa berhenti selepas ia ditutup.

"Sejak itulah, saya mula menjual buku terpakai dan memilih perniagaan berkenaan kerana minat serta merasakan ia lebih sesuai dengan jiwa saya.

"Bekalan buku diperoleh daripada pelbagai sumber antaranya perpustakaan lama, bekas penerbit dan peniaga buku serta jualan gudang," katanya ketika ditemui Harian Metro di kedainya, hari ini.



ABDUL Halim turut mengadakan siri jelajah dan program di sekolah dalam usaha memupuk minat membaca dalam kalangan generasi muda. FOTO AMIRUDIN SAHIB

Abdul Halim berkata, pelbagai jenis buku terpakai dijual di kedainya iaitu daripada bahan bacaan kanak-kanak, umum, majalah, novel dan buku rujukan pelajaran peringkat sekolah hingga pengajian tinggi.

Katanya, pelanggannya terbahagi kepada beberapa kategori dengan setiap satunya mencari bahan bacaan berdasarkan minat dan keperluan masing-masing.

"Ada beberapa kategori pelanggan, yang pertama peminat buku lama atau pengumpul dan bilangannya agak ramai juga.

"Kedua, mereka yang membeli untuk membaca. Kategori ketiga adalah pelanggan yang membeli untuk menderma atau menginfakkan kepada anak yatim.

"Sebahagiannya pula mencari buku pelajaran terpakai dan mereka ini terdiri daripada penuntut peringkat sarjana atau lebih tinggi daripada itu," katanya.

Di samping minat dan kepuasan, Abdul Halim mahu menjadikan perniagaannya sebagai salah satu cara untuk memupuk minat membaca dalam kalangan masyarakat terutama golongan muda.

Berikutan itu, Abdul Halim tidak hanya menjual di dalam talian dan kedai saja, malah turut menjalin kerjasama dengan pihak sekolah bagi mengadakan program bersama murid.

"Kebetulan, saya menjalin kerjasama dengan sebuah syarikat pemilik trak, Mobilebookcafe, jadi kenderaan itu yang digunakan untuk mengadakan program di sekolah.

"Siri jelajah itu diadakan selepas mendapat kelulusan dan kami pernah berkunjung ke sekolah di Selangor, Johor, Negeri Sembilan dan Melaka.

"Aktiviti diadakan bergantung kepada pihak sekolah dan tidak terhad dengan jualan kerana ada kalanya kami turut membawa pelukis, tetapi tujuannya adalah memupuk minat membaca dalam kalangan murid," katanya.

Abdul Halim, biarpun menjual buku terpakai, sambutan diterima tetap menggalakkan terutama sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Alhamdulillah, sambutan semakin baik dan itu yang kita mahukan iaitu melihat lebih ramai individu gemar membaca.

"Malah, ada pelanggan saya kini mula menceburi bidang perniagaan buku terpakai dan ia satu perkembangan baik.

"Saya harap perniagaan itu terus diterima baik dan mahu ada kesinambungan yang boleh meneruskan usaha saya pada masa depan," katanya.


hmetro

7 Jun 2020

balik kampung

BALIK KAMPUNG

balik kampung
gembira bertemu ibu lama tak menyapa
teman-teman pun ada datang berkunjung
"makin gemuk kau" sapa mereka
aku hanya senyum
dari kecil merekalah hidup matiku
hingga aku ke kota
mereka setia di desa
cerita mereka hanya padi dan sawah
meski tak segemilang dulu
mereka tetap bangga dengan hidup begitu

ibu merenungku lama
persis ada yang terbaca oleh hatinya
aku cuba beralih aksi tapi tidak kali ini
"apa masalahmu beritahu mak?"

aku diam menunduk
terkatar dan berat mengeluarkan kata
"saya dah diberhentikan kerja. kompeni terlalu rugi..."

ibu memelukku erat
"sabarlah nak. tiap ujian ada hikmahnya"
airmataku merayap perlahan
dan ibu senyum memandang
dan kutahu dadanya persis akan pecah
tapi tak terpamer wajah

isteri dan anak-anak tiba-tiba diam
aku memandang kejauhan
sawah terbentang



6 Jun 2020

arca kaca




Kali ini Mimbar Kata menampilkan sebuah kenangan tragedi Banjir Besar yang berlaku di kawasan Manek Urai pada Disember 2014. Tragedi yang dikenali sebagai Tsunami Darat ini meninggalkan kesan yang mendalam kepada penduduk di Manek Urai. Antera yang terkesan selain penduduk di sekitar adalah guru-guru yang bertugas di kawasan ini. Suatu yang amat menghibakan bila dibentang sebagai kenangan.

Marilah kita merenung tragedi itu melalui naskah puisi Arca Kaca. Semoga ia memberi suatu yang terbaik bagi kita . Sukar untuk saya lupakan melihat sekolah dan bilik darjah hanya lumpur dan tanah.... arca kaca yang menghiris. Khusus buat Cikgu Sazali yang menjadi Pengetua di SMK Dabung... amat terharu saya melihat dia penuh selut dan lumpur ketika berkunjung ke sekolahnya...

