Home » Archives for 2023
16 Aug 2023
2 Aug 2023
turunnya union jack
August 02, 2023 Mimbar Kata
Turunnya bendera Union Jack
Pada hari Jumaat malam 30 Ogos 1957, orang ramai berkumpul di Padang Kuala Lumpur untuk menyaksikan upacara penurunan bendera kebangsaan Britain, Union Jack bagi digantikan dengan bendera kebangsaan Tanah Melayu yang ketika itu tidak bernama.
Bendera kebangsaan Federation of Malaya hanya dinamakan sebagai Jalur Gemilang pada tahun 1997 setelah ditambah jalur dan bucu bintang pada 16 September 1963 apabila ia menjadi bendera kebangsaan Persekutuan Malaysia.
Padang Kuala Lumpur itu adalah tempat aktiviti sukan khususnya permainan kriket oleh ahli-ahli Royal Selangor Club yang bangunannya terletak di hujungnya. Sebab itu ia sering dipanggil sebagai Padang Selangor Club. Apabila merdeka dan bahasa Melayu sudah menjadi bahasa kebangsaan, ia dikenali sebagai Padang Kelab Selangor. Pada 1 Januari 1990, ia dinamakan Dataran Merdeka, dalam bahasa Inggerisnya disebut, Merdeka Square.
Pada zaman pentadbiran British, kesemua bandar besar dan kecil di Tanah Melayu mempunyai padang utamanya di mana aktiviti-aktiviti perhimpunan diadakan. Padang yang berumput pendek itu juga digunakan sebagai tempat aktiviti sukan, riadah dan juga perhimpunan politik serta kawad pasukan tentera. Dalam bahasa Inggeris, ia dipanggil sebagai The Padang. Fungsinya adalah seperti “the square” (medan) di negara-negara Eropah.
Padang paling utama di Tanah Melayu tentunya terletak di Kuala Lumpur sebagai ibu kota negara itu. Ia adalah Padang Selangor Club itu. Padang itu adalah empat segi tidak tepat. King Road membataskannya dengan bangunan Government Offices yang bertentangan dengan Royal Selangor Club.
King Road itu kemudian ditukar namanya kepada Jalan Raja. Selepas merdeka, Bangunan Government Offices yang menempatkan pejabat-pejabat kerajaan negeri Selangor dan pentadbiran Federated Malay States (FMS) ditukar nama kepada kepada Bangunan Sultan Abdul Samad.
Menghadap kelab itu di sebelah kiri terletak bangunan Chartered Bank dan Selangor Public Library. Lama kemudian bangunan Chartered Bank itu digunakan sebagai pejabat Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) sebelum menjadi Muzium Sejarah. Selepas merdeka, Selangor Public Library itu menjadi Perpustakaan Awam Selangor.
Selepas perpustakaan itu berpindah ke Shah Alam, bangunan itu menempatkan Perpustakaan Kanak-kanak Kuala Lumpur. Sebuah bangunan bangunan baharu didirikan di sebelahnya untuk menempatkan Perpustakaan Kuala Lumpur.
Di sebelah kanan padang ialah St Mary Anglican Cathedral. Terdapat sebuah air pancut di penjuru King Road dengan simpang Market Street, yang kemudian ditukar nama menjadi Lebuh Pasar Besar.
Bangunan Government Offices itu mempunyai menara jam yang dianggap sebagai jam paling tepat bagi Tanah Melayu dan menjadi rujukan bagi seluruh negara ketika itu. Di depan jam itu terdapat tiang bendera yang mengibarkan Union Jack.
Semasa pentadbiran kolonial British, seperti di Eropah, semua bandar utama mempunyai jam besar yang menjadi rujukan bagi pelarasan waktu pada pentadbir dan rakyat bandar berkenaan. Bagi Kuala Lumpur, pada mulanya jam utamanya terletak di Market Square bersebelahan pasar besar lama.
Market Square itu kemudian bertukar nama kepada Old Market square apabila pasar besar itu dipindahkan. Selepas merdeka, ia bernama Medan Pasar. Apabila bangunan Government Offices itu telah dibina, jam besar di menara bangunan itu menjadi jam utama.
