Cinta Abadi
"Cinta itu abadi dan ke dalam keabadian ia pergi
Jika hari pembalasan tiba
Orang berduyun ingin jadi pemburu cinta
Sebab tanpa cinta ia akan terhina
Titik cerlang yang bernama pribadi
Api kehidupan dalam tumpukan abu kita
Cinta menggosoknya menjadi lebih abadi lagi
Cinta mengangkat insan membumbung tinggi
Hingga tercapai tangga keluhuran dekat ilahi
Jika wujud ini adalah benda belum selesai
Cinta membentuknya hingga sempurna
O muslim, dengar kisahku menjadi manusia
Oleh cinta pribadi kian abadi
Lebih hidup, lebih menyala, dan lebih kemilau
Dari cinta menjelma pancaran wujudnya
Dan perkembangan kemungkinan yang tak diketahui semula
Fitrahnya mengumpul api dari cinta
Cinta mengajarinya menerangi alam semesta
Cinta tak takut kepada pedang dan pisau belati
Cinta tidak berasal dari air dan bumi
Cinta menjadikan perang dan damai di dunia
Sumber hidup ialah kilau pedang cinta".
Muhammad Iqbal (1877-1938)
That innumerable enigmas are solved by human intellect
You were the complete soul, literary assembly was your body
You adorned as well as remained veiled from the assembly
Your eye is longing to witness that veiled Beauty
Which is veiled in everything as the pathos of life
The assemblage of existence is rich with your harp
As mountain's silence by the brook's melodious harp
The garden of your imagination bestows glory on the universe
From the field of your thought worlds grow like meadows
Life is concealed in the humor of your verse
Picture's lips move with your command of language
Speech is very proud of the elegance of your miraculous lips
Thurayyah is astonished at your style's elegance
Beloved of literature itself loves your style
Delhi's bud is mocking at the rose of Shiraz
Ah! You are resting in the midst of Delhi's ruins
Your counterpart is resting in the Weimar's garden
Matching you in literary elegance is not possible
Till maturity of thought and imagination are combined
Ah! What has befallen the land of India!
Ah! The inspirer of the super-critical eye!
The lock of Urdu's hair still craves for combing
This candle still craves for moth's heart-felt pathos
O Jahanabad! O cradle of learning and art
Your entire super-structure is a silent lament
The sun and the moon are asleep in every speck of your dust
Though innumerable other gems are also hidden in your dust
Does another world-famous person like him also lie buried in you?
Does another gem like him also lie concealed in you?
Allama Muhammad Iqbal
MUHAMMAD IQBAL: Seniman Yang Berdakwah Menerusi Pena
Wahai Muslimah Kelumbungmu hijab yang memelihara kehormatan kami.
Suatu rahmat bagi kami, kekuatan agama kami, asas umat kami.
Bibir putera-puteri kami mereguk susu di dadamu,
Sejak mula belajar menyebut kalimah La ilaha illallah,
Cintamulah yang mencorakkan pemikiran kami, kata-kata kami, amalan kami,
Panahan kilat kami beradu dalam awanmu,
Berkemilau di gunung, menyapu tanah pamah. Wahai Muslimah Tinggi, tinggi, keinginan yang bergelut dengan dirimu!…Teladan sempurna, Fatimah ‘Afifah itu,
Meskipun sekalian makhluk mentaati suruhannya,
Namun ia menenggelamkan iradatnya dalam keredaan suaminya yang salih.
Terdidik tabah dan rendah hati,
Sedang bibirnya mentilawah kitab suci, Ia memutar kisaran gandum di rumahnya
Insaflah sentiasa akan tuladanmu, Fatimah
Agar dahanmu akan membuahkan Hussin yang baharu,
Taman sari kita berkembang mekar dengan zaman kencana.
Syair ini ialah sebahagian daripada kata-kata indah yang menggambarkan tentang peranan wanita dan ibu dalam Islam. Syair ini ditulis oleh seorang tokoh sasterawan besar dalam sejarah dunia Islam. Beliau yang dimaksudkan ialah ‘Allamah Muhammad Iqbal bin Nur Muhammad bin Rafi seorang tokoh intelek dan falsafah Islam yang sangat tersohor.
