Ticker

6/recent/ticker-posts

bercakap dengan bulan

 BERCAKAP DENGAN BULAN

malam itu aku mengajarmu
berbaring dan menatap jauh bulan
bercakaplah suara hatimu
biarlah bulan dengari
aku memberitahu kuatkan suaramu
sekuat mana kau mampu
bukankah bulan itu jauh?
dan kau berbuat begitu
suasana jadi bingit
beberapa minit semua diam
bulan mengambang terang di tengah langit
lebih terang dari tadi
aku menyuruhmu lagi
bercakap sekuat hatimu
biarlah bulan dengari
kau berbuat lagi
suaramu serak dan menghilang
untuk apa semua itu
sekuat mana suara kau jeritkan
bulan tak mendengar semua itu
kalaupun kau berbisik
bulan tak mendengar bisikmu
bulan hanya saksi
bercakaplah dengan bulan
bercakap dengan hatimu dengan dirimu
bisiklah atau bersuaralah
kau sedang memberitahu dirimu
meramas ragu membuang gelisah
bulan merindui suaramu





Post a comment

0 Comments