Anugerah Akademik Negara

Prof Dzulkifli lakar sejarah
Khairulkheiza Mohd Najib
7 November 2017



Dzulkifli mencipta sejarah tersendiri pada Mei lalu apabila menjadi individu pertama dari Asia menerima Pingat Gilbert.


SEREMBAN - Universiti Sains Islam Malaysia (Usim) melakar sejarah tersendiri apabila Pengerusi Lembaga Pengarahnya, Prof Tan Sri Dzulkifli Abdul Razak dinobatkan sebagai Tokoh Akademik Negara ke-11.

Pengiktirafan berkenaan dianugerahkan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi sempena Majlis Anugerah Akademik Negara yang berlangsung di Hotel Mariott, Putrajaya.

Pegawai Pusat Komunikasi Strategik (StraComm) Usim, Mohd Zaini Othman berkata, anugerah disampaikan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh itu bagi menghargai sumbangan Dzulkifli sebagai ahli akademik menerusi bidang kepakarannya.

“Antara pencapaian tertinggi beliau seperti mendapat pengiktirafan Pingat Gilbert pada Mei lalu, sekali gus menjadi individu pertama dari Asia diberi penghormatan itu.

“Kepimpinan ulung dan pengalaman luas dalam dunia akademik serta pengajian tinggi di peringkat tempatan dan antarabangsa telah melayakkan beliau menerima pingat berkenaan.

“Pada masa sama, nilai keilmuan dimiliki kerap dikongsi dengan masyarakat menerusi penulisan di media yang menyentuh pelbagai isu penting berkaitan pendidikan, Sains dan peristiwa semasa,” katanya.

Mengulas penglibatan bersama Usim pula, Mohd Zaini berkata, Dzulkifli mempunyai hubungan langsung dengan institusi pengajian tinggi terbabit walaupun sebelum dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah di situ.


Naib Canselor Usim, Prof Datuk Dr Musa Ahmad (kiri) dan Naib Canselor Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Datuk Dr Asma Ismail(kanan) turut hadir meraikan kejayaan Dzulkifli.

“Beliau pernah dilantik sebagai penyandang Kursi Akademik Kepimpinan Islam dan Felo Utama di Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan.

“Selain itu, beliau turut menyumbangkan penulisan sebagai kolumnis dalam akhbar New Straits Times sejak 1995 dan terkini dengan akhbar The Sun,” katanya.

Untuk rekod, Anugerah Akademik Negara merupakan pengiktirafan tertinggi oleh Kementerian Pendidikan Tinggi terhadap ahli akademik yang memberi sumbangan cemerlang dalam perkembangan pendidikan dan pembangunan negara, serta penghargaan kepada intelektual negara.

sinaronline


3 cendekiawan terima anugerah Tokoh Akademik Negara
Oleh Nor Shayaumil Qhairil Eemann


MENTERI Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh bergambar bersama Tokoh Akademik Negara ke-11, Profesor Tan Sri Dzulkifli Abdul Razak (tiga dari kiri), Tokoh Akademik Negara ke-10, Profesor Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim (empat dari kiri) dan Ahmad Ameen Mohd Kamal wakil kepada Tokoh Akademik Negara ke-11, Profesor Ulung Tan Sri Dr Mohd Kamal Hassan (empat dari kanan) semasa penyampaian Anugerah Akademik Negara 2017 di Putrajaya. - Foto Shayaumil

PUTRAJAYA: Anugerah Akademik Negara (AAN) 2017 malam ini menyaksikan tiga cendekiawan negara dinobatkan sebagai Tokoh Akademik Negara.

Mereka adalah Prof Emeritus Tan Sri Datuk Dr Khoo Kay Kim, yang dianugerahkan Tokoh Akademik Negara ke-10, manakala Prof Ulung Tan Sri Dr Mohd Kamal Hassan dan Prof Tan Sri Dzulkifli Abdul Razak sebagai Tokoh Akademik Negara ke-11.

Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh, berkata AAN adalah pengiktirafan tertinggi kerajaan kepada cendekiawan Malaysia yang mengharumkan nama negara dalam pelbagai bidang.

"Pengiktirafan ini juga adalah manifestasi keprihatinan dan komitmen kementerian dalam memartabatkan pendidikan tinggi negara.

