ajari aku

Blog Mimbar Kata

tulislah

blog mimbar kata

sehelai daun

blog mimbar kata

hujan dalam sukma

blog mimbar kata

kaki memijak

blog mimbar kata

31 Aug 2018

lagu masa kecil

Lagu Masa Kecil.



Ada nyanyi dikaitkan dengan lagu masa kecil. 
Ingin ke masa kecil 
konon masa kecil adalah masa terindah. 
Detik di mana segala suara didengari 
segala pinta dipenuhi
segala harp dan harapan tidak terbengkalai
Kitapun kadangkala ingin begitu
kembali ke masa kecil
tiada masalah, bisa berjalan dan berlari-lari
memanjat dan mengejar kawan-kawan
kebebasan yang indah
ada pada masa kecil
tapi renbunglah kembali
lihat saja nasib yang menerima anak-anak kecil
terlalu muda untuk derita
terlalu tidal tahu makna manis dan pahit
bedil dan bom
mati dan kematian
terbiar dan jadi pelarian
tidak tahu baca
tidak tahu tulis
tidak pasti masa depan
inilah masa kecil mereka
lagu ,masa kecil yang menyakitkan
tapi mereka mahu ke mana lagi mencari jalan damai
apakah berdoa untuk terus dewasa

lagu ,masa kecil
airmata dan darah
luka dan sakit
siapa yang bisa membela???

30 Aug 2018

selamat malam tanahairku

selamat malam tanahairku


selamat malam tanahairku
hirup udara dan sejuk langit malam
engkau semakin dewasa
dalam merdeka
dalam harap dan harapan
kami bersama
ulanglah layar bahagia merentas
benua
ulanglah keroncong kebebasan
melampaui batas waktu dan jarak kedudukan
ulangtahun merdeka dalam makmur dan aman
syukurlah

29 Aug 2018

dupa merdeka

dupa merdeka




itulah semerbak dupa merdeka
mengharum jauh menyeberang benua
sesudah genta perjuangan digoncang
bermula kita bermimpi menyusun kebebasan
mahu berdiri untuk melihat yang jauh
mahu duduk untuk memandang yang akrab
kita begitu kerdil berkalan dan berlari
dalam lumpur kepayadan dalam arus penghinaan
kita tak berani untuk mendongak
kerana kita terasa kerdil dan hamba
dupa yang mewangi itulah merubah nasib kita
merubah sudut fikir dan apungan akal
mula mengerti tentang kebebasan dan suara
kita mula mengorak rentak mencari diri
itulah anugerah merdeka
kebebasan dan cinta bersama

tetapi dalam arus panjang
kita masih merasa lelah dan takut
berpegang pad tongkat dan sesuap harap
mengapa tidak kita terbang tinggi dengan sayap sendiri
bukan menunggu tongkat memacu usaha
berani untuk memberi yang terbaik
bagi kemuliaan negara ini
kita harus jujur pada kata dan ikrar
biarlah kita merdeka bebas dari suap simpati
mengerti untuk berjalan dan berlari
melompat dan berdiri
atas nama merdeka
jangan terlalu percaya tongkat membawamu ke alam luas
kita akan selalu menunggu
bilakah genta bergema
untuk memulakan perjuangan baru
sedang kita sudah begitu lama
tidur dalam selimut merdeka

bangkitlah berlari
sayangi negaramu
sayangi hidupmu

#SayangiMalaysiaku
#MalaysiaMembaca
#CertotSayangiMalaysiaku
Dr Maszlee Malik

100 Hari KPM








\\


























28 Aug 2018

suap

suap




suap-suapan yang melemahkan
tetapi itulah yang mahu disuapkan
ke mulut-mulut menjadi santapan
kerana dalam suap suapan ini
banyak memberi laba bagi mereka
sesuap kau ada banyak lagi di periuk mereka
mudah pula terleka dengan lagu dan irama
dikir dan tari kau pun luas mengangga
mahu disuap lagi
hingga ke satu sudut
kaupun tak mahu berdiri
duduk dan disuapkan
berdiri meletihkan membosankan
hingga kau perlu disuapkan
bukan kerana tak betah berusaha
tapi sudah begitu nasib tak bisa berdiri lagi
mereka menyuap lagi
dengan syarat dan janji berjela
kau tak bisa menunda
kerana tak berdaya
lemah dan tepok
kerana tak pandai lagi mencuba
hanya menunggu suap suapan
menanti mati

26 Aug 2018

evolusi bahasa

"CERTOT" DAN EVOLUSI BAHASA



1. Saya memohon maaf kerana pengumuman berkenaan peraduan "certot" terpaksa dibuat semula disebabkan beberapa pengguna Facebook dengan akaun palsu telah membuat laporan di Facebook berkaitan "post" tersebut. Bertungkus-lumus benar mereka mahu menyekat aktiviti-aktiviti yang Pihak Kementerian anjurkan. Alangkah bagusnya jika kesungguhan itu dimanfaatkan bagi membantu membangunkan negara kita.

2. Di sini saya juga ingin menegaskan bahawa perkataan "certot" tidak membawa sebarang konotasi tidak baik. Penggunaan akronim ini juga tidak menjadi kesalahan. Akronim ini saya ambil hasil bacaan saya melalui karya-karya sasterawan negara, khususnya Othman Puteh di dalam bukunya Teori Penulisan Kreatif. Jika hendak diikutkan, banyak lagi perkataan-perkataan baru yang dicipta oleh pengarang-pengarang tempatan tetapi masih tidak diwartakan di dalam kamus dewan.

3. Kenapa tidak menggunakan perkataan "cerpen"? Profesor Emeritus Abu Bakar Hamid menjelaskan bahawa definisi cerpen ialah cerita pendek yang jumlah perkataannya mesti melebihi 500 patah perkataan. Strukturnya mesti kemas dan sempurna. Saya menggunakan akronim (portmanteau) certot yang merujuk kepada cerita kontot yang jumlah perkataannya kurang daripada 500 patah perkataan. Saya mahu ia santai dan memudahkan kerana saya tahu, tidak semua rakyat Malaysia mampu menghasilkan sebuah cerpen. Tetapi semua rakyat Malaysia mampu menterjemahkan rasa cinta mereka terhadap negara.