Garis Panduan Pengurusan Pembukaan Semula Sekolah



1. Tujuan


1.1. Garis panduan ini disediakan sebagai rujukan kepada pegawai bahagian di Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan pentadbir serta guru di sekolah tentang pengurusan sekolah dengan mengambil kira langkah-langkah bagi mengawal penularan jangkitan penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19).
1.2. Garis panduan ini hendaklah dibaca bersama dengan surat pekeliling ikhtisas, surat siaran dan arahan serta peraturan berkaitan yang sedang berkuat kuasa dan yang akan dikeluarkan dari semasa ke semasa.
1.3. Garis panduan ini terpakai kepada semua sekolah rendah dan sekolah menengah termasuk Kolej Vokasional dan Kolej Tingkatan Enam di bawah KPM dan Institusi Pendidikan Swasta (IPS) yang berdaftar dengan KPM.
1.4. Sekolah yang berdaftar dengan agensi kerajaan yang lain, sekolah persendirian dan institusi pendidikan yang tidak berdaftar dengan KPM juga disarankan merujuk garis panduan ini.
1.5. Garis panduan ini ialah dokumen induk yang perlu dirujuk bagi pengoperasian institusi pendidikan. Sebarang tambahan atau perubahan maklumat akan dijadikan tambahan (annex) kepada dokumen ini.


2. Latar Belakang


2.1. Kerajaan telah mengisytiharkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada 16 Mac 2020. Seterusnya, tempoh PKP telah dilanjutkan kepada beberapa fasa termasuklah Perintah Kawalan

Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang bermula pada 4 Mei 2020. Sepanjang tempoh ini, kerajaan telah menetapkan bahawa semua institusi pendidikan ditutup. Sehubungan dengan itu, KPM telah mengeluarkan Surat Siaran Kementerian Pendidikan Malaysia Bilangan 3 Tahun 2020: Garis Panduan Pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) Semasa Perintah Kawalan Pergerakan Akibat Penularan Jangkitan COVID-19 bertarikh 27 Mac 2020 bagi memastikan pembelajaran murid tidak terjejas.
2.2. KPM telah membuat beberapa sesi libat urus bersama-sama agensi berkepentingan serta pemegang taruh berkenaan pengurusan sekolah dalam menghadapi COVID-19. KPM telah menyediakan satu garis panduan pengurusan sekolah dan disimulasikan kebolehlaksanaannya. Garis panduan ini juga telah mendapat pengesahan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN), Jabatan Perdana Menteri.
2.3. KPM akan mengumumkan tarikh pembukaan sekolah sekurang- kurangnya dua (2) minggu sebelum sekolah dibuka. Ini bertujuan untuk memastikan pengurusan sekolah dapat membuat persediaan dengan memberi keutamaan kepada keselamatan dan kesihatan murid, guru serta warga sekolah.
2.4. Penjagaan kesihatan dan amalan penjarakan sosial adalah amat penting dalam pengurusan sekolah bagi mengelakkan penularan jangkitan COVID-19 dalam kalangan murid, guru dan warga sekolah.

3. Objektif


Objektif garis panduan ini adalah untuk memastikan:
3.1. pengurusan sekolah dan asrama dapat berlaku dengan lebih teratur dan lancar;
3.2. keselamatan dan kesihatan murid, guru dan warga sekolah diutamakan semasa mereka berada di sekolah dan asrama; dan
3.3. proses PdP berlaku dalam keadaan selamat.


4. Tafsiran


4.1. Bergejala bermaksud simptom awal COVID-19 iaitu sama ada mengalami demam (suhu badan 37.5°C dan ke atas), batuk, selesema, sakit tekak atau sesak nafas.
4.2. Bilik PdP bermaksud bilik darjah dan bilik-bilik khas yang digunakan bagi tujuan PdP.
4.3. Guru antarabangsa bermaksud guru bukan warganegara yang mempunyai dokumen yang sah dari segi undang-undang Malaysia.
4.4. Institusi Pendidikan Swasta (IPS) bermaksud semua IPS yang berdaftar dengan KPM di bawah peruntukan Akta Pendidikan 1996 [Akta 550] seperti yang berikut:
4.4.1. sekolah rendah akademik swasta;
4.4.2. sekolah menengah akademik swasta;
4.4.3. sekolah rendah agama swasta;
4.4.4. sekolah menengah agama swasta;
4.4.5. sekolah pendidikan khas swasta;
4.4.6. sekolah antarabangsa;

4.4.7. sekolah ekspatriat;
4.4.8. sekolah menengah persendirian Cina;
4.4.9. pusat tuisyen;
4.4.10. pusat bahasa;
4.4.11. pusat kemahiran; dan
4.4.12. pusat perkembangan.
4.5. Murid antarabangsa bermaksud murid bukan warganegara yang mempunyai dokumen yang sah dari segi undang-undang Malaysia.
4.6. Penjarakan sosial bermaksud jarak antara satu individu dengan individu lain sekurang-kurangnya satu (1) meter dalam sebarang aktiviti.


5. Peranan dan Tanggungjawab


Peranan dan tanggungjawab umum pihak yang terlibat adalah seperti yang berikut:

5.1. Pentadbir Sekolah


5.1.1. memastikan sekolah berada dalam keadaan selamat untuk beroperasi;
5.1.2. memastikan murid, guru dan warga sekolah yang hadir ke sekolah berada dalam keadaan sihat dan selamat;
5.1.3. memberikan penerangan dan pendidikan berterusan kepada murid, guru dan warga sekolah mengenai penularan jangkitan COVID-19 dengan memperincikan kepentingan penjagaan kesihatan seperti mencuci tangan dan menggunakan pensanitasi tangan (hand

sanitizer), penggunaan pelitup muka apabila perlu serta kepentingan amalan penjarakan sosial;
5.1.4. memastikan murid, guru dan warga sekolah mematuhi garis panduan yang ditetapkan;
5.1.5. memastikan murid mendapat akses kepada PdP dengan sokongan dan kerjasama JPN, PPD, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dan agensi-agensi yang berkaitan;
5.1.6. memantau PdP yang dijalankan dan memberikan sokongan yang bersesuaian kepada guru;
5.1.7. melaporkan perkembangan pembelajaran murid kepada ibu bapa/penjaga; dan
5.1.8. membuat keputusan untuk menangani isu pengoperasian sekolah berdasarkan garis panduan yang dikeluarkan oleh KPM serta mengambil kira pandangan pihak yang berkaitan seperti PPD dan Pejabat Kesihatan Daerah (PKD).


