ajari aku

Blog Mimbar Kata

tulislah

blog mimbar kata

sehelai daun

blog mimbar kata

hujan dalam sukma

blog mimbar kata

kaki memijak

blog mimbar kata

10 Nov 2012

Sinopsis Jeriji Kasih



SINOPSIS JERIJI KASIH

Bab 1

Anuariza amat bersyukur kerana mendapat seorang ibu yang sangat menyayanginya, iaitu Solehah. Walaupun mereka sekeluarga hidup dalam kemiskinan, namun mereka dilimpahi kasih sayang dan kebahagiaan yang tidak pernah surut. Anuariza terpaksa bekerja mencari rezeki buat menampung keperluan keluarganya dengan menoreh getah dan mencari buah-buah kayu seperti asam kelubi di hutan paya yang penuh dengan bahaya. Adiknya Azuera melarangnya keluar ke hutan pada hari itu memandangkan hujan baru sahaja turun dan kemungkinan banyak haiwan liar berkeliaran mencari mangsa. Solehah tetap membantah dan tidak membenarkannya pergi ke kawasan itu. Anuariza mencari rezeki dengan mencari asam kelubi yang kemudian akan dijual kepada Ah Chong, satu-satunya peraih di kampung itu yang sering menawarkan harga yang tinggi untuk buah-buah kelubinya. Nek Siah pula merupakan jiran mereka yang sering membantu keluarga Solehah yang sering dalam kesusahan. Nek Siah datang untuk menjemput mereka sekeluarga ke majlis kenduri di rumahnya juga melarang Anuariza ke situ. Nek Siah menyuruh Anuariza pergi ke rumahnya bagi membantu mereka yang akan mengadakan kenduri naik rumah dan tahlil. 


Bab 2


Anuariza tiada jalan lain kecuali terpaksa bersetuju dengan permintaan Syed Mustafa untuk memberi kelas tuisyen kepada anaknya Syed Fariz sementara menanti keputusan STPM diumumkan. Syed Mustafa mempunyai seorang anak perempuan iaitu Syarifah Farisya yang merupakan abang Syed Fariz. Mereka anak beranak bertungkus lumus membantu keluarga Nek Siah menguruskan kenduri tersebut. Azuera kelihatan begitu cekap dengan kerja-kerjanya membasuh pinggan mangkuk, membungkus makanan untuk jiran dan menghidangkan makanan pencuci mulut manakala Syarifah Farisya sedikit kekok. Anuariza disuruh mengajar anak Syed Mustafa keesokan harinya, namun Anuariza meminta ditangguhkan sehari kerana dia bercadang untuk keluar hutan bagi memungut asam kelubi. Apabila mendengar tentang asam kelubi, Syed Mustafa menceritakan pengalamannya dahulu ketika usia remaja. Dia turut mencari asam kelubi, buah ketiau, dan buah perah bersama-sama kawannya di hutan, tetapi untuk sekadar suka-suka sahaja. Dia pernah terdengar cadangan Menteri Besar Perak untuk mengkomersialkan buah-buah kayu tersebut tetapi cadangan itu senyap begitu sahaja. Setelah larut malam dan rancak bercerita, keluarga Anuariza memohon izin untuk pulang.

Bab 3

Anuariza pergi ke hutan untuk mengambil buah asam kelubi yang disorok di situ dua hari lepas kerana hujan lebat. Anuariza ditemani oleh Syed Mustafa atau Pak Syed. Pak Syed gembira melihat kecekalan dan kesungguhan Anuariza namun sedikit sebanyak dia melihat Anuariza seperti dirinya sendiri. Pak syed menceritakan kepada Anuariza, bahawa dia pernah membuat kerja sebegitu pada masa dahulu, tetapi hanya sekadar untuk suka-suka, berbanding dengan Anuariza yang mahu menyara keluarganya. Anuariza pernah diketawakan dan diejek sebagai SI BONGKOK sewaktu dia berkaki ayam menghendap di belakang sekolah kerana mahu belajar, selama berbelas tahun dahulu membuatkan dirinya tersisih daripada orang. Dia juga pernah melihat ibunya dimalukan hanya kerana dituduh memikat suami orang. Sejak itu dia bertekad untuk hidup bersendirian tanpa mempedulikan orang lain. Pak syed amat bangga dengan kecekalan Anuariza dalam menyara keluarganya walaupun Anuariza hanya sekadar anak angkat kepada Solehah. Anuariza pernah tinggal di Kuala Lumpur tapi selepas ayah angkatnya meninggal dunia, mereka terus tinggal di kampung. Pak syed bertanya kepada Anuariza, kenapa ibunya tidak kahwin lagi. Anuariza menyatakan bahawa ibunya tidak mahu ada orang lain antara mereka.Mereka mengharungi anak paya yang airnya separas pinggang, tetapi mereka perlu berhati-hati mungkin ada haiwan berbisa. Pak syed memberi cadangan supaya buah-buah ini dikomersilkan. Anuariza berhasrat untuk menanam buah-buah sesebigu di ladang. Harga buah kabung tinggi di pasaran. Di bandar buah kabung menjadi makanan pencuci mulut di hotel.Pak syed mengingatkan Anuariza bahawa dulu ada orang kampung pernah dibaham harimau. Anuariza pernah terserempak dengan harimau, tetapi dengan membaca ayat kursi dan surah al ikhlas Allah menutup pandangan raja rimba tersebut. Seterusnya mereka bercerita tentang agama yang berkaitan dengan ajaran sesat.

Bab 4

Anuariza memulakan tugasnya sebagai guru tuisyen di rumah Syed Mustafa. Syed Mustafa sudah membayar gajinya untuk bulan pertama, tetapi Anuariza menolak wang itu. Syed Mustafa tetap berkeras memaksa Anuariza mengambil wang tersebut. Hari pertama dia pergi ke situ Syed Fariz langsung tidak turun belajar. Syed Fariz memang tidak berminat dalam pelajaran. Anuariza meminta kebenaran Syed Mustafa untuk berbual di dalam bilik Syed Fariz. Ketika Anuariza berada di dalam bilik Syed fariz, Anuariza minta Syed Fariz menceritakan masalahnya. Syed Fariz berkata bahawa dia tak suka tinggal di kampung kerana di kampung tiada apa yang boleh dibuat dan membosankan. .Anuariza pun turut menyokong bahawa di kampung ini sangat membosankan, tetapi itu dahulu, kerana dahulu Anuariza tinggal di Kuala Lumpur. Setelah Anuariza tinggal di kampug Anuriza sangat tenang. Syed Fariz turut menceritakan bahawa dia sangat benci pada ayahnya, yang menjadi punca ibunya mati. Setelah hampir dua jam berada di dalam bilik Syed Fariz, Anuariza pun meminta diri untuk pulang. Dia telah berjanji untuk membawa Syed Fariz ke sungai untuk menyedut udara segar di samping menenangkan fikiran. Pada malam itu Anuariza amat sukar untuk memejamkan matanya walaupun tubuhnya begitu letih. Anuariza masih terkenangkan perbualanya dengan Syed Fariz, Syed Fariz sangat membenci ayahnya. Menurut Syed Fariz, ayahnya jarang berada di rumah serta mementingkan pekerjaan daripada keluarga. Tuduhan Syed Fariz pada ayahnya sangat kejam. Peristiwa ditinggalkan ayah dan ibunya, kembali menyemak dalam fikiranya. Anuariza teringat akan buah kabung yang dibakarnya petang tadi bersama Syed Mustafa. Anuariza mencapai lampu gasolin, digoncang untuk memastikan kandungan minyak tanah di dalamnya.Mancis digunakan untuk menyalakan api,angin diisi dengan mengepam beberapa kali. Gelap bertukar terang,dia bersedia untuk turun ke bawah. Buah kabung yang masih bertangkai dan masih suam-suam kuku di dalam bakul rotan, dilonggok di atas tikar Anuariza bersila kemas dengan ditemani Solehan. Anuariza bergurau senda dan menyatakan bahawa dia amat takut jika gagal dalam STPM. Solehah menyakinkan Anuariza bahawa dia akan memperoleh keputusan cemerlang setelah berusaha bersungguh-sungguh.


Bab 5

Azuera, Syed Fariz, Anuariza dan Syarifah Farisya telah berkunjung ke sebatang sungai di hujung kampung mereka untuk menyaksikan keindahan sungai tersebut. Azuera dan Syarifah Farisya bermain air di sungai manakala Anuariza asyik melukis pemandangan di sungai itu. Syed Faris seperti biasa mempamerkan sikap tidak senangnya dengan perubahan mendadak yang dilaluinya di kampung itu. Syarifah Farisya membandingkan keindahan sungai di situ yang amat berbeza denga keadaan sungai di bandar yang amat kotor dan tercemar. Azuera bercerita kepada Syarifah Farisya bahawa mereka sekeluarga pernah tinggal di tepi sungai itu sebelum itu. Oleh sebab rumah mereka pernah dihempap pokok tumbang dalam kejadian ribut, keluarga mereka dipelawa tinggal bersebelahan dengan rumah Nek Siah. Azuera juga bercerita tentang hobi Anuariza yang gemar melukis, malah lukisan pemandangan di biliknya juga dilukis oleh Anuariza. Lukisan di dinding sekolah mereka merupakan buah tangannya juga sebelum meninggalkan sekolah. Syarifah Farisya mulai teruja dengan pelukis lukisan pemandangan di biliknya dan mulai menyimpan perasaan.

Bab 6

Selepas cuti panjang, seperti biasa Syed Fariz dan Syarifah Farisya berbasikal ke Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Muzaffar Shah, Lambor Kanan seawal 6.45 pagi. Syarifah Farisya membandingkan keadaan mereka yang selesa ketika bersekolah di bandar dahulu.Sewaktu ibu mereka masih hidup, mereka dihantar ke sekolah menaiki kereta berhawa dingin, sedangkan di kampung mereka terpaksa berbasikal seperti pelajar-pelajar lain. Di sekolah, Azuera memperkenalkan Syed Fariz dan Syarifah Farisya kepada guru-guru dan rakan-rakannya. Syed Fariz dimasukkan ke kelas 3 Bestari. Selepas waktu rehat, cikgu Borhan yang mengajar mata pelajaran Bahasa Malaysia mendapati Syed Fariz tiada di dalam kelas. Cikgu Borhan bertanya ke[ada Azizul Hafis yang duduk di sebelahnya. Cikgu Borhan menyuruh Azizul Hafis mencarinya di sekitar sekolah tetapi tidak ditemui. Syarifah Farisya mulai risaukan adiknya yang mungkin kembali berkelakuan buruk seperti dahulu. Di rumah, Syarifah mencari-cari adiknya tetapi juga tiada. Apabila Nek Siah melihat Syarifah Farisya memasuki bilik adiknya, Syarifah Farisya memberi alasan dia ingin mengambil buku dan mengatakan adiknya belum pulang dari sekolah. Nek Siah mengajaknya makan, namun Syarifah Farisya belum mahu makan dan akan makan setelah lapar nanti.