4. Bahasa tidak seharusnya bersifat statik sebaliknya berevolusi. Saya membaca karya-karya Shahnon Ahmad dan Azizi Haji Abdullah dahulu. Banyak istilah utara yang diperkenalkan oleh mereka berdua dan kemudiannya baru diwartakan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka seperti istilah "menerung", "pongah", "kelepiar", "sereyat". Setiap perkataan membawa taksa budaya dan adat setempat. Istilah yang digunakan di utara berbeza dengan istilah yang digunakan di pantai timur. P. Ramlee pernah mempopularkan perkataan "kugiran" bagi frasa kumpulan gitar rancak. Perkataan itu akhirnya dibakukan. Begitulah evolusi bahasa berlaku.

5. Pembinaan kamus dibuat melalui rakaman penggunaan dalam korpus. Maka, setiap kewujudan perkataan baru ditentukan kegunaannya oleh masyarakat. Sekiranya perkataan itu popular dan meluas digunakan, ia akan dimasukkan ke dalam kamus dewan. Misalnya, perkataan "ori" pernah menjadi kontroversi kerana ia dibahaskan di Parlimen pada tahun 1996, akhirnya dimasukkan ke dalam Kamus Dewan Edisi Keempat sebagai Bahasa Percakapan. Sekarang DBP sedang berusaha menyiapkan manuskrip kamus terbesar yang akan mengumpulkan semua perkataan-perkataan baru termasuklah perkataan-perkataan yang meluas digunakan di media sosial seperti perkataan "trending" yang telah diterjemahkan kepada "sohor kini". Marilah kita sama-sama menggunakannya.

6. Saya menerima dan mendengar semua kritikan tetapi saya fikir, pengkritik yang baik ialah pengkritik yang menggunakan laras bahasa yang baik. Kegagalasan berbahasa dengan bahasa yang baik mahupun tidak bersetuju kepada sesuatu perkara berpunca daripada masalah sikap dan perangai. Bahasa menterjemahkan sikap dan perangai kita. Rosak bahasa bermaksud rosak perangai. Pendidikan yang baik bermula daripada penggunaan bahasa yang baik. Kita semua harus bergerak ke arah itu.

7. Marilah kita sama-sama menyemai semula budi yang sudah mengalir sejak turun-temurun dalam bebuluh darah keturunan kita. Hari ini orang mengenali bangsa Malaysia ialah bangsa yang berbudi dan hormat-menghormati, usahlah rosakkan anggapan itu. Berdebat dan berbincanglah sepanjang mana pun, tetapi usah sesekali melanggar pagar budi. Pepatah mengatakan, hilang bahasa, hilanglah bangsa.

8. Akhir sekali, saya berterima kasih kepada semua yang berusaha memeriahkan usaha Pihak Kementerian demi melestarikan sikap cintakan negara kepada semua rakyat Malaysia, dan saya mahu menyarankan rakyat Malaysia membaca sebuah buku yang ditulis oleh Pendeta Za'ba, judulnya "Perangai Bergantung Pada Diri Sendiri."

Dr Maszlee Malik
Menteri Pendidikan Malaysia

FB drmaszleemalik



mengapa semerah padi

'Fikir kenapa P Ramlee hasilkan Semerah Padi'
Syafil Syazwan Jefri


Berada di dalam industri perfileman tanah air sebagai pengkritik dan pemerhati memberikan pelbagai ilmu buat individu bernama Hassan Abd Muthalib, 73, ini.

Tidak cukup dengan itu, dia juga pernah mencurahkan tenaganya sebagai pengarah, penulis dan pernah juga mencuba nasib dalam bidang lakonan.

Hassan juga digelar Bapa Animasi Negara apabila menjadi orang pertama menghasilkan animasi iaitu Hikayat Sang Kancil pada 1961 terbitan Filem Negara Malaysia.

Apa yang menarik, animasi berkenaan mula dihasilkan pada 1961 dan hanya siap pada 1978. Namun, ia hanya ditayangkan pada 1983 atas faktor politik.

Berbicara mengenai dunia perfileman tanah air, Hassan yang lebih mesra disapa Pak Hassan merasakan bahawa pengkarya filem tempatan hanya sekadar membikin filem secara dasar dan tidak melihat lebih mendalam atau tersirat.

Kafe Ahad minggu ini berkongsi pandangan Pak Hassan mengenai kritikan filem dan industri filem tempatan secara amnya seperti yang dikongsikan beliau bersama wartawan SYAFIL SYAZWAN JEFRI.


P RAMLEE dalam filem Semerah Padi. Gambar kecil, Hassan Abd Muthalib. FOTO Nik Hariff Hassan

Boleh Pak Hassan terangkan mengenai maksud tersirat yang perlu ditekankan penggiat filem dalam karya yang mereka hasilkan?

Dalam sesebuah filem, ada teks iaitu apa yang kita tonton dan subteks iaitu sesuatu yang tersirat. Contoh mudah, lihat saja karya Allahyarham Tan Sri P Ramlee.

Jika sesuatu filem itu adalah nilai tersirat, orang akan sentiasa ingat dan akan bertahan lama. Kalau filem ‘murahan’ yang tidak ada nilai tersirat, ia akan bertahan untuk tempoh masa singkat.

Apakah antara filem Allahyarham Tan Sri P Ramlee yang boleh Pak Hassan jadikan contoh?

Contoh yang saya boleh berikan ialah Semerah Padi yang diarahkan pada 1955. Saya nampak sesuatu yang sangat luar biasa dalam filem itu.

Saya mengambil masa selama 20 tahun untuk berfikir kenapa P Ramlee hasilkan filem mengenai kisah agama yang kuat sedangkan kita tahu, dia bukanlah seorang yang kuat agama. Jadi, saya dapati bahawa dia adalah seorang yang spiritual.

