Klik foto di bawah untuk membaca cerpern Tom Hanks
ilustrasi oleh : Daniel Hertzber
Bagi Tom Hanks banyak cerita yang berlegar dalam mindanya dan harus diturunkan di kertas sebagai sebuah karya untuk dibaca. Tom Hanks memiliki hobi mengumpul mesin taip. Koleksi mesin taip pelbagai jenama sejak 1978. Terdapat pelbagai jenis mesin taip dari jenis manual dan portable. dikeluarkan antara tahun 30-an dan 90-an berada dalam koleksi beliau. Bagi Hanks mesin taip merupakan “beautiful works of art.” Mesin taip manual pertama dalam koleksinya berjenama Hermes 2000. Menurut Tom Hanks, salah satu cerpen karyanya ditaip dengan menggunakan salah satu mesin taip manual koleksinya.
Royal 'Apollo 10' model 1969 milik Hanks
foto : whosay
Kegemaran Hanks menyimpan koleksi mesin taip manual ini memberi ilham kepada Hitcents untuk membina aplikasi Hanx Writer untuk iPad. Menurut New York Times, penampilan aplikasi ini mirip salah satu mesin manual yang menjadi koleksi Hanks. Aplikasi ini juga mengeluarksan bunyi sebagaimana mesin taip tersebut berbunyi bila digunakan. Aplikasi Hanx writer merupakan antara aplikasi yang popular di mana pada hari pelancarannya telah mendapat tempat teratas kategori aplikasi percuma dan mendapat ratimg 4.5 dengan 3500 review.
Kemunculan Tom Hanks dengan cerpen terbaru kelak pastinya akan menyemarakkan dunia sastera
dahsyat juga tom..hebat.
ReplyDelete