Bab 7


Sudah dua bulan bersekolah di kampung, berbagai-bagai perkara buruk berlaku di sekolah. Hampir seluruh pelajar di sekolah itu mengenalinya. Syed Fariz telah membawa budaya yang buruk di seolahnya. Kerjasama dengan Lily Suriani semakin menjadi-jadi. Syed Fariz dikenali sebagai anak orang berada dan berpengetahuan tinggi sehingga ramai murid yang mengangkat tabik kepadanya. Gejala samseng dan peras ugut semakin berleluasa. Azuera turut mendengar kawan-kawannya bercerita perihal adiknya yang berkelakuan buruk, namun enggan mempercayainya. Ruhaiza menceritakan perkara sebenar kepada Syarifah Farisya. Hal ini menyebabkan Syed Fariz berdendam kepadanya. Syed Fariz bersekongkol dengan beberapa orang kawan untuk mengenakan Ruhaiza. Ruhaiza dipanggil oleh Guru Disiplin ke Bilik Kaunseling dan diminta bercerita tentang perkara sebenar tentang kejadian pergaduhan di belakang kantin sekolah. Ruhaiza dituduh menjadi punca pergaduhan kerana cemburu kepada Lily Suriani yang rapat dengan Syed Fariz. Ruhaiza menafikan tuduhan itu sekeras-kerasnya. Siti Baizurah menceritakan bahawa kejadian pergaduhan itu turut disaksikan oleh pelajar-pelajar lain. Tersebarlah fitnah yang menyatakan bahawa Ruhaiza mencintai Syed Fariz. Hazrul Naim yang menganggotai kumpulan Syed Fariz turut menyebarkan fitnah.

Bab 8


Anuariza mulai bimbang akan perkembangan yang tidak sihat itu. Syed Fariz semakin tidak berminat dalam pelajaran. Anuariza masuk ke dalam bilik Syed Fariz dan terhidu bau yang kurang menyenangkan. Walaupun mengesyaki Syed Fariz menghisap rokok, namun Anuariza tidak menegur hal itu kerana bimbang Syed Fariz akan terasa dirinya dikongkong. Azuera pula tekun belajar setelah memperoleh enam A dan 3 B dalam peperiksaan PMR. Azuera ingin menjejaki kecemerlangan abangnya dalam SPM. Syed Mustafa pula sudah lama tidak pulang ke kampung kerana sibuk dengan urusan pekerjaannya. Anuriza juga meneka bahawa Syed Fariz merindui ayahnya yang sudah lama tidak pulang itu. Anuariza mengajak Syarifah Farisya berbual-bual. Nek Siah meninjau-ninjau cucu-cucunya yang sedang belajar untuk memastikan bahan-bahan keperluan untuk mereka mencukupi dan sama ada mereka betul-betul belajar. Syarifah Farisya memberitahu Anuariza bahawa adiknya merokok. Anuariza menyatakan bahawa dia memang mengetahuinya. Menurut Syarifah Farisya, adiknya itu pernah merokok dan berhenti seketika. Hal itu belum diketahui oleh bapa mereka.

Bab 9


Ruhaiza tidak menghadiri kelas tambahan, sebaliknya dia pergi berjumpa dengan guru kaunseling, iaitu Cikgu Syakinah untuk meluahkan masalahnya. Fitnah tentang dirinya mempunyai perasaan terhadap Syed Fariz telah tersebar. Memang pada mulanya dia cuba mendekati Syed Fariz kerana mengetahui bahawa pelajar itu pintar dan anak orang berada. Mungkin Ruhaiza boleh berkongsi buku-buku pelajaran yang tidak mampu dimilikinya. Dia juga pernah berkunjung ke rumah mereka dan melihat sendiri kekayaan Syed Mustafa. Semua anaknya memiliki komputer dan telefon bimbit seorang satu. Azuera juga berpeluang menggunakan komputer lebihan di bilik bacaan rumah mereka. Cikgu Syakinah mendengar luahan perasaan Ruhaiza dengan penuh minat dan menasihatinya agar bersabar. Ruhaiza amat kesal dengan sikap Cikgu Suhaimi yang menuduhnya tanpa usul periksa. Kisah Syed Fariz yang mempunyai pengaruh juga telah disampaikannya. Kepada Cikgu Syakinah, perbuatan Lily Suriani, tabiat Syed Fariz merokok, menghidu gam, memeras ugut dan kegitan kumpulan mereka di pondok menunggu durian di Tanjung juga dibongkarkan.

Bab 10


Syed Mustafa dan Anuariza duduk berbual-bual di rumah Syed Mustafa. Sudah agak lama Syed Mustafa tidak pulang ke kampung kerana urusan pekerjaan. Nek Siah meminta anaknya itu meluangkan sedikit masa untuk mengetahui masalah anak-anaknya, namun Syed Mustafa terpaksa pulang juga ke bandar keesokan harinya. Nek Siah marah dengan sikap anaknya itu yang lebih mengutamakan kerja berbanding keluarganya. Perbualan mereka lebih banyak berkisarkan Syed Fariz yang agak nakal sejak dahulu lagi walaupun emaknya masih hidup. Anuariza mencerita kisah hidupnya yang perit ketika rumah setinggan yang didiami dijilat api. Ayahnya turut terkorban dalam tragedi itu. Kemudian, dengan wang ihsan sebanyak RM500, emaknya membawa Anuariza dan adiknya ke kampung. Dengan bantuan Tuk Syed dan Nek Siah, rumah yang serba daif didirikan di hujung kampung. Dia digelar anak tarzan, anak dagang merempat, dan anak hutan oleh orang-orang kampung. Emaknya juga dihina kerana menjadi janda merempat. Namun begitu, emaknya tetap reda kerana mereka tidak pernah mengganggu sesiapa. Cerita kesusahan itu rupa-rupanya langsung tidak memberi kesan kepada Syed Mustafa. Dia tidak mahu anak-anaknya susah sedemikian, sebab itulah dia bersusah payah mencari nafkah untuk anak-anaknya. Anuariza kecewa kerana tujuan dia bercerita sedemikian ialah agar Syed Mustafa memberi perhatian dan kasih sayang kepada anak-anaknya.


Bab 11

Syarifah Farisya dan Syed Fariz tertunggu-tunggu kepulangan bapa mereka yang sudah sebulan tidak pulang. Syed Mustafa sering memungkiri janji untuk pulang, namun sebulan berlalu dia masih sibuk dengan urusannya. Anuariza amat kesal dengan sikapnya itu. Kenakalan Syed Fariz semakin menjadi-jadi. Kegiatan peras ugutnya juga diketahui melalui Syarifah Farisya. Paling membimbangkan, kumpulan jahat berkenaan sudah berani mencuri barang di pasar raya dan meragut. Buktinya, Syarifah Farisya menemukan banyak telefon bimbit di dalam bilik adiknya itu. Solehah juga berpesan kepada Anuariza supaya menengokkan Syed Fariz yang keterlaluan itu. Baginya, mereka tiada harta untuk membalas jasa keluarga Tuk Syed, melainkan dengan budi dan jasa sahaja. Anuariza tidak merujuk kenakalan Syed Fariz kepada ayahnya kerana bimbang anak itu akan dikasari. Anuariza juga mengetahui bahawa Syed Fariz telah dipukul oleh ayahnya kerana pihak sekolah memanggil Syed Fariz yang terlibat dalam penyalahgunaan ubat batuk. Syarifah Farisya juga menceritakan kecurangan ayahnya yang mempunyai hubungan dengan perempuan lain walaupun ketika itu emaknya sedang sakit. Sewaktu menoreh getah dengan ibunya, Anuariza menceritakan perihal keluarga Syed Fariz yang pincang itu. Solehah mengingatkan bahawa pokok-pokok getah yang ditoreh itulah sumber rezeki mereka walaupun ladang getah itu bukan hak mereka. Oleh itu, keluarga Tuk Syed perlu dibantu dengan apa cara sekali pun. Anuariza berjanji akan menunaikan hasrat ibunya itu. Dia terkenang akan perbualannya dengan Syed Mustafa tentang cita-cita dan impiannya selepas mendapat keputusan STPM. Dia juga teringatkan kecekalan ayahnya membawanya ke bandar dengan berjalan kaki semata-mata untuk membeli baju Superman.


Bab 12

Nek Siah telah dipanggil ke sekolah untuk berjumpa dengan Cikgu Suhaimi dan Cikgu Borhan. Cikgu Borhan selaku guru kelas menunjukkan buku kedatangan cucunya yang mencatatkan bahawa Syed Fariz sudah lama tidak ke sekolah. Syarifah Farisya telah memaklumkan bahawa ayahnya berada di Kuala Lumpur. Lantaran itulah Nek Siah dipanggil selaku penjaganya yang sah. Dengan perasaan serba salah Cikgu Borhan terpaksa melaporkan hal cucunya itu walaupun mengetahui kewibawaan Nek Siah, isteri bekas guru besar yang pernah menerima gelaran tokoh guru. Cikgu Borhan juga melaporkan perbuatan Syed Fariz yang ponteng sekolah dan melarikan diri melalui jalan belakang ketika guru sedang mengajar. Nek Siah begitu sedih, hiba, malu dan kesal dengan peristiwa itu. Dahulu, dia pernah dipuji kerana kecemerlangan Anuariza dalam pelajaran, kini cucunya sendiri telah menconteng arang ke mukanya. Nek Siah berjanji akan berikhtiar akan menasihati cucunya. Dadanya juga berombak marah kepada Syed Mustafa yang gagal dalam mendidik anak. Seperti biasa, Solehah menghantar sedikit juadah kepada Nek Siah. Nek Siah termenung memikirkan cucunya yang bermasalah itu. Nek Siah melepaskan kepiluannya dengan sikap Syarifah Farisya yang gemar merajuk dan Syed Fariz yang liar. Bagi Nek Siah, Syed Mustafa sengaja menghantar bala kepadanya.