Apabila saya dijemput oleh Penang Institute untuk bercakap mengenai filem P Ramlee, saya tonton semula Semerah Padi dan ia bukanlah semata-mata mengenai hukum hudud, sebaliknya filem itu sebenarnya mempersoalkan hukum hudud.

Namun, hingga kini belum ada seorang pun ahli akademik yang menghuraikan apa yang sebenarnya cuba disampaikan dalam Semerah Padi.

Boleh Pak Hassan huraikan apa yang tersirat daripada Semerah Padi?

Babak pertama menunjukkan kepulan asap dan kemudian muncul suara menggerunkan yang membaca kalimah Bismillah. Babak terakhir pula menunjukkan rumah di mana P Ramlee berkahwin dengan Saadiah dan kemudian, kita dapat dengar selawat ke atas nabi dibacakan.

Di bahagian depan, P Ramlee bercakap mengenai Tuhan dan di bahagian hujung, dia bercakap mengenai Nabi.

Itu ertinya, Tuhan meletakkan hukum dan Nabi Muhammad SAW pula memberikan syafaat dan akan ‘melepaskan’ seseorang itu daripada hukum. Orang yang akan menerima syafaat adalah mereka yang berjalan di jalan yang benar.

Dalam Semerah Padi, kita juga dapat saksikan dua jenis wanita. Seorang wanita lakonan Normadiah adalah wanita yang berzina secara terang-terangan dan berdiri memegang keris mempertahankan kelakuannya. Secara zahir, kita akan menganggap bahawa dia adalah ahli neraka.

Seorang lagi wanita adalah yang dilakonkan oleh Saadiah. Watak Dara itu adalah gadis yang penuh sopan-santun namun tetap berzina. Bagaimana kita akan pertimbangkan dua jenis wanita ini?

Dalam satu babak, ketika watak Teruna lakonan Nordin Ahmad menyerahkan Dara kepada P Ramlee sebagai Aduka, terlihat ayat al-Quran di dinding rumahnya dan dari situ, kita tahu ada sesuatu dalam diri Aduka.

Benda ini tak ada dalam hampir keseluruhan filem Malaysia hari ini. Mereka tak faham seni reka produksi dan pengarahan seni membantu dalam penceritaan. Itu yang saya sebut sebagai subteks.

Bukan saja dialog, tapi juga prop, warna, pencahayaan dan sebagainya turut membantu.

Dalam filem moden pula, filem arahan pengarah mana yang boleh dijadikan contoh?

Filem arahan Mamat Khalid antaranya patut diberi pujian. Terbaru, filem Hantu Kak Limah pun sebenarnya banyak subteks yang boleh dikupas.

Dalam filem itu, Mamat memasukkan elemen orang bunian sebagai tarikan untuk orang pergi menonton. Ada mesej yang ingin disampaikannya.

Alam bunian tidak boleh bersatu dengan alam manusia. Maknanya, alam mereka berbeza dan kita kena jaga alam kita. Jangan ambil sesuatu yang bukan milik kita.

Ada juga watak gangster, tapi ada nilai serta mesej yang ingin disampaikan.

Bukan seperti filem gangster lain yang sangat negatif dengan bahasa yang kasar dan sebagainya.

Dalam erti kata lain, Mamat menggunakan komedi, parodi dan satira dalam meluahkan maksud tersirat.

Pada pandangan Pak Hassan, filem tempatan yang mana sangat berkualiti, tetapi tidak diberikan perhatian?

Ada satu filem alternatif pertama Malaysia berjudul Tok Perak arahan Syed Alwi. Ia dihasilkan dalam bentuk drama TV sebanyak lima episod, tapi juga dihasilkan dalam bentuk filem berdurasi 45 minit.

Sayangnya, ia tidak ditayangkan kepada orang awam. Filem itu sarat dengan subteks dan jalan ceritanya cukup cantik.

Tok Perak adalah Syed Alwi sendiri. Dia adalah penglipurlara yang mengikut cara hidup orang tua-tua zaman dahulu.

Selain itu, filem Hanyut arahan U-Wei Haji Saari juga adalah filem yang luar biasa. U-Wei sendiri membawa pemikiran yang cukup mendalam mengenai orang Melayu dalam setiap watak yang diukirnya.

Hanyut sebelum ini pernah bertanding dalam satu pertandingan filem namun kalah kepada satu karya yang boleh dianggap sebagai telefilem. Tapi, saya tak nafikan telefilem itu sangat berkualiti.

Kemudian, ketika saya dijemput sebagai juri di Anugerah Skrin 2017, saya kongsikan sedikit mengenai filem ini dengan juri lain. Saya ajak mereka melihat sendiri kemantapan ceritanya.

Untuk filem ini, ada script doctor dari luar negara dan dibuat dengan sangat teliti. Ia juga memakan masa 10 tahun untuk dikaji berdasarkan buku tulisan Jospeh Conrad.

Saya tak mahu mempengaruhi mereka, jadi kami tonton semula filem itu dan apa yang saya nampak, semua juga menonton dengan fokus. Akhirnya, Hanyut berjaya membawa pulang anugerah dan kerja keras U-Wei, berhasil.

Apakah penambah baik yang perlu dilakukan kepada filem kita hari ini?

Banyak yang perlu diperbaiki untuk menaik taraf filem tempatan. Novelis, F Scott Fitzgerald pernah berkata, sebelum menulis sesuatu karya, kita perlu berdiri dan alami alam.

Tapi, penulis kita hari ini kebanyakannya hanya duduk di dalam bilik berhawa dingin dan kemudian, fikir untuk lahirkan satu cerita. Hasilnya adalah cerita ‘monyet’ yang sesuai untuk monyet!

Sebagai penulis, kita adalah ahli fikir yang perlu tahu mengenai sejarah sastera, sinema dan negara.

Hasilnya yang datang dari situ bukan hanya sekadar berlandaskan teknik penulisan skrip semata-mata kerana itu cuma tangga untuk kita mendaki.

Kedua adalah pengarah. Saya ambil contoh AR Badul. Dia berkarya daripada dalam diri dan pengalamannya. Cerita yang baik datang daripada pengalaman kita dan perasaan kita sendiri.