Sambut merdeka
Kebanyakan yang hadir di Padang itu pada malam itu adalah dipercayai penduduk Kuala Lumpur dan tidak kurang juga dari daerah Selangor yang berhampiran. Pada masa itu Kuala Lumpur adalah ibu kota negeri Selangor dan juga Persekutuan Tanah Melayu.
Apa yang dimaksudkan dengan daerah Kuala Lumpur itu adalah juga termasuk Petaling Jaya. Kedudukan ekonomi warga negara Kuala Lumpur ketika itu bukanlah sesuatu yang senang. Tanah Melayu ketika itu masih berada dalam keadaan Darurat, iaitu sejak tahun 1948 walaupun kemenangan dilihat berada pada pihak kerajaan.
Adalah dibayangkan bahawa bukan saja warga Kuala Lumpur ketika itu berada dalam keadaan hidup yang sempit tetapi juga sistem pengangkutan ibu kota juga masih berada dalam keadaan sukar. Kereta lembu dan beca masih kelihatan di Kuala Lumpur walaupun terdapat perkhidmatan bas dua tingkat.
Bagi mereka yang berkemampuan, adalah disangka tidak banyak menggunakan kereta yang ketika itu semuanya berwarna hitam. Ada yang datang dengan bas. Tidak kurang pula yang datang dengan beca. Ada yang mengayuh basikal ke Padang itu. Ada yang menaiki keretapi wap. Terdapat perkhidmatan keretapi bukan saja yang menggunakan laluan dari selatan dan utara, tetapi juga dari Klang, Cheras dan Ampang. Tidak kurang pula yang berjalan kaki.
Tetapi bagi mereka yang menaiki keretapi turun di Kuala Lumpur Railway Station. Mereka berjalan di Victoria Avenue (kini dikenali Jalan Sultan Hishamuddin) melintas tugu Cenotaph sebelum sampai di King Road. Bagi yang menaiki bas, mereka turun di stesen bas yang terletak di Malacca Street (Jalan Melaka) dan Johore Street (Jalan Johor).
Mereka mungkin berjalan di sepanjang Mountbatten Road (Jalan Tun Perak) sampailah ke King Road. Mungkin ada yang berehat di Masjid Jamek atau Masjid India dan makan di kawasan Malay Street (Jalan Melayu) dan Indian Mosque Street (Jalan Masjid india).
Mereka sampai lebih awal iaitu pada petangnya. Ada yang meletak kereta dan basikal di tepi Padang. Di kalangan mereka ialah wakil-wakil Pergerakan Pemuda UMNO dari seluruh negara. Mereka berpakaian kemeja dan seluar putih serta bersongkok. Orang ramai tunggu hinggalah pukul 11.58 malam, 30 Ogos 1957 apabila Tunku Abdul Rahman sampai di situ.
Sebaik saja dentingan jam hingga 12 kali, bendera Union Jack diturunkan dan bendera Tanah Melayu dinaikkan dengan lagu Negaraku dinyanyikan.
Kemudian orang ramai melaungkan Merdeka sebanyak tujuh kali. Tunku pun berucap dengan menyatakan bahawa detik malam itu adalah paling bermakna bagi rakyat negara ini. Selepas itu wakil Pemuda UMNO menyampaikan kalungan cenderamata pada Tunku. Acara berakhir pada pukul 1 pagi.
Adalah dibayangkan bahawa orang ramai yang hadir itu teruja dengan kegembiraan. Tidak semua dapat pulang ke rumah pada malam itu. Perkhidmatan bas dan keretapi sudah berakhir. Mungkin ada beca yang sanggup menghantar pulang sebahagian daripada mereka. Bagi mereka yang mempunyai kereta dan basikal, mereka pulang sendirian.
Tidak kurang pula yang bermalam di Kuala Lumpur. Mereka yang mampu, tentunya tidak ramai bermalam di hotel dan rumah tumpangan. Ada yang bermalam di rumah sanak saudara dan sahabat handai. Tetapi tidak kurang pula yang tidur di stesen keretapi dan masjid.
Ini kerana keesokan harinya, pada pukul 9.30 pagi 31 Ogos 1957, satu acara lebih besar akan diadakan di Stadium Merdeka yang baru dibina. Perisytiharan kemerdekaan dilakukan oleh Tunku selepas penyerahan dokumen kekuasaan dari wakil kerajaan British.