5.2. Guru


5.2.1. menyediakan Rancangan Pelajaran Harian (RPH) seperti yang digariskan dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 3/1999: Penyediaan Rekod Pengajaran dan Pembelajaran;
5.2.2. melaksanakan PdP yang bersesuaian dengan kesediaan murid dan situasi semasa;
5.2.3. mengingatkan murid untuk sentiasa menjaga kebersihan dan mengamalkan penjarakan sosial; dan

5.2.4. memaklumkan pentadbir sekolah jika terdapat murid yang bergejala.

5.3. Ibu Bapa/Penjaga


5.3.1. memastikan anak/anak jagaan berada dalam keadaan sihat, menjaga kebersihan diri dan tidak menunjukkan gejala awal COVID-19 sebelum hadir ke sekolah;
5.3.2. membantu anak/anak jagaan belajar mengikut kemampuan ibu bapa/penjaga; dan
5.3.3. memberikan motivasi kepada anak/anak jagaan untuk terus belajar.

6. Pelaksanaan

6.1. Pengurusan Sekolah


6.1.1. Kehadiran guru dan murid ke sekolah adalah seperti yang berikut:
a. kehadiran guru tertakluk pada arahan perkhidmatan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Jabatan Perdana Menteri dan KPM dari semasa ke semasa;
b. kehadiran murid ke sekolah secara berfasa dan dimulai dengan murid yang akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Vokasional Malaysia (SVM), Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM), dan Sijil Tinggi

Agama Malaysia (STAM), termasuk Murid Berkeperluan Khas (MBK); dan
c. murid selain pada para (b) tidak perlu hadir ke sekolah. Mereka kekal meneruskan PdP di rumah sehingga KPM mengeluarkan pemakluman lanjut.
6.1.2. Waktu persekolahan boleh dilaksanakan secara berperingkat setelah mendapat kelulusan pendaftar negeri.
6.1.3. Perhimpunan sekolah dan aktiviti lain yang melibatkan murid, guru atau warga sekolah berkumpul secara beramai-ramai tidak dibenarkan.
6.1.4. Pentadbir mesti memberikan fokus kepada lima (5) aspek dalam pengurusan sekolah, iaitu pengurusan prasarana, keselamatan murid, guru dan warga sekolah, PdP, peranan ibu bapa/penjaga dan pengurusan asrama.


6.2. Pengurusan Prasarana


Pentadbir bertanggungjawab:
6.2.1. memastikan kawasan dan bangunan sekolah termasuk semua bilik PdP dibersihkan sebelum sesi persekolahan bermula dan pada setiap hari selepas tamat sesi persekolahan;
6.2.2. memastikan fokus utama pembersihan adalah pada permukaan yang sering disentuh dan pada paras ketinggian yang boleh dicapai oleh tangan seperti tombol pintu, suis lampu, singki, kepala paip, butang lif, pengepam tandas, pelapik duduk tandas, susur tangan

di laluan pergerakan murid bagi sekolah yang mempunyai MBK dan lain-lain;
6.2.3. menyediakan pelan perancangan susun atur bilik-bilik PdP dengan mengoptimumkan penggunaan bilik-bilik khas dan lokasi-lokasi lain yang bersesuaian dan boleh berfungsi dengan baik untuk PdP;
6.2.4. memastikan semua bilik PdP disusun atur mengikut arahan penjarakan sosial sebelum sekolah dibuka;
6.2.5. memastikan susunan meja bagi setiap kelas mesti berada dalam jarak satu (1) meter antara satu dengan yang lain. Sekiranya bilangan murid melebihi kapasiti meja yang disediakan, lebihan murid perlu ditempatkan di kelas yang lain;
6.2.6. memastikan pengudaraan dan pencahayaan yang mencukupi bagi setiap bilik PdP, bilik guru dan pejabat;
6.2.7. memastikan pengusaha kantin hanya menyediakan makanan berbungkus. Penggunaan kerusi, meja dan ruang makan di kantin tidak dibenarkan;
6.2.8. memastikan murid makan di dalam bilik PdP di bawah seliaan guru pada waktu rehat;
6.2.9. memastikan murid yang makan di dewan makan asrama pada waktu rehat dalam makluman guru bertugas;
6.2.10. memastikan bilik kesihatan/sakit di sekolah harian dan sekolah berasrama dijadikan sebagai bilik isolasi bagi murid yang bergejala sebelum mendapatkan rawatan. Bilik ini perlu dibekalkan dengan pelitup muka serta sabun/pensanitasi tangan (hand sanitizer);
6.2.11. menyediakan pelan lokasi untuk diletakkan tanda penjarakan sosial dengan menggunakan pita pelekat

berwarna di lokasi yang bersesuaian seperti yang berikut:
a. bilik PdP - tanda penjarakan diletakkan pada kaki meja baris hadapan dan baris tepi pertama untuk rujukan;
b. kantin - tanda penjarakan diletakkan pada ruang berbaris untuk pembelian dan pengambilan makanan serta laluan ke singki;
c. bilik guru/pejabat - tanda penjarakan diletakkan pada kerusi, meja, kaunter dan tempat mengimbas kehadiran; dan
d. lif - tanda penjarakan diletakkan mengikut kapasiti lif.
6.2.12. menyediakan pelan laluan pergerakan terarah atau sehala. Tanda penjarakan diletakkan untuk memandu arah pergerakan murid dalam kawasan sekolah termasuk asrama;
6.2.13. menyediakan tong sampah bertutup dan dipastikan sentiasa ditutup;
6.2.14. menyediakan sabun di lokasi yang bersesuaian seperti kantin, tandas dan surau, manakala pensanitasi tangan (hand sanitizer) boleh disediakan di lokasi seperti bilik PdP, pejabat dan bilik guru;
6.2.15. mempamerkan bahan bercetak mengenai langkah kebersihan dan keselamatan di lokasi strategik seperti laluan murid, kantin, bilik PdP, pejabat, bilik guru, ruang menunggu dan asrama sebelum sesi persekolahan bermula. Pentadbir hendaklah memuat turun bahan

bercetak terbitan KKM daripada laman sesawang KKM; dan
6.2.16. meletakkan peringatan langkah-langkah pencegahan COVID-19 di pintu masuk utama sekolah.