Selain itu, pembikin filem juga harus banyak membaca buku. Apabila kita membaca, kita selami pemikiran manusia yang pandai dan hebat. Dari situ, akan tercetus satu idea.

Nak dapatkan idea, ambil satu buku falsafah, pejamkan mata dan buka satu persatu muka surat buku itu. Kemudian, letakkan jari di mana muka surat yang berhenti.

Itu mampu menjadi satu premis dan tema yang sangat baik sebab ia datang daripada ahli falsafah.

Kalau tak ada benda yang saya nyatakan di atas, jangan nak bercakap mengenai bajet besar, lokasi di luar negara dan sebagainya.

Pak Hassan boleh jelaskan lebih lanjut mengenai kajian sastera?

Sastera adalah perkara utama. Berapa banyak penulis dan pengkritik filem tahu mengenai sastera klasik dan asal-usul sastera kita?

Lihatlah karya sastera klasik daripada penulis seperti Hamka, Datuk A Samad Said, Allahyarham Pak Sako dan ramai lagi. Kemudian, lihat juga sastera moden dan kaji, bagaimana watak Melayu itu direka dan mengikut perubahan zaman.

Kalau dulu, Melayu diangkat dengan kisah-kisah istana dan bangsawan. Kemudian zaman membawa watak Melayu itu lebih terbuka dan ada watak wanita yang menjadi pelacur.

Kini, watak manusia bernama Melayu menjadi lebih materialistik, individualistik dan sebagainya. Apabila kita kenal kewujudan watak itu, barulah ia akan menjadi mantap.

Satu lagi perkara adalah muzik. Kalau belajar animasi di Eropah, ada empat perkara yang ditekankan iaitu sastera, teater, falsafah dan muzik. Ia adalah asas yang kuat untuk menjadi pembikin filem yang baik.

Apakah pengalaman kurang menarik yang Pak Hassan pernah alami sepanjang menjadi pengkritik filem?

Ada pengarah yang tak senang dengan saya. Bukan kerana dia marah sebab tulisan dan kritikan saya, tapi kerana saya dedahkan ‘rahsia’ dia sebagai pengarah apabila saya bercakap mengenai perkara tersirat.

Ada juga yang menghubungi saya dan mengucapkan terima kasih kerana kritikan saya, berkisar mengenai apa yang orang lain tak nampak.

Sebagai pengkritik filem, apakah pelakon juga dilihat sebagai kriteria dan bagaimanakah untuk seseorang pelakon itu mampu mengemudi watak yang diberikan?

Saya bukanlah pelakon profesional, tapi saya tahu sikit-sikit. Saya sendiri pernah berlakon dalam lima filem cereka, beberapa drama TV dan satu video muzik.

Saya bukanlah orang yang mudah untuk hafal skrip, jadi saya minta dialog yang pendek. Apa yang seseorang pelakon perlu tahu adalah apabila berhadapan dengan kamera, dia kena lupakan wujudnya kamera itu. Fikirkan mengenai watak dan apa yang nak cakap.

Lakonan bukan dalam gerak-geri saja, tapi dari dalam mata. Jika pelakon yang betul-betul bagus, jika kita lihat dalam matanya saja, kita sudah nampak dia berubah menjadi watak yang dibawakan.

Wujudnya dalam watak juga perlu berbeza daripada apa yang kita lihat di luar. Jadi, dia tak menjadi diri sendiri, sebaliknya menghidupkan watak yang dibawakannya dalam sesuatu naskhah.

Ada juga pelakon Malaysia hari ini, bayarannya, tinggi tapi tak boleh pakai. Penerbit atau pengarah terpaksa ambil sebab ramai pengikut dan ada populariti.

Siapakah pelakon yang Pak Hassan rasakan sebagai ‘pelakon sebenar’ seperti yang Pak Hassan maksudkan?

Yang betul-betul boleh berlakon kebanyakannya tidak hanya berlandaskan paras rupa saja. Kebanyakan mereka datang dari pentas teater.

Antaranya Amerul Affendi, Namron, Beto Kusyairy dan Sharifah Amani. Lakonan mereka berbeza dalam setiap watak yang dilakonkan. Seorang lagi pelakon yang saya nampak berbakat besar ialah Sharifah Sakinah. Saya pernah menonton filem lakonannya iaitu Kimchi Untuk Awak. Lakonannya sangat bersahaja tapi luar biasa.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 26 Ogos 2018 @ 6:30 AM

MYMETRO

25 Aug 2018

Srengenge Menang Anugerah


Supertelefilem Srengenge Menang Anugerah Telenovela 2018
Oleh NURUL HANANI HASMIN


PERSIDANGAN media telah diadakan di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) bersempena dengan kemenangan supertelefilem Srengenge dalam Anugerah Telenovela 2018. Supertelefilem ini diadaptasi daripada novel karya Sasterawan Negara Shahnon Ahmad yang diterbitkan oleh DBP pada tahun 1973.

Terkenal dengan tajuknya yang unik, supertelefilem hasil kerjasama DBP, Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan syarikat produksi Arca Creative House Sdn. Bhd. ini berjaya memenangi tiga anugerah, iaitu telefilem terbaik, pengarah telefilem terbaik dan penulis telefilem skrip terbaik. Kemenangan ini merupakan kejayaan yang bermakna bagi Arca Creative House Sdn. Bhd. kerana supertelefilem ini penerbitan pertama syarikat sejak penubuhannya pada tahun 2015.

Antara yang menghadiri persidangan media pada 2 Ogos 2018 ini ialah Datuk Haji Abang Sallehudin Abang Shokeran, Timbalan Ketua Pengarah (Dasar), DBP, Encik Mahuddin Ibrahim, pengarah Srengenge, Puan Wan Mahani Wan Hassan, penulis skrip Srengenge dan Encik Khairul Rizam Datuk Abu Samah, Ketua Pegawai Eksekutif Arca Creative House Sdn. Bhd.

Encik Mahuddin menceritakan pengalaman semasa mengarah filem ini terutamanya cabaran supaya filem adaptasi ini tidak lari daripada jalan cerita novel Srengenge.