"Selain itu, kecemerlangan ahli akademik negara ini juga dapat dilihat melalui penyelidikan dan penerbitan jurnal berimpak tinggi," katanya dalam ucapan perasmian AAN, di sini.

Idris berkata, AAN diperkenalkan pada 2006 dan penerima pertamanya adalah Prof Diraja Ungku Abdul Aziz Ungku Abdul Hamid.

"Pemilihan penerima AAN berdasarkan sumbangan mereka pada peningkatan prestasi kualiti pendidikan negara dan meletakkan nama Malaysia di pentas global sehingga dihormati oleh ahli akademik lain dari seluruh dunia.

"Kita bangga dengan kejayaan yang dicapai oleh cendekiawan negara kita dan semoga pelbagai kejayaan lain dapat dicapai pada masa akan datang," katanya.

Idris turut menyampaikan anugerah kepada 10 ahli akademik yang memenangi anugerah lain seperti Anugerah Penerbitan Makalah Jurnal; Anugerah Penerbitan Buku; Anugerah Inovasi dan Pengkomersialan Produk; Anugerah Seni dan Kreativiti; Anugerah Pengajaran dan Anugerah Ahli Akademik Harapan.

Tokoh Akademik Negara membawa pulang wang tunai RM200,000, piala dan sijil, manakala pemenang anugerah bagi setiap kategori lain menerima RM50,000, piala dan sijil.

Pada majlis sama, Idris turut melancarkan buku Cendekiawan Terbilang, yang merangkumi kejayaan dan pencapaian 10 Tokoh Akademik Negara.

bhonline





3 Cendekiawan Terima Anugerah Tokoh Akademik Negara
4 November 2017


PUTRAJAYA: Anugerah Akademik Negara (AAN) 2017 malam ini menyaksikan tiga cendekiawan negara dinobatkan sebagai Tokoh Akademik Negara.

Mereka adalah Prof Emeritus Tan Sri Datuk Dr Khoo Kay Kim, yang dianugerahkan Tokoh Akademik Negara ke-10, manakala Prof Ulung Tan Sri Dr Mohd Kamal Hassan dan Prof Tan Sri Dzulkifli Abdul Razak sebagai Tokoh Akademik Negara ke-11.

Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh, berkata AAN adalah pengiktirafan tertinggi kerajaan kepada cendekiawan Malaysia yang mengharumkan nama negara dalam pelbagai bidang.

“Pengiktirafan ini juga adalah manifestasi keprihatinan dan komitmen kementerian dalam memartabatkan pendidikan tinggi negara.

“Selain itu, kecemerlangan ahli akademik negara ini juga dapat dilihat melalui penyelidikan dan penerbitan jurnal berimpak tinggi,” katanya dalam ucapan perasmian AAN, di sini.

Idris berkata, AAN diperkenalkan pada 2006 dan penerima pertamanya adalah Prof Diraja Ungku Abdul Aziz Ungku Abdul Hamid.

“Pemilihan penerima AAN berdasarkan sumbangan mereka pada peningkatan prestasi kualiti pendidikan negara dan meletakkan nama Malaysia di pentas global sehingga dihormati oleh ahli akademik lain dari seluruh dunia.

“Kita bangga dengan kejayaan yang dicapai oleh cendekiawan negara kita dan semoga pelbagai kejayaan lain dapat dicapai pada masa akan datang,” katanya.

Idris turut menyampaikan anugerah kepada 10 ahli akademik yang memenangi anugerah lain seperti Anugerah Penerbitan Makalah Jurnal; Anugerah Penerbitan Buku; Anugerah Inovasi dan Pengkomersialan Produk; Anugerah Seni dan Kreativiti; Anugerah Pengajaran dan Anugerah Ahli Akademik Harapan.

Tokoh Akademik Negara membawa pulang wang tunai RM200,000, piala dan sijil, manakala pemenang anugerah bagi setiap kategori lain menerima RM50,000, piala dan sijil.

Pada majlis sama, Idris turut melancarkan buku Cendekiawan Terbilang, yang merangkumi kejayaan dan pencapaian 10 Tokoh Akademik Negara.

mysuaranet

Kenali penerima Anugerah Akademik Negara 2015.










Comments