10 Jul 2023
Ketamakan Kuasa - Singapura Di Langgar Todak
July 10, 2023 Mimbar Kata
Kesannya terjadi terhadap negeri dan kuasa. Kematian Tun Jana Khatib memunculkan todak menyerang Singapura.
Singapura Dilanggar Todak
ALKISAH diceriterakan orang yang empunya ceritera - alamat akan binasa negeri Singapura. Maka ada seorang Hamba Allah, orang Pasai, turun dari atas angin ke Pasai tiga bersahabat, Tuan Jana Khatib namanya; memahirkan ilmu khayal lillah lagi tamam dua belas alam. Oleh itu pergi dua bersahabat ke singapura, seorang pergi ke Samarlanga, itulah yang disebut orang tuan di Samarlanga, yang seorang tuan itu di Bunguran. Maka suatu hari Tuan Jana Khatib berjalan di Pekan Singapura bertudung; maka ia lalu Hampir pagar istana raja. Maka dipandangnya di pintu peranginan raja itu, ada seorang perempuan dilindung oleh pohon pinang gading; oleh Tuan Jana Khatib ditiliknya pohon pinang itu belah dua.
Setelah dilihat oleh Paduka Seri Maharaja perihal itu maka baginda pun terlalu murka; titah baginda, "Lihatlah kelakuan Tuan Jana Khatib, diketahuinya isteri kita ada di pintu maka ia menunjukkan ilmunya. "Maka disuruh baginda bunuh; Tuan Jana Khatib pun dibawa orang akan dibunuh, Hampir ujung negeri tempat orang membuat bikang; di sanalah ia ditikam orang. Maka titik darahnya setitik, badannya pun ghaiblah. Orang yang membunuh itu pun kembalilah, dipersembahkannya kepada raja. Maka oleh perempuan yang membuat bikang itu, darah Tuan Jana Khatib yang titik itu ditutupnya dengan tudung bikangnya. Dengan berkat darah wali Allah, perempuan itu pun menjadi kayalah dari harga bikangnya; tutup bikang pun menjadi batu. ada sekarang di Singapura. Ada diceriterakan orang, badan Tuan Jana Khatib itu terhantar di Lengkawi, ditanamkan orang di sana. Inilah dibuat orang pantun:
Pandan tersandar di batang tui;
Darahnya titik di Singapura,
Badan terhantar di Lengkawi.
Hatta tiada berapa lama antaranya, maka datanglah todak menyerang Singapura, berlorupatan lalu ke parit. Maka segala orang yang di pantai itu banyak mati dilorupati todak itu; barang yang kena terus-menerus olehnya. Maka tiadalah dapat orang berdiri di pantai itu lagi. Maka geruparlah orang berlari-larian ke sana ke mari, semuanya mengatakan, "Todak datang menyerang kita; banyaklah sudah mati ditikamnya." Maka paduka Seri Maharaja pun segera naik gajah, lalu baginda keluar diiringkan segala menteri hulubalang sida-sida bentara sekalian. Setelah datang ke pantai, maka baginda pun hairanlah melihat perihal todak itu, barang yang kena dilorupatinya sama sekali matilah. Maka terlalulah banyak orang yang mati ditikam todak itu. Maka baginda pun menitahkan orang berkotakan betis, maka dilorupati oleh todak itu, terus berkancing ke sebelah. Adapun todak itu seperti hujan, usahkan kurang, makin banyak orang mati. Syahadan pada antara itu, datanglah seorang budak berkata, "Apa kerja kita berkotakan betis ini? Mendayakan diri kita. Jika berkotakan batang pisang alangkah baiknya?" Setelah didengar Paduka Seri Maharaja kata budak itu, maka titah baginda, "Benar seperti kata budak itu," maka dikerahkan baginda rakyat mengambil batang pisang diperbuat kota, Maka dikerjakan oranglah berkotakan batang pisang. Maka segala todak yang melorupat itu lekatlah jongomya, tercacak kepada batang pisang itu; dibunuh oranglah bertimbun-timbun di pantai itu, hingga tiadalah termakan lagi oleh segala rakyat. Maka todak itu pun tiadalah melorupat lagi. Pada suatu ceritera pada masa todak itu melompat, datang ke atas gajah Paduka Seri Maharaja, kena baju baginda; maka diperbuat orang seloka:
Baharu menurut kata budak.