“Disebabkan filem ini banyak babak imbas kembali, kami cuba untuk membuat babak tersebut lebih menarik untuk tontonan orang ramai,” ujar Encik Mahuddin.

Srengenge ini memerlukan dialog yang berdialek Sik, Kedah. Menurutnya, disebabkan dialog tersebut agak panjang dan sukar untuk difahami, mereka memutuskan untuk menggunakan bahasa Melayu Kedah yang mudah difahami oleh penonton. Selain itu, tugas mencari lokasi untuk penggambaran filem ini juga merupakan satu cabaran baginya.



Puan Wan Mahani Wan Hassan, penulis skrip Srengenge.

Puan Wan Mahani yang pernah menulis skrip filem adaptasi novel cinta seperti Andainya Takdir berkata, “Sebaik-baik sahaja ditawarkan untuk menulis skrip Srengenge, saya menolak tugasan yang lain dan hanya menumpukan perhatian untuk menulis skrip filem ini.” Puan Wan Mahani menyatakan bahawa mengadaptasi novel serius berbeza daripada mengadaptasi novel popular. Menurutnya, dialog novel serius tidak boleh diubah sesuka hati kerana boleh mengubah kesahihan jalan ceritanya.


Datuk Haji Abang Sallehudin Abang Shokeran, Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) DBP, menjawab soalan daripada wartawan.

Datuk Haji Abang Sallehuddin pula berkata bahawa DBP ada menerbitkan pelbagai novel yang sesuai untuk diadaptasi sebagai filem. Sejak tahun 2011, lima buah novel, termasuk Srengenge, diadaptasi sebagai filem dan drama. Oleh itu, DBP sangat mengalu-alukan penerbit filem dan drama untuk memanfaatkan karya terbitan DBP untuk diadaptasi sebagai filem.

Datuk Haji Abang Sallehuddin seterusnya menerangkan bahawa anak muda kini kelihatan sudah mula berminat untuk membaca karya yang berat dan klasik. Bagi memupuk minat seperti ini, DBP akan menerbitkan semula karya Sasterawan Negara dan “meringankan” karya yang berat supaya bersesuaian dengan minat pembaca.

Dibintangi oleh barisan pelakon terkenal seperti Eman Manan, Shahronizam, Datin Fadilah Mansor, Jasmin Hamid dan Fathil Dani, Srengenge menceritakan bukit yang wujud di sebuah kampung dan dikenali sebagai Bukit Srengenge. Yang ingin disampaikan oleh penulis ialah konflik antara manusia dengan unsur animisme. Isu tersebut merupakan tabu bagi masyarakat Melayu sejak dahulu dan diketengahkan dalam novel dan supertelefilem ini.

klikweb


‘MANDATORI’, ‘SRENGENGE’, ‘TOMBIRUO’ UNGGULI ANUGERAH TELENOVELA 2018
BY WEB ADMIN


Kuala Lumpur, 28 Julai – Majlis Anugerah Telenovela 2018 anjuran Yayasan Pembangunan Buku Negara (YPBN) bersama Global Content Exchange Capital (GCE Capital) telah disempurnakan dengan penyampaian 46 buah anugerah bagi pelbagai kategori merangkumi drama bersiri, telefilem, filem dan anugerah khas yang berlangsung di Plenary Hall, Kuala Lumpur Convention Centre pada malam tadi. Bagi kategori telenovela, mini siri ‘Mandatori’ arahan Razaisyam Rashid bergenre ’crime thriller’ yang diadaptasi daripada novel karangan penulis Ramlee Awang Murshid berjaya merangkul anugerah Telenovela Terbaik, Pengarah Terbaik, Pelakon Lelaki & Wanita Terbaik serta Skrip Terbaik. Karya Ramlee di dalam novel terlaris ‘Tombiruo’ juga membuahkan hasil apabila adaptasi ke layar perak menerusi filem box office, ‘Tombiruo: Penunggu Rimba’ telah diumumkan sebagai Filem Terbaik manakala telefilem ‘Srengenge’ yang diadaptasi daripada novel tulisan Sasterawan Negara, Allahyarham Profesor Emeritus Datuk Shahnon Ahmad pula dinobatkan sebagai Telefilem Terbaik.

Mengiktiraf usaha pembangunan kandungan menerusi industri buku dan sinergi industri kreatif melalui adaptasi dan terjemahan di medium filem, telefilem dan drama bersiri, Anugerah Telenovela 2018 ini turut mengiktiraf bintang seni lagenda seperti Datuk Rosnani Jamil (Tokoh Seniwati), Othman Hafsham (Tokoh Seniman), Datuk Hj Rahim Razali (Seniman Lagenda) dan Anugerah Primadona Telenovela kepada Fauziah Dato’ Ahmad Daud.

Disokong dengan kehadiran Dato’ Fauzi Ayob, Ketua Pengarah FINAS yang mewakili Dato’ Dr. Ali Mohamad Nor, Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) bersama-sama Prof. Dato’ Seri Dr. Mohamed Mustafa Ishak, Naib Canselor Universiti Utara Malaysia (UUM), Datuk Dr. Ir. Mohd Abdul Karim Abdullah, Pengarah Urusan Serba Dinamik Holdings Berhad, Prof. Dr. Asiah Sarji, Pengerusi Panel Anugerah Buku Negara, Tuan Haji Hasan Hamzah, Pengerusi Perbadanan Buku Negara, Encik Kamil Khan, Pengarah Anugerah Telenovela, presiden-presiden persatuan perfileman, tetamu kehormat industri, penggiat-penggiat seni, penerbit dan pengarah filem, penulis-penulis novel, para artis jemputan, rakan-rakan media dan jemputan yang lain, di antara senarai pemenang Anugerah Telenovela 2018 termasuklah;




