ia dari kamu

ia dari kamu

bukan kerana apa
kalau dari diriku
sudah lama kubiarkan ia 
meski seringan kapas
tak akan kubawa
kalau seputih salji
kutetap tak menatapnya
kalaupun ia dari hatiku
kubiarkan ia begitu
melalui waktu berlalu
lenyap hilang segala itu

tapi yang ini
ia dari kamu
tak mampu kubiarkan
meski sedetik hayatku
meski seberat gunung
akan kubawa jauh pergi
mencari destinasi
kalau sehitam malam
kau akan berada dekat dalam jiwaku
dan kutatap lama kerana itulah indahmu
melalui waktu berlalu
tak dapat kulepaskan meski seinci
kerana begitu kuperbuatkan untukmu
kerana ia dari kamu
terbaik bagiku

 

Comments