6.3. Keselamatan Murid, Guru dan Warga Sekolah


Pentadbir bertanggungjawab:
6.3.1. merujuk Standard Operating Procedure (SOP) Pencegahan Penularan Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia yang dikeluarkan oleh KPM pada 13 Mac 2020;
6.3.2. memastikan murid, guru dan warga sekolah berada dalam keadaan sihat untuk hadir ke sekolah. Pemakluman awal perlu diberikan kepada mereka sebelum sekolah dibuka semula;
6.3.3. memastikan saringan demam serta gejala batuk, selesema, sakit tekak dan sesak nafas dilakukan terhadap murid, guru dan warga sekolah pada setiap hari di pintu masuk sekolah sebelum sesi persekolahan bermula. Jika mempunyai suhu badan melebihi 37.5°C atau bergejala, mereka tidak dibenarkan masuk ke kawasan sekolah. Pentadbir sekolah dibenarkan untuk melaksanakan saringan ini di dalam kawasan sekolah berhampiran dengan pintu masuk utama jika laluan masuk ke sekolah sempit atau berhampiran dengan jalan utama. Hal ini adalah bagi mengelakkan

kesesakan dan ketidakpatuhan kepada penjarakan sosial;
6.3.4. memastikan masa senggang diperuntukkan bagi pengambilan suhu badan murid yang berjalan kaki/berbasikal ke sekolah;
6.3.5. melantik guru bertugas untuk:
a. mengawal pergerakan murid di pintu masuk utama sekolah semasa tiba dan pulang;
b. memeriksa suhu badan murid menggunakan alat pengimbas suhu badan; dan
c. mengawal pergerakan murid semasa rehat.
6.3.6. memastikan murid, guru dan warga sekolah sentiasa mematuhi penjarakan sosial pada setiap masa dengan pengawasan guru;
6.3.7. memastikan hebahan mengenai langkah kebersihan dan keselamatan dibuat melalui siar raya pada waktu pagi, waktu rehat dan sebelum tamat sesi persekolahan setiap hari. Peringatan secara berterusan dilaksanakan semasa PdP;
6.3.8. memastikan murid, guru dan warga sekolah kerap mencuci tangan dengan menggunakan air dan sabun. Sekiranya tiada air dan sabun, pensanitasi tangan (hand sanitizer) boleh digunakan;
6.3.9. memastikan guru atau pembantu pengurusan murid membantu MBK yang perlu memegang bahan bantu belajar (guna sama) seperti gambar rajah timbul dan peralatan khas mencuci tangan dengan air dan sabun atau pensanitasi tangan (hand sanitizer);

6.3.10. memastikan kedudukan murid dijarakkan dengan selang satu tempat duduk apabila mereka menaiki kenderaan sekolah seperti bas/van/coaster;
6.3.11. mengingatkan murid untuk mematuhi dan menggunakan laluan pergerakan yang disediakan.
6.3.12. membekalkan pelitup muka kepada murid yang bergejala dan mereka diasingkan di bilik kesihatan/sakit sementara menunggu ibu bapa/penjaga membawa mereka pulang.
6.3.13. memastikan murid yang mempunyai masalah berkaitan imuniti badan yang rendah sentiasa memakai pelitup muka.
6.3.14. memastikan guru bimbingan dan kaunseling melaksanakan Ujian Minda Sihat secara berkala bagi mengenal pasti murid yang terkesan dengan norma baharu di sekolah;
6.3.15. memberikan taklimat keselamatan kepada kontraktor pembersihan, pengusaha kantin dan pembekal perkhidmatan makanan bermasak di asrama serta membuat penegasan supaya sentiasa mengingatkan pekerja mereka mengenai perkara berikut:
a. mengimbas suhu badan mereka setiap hari sebelum memulakan tugas;
b. tidak dibenarkan memasuki kawasan sekolah jika bergejala;
c. mematuhi arahan penjarakan sosial, pemakaian pelitup muka dan prosedur keselamatan yang lain; dan

d. mengamalkan hand hygiene (memadai mencuci tangan dengan air bersih dan sabun).
6.3.16. memastikan tindakan berikut diambil sekiranya terdapat kes positif COVID-19 dalam kalangan murid, guru dan warga sekolah yang disahkan oleh PKD:
a. mengenal pasti dan menyediakan senarai kontak rapat bagi membantu PKD;
b. memberikan kerjasama kepada anggota PKD; dan
c. mendapatkan nasihat daripada PKD mengenai keperluan melaksanakan pembasmian kuman di lokasi yang dikenal pasti.