A. Dalam Talian (Online)

1. Anugerah Novel Popular:
‘Wanita Terindah’
Penerbit: Idea Kreatif Publication

2. Anugerah Telenovela Popular:
‘Hero Seorang Cinderella’
Penerbit: Cube Film Sdn Bhd

3. Anugerah Telefilem/Filem Popular:
‘Wanita Terindah’
Penerbit: Astro & Red Films Sdn Bhd

4. Anugerah Pelakon Lelaki Telenovela Popular:
Fattah Amin,
Judul: ‘Hero Seorang Cinderella’

5. Anugerah Pelakon Wanita Telenovela Popular:
Nur Fazura
Judul: ‘Hero Seorang Cinderella’

6. Anugerah Pelakon Lelaki Telefilem/Filem Popular:
Fattah Amin
Judul: ‘Wanita Terindah’

7. Anugerah Pelakon Wanita Telefilem/Filem Popular:
Nur Fazura
Judul: ‘Wanita Terindah’

B. Novel

8. Anugerah Novel Terbaik:
‘Perempuan Paling Bahagia’
Penerbit: Penerbitan Karyaseni Sdn Bhd

9. Anugerah Novel Adaptasi Terbaik:
‘Dia’
Penerbit: Penerbitan Karyaseni Sdn Bhd

10. Anugerah Novelis Terbaik: Syamnuriezmil
Judul: ‘Perempuan Paling Bahagia’

11. Anugerah Penerbit Novel Terbaik:
Penerbitan Karyaseni Sdn Bhd

C. Telenovela

12. Anugerah Telenovela Terbaik:
’Mandatori’
Penerbit: Astro & Ideate Media

13. Anugerah Pelakon Telenovela Terbaik:
Ariel Zafrel
Telenovela: ‘Mandatori’

14. Anugerah Pelakon Wanita Terbaik:
Siti Saleha
Telenovela: ‘Mandatori’


15. Anugerah Pengarah Telenovela Terbaik:
Razaisyam Rashid
Telenovela: ‘Mandatori’

16. Anugerah Penulis Skrip Telenovela Terbaik:
Alfie Palermo, Yasmin Yaacob, Na’a Murad, Fairul Nizam Ablah, Ashraf Zain, Shamaine Othman, Adib Zaini & Aziz Salim
Telenovela: ‘Mandatori’

17. Anugerah Lagu Tema Telenovela Terbaik
Lagu: ‘Bahagia Kasihmu’
Komposer: Ippo Hafiz
Penyanyi: Ippo Hafiz
Telenovela: ‘Bahagia Kasihmu’

D. Filem




18. Anugerah Filem Terbaik
‘Tombiruo ‘Penunggu Rimba’
Penerbit: Astro Shaw & Ideate Media


19. Anugerah Pelakon Lelaki Filem Terbaik
Jalil Hamid
Filem: ‘Bisik Pada Langit’



20. Anugerah Pelakon Wanita Filem Terbaik
Izara Aisyah
Filem: ‘Kau Yang Satu’

21. Anugerah Pengarah Filem Terbaik
Seth Larney
Filem: Tombiruo ‘Penunggu Rimba’

22. Anugerah Penulis Skrip Filem Terbaik
Yasmin Yaacob & Choong Chi Ren
Filem: ‘Tombiruo: Penunggu Rimba’

23. Anugerah Lagu OST Filem Terbaik
Lagu: ‘Ribut Hati’
Komposer: Gabriel Lynch
Penyanyi: Aina Abdul
Filem: ‘Tombiruo: Penunggu Rimba’

E. Telefilem

24. Anugerah Telefilem Terbaik
‘Srengenge’
Penerbit: Arca Creative House Snd Bhd

25. Anugerah Pengarah Telefilem Terbaik
Mahuddin Ibrahim
Telefilem: ‘Srengenge’

26. Anugerah Penulis Skrip Telefilem Terbaik
Wan Mahani Wan Hassan
Telefilem: ‘Srengenge’

F. Anugerah Khas Juri.

27. Anugerah Pelakon Kanak-Kanak Telenovela Terbaik :
Nik Adam Mika
Telenovela : ‘Suamiku Paling Sweet’

28. Anugerah Pelakon Kanak-Kanak Filem Terbaik :
Mohd Ariff Abdullah
Filem : ‘Jibam’

29. Anugerah Pelakon Kanak-Kanak Telefilem Terbaik :
Zara Sophia
Telefilem : ‘Kalbu Pun Berzikir’

30. Anugerah Pelakon Veteran Filem Terbaik :
Bohari Ibrahim
Filem : ‘Jibam’

31. Anugerah Lakonan Sokongan Mantap :
Zarynn Min
Telenovela : ‘Gaduh-gaduh Sayang’

32. Pelakon Serba Dinamik dan Komited :
Emma Maembong

G. Anugerah Lain.

33. Anugerah Pembangunan Ilmu Kreatif :
Universiti Utara Malaysia (UUM)

34. Anugerah Pembangunan Ilmu Kreatif :
Universiti Teknologi Mara (UiTM)

35. Anugerah Stesen Penyiar Telenovela Prolifik :
Astro

36. Anugerah Penerbit Telenovela Prolifik :
Global Station Sdn. Bhd.

37. Anugerah Peneraju Penulisan Skrip Adaptasi Novel ke Telenovela :
Rozie Rashid



38. Anugerah Primadona Telenovela :
Fauziah Dato’ Ahmad Daud

39. Anugerah Seniman Lagenda :
Dato’ Abdul Rahim Mohd Razali

40. Tokoh Seniman :
Othman Hafsham

41. Tokoh Seniwati :
Datuk Rosnani Jamil



42. Tokoh Industri Kreatif :
Datuk Kamil Othman

43. Ratu Telenovela Serba Dinamik : Emma Maembong

44. Anugerah Telenovela Antarabangsa:
1. Indonesia:
Novel: Tukang Bubur Naik Haji
Penulis: Prof Dr. Syahriar Tato
Baharudin Tellong
Telenovela: ‘Tukang Bubur Naik Haji’
2. Iran: Mohd Ali Zul Fakhari
3. Turki: Begum Soysal

finas

Fattah Amin, Fazura menang besar di Anugerah Telenovela 2018
Diterbitkan: Ahad, 29 Julai 2018

Oleh: NUR ASYIKIN MAYUDIN

Nur Fazura dan Fattah Amin menang besar di Anugerah Telenovela 2018 yang berlangsung pada malam Sabtu.