Bab 13

Anuariza ke rumah Nek Siah walaupun hari sudah malam, tetapi sejak Syed Fariz ditangkap polis, dia turut berkongsi kesedihan keluarga angkatnya itu. Nek Siah dan Syarifah Farisya menangis mengenangkan Syed Fariz yang telah ditangkap polis. Nek Siah akan ke balai polis untuk menjamin cucunya itu. Syarifah Farisya teringat akan adiknya yang berada di dalam lokap. Azuera tidak berani bersuara, melainkan hanya mampu mengusap badan sahabatnya itu. Anuariza memujuk Syarifah Farisya yang cuba membayangkan keadaan buruk di lokap yang serba kesusahan. Syarifah Farisya tidak percaya bahawa adiknya melakukan kesalahan yang berat. Anuariza memujuk lagi dengan mengatakan bahawa Syed Fariz baru sahaja ditangkap kerana disyaki terlibat dalam kes rogol. Tangkapan itu bertujuan untuk proses siasatan belum lagi terbukti bersalah. Kelas tuisyen terpaksa dibatalkan. Ruhaiza yang menjadi mangsa pula dikawal ketat oleh pihak hospital. Tidak ada sesiapa yang dibenarkan melawat melainkan ibu bapanya sahaja. Nek Siah amat terharu mengenangkan kebaikan Anuariza yang menjadi penenang kepada empat orang wanita yang tertekan. Nek Siah menyuruh Anuariza menghubungi Syed Mustafa tetapi dia gagal dihubungi. Nek Siah begitu marah akan sikap anaknya yang tidak mengenal siang atau malam. Nek Siah terlepas cakap apabila mengatakan alangkah baik jika Syed Mustafa berkahwin lain, Syarifah Farisya berjauh hati dan meluru naik ke biliknya. Azuera pula diminta masuk menemai Syarifah Farisya di biliknya.

Bab 14

Khusairi dijemput oleh Anuariza untuk berbincang tentang Ruhaiza di rumah Nek Siah. Dia cuba mengawal perasaan marahnya. Nek Siah meminta maaf atas perbuatan cucunya terhadap Ruhaiza. Nek Siah amat menyesali tindakan Syed Mustafa dalam mendidik anaknya sehingga menjadi liar. Solehah turut bertanya khabar Liah isteri Khusairi yang sering menangis. Khusairi turut memberitahu keadaan Ruhaiza yang sering meraung seperti orang hilang akal. Ruhaiza yang ditempatkan di Unit Rawatan Rapi telah dipindahkan ke wad biasa. Apabila Nek Siah menyatakan tentang takdir, Khusairi melenting dan menyalahkan orang kaya seperti mereka yang mencipta takdir buruk kepada orang lain. Baginya, simpati sahaja tidak akan mengembalikan maruah anaknya yang telah hilang. Solehah menyuruh Khusairi bersabar dan berhenti melenting kerana perbuatan itu tidak akan menyelesaikan masalah. Nek Siah berjanji tidak akan bersikap lepas tangan. Mungkin wang ringgit tidak akan mengembalikan maruah Ruhaiza, tetapi dia menjanjikan keselesaan Ruhaiza dalam mendapatkan rawatan terbaik. Nek Siah akan melawat Ruhaiza keesokan harinya dan memindahkan Ruhaiza ke wad kelas pertama. Khusairi menolak dengan egonya dengan mengatakan bahawa keluarga mereka bukan pengemis. Nek Siah terus memujuk Khusairi untuk membuang egonya demi Ruhaiza. Solehah juga berjanji akan menjaga anak-anak Saliah di rumah sementara Saliah menjaga Ruhaiza di hospital. 


Bab 15

Syed Mustafa sudah pulang dan dimaklumkan oleh Anuriza di mana ia berada. Di balai polis lagi Syed Fariz ditempeleng sehingga terpaksa disabarkan oleh pegawai polis. Syed Fariz terus dipukul bertubi-tubi oleh bapanya sehingga dia tidak berdaya melawan. Nek Siah tergamam melihat keganasan Syed Mustafa mengasari anaknya. Sharifah Farisya yang ingin membantu turut dipukul oleh Syed Mustafa sehingga terperosok ke dinding. Syed Mustafa yang masih tidak puas hati terus mengambil kerusi untuk membaling kepada syed Fariz tetapi ditahan oleh Nek Siah. Anuariza dan Solehah tiba di rumah Nek Siah untuk menenangkan kekalutan yang berlaku. Apabila keadaan mula reda Anuariza terus mendapatkan Syed Fariz untuk merawat lukanya. Nek Siah menasihati Syed Mustafa bahawa jika dibunuh sekali pun, tidak akan berubah apa-apa. Azuera yang baru tiba disuruh oleh Nek Siah untuk melihat keadaan Syarifah Farisya yang juga cedera. Syed Mustafa menyalahkan arwah isterinya yang terlalu memanjakan anak-anak. Anuariza yang membantu merawat luka Syed Fariz menasihatinya agar tidak berdendam kepada ayahnya. Menurut Anuariza, Syed Mustafa tetap sayang kepada Syed Fariz sehingga sanggup menjaminnya keluar daripada lokap polis. Anuariza mengingatkan Syed Fariz tentang pengorbanan ayahnya mencari rezeki demi keselesaan anak-anak. Perbuatan jahat bukanlah cara untuk mendapatkan perhatian ayah malah lebih memburukkan keadaan. Syed Fariz mula termakan nasihat Anuariza. Keadaan di rumah tidaklah seteruk layanan yang diterima di dalam lokap. Dia merasa pilu mengenangkan arwah ibunya. Anuariza turut menceritakan kepayahannya dalam menuntut ilmu dan kecemerlangan mereka dua beradik dalam pelajaran. Tuk Syedlah yang membantu mereka memasuki sekolah dan Nek Siahlah yang menolong menjaga Azuera ketika Solehah menoreh getah. Dengan nada gurauan, Anuariza bersedia membelasah Syed Mustafa kerana dia juga mahir dalam persilatan.

Bab 16

Syed Mustafa sudah boleh berfikir dengan tenang atas nasihat Nek Siah. Suasana hutan yang damai itu membolehkan Syed Mustafa berfikir secara rasional. Syed Mustafa mengikut Anuariza menjerat burung uak-uak. Semasa muda, Syed Mustafa menggunakan jala untuk menangkap burung uak-uak. Tangkapan mereka berhasil pada hari itu. Anuariza menceritakan bahawa dia sering menjual tangkapannya kepada Ah Chong yang membeli uak-uak dengan harga yang mahal. Sementara itu, mereka berbincang tentang penyelesaian terhadap masalah Syed Fariz. Anuariza memberikan pandangannya yang menyatakan bahawa Syed Fariz berdendam dengan ayahnya kerana pulang lewat ketika ibunya meninggal dunia. Syed Mustafa menceritakan sebab dia lewat pulang. Ketika tu dia terperangkap di Jepun. Anuariza juga menceritakan bahawa Syed Fariz sudah mengetahui hubungan sulit ayahnya dengan perempuan lain sedangkan ketika itu, ibunya sedang sakit tenat. Syed Mustafa memuji kecekalan Anuariza dan mencadangkan agar Anuariza menjual sahaja lukisan-lukisannya di Kuala Lumpur. Anuariza memberitahu bahawa Solehah tidak mahu Anuariza menjadi pelukis kerana sejarah ayahnya yang juga seorang pelukis. Solehah kesal bukan kerana Anuariza menyusahkannya, tetapi kerana Anuariza hidup susah di bawah jagaannya. Anuariza menyatakan bahawa Syed Fariz dan Syarifah Farisya begitu beruntung kerana hidup senang lenang tidak sepertinya. 




Bab 17

Syed Mustafa agak ragu-ragu untuk ke rumah Khusairi kerana malu perbuatan Syed Fariz yang telah dituduh merogol Ruhaiza. Syed Mustafa telah meminta maaf atas kesalahan anaknya. Syed Mustafa mahu membantu apa-apa sahaja yang boleh selagi termampu. Dia mengaku bahawa semua itu berpunca daripada kesilapannya yang gagal mendidik anak anak. Syed Mustafa merupakan teman sepermainan ketika mereka kecil. Syed Mustafa memberi cadangan untuk menghantar Ruhaiza ke asrama. Syed Fariz telah dibebaskan dengan jaminan polis. Pada mulanya, Khusyairi dan Saliah pada mulanya amat marah. Pihak doktor, juga menambahkan kecelaruan di fikiran mereka. Kata doktor, Ruhaiza telah mendapat tekanan mental dan psikologi. Setelah Ruhaiza sedikit pulih dan dua orang pegawai polis datang mengambil keterangan.

Bab 18

Syed Mustafa mengikut Anuariza ke kebunnya yang dipanggil Taman Fantasi. Dari luar, kawasan seluas lebih 10 kaki persegi yang dipagari buluh-buluh terbelah. Di situ terdapat pelbagai jenis sayur-sayuran kampong dan pokok anggur dan buah pitaya. Syed Mustafa teruja apabila melihat buah pitaya ataupun buah mata naga. Menurut Anuariza, pokok anggur itu jenis Isabella dan berasal dari Amerika Syarikat. Dia dihadiahkan benih itu ketika melawat MARDI. Geran tanah Allahyarham Syed Ubaidillah sudah dibaca pejabat tanah. Anuariza mahu mengkomersialkan kebun anggur dan pokok naga menjadi sebuah pusat pelancongan. Sebuah taman mini burung, tempat pemeliharaan burung-burung hutan. Burung uak-uak, ayam kampung, ayam, burung puyuh boleh dibeli dengan harga murah dan sebuah restoran masakan ala kampung yang menyediakan ikan air tawar yang diternak di dalam kolam dan di boleh di pancing sendiri. Galeri lukisan juga akan didirikan di sebelah taman fantasi dan boleh dibeli jika suka.

Bab 19

Nek Siah berbincang dengan Syed Mustafa tentang impiannya untuk mencari pengganti Jumaimah. Syed Mustafa menyatakan bahawa dia sudah serik kerana mengabaikan Jumaimh ketika hayatnya. Dia berpendapat wanita muda banyak kemahuannya sehingga anak-anaknya berdendam. Dia ingin menebus kesilapan yang lalu. Nek Siah cuba berkias dengan menyatakan bahawa perempuan yang sebaya anaknya akan menyebabkannya lupa diri. Syed Mustafa sedar bahawa dirinya sudah berusia dan bukan lagi bergelar pegawai tinggi kerajaan. Nek Siah menyuruh Syed Mustafa mencari pengganti dalam kalangan orang kampung juga. Tiba-tiba Solehah muncul dan memberi salam. Nek Siah segera mengalih perbualan untuk mengelakkan hal itu diketahui Solehah. Solehah memberitahu bahawa dia menghantar hidangan tengah hari termasuk burung Uak-Uak goreng pedas, ikan tilapia masak lemak cili padi, pucuk ubi rebus, sambal petai udang kertas dan pekasam .Syed Mustafa mendengar dengan begitu berselera.