6.4. Pengajaran dan Pembelajaran (PdP)


PdP akan berlaku dalam dua kaedah iaitu PdP di sekolah dan PdP di rumah. Murid yang dibenarkan hadir ke sekolah akan mengikuti PdP di sekolah, sementara murid lain akan mengikuti PdP di rumah.
6.4.1. Pentadbir perlu mengambil tindakan berikut bagi melancarkan pelaksanaan PdP:
a. mengadakan mesyuarat penyelarasan pelaksanaan PdP;
b. menyusun jadual PdP dengan mengambil kira bilangan kelas yang beroperasi dan kesediaan guru serta murid. Guru yang tidak mengajar kelas peperiksaan turut dilibatkan;
c. melakukan semakan Rancangan Pengajaran Tahunan (RPT) bagi menyusun semula perancangan PdP;

d. melaksanakan pemantauan PdP; dan
e. memberikan bimbingan secara berfokus kepada guru untuk memastikan pembelajaran dapat dilaksanakan secara berkesan.
6.4.2. Guru yang melaksanakan PdP di sekolah hendaklah:
a. merancang pelbagai kaedah penyampaian PdP yang bersesuaian. Kaedah PdP yang boleh diterokai adalah seperti pembelajaran teradun (Blended Learning) iaitu gabungan pengajaran bersemuka dan penggunaan teknologi secara dalam talian;
b. merancang dan melaksanakan aktiviti PdP yang akur kepada keperluan penjarakan sosial;
c. memastikan semua PdP yang dilaksanakan tidak melibatkan aktiviti luar bilik darjah; dan
d. memastikan semua aktiviti sukan dan kokurikulum secara bersemuka tidak dilaksanakan sehingga ke suatu tarikh yang akan dimaklumkan.
6.4.3. Guru yang melaksanakan PdP di rumah hendaklah:
a. mempelbagaikan kaedah penyampaian PdP mengikut kreativiti masing-masing berdasarkan kesesuaian setempat;
b. menggunakan kaedah PdP yang bersesuaian seperti pembelajaran dalam talian, TV pendidikan, radio atau media sosial bagi murid yang bersedia untuk mengikuti kaedah pembelajaran tersebut;
c. mengambil kira capaian Internet, pemilikan serta keupayaan penggunaan alat peranti dan kesediaan

murid untuk melaksanakan PdP secara dalam talian;
d. memberi latihan dalam buku teks, buku kerja atau disediakan sendiri oleh guru bagi murid yang tidak mempunyai akses Internet;
e. melaksanakan Pembelajaran Berasaskan Projek dengan menggunakan sumber yang mudah didapati oleh murid sekiranya bersesuaian;
f. menggunakan kaedah serahan bahan PdP di sekolah. Bahan tersebut dimasukkan dalam kotak serahan yang diletakkan dalam pondok keselamatan untuk penyerahan dan pengambilan bahan oleh guru dan ibu bapa/penjaga mengikut jadual yang ditetapkan;
g. melaksanakan pentaksiran bilik darjah berdasarkan hasil kerja murid seperti latihan, kuiz dan lain-lain yang boleh dikemukakan secara dalam talian atau serahan tangan; dan
h. melaksanakan pentaksiran bilik darjah apabila sesi persekolahan bermula bagi murid yang tidak dapat menyerahkan tugasan mereka secara dalam talian atau serahan tangan.

6.5. Pelibatan Ibu Bapa/Penjaga


Ibu bapa/penjaga boleh dilibatkan melalui Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dan Kumpulan Sokongan Ibu Bapa (KSIB) bagi membantu pihak sekolah:

6.5.1. meningkatkan kesedaran dan kefahaman berkaitan penularan jangkitan COVID-19:
a. memberi kesedaran kepada anak/anak jagaan berkaitan penjarakan sosial sebelum, semasa dan selepas menaiki kenderaan;
b. menasihati anak/anak jagaan supaya tidak berjabat tangan (bersalaman) atau bersentuhan antara satu sama lain sama ada guru, rakan-rakan atau orang sekeliling;
c. menasihati anak/anak jagaan supaya sentiasa mengamalkan kebersihan sebelum dan selepas makan;
d. menggalakkan ibu bapa/penjaga sendiri yang menghantar dan mengambil anak/anak jagaan;
e. menyarankan ibu bapa/penjaga menyediakan makanan dan minuman dari rumah untuk anak/anak jagaan bagi mengurangkan pergerakan dan kesesakan di kantin;
f. memastikan anak/anak jagaan mengambil sarapan yang sesuai sebelum hadir ke sekolah;
g. menasihati anak/anak jagaan agar tidak berkongsi makanan dan minuman dengan murid lain; dan
h. menjaga kebersihan dan keselamatan anak/anak jagaan sebelum dan selepas pulang dari sekolah dengan kerap membasuh tangan dan mandi.
6.5.2. membantu pihak sekolah membuat tanda penjarakan sosial dan mengawal pergerakan murid semasa datang, rehat dan balik serta mengikut keperluan pihak sekolah; dan

6.5.3. membantu pihak sekolah menyediakan pensanitasi tangan (hand sanitizer) dan alat pengimbas suhu badan untuk kegunaan pihak sekolah (jika mampu dan berkeperluan).

6.6. Pengurusan Asrama


Pentadbir bertanggungjawab memastikan:
6.6.1. pengangkutan bas disediakan oleh KPM untuk murid yang berada di luar kawasan untuk kembali ke asrama bagi Sekolah Berasrama Penuh (SBP), Sekolah Sukan Malaysia (SSM), Sekolah Seni Malaysia (SSeM), Sekolah Menengah Teknik (SMT), Kolej Vokasional (KV) dan Sekolah Pendidikan Khas (SPK) kecuali ibu bapa/penjaga yang hendak menghantar anak mereka sendiri;
6.6.2. murid yang sihat sahaja yang dibenarkan kembali ke asrama. Sekiranya mereka tidak sihat, mereka hendaklah mendapatkan rawatan doktor dan disahkan sihat sebelum bersedia untuk balik ke asrama;
6.6.3. murid yang menduduki peperiksaan SPM, SVM, STPM dan STAM digalakkan tinggal di asrama sekiranya kemudahan asrama mencukupi;
6.6.4. saringan kesihatan dilakukan semasa pendaftaran masuk ke asrama. Murid yang didapati mempunyai suhu badan 37.5°C dan ke atas atau bergejala perlu diasingkan di bilik kesihatan/sakit, diberikan pelitup muka untuk dipakai dan dihantar ke klinik kesihatan