Seniman Muhammad Iqbal ini dilahirkan pada 9 November 1877. Beliau dibesarkan dalam keluarga golongan menengah Punjab di Sialkot, (kini di Pakistan). Beliau dikatakan berketurunan Kashmir, ini kerana datuknya iaitu Shaikh Rafiq telah mengikut gerakan penghijrahan besar-besaran dari Kashmir lalu menetap dan membina kehidupannya di Sialkot. Pada tahun 1892 Muhammad Iqbal bertemu jodoh dengan Karim Bibi dan dianugerahi tiga orang anak. Malangnya perkahwinan mereka tidak kekal lama dan berpisah pada tahun 1916. Sejak kecil lagi Muhammad Iqbal dan adik-beradiknya sudah terdidik dalam suasana keluarga yang mengutamakan aspek spiritual. Tambahan pula bapanya iaitu Shaikh Nur Muhammad dan ibunya, Imam Bibi sangat kuat berpegang kepada disiplin beragama. Setiap kali selesai sahaja solat subuh, Muhammad Iqbal akan membaca al-Quran. Pernah pada suatu hari, ayahnya berkata, “Wahai Iqbal, bacalah al-Quran seolah-olah ia diturunkan untukmu!” Kemudian Iqbal menjawab, “Wahai ayah sesungguhnya aku merasakan seolah-olah al-Quran berbicara kepadaku.” Hasilnya, elemen spiritual inilah yang banyak mempengaruhi karya-karya beliau dalam penulisan kreatif terutamanya dalam bidang sastera Islam. Oleh sebab itu tidak hairanlah, sebagai seorang pemikir beliau memasukkan dimensi spiritual dalam khazanah pemikiran Islam.
Proses perkembangan pendidikan Muhammad Iqbal sedikitpun tidak terjejas walaupun ketika itu India di bawah kekuasaan British. Polisi pemerintahan British juga tidak mengubah dasar bahasa di sekolah-sekolah malah menjadikan bahasa Parsi sebagai bahasa utama pengajaran. Di daerah kelahirannya ini, Muhammad Iqbal mula mendapat pendidikan awal. Bermula di sinilah minat Iqbal terhadap dunia sastera mula dipupuk. Hal ini dikesan oleh gurunya iaitu Sayyid Mir Hassan apabila beliau melihat minat dan kecenderungannya kepada sajak-sajak klasik. Muhammad Iqbal percaya dengan menguasai banyak bahasa dunia selain dari bahasa Urdu dan Parsi seperti bahasa Inggeris dan bahasa Arab mampu mengembangkan minat serta ilmunya dengan lebih luas lagi. Pada tahun 1895 beliau melanjutkan pelajarannya di sebuah kolej kerajaan di Lahore pada peringkat Ijazah Sarjana Muda dalam bidang falsafah, bahasa Arab dan kesusasteraan Inggeris. Pada tahap ini Iqbal mula mengatur langkah untuk menulis puisinya secara serius dan meraih nama sebagai penyair bahasa Urdu sebelum berangkat ke England.
Pada tahun 1905 beliau melanjutkan pengajiannya ke Eropah dan memperolehi Ijazah Sarjana Muda dalam bidang undang-undang dari Universiti Cambridge dan Ijazah Kedoktoran dalam bidang falsafah dari Universiti Munich. Pada tahun 1908 beliau kembali ke tanah air dan menceburi bidang undang-undang serta aktif menyampaikan ceramah di universiti-universiti India. Koleksi ceramah akademik beliau kemudiannya dibukukan dan diterbitkan dalam bahasa Inggeris dengan judul ‘The Reconstruction of Religious Thought in Islam’ Kesibukan beliau terhadap kerjaya tersebut tidak menghalang minat dan tumpuan beliau dalam bidang kesusasteraan pada satu masa.
