Hati Perlahan Terhiris
Percayakah kamu bahawa puisi adalah cermin yang menghiris-hiris hati?
Apalah yang ada dalam sebuah nukil puisi - hanya bahasa dan kata-kata. Tak ada lakar atau warna. Tak ada suara atau denyut bunyi. Tak ada lenggok gerak atau nyanyi dikir indah. Tetapi puisi sebenarnya segala itu. Ada gerak ada kata ada tari lenggok indah dan dikir nyanyi. Ada gelap dan terang warna. Gumpal cahaya dan terik emosi - berladung dalam puisi.
Kerana itulah bila SN Usman Awang menulis bahasanya mengalir perlahan. Kata-katanya merayap dan mencengkam dengan guris dan cakar emosi. Tiada kata yang terbiar tanpa makna dan kerlip kata yang menghujam seret emosi. Setiap kali membaca puisi SN Usman Awang setiap detik emosi kita tercabar dan rasa terpikat akan memikat perlahan-lahan. Kita tidak bisa tembus dari kepung bahasa yang menghujahkan kata-kata dan emosi segar.
Akhirnya hari perlahan terhiris ....Itulah warna dari puisi-puisi Usman Awang
Barangkali ramai yang merasakan sukarnya memahami puisi dan payahnya meneroka ke dalam laut dan gelora kata-kata terhidang. Tetapi tidak begitu bagi SN Usman Awang beliau tidak memaksa kita memahami puisinya tetapi secara perlahan-lahan mengusik kita untuk menjejaki kata-kata yang dihidangkan. Terlalu santun dan indah bahasanya serta terlalu sederhana mengocak makna tapi meninggalkan kesan emosi yang mendalam.
Baca saja puisi ini. Mata Ayah. Sebuah nukil karya yang bercermin tentang manusia dan kehidupan. Ia adalah milik semua kerana setiap kita ada seorang ayah atau kita menjadi ayah kepada seorang anak. SN Usman Awang sebenarnya mahu kita memerhati diri kita sendiri dan menatap mata kita sendiri. Mengerti emosi dan batin sendiri sebelum melurus dan membelai emosi orang lain. Ia mengajak kita menjadi anak, menjadi ayah dan bertukar peranan semahu diri kita tetapi di penghujungnya kita akan dirempuh oleh kebanjiran rasa terhiris dan gundah yang sangat mengitari hati
Bermula dengan pertemuan yang dianggap hanya biasa antara ayah dan anak. Pertemuan pada mulanya begitu biasa dan sederhana bagi sang anak tetapi ia sudah menjadi satu detik rangkuman emosi yang begitu sarat dan hiba bagi seorang ayah. Segala yang membingkas dalam emosi sang ayah tidak terlihat pada garis wajah dan mata ayah kerana itu bagi sang anak kepulangan ini biasa dan dapat bertemu ayah. Bagi sang ayah pertemuan ini adalah dakap utuh seoranag ayah terhadap sang anak. Sambutan yang mesra dirasakan oleh seorang anak sebenarnya sambutan yang sangat menekan emosi dan lubuk kalbu sang ayah. Tiada cerita gundah dibibir ayah. Tiada kata kesal dan hiba yang berlegar. Tiada getar emosi yang terlahir dari ungkap tetapi dalam tatap mata ayahnya tersimpan segumpal emosi yang amat mendalam dan menggelora. Menghadapi ketuaan dalam daif dan kesendirian tanpa sebarang sapa dan bantu sang anak. Hidup dalam usia tua menahan sepi dan gelisah tanpa siapa memberi perhatian. Segala itu mula meledak dalam tatap ayah dan sang anak mula merasa suatu yang semakin mengheret jiwanya.
Semua itu mencampakkan sang anak ke sudut jiwa yang sangat menghiris. Bayangkanlah jika kita siu anak itu atau kita si ayah citu bagaimana rasa beban jiwa yang menghuni batin. Bahasa SN Usman Awang cukup halus memaut kita untuk lebih terhiris.
Anaknya mula memahami akan kelesuan hidup, kesepian, kehilangan dan kesendirian yang dialami sang ayahnya. Tiada lain cara untuk memanggil anaknya pulang hanya dengan berharap anaknya dapat merasakan beras baru. Tetapi sang anak mula mengerti kepulanmgan ini bukan untuk beras baru tetapi panggilan jiwa sang ayah agar anaknya kembali dan melihat sendiri sang ayah yang dibiarkan merana dan hidup sendiri. Merasai jiwa dan hati bagaimana kehidupan mamaut sunyi sambil menghabiskan usia tua itu. Melihat sendiri akan kekosongan hidup selain sawah dan beras baru. Sekali lagi kita akan dihimpit kepiluan akan disamabar kepedihan dengan nasib dan warna jiwa sang ayah. Kita mula merasa serba salah gelisah dan hiba kerana setiap dari kita mungkin anak itu atau mungkin juga ayah itu
Puisi adalah bahasa yanag bernyanyi. Nyanyi puisi SN Usman Awang mengocak rasa meledak tangkai emosi. apa lagi apabila puisi ini diakhirkan dengan sang ayah masih meletakkan segala sulit dan sukar hidup ini sebagai nasib dirinya :
Luka dan pilu yang dialami adalah nasib dirinya. Ia sudah menjadi sebahagian dari dirinya./ Bukan silap sang anak yang tidak pulang atau memerhati nasibnya tetapi sang ayah menerima takdir bahawa segala pilu itu memang menjadi miliknya.
