fajar

FAJAR



sedang tiba itu fajar
memerah dan cerah memenuh ruangmu
jangan lagi sebutkan guris semalam
di depanmu cahaya di depanmu warna
jangan bersulam sedih
berhiaslah untuk kau turun ke laman
dan berjalan jauh
jangan di sini kusam dan dingin
dalam kamar kepayahan
hijab sejarah harus kau buka dengan jemarimu
turunlah ke laman
dengan harum tubuh dan wangi rambutmu
aku ingin kau selalu begitu
memerhati esok dengan cahaya
dengan yakin bahawa semua milikmu

Comments