Bab 20


Keluarga Syed Fariz berkunjung ke rumah Khusyairi untuk melawat Ruhaiza. Ruhaiza sudah kembali ceria walaupun kelihatan kurus dan pucat. Saliah memberitahu bahawa mereka akan mengadakan kenduri kesyukuran. Nek Siah mencadangkan agar mereka mengadakan kenduri itu bersama-sama. Syed Mustafa terkenang zaman mudanya dahulu iaitu ketika dia, Khusyairi dan Tamrin bersahabat. Mereka mengaji Al-Quran di rumah Lebai Mamat. Setelah tamat persekolahan, Khusyairi menyertai Angkatan Tentera Darat keluarganya meminang Saliah tanpa pengetahuannya. Dia mengetahui bahawa Syed Mustafa dan Saliah Saling mencintai. Namun begitu, Khusairi tidak dapat berbuat apa-apa kerana akan melemparkan aib kepada kedua-dua keluarga. Setelah kecewa, Syed Mustafa tidak pulang beberapa tahun sehingga bertahun sehingga bertemu Jumimah. Syed Mustafa bertanya kepada Ruhaiza sama ada dia mahu bertukar sekolah tetapi Ruhaiza enggan. Ruhaiza terkenang kembali peristiwa dia diperdaya oleh Hazrul Naim. Syed Fariz memperlakukan dirinya seperti binatang buas sambil disaksikan oleh rakan-rakannya.

Bab 21


Hasrat memperisterikan Solehah telah disampaikan melalui Nek Siah, namun Solehah menjadi bingung. Solehah menganggap isu berkenaan sensitif dan memalukan. Dia langsung tidak terfikir untuk berkahwin semula kerana perkahwinannya dengan Tamrin merupakan kenangan terindah dalam kehidupannya. Dia bimbang perkahwinan itu akan mengganggu fikiran Azuera dan Anuariza. Jika dia menolak pula, bermakna dia akan mencalarkan hati orang yang banyak berjasa kepada keluarganya. Tanpa bantuan keluarga Syed Ubaidillah, sudah tentu dia gagal menyekolahkan anaknya dengan sempurna. Sementara itu, projek kebun sudahpun dimulakan oleh Anuariza dengan dibantu oleh Syed Mustafa. Pisang, ubi kayu, keladi dan jagung akan ditanam sebaik sahaja tanah selesai dibajak. Syed Mustafa turut merancang untuk membina kilang memproses kerepek ubi di tanah peninggalan Syed Ubaidillah. Tanah penduduk kampung turut disewa bagi penanaman ubi itu nanti. Anuariza menyedari perubahan wajah ibunya yang semakin sugul seolah-olah menanggung masalah yang berat. Tingkah laku emaknya juga dilihat semakin pelik. Anuariza meminta agar Solehah berterus terang sahaja kerana dia sudah bersedia untuk mendengarnya.

Bab 22


Keputusan peperiksaan STPM sudah diumumkan. Anuariza mengayuh basikal dengan laju kerana tidak sabar-sabar untuk memberitahu kejayaannya itu kepada Solehah. Kejayaannya mendapat semua A itu akan dihadiahkan kepada emak dan arwah ayahnya. Dia terkenang kembali bagaimana getirnya dia dan Solehah mengumpulkan wang untuk membayar yuran STPM. Azuera yang mendapat tawaran ke sekolah berasrama juga terpaksa menolak tawaran itu bagi membolehkan dia mengambil STPM. Tiba-tiba rantai basikalnya putus. Solehah pula gelisah menunggu kepulangan Anuariza yang agak lewat. Walaupun yakin bahawa Anuariza akan mendapat keputusan cemerlang, namun dia risau sekiranya Anuariza mendapat tawaran ke universiti, dia tidak akan mampu menyediakan pembiayaannya. Semasa mengopek kelapa, Solehah termenung lagi dan memikirkan sekiranya dia berkahwin dengan Syed Mustafa, mudahlah baginya untuk meminjam wang bagi tujuan tersebut. Nek Siah yang baru turun dari kereta Syed Mustafa melihat tindak tanduknya yang tidak keruan itu. Syed Mustafa menawarkan diri untuk mencari Anuariza yang masih belum pulang-pulang itu. Ketika Nek Siah cuba menyatakan sesuatu, Solehah nekad untuk menyerahkan segala-galanya kepada Nek Siah. Dia juga bimbang Nek Siah akan menarik kembali lamarannya itu. Rupa-rupanya Nek Siah ingin memperkatakan tentang geran tanah milik arwah bapa mertuanya yang pernah digadaikan kepada Syed Ubaidillah sewaktu Solehah bernikah. Geran itu kini diserahkan kembali kepadanya kerana Syed Mustafa tidak berminat lagi menyimpannya. Solehah menyerahkan kembali kepada Nek Siah dan akan menebus kembali apabila Anuariza bekerja kelak. Anuariza pulang bersama-sama Syed Mustafa dengan membawa berita kejayaannya.

Bab 23


Syarifah Farisya kerap mengurungkan diri di dalam bilik apabila mengetahui ayahnya akan berkahwin dengan Solehah. Dia mula rindukan arwah ibunya. Tiba-tiba Syarifah Farisya benci kepada Solehah. Impiannya untuk meluahkan perasannnya terhadap Anuariza sebelum dia memasuki menara gading berkecai. Ketika Syed Fariz mengajaknya turun, Syarifah Farisya menyatakan kebenciannya dengan keputusan tersebut. Anuariza dan Azuera pula gembira dengan keputusan ibunya untuk berkahwin dengn Syed Mustafa. Persiapan untuk mengadakan kenduri sedang dibuat. Anuariza juga sudah mendapat tawaran ke UKM. Menurut Solehah, tidak perlulah diadakan kenduri besar-besaran.

Bab 24 


Syed Mustafa terkejut apabila membaca nota daripada Syarifah Farisya yang melarikan diri. Nek Siah juga mati akal dengan tindakan Syarifah Farisya itu. Anuariza turut kesal dengan tindakan Syarifah Farisya. Kehilangan tersebut turut dilaporkan kepada pihak polis. Solehah mencadangkan agar perkahwinan itu dibatalkan kerana kemungkin itulah punca Syarifah Farisya melarikan diri. Anuariza baru saja mengetahui sebab Syarifah Farisya melarikan diri melalui nota rahsia yang terselit di dalam buku yang dipinjamnya. Rahsia itu disimpan kemas-kemas tanpa pengetahuan sesiapa. Nek Siah cuba mengorek rahsia kehilangan tersebut melalui Syed Fariz tetapi Syed Fariz berdiam diri kerana dia bimbang rancangan perkahwinan itu akan gagal. Tiba-tiba telefon berdering. Apabila Syed Mustafa menjawab, talian diputuskan. Telefon berdering lagi dan Anuariza yang menjawab. Syarifah Farisya memang ingin bercakap dengannya.


Bab 25


Syarifah Farisya nekad lari dari rumah dan menetap di rumah sahabat ibunya iaitu Hajah Munirah. Syarifah Farisya memberi kenyataan bahawa ayahnya akan berkahwin semula dengan Solehah, ibu Anuariza. Dia enggan menerima hakikat tersebut kerana turut menyimpan perasaan terhadap Anuariza. Syarifah Farisya mulai membenci Solehah kerana dianggap menjadi batu penghalang kepada hubungan mereka. Haji Lokman mempelawa Srarifah Farisya tinggal terus dengannya. Syarifah Farisya turut bercerita tentang Anuariza yang pandai melukis dan amat taat kepada kehendak emaknya. Hajah Munirah kurang senang dan mula berprasangka buruk. Syarifah Farisya memberitahu Hajah Munirah bahawa dia tidak sukakan perkahwinan itu.

Bab 26


Anuariza berada di dalam bas. Perjalanannya itu bertujuan untuk menjemput Syarifah Farisya kembali ke pangkuan keluarganya. Anuariza terkenangkan nasibnya yang dibebani masalah keluarga angkatnya. Dia terbayangkan wajah manis Syarifah Farisya. Walaupun dia menyukai Syarifah Farisya, namun dia terpaksa melupakan perasaan itu demi impiannya ingin mengejar segulung ijazah. Dia teringat kembali perbualan telefonnya dengan Syarifah Farisya. Anuariza cuba memujuk Syarifah Farisya untuk kembali ke kampung dan berjanji akan menjemputnya seorang diri. Anuariza bertegas dengan keputusannya menolak perasaan cinta yang boleh melekakan kerana perjalannnya masih jauh. Dia meletakkan keperluan ibu dan adiknya di tempat yang tinggi berbanding dirinya sendiri. Sebelum berangkat, dia telah berjanji kepada Solehah bahawa dia akan membawa pulang Syarifah Farisya. Apabila sampai di Hentian Puduraya, bas terakhir ke Perak sudah berlepas. Anuariza terpaksa mengikut Syarifah Farisya bermalam di rumah Haji Lokman walaupun berasa amat segan.

Bab 27 


Di Kuala Lumpur, Anuariza dibawa ke rumah Haji Lokman. Syarifah Farisya memperkenalkan Anuariza kepada Haji Lokman dan Hajah Munirah. Mereka terkejut apabila melihat kekurangan Anuariza yang tidak berjari lengkap. Haji Lokman tidak menyangka anak muda itu berbakat besar yang diceritakan oleh Syarifah Farisya. Anuariza seorang pelukis yang berbakat besar. Dia melukis kerana hobi dan minat yang mendalam terhadap bidang seni dan untuk kepuasan diri. Haji Lokman menyuruh Anuariza melanjutkan pelajaran dalam bidang yang berkaitan dengan seni lukisan. Haji Lokman juga pernah menceritakan tentang minatnya terhadap melukis suatu ketika dahulu. Selain itu, Haji Lokman menceritakan tentang anaknya Azrul Iskandar yang tidak minat belajar melukis. tetapi menyukai muzik. Azrul Iskandar hanya menghabiskan masa untuk bermain muzik ketika melanjutkan pelajarannya di luar negara. Anuariza mengajak Haji Lokman dan Hajah Munirah untuk pulang ke kampung.