Muhammad Iqbal banyak mengubah puisinya dalam bahasa Urdu, Parsi dan Inggeris. Puisi besarnya yang terkenal iaitu Asrar-e Khudi (The Secret of the Self) yang ditulis dalam bahasa Parsi. Dalam karyanya ini beliau menegaskan beberapa konsep tentang diri, perinsip kehidupan, alam semesta, dan asas kehidupan manusia. Hasil koleksi puisinya yang kedua juga ditulis dalam bahasa Parsi iaitu Rumus-e Bekhudi (The Mysteries of Selflessness). Kali ini Iqbal mengimbang balas deria keegoan dan keindividuan dalam karyanya yang pertama dengan idea yang lebih menjurus kepada persaudaraan dan ibadah dalam Islam.
Koleksi puisinya yang pertama ditulis dalam bahasa Urdu ialah Bang-e Dara (Seruan Perjalanan) yang lebih bersifat nasionalistik dan bertemakan cinta. Antara puisinya yang terkemudian yang terkenal ialah Khizr-e Rah (Panduan di Perjalanan). Koleksi puisi ini cenderung membuka kesedaran kepada umat Islam agar tidak mudah terpesona dengan kerajaan dan undang-undang Barat. Walaupun Muhammad Iqbal dibesarkan dalam tradisi intelektual Barat namun beliau tidak menjadikan sistem Barat sebagai model ikutan. Tetapi tidak pula bermakna beliau anti-Barat, ini kerana pada pandangan beliau apa yang harus diambil oleh umat Islam dari Barat adalah ilmu pengetahuan dan kemajuan teknologinya. Dalam syair-syairnya sendiri Iqbal banyak menterjemahkan kesungguhannya untuk membakar semangat umat Islam agar sentiasa bergerak dan maju. Dalam sebuah sajak beliau berkata:“Umat Islam, bila ingin maju, harus mampu berpacu dengan waktu… Sekali umat Islam terhenti, bererti dia membiarkan dirinya tergilas dek sang waktu”
Keistimewaan dan kebolehan Muhammad Iqbal bukan sahaja sebagai ahli falsafah dan tokoh pemikir malah beliau adalah seorang tokoh mujadid Islam terakhir abad ke-20 yang muncul di kalangan Ahli Sunnah wal Jamaah. Secara tidak langsung beliau telah meletakkan dirinya ketika itu di tengah-tengah masyarakat Islam yang masih terjajah oleh Barat sebagai sasterawan dan pembina ketamadunan Islam. Keadaan ini menyebabkan beliau muncul sebaris dengan tokoh-tokoh intelektual tradisional Islam sebelumnya seperti al-Razi, al-Farabi, Ibn Sina, dan al-Ghazali, bezanya beliau muncul dalam dunia kontemporarinya yang tersendiri. Bakat serta kebolehan beliau berkarya melalui puisi-puisi perjuangannya membangkitkan kesedaran umat Islam yang masih terjajah ketika itu. Secara tidak langsung beliau sebenarnya sebaris dengan tokoh-tokoh perjuangan yang membangunkan kemerdekaan masyarakat Asia seperti Jose Rizal, Sun Yat Sen dan lain-lain. Sumbangan besar Muhammad Iqbal ialah apabila beliau dianggap sebagai bapa pembentukan negara Islam Pakistan yang bebas merdeka daripada India. Selain itu dalam kesusasteraan Parsi, Iqbal diiktiraf sebagai salah seorang penyair modennya. Manakala dalam kesusasteraan Urdu beliau dianggap sebagai penyair agung abad ini oleh penutur bahasa Urdu baik di Pakistan mahupun India dan banyak puisi-puisinya menjadi madah dan kata-kata hikmat bahasa ini. Muhammad Iqbal terus memperjuangkan nasib orang Islam melalui penulisan puisinya sehinggalah beliau meninggal dunia pada 21 April 1938.
Sumber ibnuahmadalkurauwi.wordpress.com
Comments
Post a Comment