Demikianlah bahasa sebuah puisi dalam tajam makna dan lakar kata
hatri perlahan terhiris
Percayakah kamu bahawa puisi adalah cermin yang menghiris-hiris hati?
Apalah yang ada dalam sebuah nukil puisi - hanya bahasa dan kata-kata. Tak ada lakar atau warna. Tak ada suara atau denyut bunyi. Tak ada lenggok gerak atau nyanyi dikir indah. Tetapi puisi sebenarnya segala itu. Ada gerak ada kata ada tari lenggok indah dan dikir nyanyi. Ada gelap dan terang warna. Gumpal cahaya dan terik emosi - berladung dalam puisi.
Kerana itulah bila SN Usman Awang menulis bahasanya mengalir perlahan. Kata-katanya merayap dan mencengkam dengan guris dan cakar emosi. Tiada kata yang terbiar tanpa makna dan kerlip kata yang menghujam seret emosi. Setiap kali membaca puisi SN Usman Awang setiap detik emosi kita tercabar dan rasa terpikat akan memikat perlahan-lahan. Kita tidak bisa tembus dari kepung bahasa yang menghujahkan kata-kata dan emosi segar.
Akhirnya hari perlahan terhiris ....Itulah warna dari puisi-puisi Usman Awang
Barangkali ramai yang merasakan sukarnya memahami puisi dan payahnya meneroka ke dalam laut dan gelora kata-kata terhidang. Tetapi tidak begitu bagi SN Usman Awang beliau tidak memaksa kita memahami puisinya tetapi secara perlahan-lahan mengusik kita untuk menjejaki kata-kata yang dihidangkan. Terlalu santun dan indah bahasanya serta terlalu sederhana mengocak makna tapi meninggalkan kesan emosi yang mendalam.
Baca saja puisi ini. Mata Ayah. Sebuah nukil karya yang bercermin tentang manusia dan kehidupan. Ia adalah milik semua kerana setiap kita ada seorang ayah atau kita menjadi ayah kepada seorang anak. SN Usman Awang sebenarnya mahu kita memerhati diri kita sendiri dan menatap mata kita sendiri. Mengerti emosi dan batin sendiri sebelum melurus dan membelai emosi orang lain. Ia mengajak kita menjadi anak, menjadi ayah dan bertukar peranan semahu diri kita tetapi di penghujungnya kita akan dirempuh oleh kebanjiran rasa terhiris dan gundah yang sangat mengitari hati
Mata Ayah
Kujabat mesra tangan ayah
Urat-urat daging-daging tua keras terasa
Mataku tersenyum, matanya menyapa
Anak yang pulang disambut mesra.
Tapi matanya, mata yang menatapku
Kolam-kolam derita dan pudar bulan pagi
Garis-garis putih lesu melingkungi hitam-suram
Suatu kelesauan yang tak pernah dipancarkan dulu.
Kelibat senyum matanya masih jua ramah
Akan menutup padaku kelesuan hidup sendiri
Bagai dalam suratnya dengan kata-kata siang
Memintaku pulang menikmati beras baru.
Anak yang pulang di sisi ayahnya maka akulah
merasakan kepedihan yang tercermin di mata
Meski kain pelekatnya bersih dalam kesegaran wuduk
Dan ia tidak pernah merasa, sebab derita itu adalah dia.
~Usman Awang\
Tapi matanya, mata yang menatapku
Kolam-kolam derita dan pudar bulan pagi
Garis-garis putih lesu melingkungi hitam-suram
Suatu kelesauan yang tak pernah dipancarkan dulu.
Semua itu mencampakkan sang anak ke sudut jiwa yang sangat menghiris. Bayangkanlah jika kita siu anak itu atau kita si ayah citu bagaimana rasa beban jiwa yang menghuni batin. Bahasa SN Usman Awang cukup halus memaut kita untuk lebih terhiris.
Anaknya mula memahami akan kelesuan hidup, kesepian, kehilangan dan kesendirian yang dialami sang ayahnya. Tiada lain cara untuk memanggil anaknya pulang hanya dengan berharap anaknya dapat merasakan beras baru. Tetapi sang anak mula mengerti kepulanmgan ini bukan untuk beras baru tetapi panggilan jiwa sang ayah agar anaknya kembali dan melihat sendiri sang ayah yang dibiarkan merana dan hidup sendiri. Merasai jiwa dan hati bagaimana kehidupan mamaut sunyi sambil menghabiskan usia tua itu. Melihat sendiri akan kekosongan hidup selain sawah dan beras baru. Sekali lagi kita akan dihimpit kepiluan akan disamabar kepedihan dengan nasib dan warna jiwa sang ayah. Kita mula merasa serba salah gelisah dan hiba kerana setiap dari kita mungkin anak itu atau mungkin juga ayah itu
Puisi adalah bahasa yanag bernyanyi. Nyanyi puisi SN Usman Awang mengocak rasa meledak tangkai emosi. apa lagi apabila puisi ini diakhirkan dengan sang ayah masih meletakkan segala sulit dan sukar hidup ini sebagai nasib dirinya :
Meski kain pelekatnya bersih dalam kesegaran wuduk
Dan ia tidak pernah merasa, sebab derita itu adalah dia.
Luka dan pilu yang dialami adalah nasib dirinya. Ia sudah menjadi sebahagian dari dirinya./ Bukan silap sang anak yang tidak pulang atau memerhati nasibnya tetapi sang ayah menerima takdir bahawa segala pilu itu memang menjadi miliknya.
Demikianlah bahasa sebuah puisi dalam tajam makna dan lakar kata
hatri perlahan terhiris
Comments
Post a Comment