Bab 28


Kenduri kesyukuran dan doa selamat yang telah berlangsung dengan lancarnya. Perkahwinan Solehah dan Sheikh Mustafa telah merapatkan lagi hubungan silaturahim antara keluarga Solehah dan Nek Siah. Beberapa orang kampung bergotong royong dan membantu kenduri tersebut termasuk Ah Chong, satu-satunya keluarga berbangsa Cina yang menetap di kampung itu. Rakan sekolah Syed Fariz dan Ruhaiza sudah makin rapat dan mereka masing-masing berjanji tidak akan melakukan kesalahan yang sama. Akad nikah mereka dilangsungkan dalam suasana yang sederhana di pejabat kadi daerah yang hanya ditemani Nek Siah dan Anuariza. Perkahwinan itu bukan untuk bersuka ria, tetapi lebih kepada tanggungjawab untuk membesarkan anak-anak serta menjaga kebajikan Syed Mustafa yang mahu membaiki perhubungannya dengan keluarga. Nek Siah bersyukur kerana Syed Fariz telah terlepas daripada tuduhan merogol, Anuariza akan memasuki UKM, dan Syarifah Farisya sudah tidak merajuk lagi dan bersedia menerima Solehah. Solehah sudah terbaca nota yang ditulis oleh Syarifah Farisy dan sentiasa menasihati anak-anaknya agar menjaga pergaulan dan tutur kata. Ketika itu, sebuah kereta muncul di hadapan rumah mereka.

Bab 29


Kedatangan Hajah Munirah, Haji Lokman dan Azrul Iskandar disambut mesra oleh keluarga Syed Mustafa terutama Syarifah Farisya yang sudah lama mengenali mereka. Walaupun kenduri sudah tamat, Syarifah Farisya sempat bergurau bahawa mereka akan mengadakan acara memotong kek. Anuariza pula menguruskan pemulangan barang-barang yang dipinjam daripada masjid. Hajah Munirah kagum akan perubahan sikap Syarifah Farisya yang mendadak itu. Azrul Iskandar juga memuji Anuariza yang boleh mengubah pemikiran Syarifah Farisya. Begitu juga dengan Syed Mustafa yang berkahwin dengan Solehah kerana ingin merealisasikan impian Anuariza. Azuera turut diperkenalkan dengan Azrul Iskandar. Dia terpegun melihat kesantunan Azuera yang tidak dimiliki oleh kebanyakan gadis yang dikenalinya di bandar.

Bab 30 

Syed Mustafa membawa semua tetamunya melawat ke taman lanskap Anuariza yang dinamakan Taman Fantasi. Haji Lokman dan keluarga turut serta melawat taman itu dengan penuh minat. Haji Lokman membelek pagar rotan dan akar yang mengelilingi taman itu dengan penuh minat. Anaknya pula meminati pohon anggur dan buah naga. Anuariza tidak memerlukan belanja yang besar untuk membeli baja tahi kambing kerana penduduk di kampungnya memelihara kambing dan dia mendapatkan secara percuma. Haji Lokman berminat untuk menanam anggur di dalam pasu di rumahnya nanti. Haji Lokman kagum akan perancangan besar Syed Mustafa dan bersedia untuk melabur. Mereka bersedia bersatu demi merealisasikan impian Anuariza untuk mewujudkan Taman Fantasi yang bakal menjadi sebuah destinasi pelancongan terunggul.

5 Nov 2012

Sketsa Kerinduan


 SKETSA KERINDUAN
(Shukri Abdullah)

MAKSUD

Rangkap 1
Penyair berada di kotaraya yang penuh dengan kesibukan yang sering menggamit rindunya ke desa kelahiran.

Rangkap 2
Penyair terpaksa bertahan sambil mencari rezeki di kota demi membela dan menampung kehidupan mereka sekeluarga walaupun hakikatnya tidak setanding dengan jasa ibu.

Rangkap 3
Penyair meyakinkan ibunya bahawa dia sentiasa mengingati nasihat, kokokan ayam di tunggul pohon ketapang dan di situ jugalah tempat dia menggantung buaian suatu ketika dahulu.

Rangkap 4
Ketika kegembiraan sambutan ulang tahun kemerdekaan di ibu kota, penyair teringat atau membayangkan sama ada kedinginan desa masih di rasai di rumahnya.

Rangkap 5
Kerinduan pada desa sering mengganggu lena tidurnya di tengah kesibukan kota batu.

MAKSUD KESELURUHAN
Walaupun penyair berada di tengah kesibukan kota untuk mencari rezeki, kerinduan pada ibu dan kampung tidak pernah pudar.Dia juga meyakinkan ibu bahawa segala kenangan dan nasihat tidak pernah dilupakan malah dijadikan azimat semasa berada di perantauan kota batu.

TEMA
Kerinduan terhadap kampung halaman. Kerinduan penyair pada suasana di kampung dan ingatan mendalam terhadap ibu yang disayanginya. Dia meyakinkan ibunya betapa kerinduannya pada kampung sering menemani kesibukannya mencari rezeki di kota

PERSOALAN
1. Persoalan kasih sayang antara keluarga.
Contoh : percayalah bonda
masih terpatri dimindaku

2. Persoalan kesibukan warga kota bersaing mencari rezeki.
Contoh : terpaksa aku bertahan, bonda
untuk rezeki yang bakal
menyalakan jamung kehidupan kita

3. Persoalan keindahan di desa.
Contoh : masihkah permatang di hujung bendang
Mengalirkan dinginnya ke teratak kita?

4. Persoalan pengorbanan ibu dan anak menyara kehidupan keluarga.
Contoh : biarpun ku sedar segalanya masih
tidak mampu melunasi piutang budimu

BENTUK
1. Sajak ini mempunyai 5 rangkap.

2. Bilangan baris setiap rangkap tidak sama
Contoh : R1(5 baris), R2(5 baris), R3(6 baris),
R4(4baris), R5(2 baris).

3. Bilangan perkataan dalam setiap baris tidak sama – antara 1 hingga 7 patah perkataan.
Contoh : Bonda
Bonda, seringkali sketsa ini membuai tidurku

4. Bilangan suku kata setiap baris tidak sama – antara 2 hingga 16 suku kata.
Contoh : Bon/da (2 suku kata)
Bon/da, se/ring/ka/li sket/sa i/ni mem/bu/ai ti/dur/ku (16 suku kata)

5. Rima akhir setiap baris dan rangkap bebas atau tidak sama.
Contoh : R1 (abccc), R2 (abacd), R3 (abcdbc), R4 (aaba), R5 (aa)

6. Sajak ini berbentuk bebas

GAYA BAHASA
1. Inversi
Contoh : masih lagi aku di sini

2. Asonansi
Contoh : masih lagi aku di sini (pengulangan bunyi vokal i)

3. Aliterasi
Contoh : untuk rezeki yang bakal (pengulangan bunyi konsonan k)

4. Kata ganda
Contoh : tengah-tengah

5. Simile
Contoh : kicau burung pagi persis pesta pora

6. Sinkof
Contoh : tidurku

7. Pengulangan kata
Contoh : masih

8. personifikasi
Dikepung belantara batu
Rusuh angin saling bertolakan

9. Metafora
Contoh : jamung kehidupan

NADA
1. Melankolik
Gambaran kerinduan dan kasih sayang anak di kota kepada ibu yang berada di kampung
Contohnya : bonda, seringkali sketsa ini membuai tidurku
Diranjang resah dikepung belantara batu

NILAI
1. Kasih sayang
Kasih sayang antara anak dengan ibu.
Contoh : menghantar rinduku ke desa kelahiran

2. Bertanggungjawab
Anak bertanggungjawab mencari rezeki untuk membela nasib keluarga .
Contoh : untuk rezeki yang bakal
menyalakan jamung kehidupan kita

3. Kegigihan
Orang kota sibuk mencari rezeki demi untuk menyara keluarga
Contoh : terpaksa aku bertahan, bonda
untuk rezeki yang bakal
menyalakan jamung kehidupan kita


PENGAJARAN
1. Kita hendaklah tabah dan cekal menghadapi cabaran kehidupan ketika mencari rezeki demi membela nasib keluarga.
Contoh : terpaksa aku bertahan, bonda
untuk rezeki yang bakal
menyalakan jamung kehidupan kita

2. Kita haruslah sentiasa mengeratkan hubungan kasih sayang atau ikatan kekeluagaan demi melahirkan keluarga yang bahagia.
Contoh : bonda, seringkali sketsa ini membuai tidurku
diranjang resah dikepung belantara batu

3. Kita hendaklah menunaikan kewajipan dan amanah sebagai anak demi nama baik keluarga.
Contoh : biarpun kusedar segalanya masih
tidak mampu melunasi piutang budimu

3. Kita hendaklah sentiasa peka dan bijak menyesuaikan diri dengan persekitaran di mana sahaja kita berada.
Contoh : percayalah bonda
Masih terpateri di di mindaku

4. Kita mestilah mengenang jasa seorang ibu
Contoh : menghantar rinduku ke desa kelahiran

Bunga Damai

 





















Kajian Puisi Moden

BUNGA DAMAI
(Ria Asmira)

MAKSUD RANGKAP

Rangkap 1
Penyair mempersoalkan kewujudan kedamaian sekiranya peperangan masih berlaku yang telah mengorbankan banyak manusia.

Rangkap 2
Penyair tertanya-tanya perihal kedamaian yang diserukan namun secara sambil lewa. Usaha damai sukar dicapai kerana nafsu dan peperangan masih berterusan dan mangsanya juga masih ramai dan tidak terbela.

Rangkap 3
Seruan agar pembawa damai dihantar ke seluruh kawasan yang masih berperang atau bersengketa. Peperangan ini perlu dihentikan agar tidak menjadi trauma kepada generasi baru.

Rangkap 4
Seruan agar hubungan damai antara negara dijalin dan mewujudkan kedamaian kepada negara yang masih berperang atau menderita. Bangunkan kembali semangat damai Islamiyah dan pengkhianat perlu dihapuskan dan diharapkan agar keamanan akan segera dicapai.

MAKSUD KESELURUHAN
Peperangan dan persengketaan yang berlaku di banyak negara mengakibatkan banyak kematian dan penderitaan. Hal ini terjadi angkara jahat manusia yang dikuasai oleh nafsu dan kekuasaan. Justeru, usaha damai perlu diutamakan dan peperangan dihentikan agar generasi baru terhindar daripada trauma dan keamanan dunia kembali dinikmati sesama manusia.

