kak nona

 KAK NONA



Lagu ini pernah menjadi lagu penutup drama Paradoks
Lagu ini sebenarnya digunakan oleh Kak Nona untuk memujuk pesakit yang baru habis berdrama dan berlakon. Kata Adi Muara kepada Nona, "Nona-nona saya tak jahat.. mereka yang ajak saya buat drama.
Inilah turning point dalam drama ini. Semua watak Mat Jambul, Nyonya Rintih dan Rawana masing-masing mencari kebenaran dan mempertahankan idea masing-masing. Rawana dengan pil tak makannya, Nyonya Rintih dengan kengerian perang, Nyai Rimba dengan alam, Mat Jambul dengan hartanya dan Adi Muara dengan Rekaciptanya. Semua itu adalah dinamika bangsa menuju ke abad baru.
Mereka semua adalah pesakit yang memerlukan rawatan kejiwaan. Inilah paradoksnya drama ini. Tak semua yang baik dan manis memberi kesan manis tak semua yang buruk dan busuk begitu realitinya.
Pujuk Kak Nona ada tersirat dalam lagu ini. Semua yang menjadi kacau bilau perlu kembali ke kejernihan jiwa
Alangkah baiknya kalau drama ini dapat dipentaskan semula dengan pelakon asalnya. Entah di mana krew dan pelakon berada sekarang? Hanya beberapa orang dapat dikesan. Entah ke mana yang lainnya. Mat jambul dan Nona serta Rawana, masih boleh dihubungi.
Saya doakan syarikat Mat Jambul makin maju seperti dalam drama Mat Jambul orang kaya dapat taja drama ini. Nona pula makin cantik untuk menjadi primadona kembali.



Comments