Ikan Sardin barangkali antara perkara yang banyak berbekas dalam sanubari kita. Sering ikan sardin dikaitkan dengan makanan orang miskin, makanan yang mudah dimasak, dan sebagainya. Yang cepat berbekas adalah sardin dan status sosial ekonomi masyarakat. Malah ketika musibah melanda dan penduduk ditempatkan di pusat pemindahan banjir misalnya, sardinlah yang pertama menjelma dalam fikiran.
Setiap orang memiliki kenangan dan nostalgia berkaitan sardin. Ada yang berisi senyum tawa dan ada yang berladung airmata. Sardin pula menjadi sinonim dengan anak-anak yang bertarung dengan alam pendidikan sama ada belajar di universiti, kolej, institusi perguruan, atau asrama sekolah. Sardin membuka kenangan panjang terhadap hari-hari yang berlalu dan pergi. Kata orang ikan sardin ada kenangannya tersendiri.
Makan nasi lauk ikan sardin menjadi kebangaan dan kenangan yang tidak mudah dilupakan. Sardin goreng campur kicap sudah dianggap makanan yang cukup sedap. Ada kalanya sardin dicampur air limau nipis dan digaul sebati tanpa dimasak pun menjadi makanan istimewa dan dimakan dengan nasi panas. Ah, kenangan yang lalu kembali. Pulang sekolah emak menyediakan sardin goreng... terasa hari itu amat istimewa.
Ikan sardin pada masa kini berbeza implikasi dan taraf ekonomi. Ikan sardin antara makanan yang mahal dan hanya mampu dimakan oleh mereka yang berpendapatan tinggi. Status kemiskinan dan kepayahan hidup mulai hilang dari sebutan sardin. Malah ia menjadi antara makanan istimewa di restoran. Malah sardin sebenarnya sudah mengatasi harga seekor ayam.
Begitu kitaran hidup dan perubahan persekitaran yang kerap merubah warna-warna hidup. Sardin pula dikaitkan dengan pemakanan yang berkhasiat dan membantu kesihatan diri. Inilah perubahan. Dan ketara, banyak keluarga miskin tidak mampu lagi membeli sardin.
Ikan Sardin Bukan Lagi Lauk Orang Miskin
Melati Mohd Ariff
KUALA LUMPUR (Bernama) -- "Kalau susah-susah masak saja ikan sardin".
Ramai yang mungkin tidak asing dengan ungkapan ini apatah lagi untuk orang bujang atau mereka yang kesuntukan masa untuk memasak.
Malah ada juga yang menyimpan stok ikan sardin tin ini untuk tujuan 'kecemasan', manalah tahu ada tetamu datang tanpa dirancang.
Memasak ikan sardin ini sama ada yang di dalam tin atau segar sememangnya mudah. Tidak memerlukan banyak bahan. Sama ada dijadikan sambal, dimasak kari atau digoreng bersama bawang dan halia, hidangan ini sudah cukup untuk mengalas perut yang lapar.
Ada juga yang menjadikan ikan sardin ini sebagai inti sandwic atau karipap.
Rakan Facebook (FB), Rosie Hashim memberitahu penulis, untuk menjadikan masakan sardin lebih sedap beliau akan menambah air asam jawa dan hirisan cili merah.
"Masak lemak pun sedap", tambahnya.
KENANGAN SILAM
Penulis sendiri berasa nostalgik dengan ikan sardin, ikan yang sering dikaitkan dengan rakyat marhaen.
Membesar dalam keluarga yang ramai dengan gaji ayah yang tidak seberapa, ikan sardin adalah sajian lumrah buat kami adik-beradik.
Untuk menjadikannya banyak, emak akan menambah ubi kentang. Cukuplah makanan pada hari itu.
Ikan sardin segar pun pada masa itu harganya mungkin kira-kira RM1.00 sekati (kira-kira 600 gram) dan itu pun boleh berkongsi dengan kucing!
Itu kisah puluhan tahun dulu. Sekarang kalau disebut ikan sardin, ia lebih disebut 'macam ikan sardin', membayangkan keadaan bas atau tren yang sesak dan padat dengan penumpang.
Anak zaman sekarang pun mungkin lebih mengenali ikan tuna daripada ikan sardin.
SEMAHAL AYAM
Hari ini, kalau nak makan ikan sardin tin mungkin lebih elok beli ayam!