TEMA
Peperangan menimbulkan banyak kemusnahan. Oleh itu, haruslah diusahakan perdamaian agar kehidupan manusia kembali aman.
Contoh:
Masih berperang
Kejahilan masih berleluasa
Sebaris kejam
Mengimami ramah mesra


PERSOALAN
1. Persoalan tidak waras dalam mem buat tindakan
Contoh: angkara mabuk menguasai akal
             nafsu menoda sepanjang waktu.

2. Persoalan usaha damai memerlukan kerjasama semua pihak khasnya kuasa-kuasa besar.
Contoh: ciptalah internet bunga damai
             saluran pemisah duka nestapa

3. Persoalan bantuan kemanusiaan kepada semua mangsa mangsa perang.
Contoh: hantarkan ribuan bunga damai
berbaur kasturi ambar narwastu

4. Persoalan semua pihak perlu berpaksi kepada semangat kemanusiaan dan mengakui kewujudan kuasa Tuhan sebagai sumber penyatuan.
Contoh: tegak Islami ikhwarul insan
bumi ceria pembuka jalan

5. Persoalan peperangan membawa kepada kemusnahan dan kematian.
Contoh: dan mortar menyusup telinga
meratah rakus jiwa manusia?

BENTUK
1. Sajak ini mempunayi empat rangkap

2. Rima akhir tidak sama
Contoh: Rangkap 1 : abcdefghij

3. Bilangan perkataan dalam satu baris tidak sama iaitu 2 hingga 5 patah perkataan.
Contoh: bunga damai (2 perkataan)
terlantar nanar jiwa tak berdosa (5 perkataan)

4. Bilangan suku kata dalam baris tidak sama iaitu antara 4 hingga 11 suku kata.
Contoh: bunga damai (4 suku kata)
terlantar nanar jiwa tak berdosa (11 suku kata)

5. Bilangan baris dalam setiap rangkap tidak sama
R1 – 10 baris
R2 – 11 baris
R3 – 9 baris
R4 – 7 baris

6. Sajak ini berbentuk bebas.


GAYA BAHASA
1. Asonansi - (ulangan bunyi vokal ‘a’)
Contoh: Kejahilan masih berleluasa
2. Aliterasi - ( ulangan bunyi konsonan ‘m’)
Contoh: mengimami rumah mesra

3. Diksi yang indah dan puitis.
Contoh: Berbaur kasturi ambar narwastu
4. Metafora
Contoh: bunga damai

5. Hiperbola
Contoh: bunga damai merah terbakar?

6. Personifikasi
Contoh: dan mortar menyusup telinga

7. Sinkof
Contoh: tak

NADA
1. Melankolik
Contoh : Rasa hiba penyair terhadap kemusnahan dan penderitaan yang disebabkan oleh peperangan
sebaris kejam
mengimami rumah mesra

2. Sinis
Contoh : Penyair menyindir keegoan dan kuasa pada segelintir negara telah mengorbankan banyak nyawa dan mengenepikan kemanusiaan.
terlantar nanar jiwa tak berdosa
di gerai maruah jualan murah

SIKAP
1. Penyajak berasa kesal dan kecewa kerana peperangan masih berleluasa. Contoh: Masih menguntumkan
bunga damai
sekiranya dunia
masih berperang


2. Penyajak berasa sedih. Contoh:
di panah petir
terlantar nanar jiwa tak berdosa
digerai maruah jualan murah

3. Penyajak mengharap kedamaian akan wujud. Contoh:
hapus laknat singkir lara
kantung mesra gantung harap
aman sentosa deras mengalir

NILAI

1. Simpati/belas kasihan
Contoh Masyarakat yang menderita akibat perang
di panah petir
terlantar nanar jiwa tak berdosa
digerai maruah jualan murah

2. Kedamaian
Seruan agar damai diutamakan agar kehidupan manusia aman
Ciptalah internet bunga damai
saluran pemisah duka nestapa

3. Kasih sayang.
Keamanan dapat membina rasa cinta dan kasih sayang dalam kalangan semua manusia.
kantug mesra gantung harap
aman sentosa deras mengalir

PENGAJARAN

1. Kita mestilah mempunyai rasa simpati kepada sesama manusia dengan menghulurkan bantuan sesuai dengan kemampuan agar nikmat kehidupan dapat dirasai. Contoh:
masih mekarkah
serumpun bunga damai
di kelopak nurani
dahan kemanusiaan
sedang tampuk rapuh
di panah petir
terlantar nanar jiwa tak berdosa

2. Kita haruslah sentiasa mengusahakan damai antara manusia dan mengelakkan persengketaan yang boleh memusnahkan kemanusiaan. Contoh:
hantarkan ribuan bunga damai
berbaur kasturi ambar narwastu
ke puncak gunung

3. Kita hendaklah menunaikan kewajipan dan amanah sebagai pemimpin atau rakyat biasa dalam memastikan keharmonian dan kesejahteraan hidup manusia. Contoh:
Ciptalah internet bunga damai
saluran pemisah duka nestapa

4. Kita hendaklah menegakkan semangat Islamiyah demi keamanan dunia.
Contoh:
tegak Islami ikhwanul insan
bumi ceria pembuka jalan
hapus laknat singkir lara

4 Nov 2012

perjuangan bermula



5 November 2012
Bermula perjuangan
Selamat menduduki peperiksaan
Doa kejayaan untuk semua

2 Nov 2012

Lagu Puisi : Harmoni

Harmoni - Nyanyian Pantai Timur 


Lirik Nyanyian Pantai Timur

Wajah laut dan perahu tua
adalah rakan setia hidupku
aku yang sentiasa merindukan senyum
dan tawa anak isteriku

ombak laut Cina Selatan
adalah suara tangisanku
seorang nelayan kecil
memperjudikan hidup
bersama doa dibibir gersang

ikan dan camar lebih mengerti
tragedy hidup kami
dari mereka yang berjanji
dengan kata bak puisi

laut ngeri dibulan Disember
ada kalanya lebih simpati
kerna mengambil diri
dan melimpahkan rezeki
serentak pada hidup kami

ikan dan camar lebih mengerti
tragedy hidup kami
dari mereka yang berjanji
dengan kata bak puisi

laut ngeri dibulan Disember
ada kalanya lebih simpati
kerna mengambil diri dan
melimpahkan rezeki
serentak pada hidup kami

tiap Subuh pantai berselimut sepi
menanti berita kematian
dari saujana...lautan...

tiap Subuh pantai berselimut sepi
menanti berita kematian
dari saujana...lautan...


Penantian


Penantian

Berapa lama mesti kunanti
Sinar cahaya matamu
Gemerlap bagai bintang
Menghiasi malam
Malam yang menutup diriku

Berapa lama perlu kutunggu
Lontaran suara dari bibirmu
Memecah hening taman
Taman syurgawi
Pada sebuah hati yang sepi

Penantian suatu siksa
Yang tidak tertanggung
Oleh tubuhku yang kering dan layu
Kepastian suatu penawar
Dalam suka dan duka
Yang meniti hidupku

lagu puisi : kopratasa

Dabus Rohani



Lirik Dabus Rohani - Kopratasa

Baju putih, selendang putih,
Mari dibawa pergi sembahyang.

Allah kasih, Muhammad kasih,
Rasulullah terlalu sayang.

Ertikan kehidupan ini,
Ucapkan syukur kepada-Nya,
Rabbul 'Izzati Tuhan sesungguhnya,
Pasrah dan redha akar insani.

Waktu hidup di dunia,
Janganlah leka terpesona,
Oleh jaring segala kepalsuan.

Dengan wajah keindahan,
Tabir halus yang mengasyikkan,
Terkapar hayat sampai ke akhirnya.

Teluk Bidara


Teluk Bidara

Teluk Bidara
Pasir mu nan putih
Deru ombak memecah pantai
Oh Teluk Bidara

Teluk Bidara
Ku berlari lari
Angin sepoi menampar muka
Di Teluk Bidara

Di sana nanti
Kan ku catit sejarah
Di mana aku kan memadu cinta

Ku genggam tangan mu
Ku kucup di kening mu
Ku belai rambut mu
Yang selembut salju

Teluk Bidara
Yang menjadi saksi
Kau dan aku mengukir janji
Oh Teluk Bidara

Di sana nanti
Kan ku catit sejarah
Di mana aku kan memadu cinta

Ku genggam tangan mu
Ku kucup di kening mu
Ku belai rambut mu
Yang selembut salju

Teluk Bidara
Yang menjadi saksi
Kau dan aku mengukir janji
Oh Teluk Bidara

30 Oct 2012

Bimbingan Penulisan Drama




BIMBINGAN PENULISAN DRAMA

Sebelum anda menulis sebuah skrip drama, anda tentulah terlebih dahulu perlu mengetahui apakah  itu drama. Anda tentu  pernah menonton drama pentas atau lebih dikenali sebagai teater. Apakah yang dimaksudkan dengan  drama dan apakah yang membezakannya daripada teater. Apakah menulis skrip drama itu berbeza daripada menulis novel dan apakah yang membezakan skrip drama pentas daripada drama televisyen?

 APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN DRAMA?

Drama berasal daripada  perkataan “dran” (Greek) yang bermaksud melakukan atau melakonkan. Drama ialah aksi mimetic (peniruan), iaitu  aksi yang meniru  atau mewakilkan perlakuan manusia. Menurut Aristotle, drama ialah peniruan kehidupan, sebuah cermin budaya dan suatu bayangan kebenaran. Dalam buku The American College Dictionary, drama didefinisikan sebagai karangan prosa dan puisi yang menyajikan dialog, pantomin atau cereka yang mengandungi konflik untuk dipentaskan. Mengikut Oxford Dictionary, drama sebagai komposisi prosa boleh disesuaikan untuk diaksikan di atas pentas yang ceritanya disampaikan melalui dialog dan aksi, dan dipersembahkan dengan bantuan gerak, kostum dan latar hiasan seperti  kehidupan yang sebenar. Bagi Aristotle, plot merupakan penggerak utama sesebuah drama dan drama harus dibina daripada tiga kesatuan, iaitu aksi, tempat dan masa. Elemen-elemen inilah yang menyebabkan drama ialah  sebahagian daripada cabang sastera. Selain  elemen sastera, drama juga merangkumi elemen-elemen seni yang lain seperti lakon, seni muzik, seni bina, seni busana dan seni tari.

