PADI
persis lalang meliuk mengikut angin
tegak konon hebat peribadi
tiada pedoman boleh diteladani
berbeza jauh di tengah bendang
menunduk diam gelagat padi
menebar budi memenuh isi
mulia pekerti manis peribadi
jadi teladan pelusuk negeri
kerana itu dipantunkan orang :
kalau mencari tempat mandi
pertama teluk, kedua pantai
kalau mencari pemimpin sejati
pertama elok, kedua pandai
Comments
Post a Comment