Setelah itu maka Paduka Seri Maharaja pun kembalilah ke istana baginda. Maka sembah Orang Besar-besar, "Tuanku, akan budak itu terlalu sekali besar akalnya. Sedang ia lagi budak sekian ada akalnya,jikalau sudah ia besar betapa lagi? Baiklah ia kita bunuh, tuanku." Maka titah raja, "Benarlah bagai kata tuan Hamba sekalian itu, bunuhlah ia!" Maka adalah budak itu, tatkala ia akan dibunuh, maka ia menanggungkan haknya atas negeri itu; lalu ia pun dibunuh oranglah.
Hatta, setelah berapa lamanya baginda di atas kerajaan, maka baginda pun mangkatlah. Anakanda baginda Raja Iskandar Syah menggantikan kerajaan ayahanda baginda, beristerikan anak Tun Perpatih Tulus, beranak seorang lelaki bernama Raja Ahmad, timang-timangannya Raja Besar Muda, terlalu baik rupa dan slkapnya, tiada berbagai pada zaman itu. Setelah baginda besar, maka oleh ayahanda baginda didudukkan dengan anak Raja Sulaiman Syah, raja Kota Mahligai, bernama Tuan Puteri Kamaru'l Ajaib, terlalu baik parasnya, tiada sebagainya pada zaman itu,
dipetik daripada Sulalatus Salatin
8 Jul 2023
waad melayu
July 08, 2023 Mimbar Kata
Maka sembah Demang Lebar Daun, "Sungguh tuanku seperti khabar orang itu; jikalau tuanku berkehendakkan patik itu, patik sembahkan, lamun mahu duli tuanku berjanji dahulu dengan patik. Maka titah baginda, "Apa janji paman hendak diperjanjikan dengan hamba itu? Katakan oleh paman hamba dengar." Maka sembah Demang Lebar Daun, "Barang maklum duli tuanku Yang Maha Mulia, jikalau anak patik telah terambil ke bawah duli, jikalau ia kena penyakit seperti patik-patik yang lain, telah maklum ke bawah duli tuanku itu, jikalau ada ampun kumia duli Yang Maha Mulia, janganlah tuanku keluarkan dari bawah istana tuanku. Biarlah ia menjadi gembala dapur Yang Maha Mulia, dan menyapu sampah di bawah peraduan duli tuanku. Seperkara lagi, perjanjian patik mohonkan anugerah ke bawah duli Yang Maha Mulia, segala hamba Melayu jikalau ada dosanya ke bawah duli, patik pohonkan jangan ia difadihatkan, dinista yang keji-keji, jikalau patut pada hukum syarak bunuh, tuanku; jangan duli tuanku aibi."
Maka titah Seri Teri Buana, "Kabullah hamba akan janji paman itu; tetapi hamba pun hendak minta janji juga pada paman. "Maka sembah Demang Lebar Daun, "Janji yang mana itu, patik pohonkan titah duli Yang Maha Mulia." Maka titah Seri Teri Buana, "Hendaklah oleh segala anak cucu Hamba, jikalau ada salahnya sekalipun, atau zalim jahat pekertinya, jangan segala Haru ba Melayu itu derhaka dan menitikkan darahnya ke bumi, jikalau mereka itu akan cedera, berundur hingga takluk negerinya juga. "
Maka sembah Demang Lebar Daun, "Baiklah tuanku, tetapi jikalau anak cucu duli tuanku dahulu mengubahkan, anak cucu patik pun berubahlah tuanku." Maka titah Seri Teri Buana, "Baiklah paman, kabullah hamba akan waad itu. Maka baginda pun bersumpah-sumpahanlah dengan Demang Lebar Daun. Titah baginda, "Barang siapa hamba Melayu derhaka mengubahkan perjanjiannya, dibalikkan Allah bumbungan rumahnya ke bawah kaki ke atas." Maka sembah Demang Lebar Daun, ''Jikalau raja Melayu itu mengubahkan perjanjian dengan Hamba Melayu, dibinasakan Allah negerinya dan takhta kerajaannya."