untuk rawatan atau dibawa pulang oleh ibu bapa/penjaga;
6.6.5. persediaan pihak sekolah sebelum murid masuk ke asrama:
a. katil murid dijarakkan satu (1) meter antara satu sama lain. Bahagian bawah katil dua tingkat (double-decker) sahaja digunakan;
b. tanda penjarakan satu (1) meter disediakan untuk murid beratur bagi semua bilik khas yang bersesuaian (tandas, bilik air/mandi, bilik cuci, bilik gosok dan pantri);
c. jadual penggiliran waktu makan disediakan di dewan makan sekiranya perlu;
d. tempat beratur dan kedudukan tempat makan dewan makan diletakkan penandaan bagi penjarakan sosial (contoh: jarak satu (1) meter untuk beratur semasa mengambil makanan dan menghantar dulang makan di dewan makan asrama) dan tanda tempat duduk dengan penjarakan sosial semasa waktu makan;
e. susunan tempat duduk kelas persediaan (prep) ditandakan dengan jarak sekurang-kurangnya satu
(1) meter; dan
f. alat pengimbas suhu badan perlu disediakan di asrama.
6.6.6. makluman dan peringatan berkaitan penjarakan sosial dalam kalangan murid perlu dilaksanakan sebelum murid pulang dari sekolah dan ketika murid berada di asrama;

6.6.7. perhimpunan/perjumpaan (melebihi 10 orang) dalam kalangan murid di asrama tidak dibenarkan. Warden perlu memantau keberadaan murid di asrama;
6.6.8. semasa di asrama, murid yang tidak sihat perlu diasingkan dan diberi pelitup muka untuk dipakai serta dihantar ke klinik kesihatan untuk rawatan atau dibawa pulang oleh ibu bapa/penjaga;
6.6.9. murid hendaklah melaporkan dengan segera kepada warden sekiranya diri sendiri atau rakan mengalami tanda-tanda demam, batuk, selesema, sakit tekak atau sesak nafas;
6.6.10. solat berjemaah di surau dan semua aktiviti berkumpulan ditangguhkan. Murid digalakkan menggunakan sejadah sendiri untuk solat;
6.6.11. pelawat hanya dibenarkan berjumpa dengan murid di asrama sekiranya terdapat urusan kecemasan. Pelawat perlu mendapat kebenaran daripada pentadbir/Ketua Warden sahaja;
6.6.12. pemantauan secara berkala perlu diadakan bagi memastikan murid sentiasa mematuhi penjarakan sosial dan berada dalam keadaan sihat;
6.6.13. aktiviti keluar (outing) dan pulang bermalam tidak dibenarkan sehingga KPM mengeluarkan pemakluman lanjut; dan
6.6.14. jadual bertugas kepada semua guru secara penggiliran disediakan bagi memastikan penjarakan sosial dipatuhi.



7. Pengurusan Institusi Pendidikan Swasta (IPS)


Pengurusan IPS merangkumi enam (6) aspek iaitu pengurusan pentadbiran, pengurusan prasarana, keselamatan murid, guru dan warga sekolah, pengurusan PdP, peranan ibu bapa/penjaga dan pengurusan asrama.

7.1. Pengurusan Pentadbiran


IPS bertanggungjawab menubuhkan Jawatankuasa Pengurusan Menghadapi COVID-19 (Jawatankuasa) dan jawatankuasa tersebut mencakupi perkara yang berikut:
7.1.1. Jawatankuasa yang ditubuhkan boleh terdiri daripada jawatankuasa sedia ada pada peringkat IPS masing- masing dan hendaklah berupaya untuk melaksanakan peranan yang ditetapkan;
7.1.2. Jawatankuasa ini hendaklah dianggotai oleh Ahli Lembaga Pengelola (ALP), pentadbir dan guru. IPS boleh melibatkan ibu bapa/penjaga dalam jawatankuasa ini. Bilangan ahli jawatankuasa mengikut kesesuaian IPS;
7.1.3. Jawatankuasa ini berperanan untuk:
a. merancang pengoperasian semula IPS berdasarkan ketetapan dalam garis panduan ini;
b. mengadakan sesi libat urus dengan ibu bapa/penjaga dan pihak berkepentingan secara berkala;

c. memantau pelaksanaan pengurusan premis dan kemudahan sebelum pengoperasian semula dan sepanjang pengoperasian IPS;
d. memastikan sebarang perhimpunan yang melibatkan murid atau warga IPS tidak dilaksanakan;
e. memantau status kesihatan murid, guru dan kakitangan;
f. melapor status kesihatan murid, guru dan kakitangan yang bergejala kepada PKD; dan
g. menyediakan laporan pengoperasian semula IPS kepada JPN/PPD.

7.2. Perancangan Penggal Persekolahan


Jawatankuasa bertanggungjawab:
7.2.1. mengkaji dan merancang semula penggal persekolahan dengan mengambil kira perkara berikut:
a. tempoh pembelajaran yang terjejas akibat PKP mengikut keperluan;
b. jumlah hari persekolahan untuk melaksanakan kurikulum masing-masing; dan
c. tempoh masa persediaan bagi pentaksiran dan peperiksaan awam (sekiranya berkaitan).
7.2.2. menyediakan maklumat penggal persekolahan yang terkini untuk diedar kepada ibu bapa/penjaga sebelum pengoperasian semula IPS.