 Drama bukan hanya untuk dibaca , tetapi untuk dilakonkan di atas pentas, dengan penghayatannya berbeza antara dibaca dengan  pementasannya. Di sinilah letaknya perbezaan maksud antara drama dengan teater. Sebuah drama ialah naskhah skrip yang boleh dibaca secara individu tanpa memerlukan ruang, pelakon atau bantuan seni yang lain. Apabila skrip drama itu dilakonkan di atas ruang pentas dengan gabungan pelbagai seni yang lain dan ditonton pula oleh khalayak secara kolektif, maka ia dinamakan teater.

SKRIP DRAMA

Sebuah skrip drama berbeza daripada novel dan cerpen atau puisi. Bagi novel dan cerpen, pembaca akan dijelaskan secara terperinci tentang sesuatu situasi dan latar bagi sesuatu peristiwa yang berlaku melalui penerangan pengarang, manakala  dalam sesebuah naskhah drama, seseorang pembaca hanya akan diberikan gambaran umum (deskripsi) tentang sesuatu situasi, latar atau tempat, dan dialoglah yang akan menyampaikan mesej dan pemikiran pengarang. Hal inilah yang membezakan drama daripada karya sastera yang lain. Sememangnya sifat sesebuah naskhah drama digerakkan oleh dialog.

Pemikiran atau gagasan pengarang disampaikan melalui dialog pelakon (watak-watak) yang berinteraksi dalam sesebuah drama. Sebuah naskhah drama yang baik akan dapat memberikan gambaran jelas tentang pemikiran pengarang melalui unsur-unsur dramatik dalam dialog yang dihasilkan. Unsur dramatik bermaksud diksi atau ungkapan yang boleh membangunkan konflik dalam drama seperti dialog yang menimbulkan perasaan marah, gembira, lucu,  dan seumpamanya. Sebuah drama yang baik juga harus mempunyai unsur suspens, ketegangan dan seharusnya mampu membina rasa ingin tahu pembaca atau penonton.

STAIL DAN PERWATAKAN

Drama merupakan karya seni yang mempunyai sifat sosial yang paling luas. Drama bersifat kerja berkumpulan kerana gabungan pekerja seni yang lain dan juga kerana reaksi penonton yang bersifat langsung (hal ini tentu berbeza daripada reaksi penonton yang menonton filem atau televisyen). Skrip drama yang menjadi sebahagian daripada cabang sastera bersifat “tetap” dan kekal secara keseluruhan, tetapi setiap kali naskhah drama itu dipersembahkan (dilakonkan) di atas pentas, produksi teks (skrip) akan berlaku perbezaan. Hal ini demikian kerana pelakon akan memberikan reaksi yang berbeza kepada penonton yang berbeza dan juga kesan daripada mood pelakon yang berbeza dalam setiap persembahan. Gabungan antara nilai yang tetap dan berubah inilah menjadi kelebihan sesebuah teater yang membezakannya daripada  drama yang dirakamkan secara mekanikal, iaitu filem, drama radio dan drama televisyen.

CIRI-CIRI DRAMA

Pada umumnya, drama mempunyai ciri-ciri yang berikut:
  • Drama merupakan prosa moden yang dihasilkan sebagai naskhah untuk dibaca dan dipentaskan.
  • Naskhah drama boleh berbentuk prosa atau puisi.
  • Drama terdiri daripada dialog yang disusun oleh pengarang dengan watak yang diwujudkan. 
  • Pemikiran dan gagasan pengarang disampaikan melalui dialog watak-wataknya.
  • Konflik ialah unsur penting dalam drama. Konflik digerakkan oleh watak-watak dalam plot, elemen penting dalam sesebuah skrip.
  • Konflik ialah unsur penting dalam drama. Konflik digerakkan oleh  watak-watak dalam plot, elemen penting dalam sesebuah skrip drama.
  • Sebuah skrip yang tidak didasari oleh konflik tidak dianggap sebuah drama yang baik.
Gaya bahasa dalam sesebuah drama juga penting kerana ia menunjukkan latar masa dan masyarakat yang diwakilinya, sekali gus drama ini mencerminkan sosiobudaya masyarakat yang digambarkan oleh pengarang.

STRUKTUR DRAMA

Pada dasarnya sesebuah drama mempunyai struktur tiga bahagian babakan (three act structure). Sejak drama tragedi Greek, drama Elizabeth (Inggeris) hingga  drama moden dan lakon layar filem, kesemua struktur skripnya dipecahkan kepada tiga bahagian. Perbandingannya adalah seperti kehidupan manusia yang terbahagi semasa dilahirkan, dewasa dan akhir hayatnya.

Sebelum memulakan sebarang bentuk tulisan, kita perlu mempunyai asas yang kukuh. Hal ini  demikian  kerana asas yang teguh akan mendukung struktur, konsep dan visi sesebuah drama. Ia akan menghasilkan satu rangka kerja atau karya yang kukuh yang tidak mudah pecah. Tanpa asas yang kukuh akan hanya menghasilkan kekecewaan, kebuntuan atau yang sering dikatakan sebagai “writers block”.

Kebuntuan lahir disebabkan tidak adanya perancangan. Tanpa perancangan, ia menyukarkan penulis mencari arah atau jalan yang betul dalam menghasilkan cerita.
Tiga elemen yang cukup penting yang perlu diberikan tumpuan oleh penulis sebelum memulakan penulisan skripnya ialah:
  • Fokus
  • Logik
  • Perwatakan.

Fokus

Untuk sebuah cerita sentiasa dalam kesatuan, watak-watak dan cara  mereka berfungsi memerlukan fokus atau tumpuan. Ia tidak ada bezanya sama ada jalan cerita kita berbentuk linear, non-linear (spiral) atau selari. Sentiasa memberikan tumpuan yang kukuh akan menjadikan proses penulisan kita mudah dan lancar. Fokus memerlukan beberapa pertimbangan. Yang utama adalah dengan  mengetahui watak-watak (siapa mereka?), latar, sifat dan perkembangan mereka. Fokus juga memerlukan perwatakan dan cerita secara keseluruhan mempunyai matlamat yang jelas pada akhirnya.

Logik

Apabila kita menghasilkan cerita dengan segala perwatakannya, tema dan ruang tempat, kita sebenarnya terlibat dengan penciptaan. Segala perwatakan, tema dan ruang masa serta tempat mempunyai peraturannya sendiri sebagaimana sebuah dunia dicipta. Sebab itu penulis drama sering dikatakan mencipta sebuah dunia. Akan tetapi dunia bagaimanakah yang dicipta itu? Bagaimanakah kehidupannya? Drama mengangkat atau meniru realiti (kehidupan), tetapi realiti yang bagaimana? Oleh itu realiti sesebuah drama perlu dilihat dalam konteks ceritanya, perwatakan dan temanya. Di sinilah logik drama tersebut diukur.

Watak dan Perwatakan

Sebuah skrip drama yang baik mesti mempunyai watak-watak yang mampu membawa cerita untuk terus berkembang. Watak-watak inilah yang menjadi cerita, dan kuasa merekalah yang menghidupkan cerita. Oleh itu watak ialah  elemen terpenting dalam drama. Wataklah yang menggerakkan plot cerita.  Dalam sesebuah drama terdapat watak utama dan watak sampingan.

Selalunya dalam sesebuah drama terdapat satu watak utama, tetapi pada saya sesebuah drama mempunyai dua watak utama,  iaitu watak protagonis (watak yang menyokong idea penulis) dan watak antogonis (watak yang menentang idea penulis). Pertentangan idea ini akan menimbulkan konflik dan pertentangan konflik inilah yang membentuk struktur konflik dramatik yang menarik. Watak sampingan ialah watak-watak yang lain yang menyokong protagonis ataupun antogonis atau watak-watak yang melengkapkan cerita.

ELEMEN DRAMA

Elemen drama yang perlu diketahui oleh bakal penulis skrip ialah:

Tema/Pemikiran
Tema ialah idea atau persoalan pokok yang dapat dirumuskan daripada keseluruhan inti pati cerita. Persoalan pokok ini merupakan gagasan yang ingin disampaikan oleh  penulis dalam skripnya. Pemikiran ini disampaikan melalui dialog dan aksi watak-wataknya.

 Pembaca naskhah atau penonton drama yang sensitif akan dapat menangkap idea atau persoalan pokok ini selepas selesai membaca skrip atau menonton teater. Malah,  selalunya mereka bukan sahaja dapat menangkap idea atau tema drama tersebut, tetapi juga mereka akan dapat menjaring maksud lain atau lapisan maksud yang lain yang terkandung dalam drama tersebut. Pemikiran yang tersembunyi yang hanya dapat ditafsir oleh pembaca atau penonton yang mahu berfikir atau memahami perlambangan yang digunakan atau unsur cerita yang disampaikan oleh penulis dinamakan sebagai sub-teks.

Plot
Plot sangat penting dalam pembinaan struktur drama. Plot adalah struktur drama yang dibina melalui dialog dan aksi setiap watak. Dialog terbina melalui kata-kata atau bahasa. Melalui dialog inilah konflik dan perkembangan cerita berlaku. Seperti yang dijelaskan sebelum ini, konflik memainkan peranan yang cukup penting dalam membangunkan struktur sebuah drama. Bertolak daripada konflik dan ketegangan inilah sesuatu peristiwa digerakkan dan dilanjutkan perkembangannya hingga kepada peleraiannya atau kesimpulan cerita. Plot bukan cerita atau naratif.

Mengikut E.M. Forster cerita ialah huraian tentang peristiwa yang disusun mengikut urutan waktu. Plot ialah jalan cerita yang memberikan maklumat cerita. Ia dibina oleh watak dan apa yang berlaku melalui kesan sebab dan akibat dalam ruang dan waktu.
Penulis perlu memahami bahawa dalam sesebuah persembahan teater, usaha menarik perhatian penonton dan menahan perhatian mereka selama mungkin ialah  tugas yang cukup penting.

Sebuah plot mesti berupaya menarik perhatian dan mencipta suspens  dan di sinilah kesemua binaan dramatik memberi tumpuan. Harapan atau jangkaan penonton atau pembaca mesti dibina (tetapi hanya diselesaikan pada babak adegan terakhir), aksi (adegan) mesti kelihatan hampir mencapai objektifnya tetapi ia perlu tidak tercapai sehinggalah di akhir adegan, dan yang paling penting sebuah plot mesti mempunyai kepelbagaian (variasi) rentak dan tempo. Sebuah plot yang monotonos akan hanya menghilangkan minat penonton dan akhirnya kelihatan hambar dan mendatar.