KUALA LUMPUR: Pasangan pelakon Nur Fazura dan Fattah Amin membuat kejutan apabila membolot kesemua trofi menerusi kategori popular Anugerah Telenovela 2018 yang diadakan di Plenary Hall Convention Centre (KLCC) pada malam Sabtu.

Dua drama lakonan pasangan suami-isteri itu, Hero Seorang Cinderella dan Wanita Terindah masing-masing membawa pulang trofi menerusi kategori Novel Popular dan Telefilem Popular.

Mereka juga menyapu bersih anugerah Pelakon Lelaki Telenovela Popular, Pelakon Wanita Telenovela Popular, Pelakon Lelaki Telefilem Popular dan Pelakon Wanita Telefilem Popular.

Bagaimanapun kedua-dua mereka tidak hadir pada acara itu.

Sementara itu, aktres Emma Maembong dianugerahkan sebagai Ratu Telenovela Serba Dinamik 2018 untuk tahun kedua berturut-turut.


Emma Maembong menang dua trofi termasuk Ratu Telenovela Serba Dinamik 2018.

Emma atau Fatimah Rohani Ismail, 26, turut memenangi anugerah Pelakon Serba Dinamik dan Komited 2018 menerusi Awak Suka Saya Tak dan filem Kimchi Untuk Awak.

Pada malam kemuncak anugerah tersebut, sebanyak 43 kategori dipertandingkan melibatkan 32 drama atau telenovela, empat telefilem dan lima filem popular yang diangkat daripada novel atau karya yang dibukukan.

Manakala pelakon yang membintangi filem Kau Yang Satu, Izara Aishah menerima anugerah Pelakon Wanita Filem Terbaik dan manakala pelakon Jalil Hamid memenangi sebagai Pelakon Lelaki Filem Terbaik.

Pelakan Aeril Zafrel dan Siti Saleha memenangi anugerah Pelakon Lelaki dan Wanita Telenovela Terbaik menerusi drama bersiri Mandotori yang turut dinobatkan sebagai Telenovela Terbaik.

Anugerah Tokoh Lagenda yang terdiri daripada Primadona Telenovela diberikan pada pelakon Fauziah Datuk Ahmad Daud.

Datuk Abdul Rahim Mohd Razali pula diberikan trofi Seniman Lagenda selain produser, Othman Hafsham serta dan Datuk Rosnani Jamil menerima anugerah Tokoh Seniman dan Seniwati.

Anugerah Telenovela 2018 dihoskan oleh Cody Tan dan Natasha Charmaine.

Malam gilang-gemilang itu dihiburkan dengan persembahan daripada Asfan, Ippo Hafiz, Firman Hyper Act dan Neera Azizi.

Berikut adalah senarai penuh pemenang Anugerah Telenovela 2018;

Ratu Telenovela Serba Dinamik - Emma Maembong

1. Kategori Popular

Novel Popular - Wanita Terindah

Telenovela Popular - Hero Seorang Cinderella

Telefilem/Filem Popular - Wanita Terindah

Pelakon Lelaki Telenovela Popular - Fattah Amin

Pelakon Wanita Telenovela Popular - Nur Fazura

Pelakon Lelaki Telefilem/Filem Popular - Fattah Amin

Pelakon Wanita Telefilem/Filem Popular - Nur Fazura

2. Kategori Terbaik

Novel Adaptasi Terbaik - Dia (Terbitan Karyaseni Sdn Bhd)

Novelis Terbaik - Syamnuriezmil (Perempuan Paling Bahagia)

Novel Terbaik - Perempuan Paling Bahagia

Telenovela Terbaik - Mandatori

Pelakon Lelaki Telenovela Terbaik - Aeril Zafrel

Pelakon Wanita Telenovela Terbaik - Siti Saleha

Pengarah Telenovela Terbaik - Razaisyam Rashid

Penulis Skrip Telenovela Terbaik - Alfie Palermo, Yasmin Yaacob, Na’a Murad, Khairul Nizam Ablah, Ashraf Zain, Shamaine Othman, Adib Zaini dan Aziz Salim

Penerbit Novel Terbaik - Terbitan Karyaseni Sdn Bhd

Lagu Tema Telenovela Terbaik - Bahagia Kasihmu (Ippo Hafiz)

Filem Terbaik - Tombirou: Penunggu Rimba

Pelakon Lelaki Filem Terbaik - Jalil Hamid

Pelakon Wanita Filem Terbaik - Izara Aishah

Pengarah Filem Terbaik - Seth Larney

Penulis Skrip Filem Terbaik - Yasmin Yaakob & Choong Chi Ren

Lagu OST Filem Terbaik - Ribut Hati (Aina, Tombirou: Penunggu Rimba)

Telefilem Terbaik - Srengenge

Pengarah Telefilem Terbaik - Mahuddin Ibrahim

Penulis Skrip Telefilem Terbaik - Wan Mahani Wan Hassan

Pelakon Kanak-Kanak Telenovela Terbaik - Nik Adam Mika

Pelakon Kanak-Kanak Filem Terbaik - Mohd Arif Abdullah (Jibam)

Pelakon Kanak-Kanak Telefilem Terbaik - Zara Sophia

Pelakon Veteran Filem Terbaik - Bohari Ibrahim

Lakonan Sokongan Mantap - Zarynn Min

Pelakon Serba Dinamik dan Komited - Emma Maembong

Stesen Penyiar Telenovela Prolifik - Astro

Penerbit Telenovela Prolifik - Global Station

Peneraju Penulisan Skrip Adaptasi Novel ke Telenovela - Rozie Ashid

3. Anugerah Khas

Primadona Telenovela - Fauziah Datuk Ahmad Daud

Seniman Lagenda - Datuk Abdul Rahim Mohd Razali

Tokoh Seniman - Othman Hafsham

Tokoh Seniwati - Datuk Rosnani Jamil

Tokoh Industri Kreatif - Bekas Ketua Pengarah Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS) Datuk Kamil Othman


mstar






23 Aug 2018

Apa Yang Menjadikan Kita Sebuah Negara’


Apa Yang Menjadikan Kita Sebuah Negara’.