7.3. Perancangan Pengurusan Yuran dan Bayaran


Jawatankuasa menyelaras semula perkara berkaitan pengurusan yuran dan bayaran dengan:
7.3.1. membincangkan pengurusan yuran dan bayaran pada peringkat pengurusan tertinggi IPS yang melibatkan ALP. Sebarang keputusan hendaklah mengambil langkah menang-menang antara pihak IPS dengan ibu bapa/penjaga;
7.3.2. membuat pertimbangan sewajarnya dalam keadaan semasa penularan jangkitan COVID-19 disebabkan faktor mendatang yang tidak diduga dan memberi kesan kepada semua pihak termasuk ibu bapa/penjaga;
7.3.3. mengadakan libat urus dengan ibu bapa/penjaga. Kaedah yang boleh dilaksanakan oleh pihak sekolah ialah perbincangan, taklimat, perundingan atau pemakluman awal dengan merujuk terma dan perjanjian bertulis;
7.3.4. mempertimbangkan penyelarasan semula yuran berdasarkan perkara yang berikut:
a. pembayaran kepada perkhidmatan yang tidak dapat disediakan semasa PKP seperti bayaran makanan, pengangkutan, aktiviti pembelajaran yang memerlukan bayaran tambahan; dan
b. ibu bapa/penjaga yang terjejas pendapatan atau mata pencarian mereka akibat PKP atau ibu bapa/penjaga merupakan pesakit yang disahkan positif jangkitan COVID-19 atau perkara lain yang berkaitan.

7.3.5. meneliti maklumat murid dan ibu bapa/penjaga atas keperluan ibu bapa/penjaga yang terjejas akibat wabak COVID-19 atau PKP.

7.4. Pengurusan Murid Antarabangsa


Jawatankuasa bertanggungjawab:
7.4.1. menyemak rekod kesihatan dan perjalanan murid antarabangsa baharu atau yang sedang mengikuti pendidikan di IPS;
7.4.2. mengambil langkah kawalan ke atas murid antarabangsa baharu seperti berikut:
a. mendapatkan surat bebas COVID-19 dari negara asal dalam bahasa Inggeris; dan
b. mendapatkan surat arahan kuarantin daripada KKM.
7.4.3. merujuk murid antarabangsa yang tidak dapat mengemukakan dokumen dalam para (7.4.2) kepada Jabatan Imigresen Malaysia (JIM); dan
7.4.4. memastikan murid berkenaan hanya boleh hadir ke IPS selepas mendapat pelepasan daripada JIM.


7.5. Pengurusan Sumber Manusia


Jawatankuasa bertanggungjawab:
7.5.1. menyemak rekod kesihatan dan perjalanan guru dan pekerja sebelum pengoperasian semula;
7.5.2. mengambil langkah kawalan berikut ke atas guru dan kakitangan yang bergejala atau mempunyai rekod perjalanan luar negara dalam tempoh PKP:
a. mendapatkan surat arahan kuarantin daripada KKM; dan
b. merujuk PKD terdekat bagi tujuan pengesahan rekod.
7.5.3. memastikan guru dan kakitangan yang tidak dapat mengemukakan dokumen dalam para (7.5.2) dilarang untuk bertugas dan seterusnya dirujuk kepada PKD terdekat bagi arahan kuarantin di rumah untuk tempoh 14 hari;
7.5.4. memastikan guru dan kakitangan berkenaan hanya boleh kembali bertugas selepas mendapat pelepasan daripada KKM;
7.5.5. mengambil langkah kawalan ke atas kemasukan guru antarabangsa baharu yang memegang pas penggajian seperti berikut:
a. mendapatkan surat bebas COVID-19 dari negara asal dalam bahasa Inggeris; dan
b. mendapatkan surat arahan kuarantin daripada KKM.
7.5.6. memastikan guru antarabangsa yang tidak dapat mengemukakan dokumen dalam para (7.5.5) dirujuk kepada JIM; dan
7.5.7. memastikan guru berkenaan hadir ke IPS selepas mendapat pelepasan daripada JIM.

7.6. Pengurusan Prasarana


Jawatankuasa bertanggungjawab memastikan:
7.6.1. bilik darjah, bilik-bilik khas, bilik guru, pejabat, kantin dan kemudahan-kemudahan lain seperti asrama, bilik sakit, tandas serta mana-mana kawasan dan persekitaran yang melibatkan penggunaan oleh murid, guru, kakitangan dan ibu bapa/penjaga dibersihkan;
7.6.2. susunan perabot dan kelengkapan bilik PdP mengambil kira penjarakan sosial minimun satu (1) meter antara setiap meja murid. Sekiranya bilangan murid melebihi kapasiti meja yang disediakan, lebihan murid perlu ditempatkan di kelas yang lain;
7.6.3. susunan perabot dan kelengkapan bilik guru dan pejabat dengan mengambil kira penjarakan sosial dan membuat tanda penjarakan di kerusi, meja, kaunter dan tempat mengimbas kehadiran.

7.7. Keselamatan Murid, Guru dan Kakitangan


Jawatankuasa hendaklah memastikan perkara berikut dilaksanakan:
7.7.1. pemeriksaan kesihatan
a. melaksanakan saringan pintu masuk (gate keeping screening) kepada semua murid, guru dan kakitangan semasa masuk ke IPS yang meliputi:
i. pemeriksaan suhu badan;
ii. penggunaan pensanitasi tangan (hand sanitizer); dan