Baru-baru ini penulis membeli setin ikan sardin berjenama. Tin leper yang paling besar dan bila terima resit belian, harganya RM9.30. Balik rumah, buka tin, ada tiga tongkol sahaja.
Congak di kepala tidak memerlukan kalkulator, setongkol RM3.10. Bukankah mahalnya?
Di sebuah pasar raya lain, harga sardin tin yang sama RM9.99! Teringat minggu sebelumnya beli ayam, sederhana saiz, harganya kira-kira RM10.00 sahaja.
Nampaknya, ikan sardin bukan lagi semurah semasa saya kecil dahulu!
MENITIS AIR MATA
Rakan FB, Eta MT memberitahu penulis air matanya masih boleh menitis apabila mengimbau kenangan makan ikan sardin semasa belajar di menara gading.
"Ikan sardin antara memori tak akan dapat saya lupakan semasa belajar dengan rakan seperjuangan", katanya.
Menurut Eta, yang berasal dari Batu Gajah, Perak, beliau dan lima rakan sebiliknya memasak ikan sardin dalam periuk nasi elektrik dan periuk itu juga digunakan untuk memasak nasi.
"Kami hanya tambah bawang dan cili. Makan dengan nasi panas-panas. Biasanya kami masak sardin bila kewangan semakin menyusut.
"Kami akan kutip duit, yang ada banyak bagi banyak. Dapat beli ikan sardin pun dah syukur. Ada duit lebih kami beli telur. Adalah menu tambahan, telur dadar.
"Kami makan berjemaah dan menu sardin menu istimewa kami, Sedap, masyaAllah", kata Eta dan menambah kata bahawa harga setin pada tahun 1997 ialah sekitar RM2.50, yang mengandungi dua tongkol ikan sardin.
NAIK HARGA
Ikan sardin segar yang pada satu ketika dulu dibeli hanya untuk habuan kucing pun tidak kurang mahalnya.
Harga yang pernah penulis beli sedikit masa dulu di pasar tani adalah antara RM7.00 hingga RM9.00 sekilo.
Walau apapun, ikan sardin atau nama lainnya 'pilchard' yang ada kaitannya dengan ikan herring (menurut carian di internet) kaya dengan pelbagai vitamin dan galian.
Istilah sardin dipercayai digunakan orang Inggeris pada awal kurun ke-15 dan mungkin berasal daripada nama pulau Sardinia di Mediterranen yang dikatakan kaya dengan ikan sardin pada suatu ketika dahulu.
Ikan ini juga dikatakan hidangan popular di merata dunia termasuk Kanada, Perancis, Itali, Maghribi, India dan Jepun.
Mungkin ini agaknya yang menyebabkan ikan yang pada satu ketika dikaitkan dengan rakyat marhaen ini semakin mahal harganya.
Meskipun mahal, bagi yang menggemari ikan sardin dalam bentuk apa juga masakan mungkin akan menutup sebelah mata.
Ikan sardin tetap jadi pilihan. Dulu, kini dan selamanya!
BERNAMA
Sardin bagus untuk tulang
Oleh NADIA SHAIFUL BAHARI
KUALA LUMPUR – Kita sering mendengar dakwaan mengatakan bahan pengawet yang dicampur dengan sardin dalam tin memberi kesan buruk kepada kesihatan.
Malah di internet heboh dakwaan tulang manusia akan menjadi rapuh sekiranya makanan kegemaran ramai itu diambil secara kerap.
Selain itu, ia juga dikaitkan dengan ketumbuhan fibroid kepada wanita.
Bagaimanapun, dakwaan itu diragui kebenarannya oleh Presiden Persatuan Pemakanan Malaysia, Dr. E. Siong Tee.
Menurutnya, ikan sardin dalam tin sebenarnya mempunyai kandungan kalsium tinggi yang diperlukan oleh tulang manusia.
“Kajian sains mendapati tulang ikan sardin dalam tin merupakan salah satu sumber kalsium yang baik untuk tulang selain produk tenusu.
“Setakat ini, makanan dalam tin tidak mempunyai sebarang risiko yang memudaratkan sekiranya bahan yang digunakan oleh pengeluar mematuhi piawaian yang ditetapkan,” katanya ketika dihubungi Kosmo di sini semalam.
Selain sardin, katanya, amalan makan ikan bersaiz kecil seperti ikan bilis juga membantu meningkatkan kandungan kalsium yang diperlukan oleh tubuh manusia.