Terdapat beberapa bentuk suspens atau ketegangan yang boleh dicipta dalam sesebuah skrip. Soalan-soalan asas ini boleh menjadi contoh ketika hendak memulakan tulisan skrip anda, “Apa yang akan berlaku selepas ini?”, atau yang sama maksudnya, “Saya tahu apa yang akan berlaku, tetapi bagaimana ia akan berlaku?” Atau, “Saya tahu apa yang akan berlaku dan saya tahu bagaimana ia akan berlaku, tetapi bagaimanakah watak X memberi reaksi atau bertindak balas kepadanya?”

Soalan-soalan asas ini wajar berlaku di awal bahagian skruktur dramatik skrip anda supaya pembaca atau penonton anda dapat terus bersedia kepada elemen utama suspens dalam drama anda. Seseorang mungkin mengatakan tema utama sesuatu drama itu mesti jelas. Bagaimanapun dalam sebuah skruktur skrip drama yang baik, ia terletak pada persoalan. Contohnya, siapakah yang melakukan pembunuhan itu, lelaki manakah yang akhirnya berjaya memiliki gadis itu, atau bagaimana bila sesorang suami mengetahui yang isterinya berlaku curang dan memiliki kekasih lain?
Apabila penonton atau pembaca telah mengetahui tema dan persoalan dan objektif aksinya, maka jangkaan mereka akan tertumpu kepada titik akhir drama tersebut (penyelesaian) dan tahu ke mana tumpuan drama tersebut akan bergerak. Perhatian penonton tertumpu ke arah yang betul.

Bagaimanapun perlu juga diketahui, tumpuan perhatian penonton selalunya adalah pendek. Satu elemen suspens utama tidak mencukupi untuk terus mengikat perhatian penonton. Oleh itu,  sebuah struktur skrip drama memerlukan suspens sampingan. Jadi suspens sampingan ini akan mendukung elemen suspens yang utama. Suspens sampingan ini diperlukan pada setiap adegan atau bahagian drama, yang akhirnya bergabung dengan keseluruhan momentum struktur drama tersebut.

Dalam pembentukan plot, setiap watak bergerak dalam kerangka sebab dan akibat. Sesuatu peristiwa berlaku disebabkan oleh sesuatu alasan yang kukuh dan ia akan menghasilkan sesuatu akibat yang wajar. Ia merupakan  hukum yang mempunyai logikanya yang tersendiri. Oleh itu,  seseorang penulis perlu memastikan tindakan sesuatu watak itu wajar mengikut latar watak, tempat dan waktu, dan peristiwanya dan akibat yang berlaku itu adalah munasabah.

Latar
Elemen tempat, masa atau zaman serta masyarakat yang diceritakan selalunya dijelaskan melalui latar. Latar dalam drama  penting dijelaskan, tetapi perincian latar dalam drama adalah terhad. Ia hanya perlu untuk tujuan pementasan untuk menjelaskan tentang tempat dan masa, cukup untuk memberikan panduan kepada pembaca atau penonton. Berbanding dengan filem atau televisyen, drama pentas menghadapi kekangan dalam menukar set atau prop yang kerap dari satu babak ke satu babak yang lain.

Babak
Bahagian dalam drama yang menjelaskan peristiwa yang berlaku dalam sesuatu latar tempat dan masa disebut babak. Pertukaran latar tempat dan masa membawa perubahan babak.

Adegan
Adegan merupakan pecahan dalam sesuatu babak yang menjelaskan sesuatu peristiwa yang berlaku dalam sesuatu latar tempat tetapi pada masa yang berbeza.

Bahasa
Asas sebuah drama ialah perkataan atau dialog. Drama terbina oleh dialog dan aksi. Oleh itu,  bahasa yang menjadi asas perkataan adalah elemen yang cukup penting bagi sesebuah drama. Daripada bahasa yang dituturkan oleh pelakon itu, pemikiran dan gagasan pengarang disampaikan.

Sesebuah drama yang baik akan menggunakan bahasa yang ringkas, padat dan mudah difahami supaya berkesan kepada penonton. Gaya bahasa atau dialog yang meleret dan sukar difahami akan menyebabkan pembaca dan penonton bosan dan akhirnya hilang tumpuan. Gaya bahasa yang baik dalam sesebuah drama akan memberikan latar zaman, masyarakat dan tempat. Justeru itu, dialek sesuatu daerah boleh digunakan oleh sesuatu watak untuk menghidupkan lagi perwatakannya, tetapi pastikan yang pembaca dan penonton dapat memahami dialek tersebut.

Kekuatan sesuatu watak itu terpancar daripada kualiti dialog yang diucapkannya. Watak yang gagal mengucapkan dialog kuat, humor dan menarik akan sukar menarik perhatian penonton. Oleh itu,  pemilihan diksi, ayat atau unsur bahasa penting dalam mengekalkan keinginan pembaca dan penonton sesebuah drama.

Ekonomi, emosi dan keseimbangan
Secara keseluruhannya struktur sesebuah drama bergantung kepada keseimbangan dalam semua elemen. Setiap suatu elemen tersebut mestilah memberikan sumbangan dalam membentuk corak dan pola sesebuah drama itu. Setiap suatu elemen itu sentiasa berkaitan dan bergantungan antara satu sama lain. Satu aspek yang mesti juga diberi perhatian oleh penulis skrip ialah faktor ekenomi. Hai ini demikian  kerana drama ialah satu bentuk komunikasi yang  elemen masa memainkan peranan yang penting. Oleh itu,  faktor masa perlu diberikan perhatian. Selain itu, drama juga merangkumi aspek emosi. Hai ini demikian  kerana sesebuah drama itu dihasilkan untuk manusia dan emosi memainkan peranan penting dalam soal komunikasi kemanusiaan.

 Jenis-jenis drama
Pada umumnya terdapat tiga jenis drama yang utama, iaitu:
  • Tragedi – sebuah drama yang mengisahkan suka duka dan tragisnya kehidupan wira utamanya. Kisah wira ini selalunya berakhir dengan tragedi. Dalam drama ini perjalanan kisahnya menemui tragedi itulah yang utama.
  • Komedi – Drama ini memaparkan kisahnya dalam bentuk lucu dan menghiburkan. Ceritanya serius,  tetapi disampaikan dalam bentuk kelucuan oleh watak-wataknya. Drama ini selalunya digunakan untuk menyindir masyarakat. Plot drama komedi boleh berakhir dengan kepuasan penonton (kegembiraan) dan boleh juga berakhir dengan kedukaan .Drama begini dikenali juga sebagai tragik-komedi.
  • Melodrama – Drama ini bersifat sentimental dan ceritanya sering berpusat pada persoalan keluarga atau wanita. Drama ini selalunya akan menyentuh emosi pembaca atau penonton.

Format Skrip Drama Pentas
Skrip drama pentas mempunyai formatnya yang sendiri. Anda wajar mengikut format yang standard apabila menulis skrip supaya ia mudah dibaca, difahami oleh pengarah drama dan yang penting ia menunjukkan yang anda memahami genre sastera yang anda tulis. Dalam format penulisan skrip, anda perlu memuatkan perkara-perkara yang  berikut:
  • Muka surat judul yang mempunyai judul drama anda, nama penulis (nama anda), judul sumber asal (novel) jika skrip drama itu karya adaptasi, nama dan tempat terbit (jika diterbitkan) dan tahun.
  • Sinopsis. Anda perlu juga menulis sinopsis atau ringkasan drama anda (kira-kira 150 patah perkataan). Sinopsis ini perlu memberikan maklumat tentang watak, tema dan perjalanan cerita dan yang penting mampu menarik minat pembaca untuk membaca seterusnya skrip drama anda.
  • Watak dan senarai watak – Anda perlu memberikan senarai watak yang terlibat dalam drama anda serta deskripsi ringkas tentang perwatakannya seperti bentuk fizikal, usia dan sifat-sifat tertentu watak itu.
  • Pecahan babak juga perlu.
  • Adegan atau babak sesebuah drama berlaku dalam satu ruang tempat, masa dan watak. Oleh itu,  ruang tempat, masa dan watak perlu juga diberitahu sebelum sesuatu adegan itu bermula.
Format atau stail menaip skrip terdapat beberapa bentuk. Lihatlah bentuknya daripada beberapa skrip yang pernah anda baca.

Di sini disertakan satu contoh bagaimana sebuah skrip drama pentas ditulis, petikan babak 12 drama “Patah Sayap Terbang Jua” tulisan Othman Haji Zainuddin yang diadaptasi daripada novel Patah Sayap Terbang Jua karya A. Samad Ismail.



Foto drama Patah Sayap Terbang Jua


12. DERETAN KEDAI/ SINGAPURA/MALAM

Wahab masuk ke kawasan itu. Seketika dia berdiri di jalanan yang diterangi oleh lampu elektrik yang muram. Kelihatan Inah mengekorinya. Seketika dia memerhatikan kelakuan wahab. Dari jauh kedengaran muzik mengalun dari antara beberapa buah rumah yang masih diterangi oleh lampu. Wahab bersiul-siul kecil dan mendendangkan lagu keroncong “Kemayuran”.
WAHAB (Menyanyi)
     Kiri jalan, kanan pun jalan
     Nona manis endung disayang
     Lateralala lala lala….
     Di tengah-tengah pohon mengkudu
     Kirim jangan
     Pesan pun jangan
     Sama-sama
     Menanggung rindu.

Ketika ini Inah ikut sama menyanyi
INAH & WAHAB
     Kirim jangan
     Pesan pun jangan
     Sama-sama
     Menanggung rindu…

Inah tepuk tangan. Wahab terkejut Inah di sisinya
INAH              :  Ada apa Hab, kau nak jumpa aku?
 WAHAB        :  Banyak perkara
INAH              :  Apa yang boleh kutolong?
WAHAB         :  Kau tolong aku seperti kau tolong Hashimoto
INAH              :  Tolong Hashimoto?

Penutup
Setelah anda membaca tulisan ini, diharapkan anda mendapat sedikit pengetahuan tentang kaedah-kaedah penulisan skrip drama pentas. Ia mungkin belum cukup untuk menjadikan anda penulis skrip yang baik kerana penulis skrip drama pentas yang baik menuntut kerja-kerja pemerhatian masyarakat , banyak membaca naskhah skrip drama yang baik dan perlu juga banyak menonton teater. Bagaimanapun ia sudah cukup untuk menggerakkan anda memulakan suatu penulisan skrip.

STATUS

Search This Blog

DAUN