iii. pemantauan gejala seperti demam, batuk, selesema sakit tekak, dan sesak nafas;
b. sekiranya terdapat murid, guru atau kakitangan yang bergejala, mereka hendaklah diasingkan dan diuruskan perjalanan mereka untuk balik ke rumah dengan kadar segera;
c. ibu bapa/penjaga disaran tidak menghantar anak/anak jagaan ke IPS sekiranya murid bergejala; dan
d. guru bimbingan dan kaunseling perlu melaksanakan Ujian Minda Sihat secara berkala bagi mengenal pasti murid yang terkesan dengan peraturan baharu di sekolah.
7.7.2. pemeriksaan rekod perjalanan:
a. sekiranya terdapat murid, guru atau kakitangan yang mempunyai perjalanan luar negara, mereka hendaklah mengemukakan rekod kesihatan seperti surat arahan kuarantin daripada KKM; dan
b. murid, guru atau kakitangan yang tidak memenuhi syarat para (a) hendaklah diasingkan dan diuruskan perjalanan mereka untuk balik ke rumah dengan kadar segera.
7.7.3. pengurusan kes positif COVID-19
a. mengenal pasti dan menyediakan senarai kontak rapat bagi membantu PKD;
b. memberi kerjasama kepada anggota PKD; dan
c. mendapatkan nasihat daripada PKD mengenai keperluan melaksanakan pembasmian kuman di lokasi yang dikenal pasti.

7.7.4. Menyediakan pensanitasi tangan (hand sanitizer) dan alat pengimbas suhu badan mengikut keperluan di setiap pintu masuk/keluar IPS, bilik PdP, bilik guru serta bilik sakit; dan
7.7.5. menyediakan pelitup muka bagi murid, guru atau kakitangan yang menunjukkan gejala.

7.8. Pengajaran dan Pembelajaran (PdP)


Jawatankuasa bertanggungjawab memastikan:
7.8.1. perancangan PdP:
a. meneruskan pembelajaran melalui platform yang bersesuaian seperti e-pembelajaran (e-learning) atau pembelajaran maya (virtual learning); dan
b. guru perlu merancang dan melaksanakan aktiviti PdP yang akur kepada keperluan penjarakan sosial.
7.8.2. kelengkapan dan peralatan PdP:
a. memastikan semua kelengkapan dan peralatan telah dibersihkan sebelum aktiviti PdP dilaksanakan; dan
b. memastikan semua kelengkapan dan peralatan untuk aktiviti PdP berfungsi.
7.8.3. pelaksanaan aktiviti PdP:
a. aktiviti hendaklah mengikut waktu pembelajaran yang telah diluluskan semasa pendaftaran IPS. Sebarang aktiviti di luar waktu pembelajaran tidak dibenarkan;

b. aktiviti PdP dihadkan di bilik PdP sahaja dan hendaklah mengambil kira penjarakan sosial yang ditetapkan;
c. PdP secara e-pembelajaran dilaksanakan bagi murid yang tidak dapat mengikuti pembelajaran di bilik darjah disebabkan penjarakan sosial. Jika murid tiada akses atau menghadapi kesukaran akses kepada PdP secara e-pembelajaran, pihak sekolah perlu berbincang dengan ibu bapa/penjaga untuk menentukan kaedah PdP yang bersesuaian; dan
d. aktiviti luar bilik darjah seperti kegiatan kokurikulum tidak dibenarkan sehingga arahan lanjut dikeluarkan oleh KPM.

7.9. Pelibatan Ibu Bapa/Penjaga


Ibu bapa/penjaga boleh membantu pihak IPS dengan:
7.9.1. memastikan anak/anak jagaan dibekalkan dengan pelitup muka;
7.9.2. mengingatkan anak/anak jagaan berkenaan penjarakan sosial dan kebersihan semasa di IPS;
7.9.3. memantau tahap kesihatan anak/anak jagaan, dan memaklumkan kepada IPS sekiranya bergejala serta mendapatkan konsultasi kesihatan;
7.9.4. tidak menghantar anak/anak jagaan ke IPS sekiranya bergejala; dan
7.9.5. mematuhi peraturan yang dikeluarkan oleh KKM, KPM dan pihak IPS.


7.10. Pengurusan Asrama

Jawatankuasa bertanggungjawab:
7.10.1. mengamalkan penjarakan sosial satu (1) meter meliputi:
a. susun atur katil dan perabot di bilik asrama; dan
b. susun atur kerusi di dewan makan.
7.10.2. tidak membenarkan murid yang bergejala kembali ke asrama;
7.10.3. melaksanakan saringan pintu masuk (gate keeping screening) ke kawasan asrama kepada murid, guru dan kakitangan yang meliputi:
a. pemeriksaan suhu badan;
b. penggunaan pensanitasi tangan (hand sanitizer); dan
c. pemantauan gejala seperti demam, sakit tekak, batuk dan sesak nafas.
7.10.4. memastikan dewan makan sentiasa bersih dan penyedia serta pengendali makanan mematuhi garis panduan penyediaan makanan yang ditetapkan oleh KKM.

24 May 2020

Maaf Ibu Aku Tak Pulang Lebaran Ini



Maaf Ibu Aku Tak Pulang Lebaran Ini

Saya kemukakan segmen Puisui Yang Dilihat
dengan judul di atas

Lebaran ini terbatas segalanya
kita doakan semuga semuanaya selamat
dan kita bebeas dari wabak ini'
secepat waktu

kautuliskan kata



Terima kasih atas kunjungan.
Saya fokuskan kepada menulis dan kemudian mendeklamasikan puisi
Kautuliskan kata
sempena hari guru 2020.

Apa yang ingin saya fokuskan dalam puisi ini ialah
ada sesuatu kata-kata atau catatan atau tulisan guru kita
yang benar-benar memberi impak dalam hidup kita sekarang.
Barangkali sang guru tidak sengaja mengeluarkan kata itu
tetapi ia menjadi suatu yang besar maknanya dalam hidup

Kepada sang guru kata-katamu sangat berharga bagi muridmu
sama ada dalam tutur atau tulis
berilah yang terbaik untuk mereka


ikuti deklamasi puisi sempena hari guru 2020

STATUS

Search This Blog

DAUN