Sejajar dengan falsafah Membina, Memupuk dan Mengeratkan Komuniti, MK Land Holdings Berhad ingin meraikan Hari Malaysia 2018 dengan menjemput semua rakyat Malaysia menzahirkan pandangan mereka tentang ‘Apa Yang Menjadikan Kita Sebuah Negara’.

Fikirkan dengan mendalam tentang tema yang diberikan, siapa sangka anda mungkin terkejut dengan hasilnya.

Selepas itu, hasilkan sebuah video berdurasi 30 saat (maksimum) yang menyampaikan pandangan anda dalam Bahasa Malaysia tentang ‘Apa Yang Menjadikan Kita Sebuah Negara’ dan hantarkan kepada kami melalui pautan muatnaik video di media sosial dan sediakan kami pautan URL (YouTube, Facebook, Instagram dll).

Daripada penyertaan yang telah disenarai pendek, panel hakim yang terhormat akan memilih pemenang untuk Hadiah Utama berserta pemenang hadiah untuk peserta finalis.

Ayuh, inilah peluang anda untuk tunjukkan kepada Malaysia ‘Apa Yang Menjadikan Kita Sebuah Negara’.


Untuk menyertai pertandingan ini korang hanya perlu cipta video berdurasi 30 saat dengan tema "Apa Yang Menjadikan Kita Sebuah Negara". Dan ceritakan apa sahaja mengenai makanan, budaya, pakaian atau apa sahaja mengenai Malaysia.

Syarat :
1- Bahasa Malaysia sahaja
2- Upload video anda di Youtube, Instagram atau Facebook
3- Hantarkan penyertaan anda melalui pautan link berikut http://bit.ly/2vl6gsv

Hadiah :
Hadiah Utama : RM25,000 Tunai
Hadiah Finalist :
10x Percutian 3H2M di Ombak Villa Langkawi
10x Kembara 3H2M di Bukit Merah Lake Town Resort

 Info lanjut : http://bit.ly/2vl6gsv

22 Aug 2018

salam aidiladha


21 Aug 2018

Harapan Merdeka






Sempena Perayaan Hari Kemerdekaan 2018 bertemakan Sayangi Malaysiaku kita berkesempatan untuk menonton trilogi Harapan yang dilakonkan oleh Tun M Perdana Menteri Malaysia

Pada episod Harapan Merdeka ia berlegar kepada semangat patriotisme Aisyah dan abang yang bersungguh-saungguh untuk meraikan kemerdekaan tanahair . Melihat kereta Pak Abu penuh dengan hiasan bendera dan kata-kata merdeka  merdeka  laungan Pak Abu menaikkan semangat Aisyah untuk mengibar jalur gemilang, Aisyah dan abang membawa wang syiling ke kedai untuk membeli bendera. Aisyah membahagi-bahagikan bendera kepada orang ramai untuk dikibarkan...

Jelas dalam video pendek ini fokus kesedaran  merdeka dalam kalangan anak muda. Aisyah adalah generasi harapan. Generasi yang dipertaruhkan segala semangat, disiplin, kasih sayang, kecintaan dan jiwa merdeka untuk dioikul seterusnya. Adam dan Aisyah menjadi harapan baru Malaysia iaitu melihat cinta dan kasih terhadap tanahair dengan lebih terbuka, sanggup berkorban dan mengutamakan jalur gemilang

Pertemuan dengan atuk (Tun M) melunaskan gagasan bahawa tiada diharapkan penerus tradisi negara selain generasi muda yang sanggup bangkit dengan kasih sayang tersendiri terhadap tanahair

Sayangi Malaysiaku




19 Aug 2018

deklamasi puisi sayangi malaysiaku



sayangi malaysiaku

bukan mudah meletakkan cinta
menjadikan ia subur semerbak berkembang indah
menjadi pulau menjadi tanjung menjadi tanah kebangaan bersama
itulah alam tanah air
negara tercinta ini

ia hanyalah tanah sepi
memerlukan cinta dan kasih warga
mendukung dengan kagum dan mulia jiwa
membugar ladang bahagia membangunkan kota cinta
hidup bersama
bukan sekadar ungkap bibir
atau atur langkah dan mendabik diri

tajamkanlah kalam cinta
untuk bersama kita goreskan lanskap setia
berbagi dengan kasih sayang
menerima dan memberi seikhlasnya
tanpa merasa terpinggir atau terbiar
merasa bahagia dan sejahtera
mendaki sama merasa beratnya
memikul sama merasa payahnya
tajamkan lagi kalam itu
untuk kita goreskan dari hati ke hati
cinta kasih bersama ini

mengapa kita harus menunding jari
mengeraskan suara dan menjeritkan penghinaan
hanya untuk satu keputusaan satu tindakan
jika semua itu bisa tergapai
dengan senyum mesra dan indah tutur perundingan
mengapa suburkan amarah dan benci
atas nama mimbar agama atau tasbih bangsa
menconteng harmoni membungkus kita dalam kafan persengketaan
mengapa memilih kesakitan
sedang jalan makmur padang muafakat terbuka
jangan mudah membunuh bahagia
hanya dengan kata dan nista
segala yang indah bisa berakhir
jangan begitu
dalam debu
kita tidak lagi mencari cinta
tetapi mengorek bahagia
yang kita tanamkan dengan api sengketa

sayangi malaysiaku

18 Aug 2018

kursus penulisan



KURSUS PENULISAN: DARIPADA IDEA KEPADA BUKU

19 - 20 September 2018 (Rabu - Khamis)
8.30 pagi - 4.30 petang
Bilik Latihan Akademi DBP, Bangunan Lama DBP, KL.
Yuran: RM300

Hubungi: ADNAN ABD. MAJID
03 - 2147 0205
adnan2@dbp.gov.my

STATUS

Search This Blog

DAUN