Islam Agama Persekutuan
July 08, 2023 Mimbar Kata
Agama bagi Persekutuan
3. (1) Islam ialah agama bagi Persekutuan; tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana Bahagian Persekutuan.
(2) Di dalam tiap-tiap Negeri selain Negeri-Negeri yang tidak mempunyai Raja, kedudukan Raja sebagai Ketua agama Islam di Negerinya mengikut cara dan setakat yang diakui dan ditetapkan oleh Perlembagaan Negeri itu, dan, tertakluk kepada Perlembagaan itu, segala hak, keistimewaan, prerogatif dan kuasa yang dinikmati olehnya sebagai Ketua agama Islam, tidaklah tersentuh dan tercacat; tetapi dalam apa-apa perbuatan, amalan atau upacara yang berkenaan dengannya Majlis Raja-Raja telah bersetuju bahawa perbuatan, amalan atau upacara itu patut diperluas ke seluruh Persekutuan, setiap Raja lain hendaklah atas sifatnya sebagai Ketua agama Islam membenarkan Yang di-Pertuan Agong mewakilinya.
(3) Perlembagaan-Perlembagaan Negeri Melaka, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak hendaklah masing-masing membuat peruntukan bagi memberi Yang di-Pertuan Agong kedudukan sebagai Ketua agama Islam di Negeri itu.
(4) Tiada apa-apa jua dalam ini mengurangkan mana-mana peruntukan lain dalam Perlembagaan ini.
(5) Walau apa pun apa-apa jua dalam Perlembagaan ini, Yang di-Pertuan Agong hendaklah menjadi Ketua Agama Islam di WilayahWilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya; dan bagi maksud ini Parlimen boleh melalui undang-undang membuat peruntukan-peruntukan bagi mengawal selia hal ehwal agama Islam dan bagi menubuhkan suatu Majlis untuk menasihati Yang di-Pertuan Agong mengenai perkara-perkara yang berhubungan dengan agama Islam.
Undang-Undang Malaysia Perlembagaam Persekutuan
25 May 2023
filem dan audiennya
May 25, 2023 Mimbar Kata
FILEM DAN AUDIENNYA
3 May 2023
Yasunari Kawabata : Mengharung Tragedi
May 03, 2023 Mimbar Kata
Yasunari Kawabata adalah seorang penulis Jepun yang lahir pada 11 Jun 1899 di Osaka, Jepun. Kawabata merupakan anak dari keluarga kaya yang berkecimpung dalam perdagangan tekstil.
Kawabata adalah anak sulung dari tiga bersaudara. Ayahnya adalah seorang doktor gigi, dan ibunya berasal dari keluarga pengrajin sutra. Keluarganya kemudian berpindah ke Tokyo, di mana Kawabata menghabiskan sebahagian besar masa kecilnya. Kawabata mulai menulis cerita pendek pada usia 17 tahun. Ketika berusia 20 tahun, beliau diterima sebagai anggota kelompok sastra “White Birch” yang dikenali sebagai kelompok sastera terkemuka pada masa itu. 1924, Kawabata menerbitkan novel pertamanya yang berjudul “The Dancing Girl of Izu”.
Setelah lulus sekolah menengah, Kawabata memasuki Universiti Tokyo, di mana beliau mempelajari sastera Jepun. Dia terlibat dalam gerakan sastra avant-garde di Tokyo pada tahun 1920-an, dan ia adalah anggota dari kelompok sastera yang disebut "Penguin Club." Di sana belaiu bertemu dengan ramai penulis dan seniman terkenal, termasuk Yasuda Yukihiko dan Yokomitsu Riichi.
Antara karya terkenal Kawabata antara lain “Snow Country” (1937), yang mengisahkan kisah cinta antara seorang pengusaha dan seorang geisha, dan “Thousand Cranes” (1952), yang menggambarkan kisah cinta dan kehidupan seorang seniman seramik.
Sayangnya, hidup Kawabata tidak selalu bahagia. Ia mengalami beberapa tragedi dalam hidupnya, termasuk kematian isterinya pada tahun 1939. Manakala puterinya telah membunuh diri pada tahun 1972. Ramai berpendapat perisitwa sedih dialami Kawabata mempengaruhi karya-karyanya dan memberikan nuansa kesedihan yang mendalam dalam tulisannya.