Tambah Siong Tee, makanan dalam tin juga membantu memudahkan penyediaan hidangan diet bagi mereka yang sibuk dengan jadual harian.
Sementara itu, seorang pakar tulang, Dr. M. Ismail Maulut (gambar) memberitahu, masalah berkaitan dengan sendi dan tulang manusia berkait rapat dengan kandungan garam atau asid urik dalam makanan.
“Kandungan asid urik di dalam kebanyakan makanan dalam tin adalah minimum serta tidak bahaya kecualilah ia tidak diawet secara sempurna dan telah dijangkiti bakteria.
“Sebenarnya, makanan laut dan organ dalaman haiwan lebih berpotensi meningkatkan kandungan asid urik dalam darah yang menjadi punca serangan penyakit sendi berbanding makanan dalam tin,” katanya.
Antara makanan organ dalaman itu ialah paru, hati, limpa dan perut haiwan.
Menurut M. Ismail, makanan dalam tin mungkin memudaratkan jika kandungannya tercemar oleh bakteria jenis Clostridium Botulinum.
“Bakteria tersebut mudah ditemui pada tanah dan air yang kotor. Ia juga mudah menular dalam makanan dalam tin yang tidak diawet sempurna sehingga boleh menyebabkan sel-sel bakteria akan menghasilkan toksin yang boleh mengakibatkan keracunan kepada manusia,” jelasnya.
kosmo online
Sardin Perkuatkan Tulang
by Tim WOM.
31 Oktober 2014
Anda lebih suka ikan sardin segar atau sardin dalam tin?Sajian ini boleh buat selera makan jadi bertambah!
Kebanyakan wanita bekerjaya yang tidak mempunyai banyak waktu di dapur pasti memilih untuk memasak ikan sardin tin kerana sangat mudah. Selain cepat dimasak, ikan sardin juga mempunyai kelebihan kandungan zatnya.
Ikan sardin mengandungi protein, lemak, kalsium, besi, magnesium, fosfor, kalium, natrium. Manakala vitamin yang terkandung dalam sardin meliputi vitamin thiamin, riboflavin, niasin, vitamin B6, folat, vitamin B12, A, D, E dan vitamin K.
Ikan Sardin Elok Untuk Kesihatan
Melindungi Daripada Penyakit Jantung
Lemak Omega-3 juga memainkan peranan penting dalam kesihatan kerana zat yang terkandung dalam ikan sardin dapat melindungi jantung daripada pelbagai penyakit. Lemak tersebut membantu menurunkan paras kolesterol, menurunkan tekanan darah tinggi yang seringkali dikaitkan dengan serangan jantung.
Membantu Perkembangan Otak
Lemak Omega- 3 sangat diperlukan dalam jumlah besar untuk perkembangan otak. Ia dapat menguatkan memori dan juga meningkatkan daya tumpuan.
Membantu Pertumbuhan & Memperkuatkan Tulang
Ikan sardin merupakan sumber terbaik kalsium dan Vitamin D. Bahkan Vitamin D yang terkandung dalam ikan sardin membantu menyerap kalsium di dalam badan kita. Sekaligus membantu pertumbuhan tulang yang kuat dan sihat malah dapat mencegah Osteoporosis.
Mencegah Pembekuan Darah
Gumpalan darah dalam arteri sangat berbahaya untuk jantung. Oleh itu, lemak Omega-3, yang dtemui dalam ikan seperti ikan sardin ini, baik untuk mencegah pembekuan darah daripada berlaku.
Meningkatkan Antibodi
Antibodi badan dapat ditingkatkan dengan mengamalkan makan ikan sardin kerana kajian menunjukkan minyak ikan sardin dapat meningkatkan sel-sel sistem antibodi tubuh anda.
Kulit Lebih Sihat
Wanita mana yang tidak ingin memiliki kulit yang cantik,sihat dan bersinar bukan? Oleh itu,amalkan makan ikan sardin kerana ia kaya dengan lemak Omega-3. Lemak ini berperanan untuk meningkatkan sel-sel kulit,mengurangkan radang kulit sekaligus menjadikan kulit sihat.
Pembentukan otot
Ikan sardin adalah salah satu sumber makanan yang kaya dengan protein. Protein yang dimakan tersebut dapat membantu dalam pembentukan otot pada tubuh kita.
wom

Sardin dalam tin yang kita sudah lazim dengan Foto Bernama

Comments
Post a Comment