Kawabata meninggal pada tahun 1972 dengan cara bunuh diri. Meskipun karyanya terus dihargai dan dinikmati oleh pembaca di seluruh dunia, hidupnya yang menderita menunjukkan bahwa keindahan dan kesedihan sering kali berjalan seiring dalam hidup dan karya seorang penulis.
Kawabata juga dikenal sebagai seorang intelektual yang aktif di dunia sastera dan budaya Jepun. Ia memegang jawatan penting dalam Asosiasi Penulis Jepun dan menerima penghargaan Anugerah Nobel Sastera pada tahun 1968. Kawabata adalah penulis Jepun pertama yang menerima penghargaan tersebut.
Dalam pidato Nobelnya, Yasunari Kawabata menyatakan bahawa ia berharap karyanya dapat membantu membuka jalan bagi dialog budaya antara Jepun dan dunia Barat, serta menghasilkan pemahaman yang lebih baik tentang budaya dan tradisi Jepun.
Anugerah Nobel dalam bidang sastera yang diterima oleh Yasunari Kawabata menunjukkan penerimaan dunia atas sumbangannya dalam dunia sastera dan pengaruh karya-karyanya yang mendalam terhadap sastera dunia.
Yasunari Kawabata dikenal sebagai seorang penulis yang menulis karya-karya yang sarat dengan nuansa yang halus dan keindahan yang mendalam. Ia sering menggunakan alam sebagai tema utama dalam karya-karyanya, dan mengeksplorasi konsep keheningan, kesendirian, dan ketidaktahuan dalam hubungan manusia dengan alam.
Beberapa karya terkenal Yasunari Kawabata antara lain "The Sound of the Mountain" (1954), "Snow Country" (1948), dan "Thousand Cranes" (1952). Karya-karya tersebut menggambarkan kehidupan orang Jepun setelah Perang Dunia II dan mengeksplorasi tema-tema seperti keheningan, kesepian, dan kesulitan manusia dalam mempertahankan identiti dan nilai-nilai budaya di tengah-tengah perubahan zaman.
Kawabata sendiri mengakhiri hidupnya dengan cara bunuh diri pada tanggal 16 April 1972 di Tokyo, Jepang. Namun, warisan sastra yang ia tinggalkan tetap menginspirasi banyak orang hingga saat ini.
Kawabata terus menulis novel dan cerita pendek yang terkenal selama beberapa dekade, termasuk "Thousand Cranes" (1952), "The Sound of the Mountain" (1954), dan "Beauty and Sadness" (1964). Dia juga menjadi salah satu pengarang terkenal di dunia dan terjemahan karya-karyanya telah diterbitkan dalam banyak bahasa di seluruh dunia.
Kawabata meninggal pada tahun 1972 dengan cara bunuh diri. Meskipun karyanya terus dihargai dan dinikmati oleh pembaca di seluruh dunia, hidupnya yang menderita menunjukkan bahwa keindahan dan kesedihan sering kali berjalan seiring dalam hidup dan karya seorang penulis.
The Snow Country
"The Snow Country" karya Yasunari Kawabata, diterbitkan pada tahun 1948. Novel ini menceritakan kisah cinta yang rumit dan tragis antara seorang lelaki bernama Shimamura dan seorang wanita muda bernama Komako, yang tinggal di daerah pegunungan salji di Jepun.
Shimamura adalah sang lelaki dari kota besar yang pergi ke pegunungan untuk beristirahat dan menikmati keindahan alam. Di sana, dia bertemu dengan Komako, seorang geisha yang bekerja di sebuah rumah geisha di desa tersebut. Shimamura merasa tertarik pada Komako dan mulai menjalin hubungan dengan wanita muda itu.
Namun, hubungan mereka tidak mudah. Shimamura sudah memiliki isteri dan keluarga di kota besar, sedangkan Komako adalah seorang geisha yang dianggap tidak sesuai bagi seorang lelaki terhormat. Komako juga memiliki masalah peribadi yang membuatnya sukar untuk membuka hatinya pada Shimamura.
Hubungan mereka semakin rumit sewaku seorang lelaki muda bernama Yoko datang ke desa dan mengagumi Komako. Shimamura merasa cemburu dan merasa terancam oleh kehadiran Yoko. Namun, Komako tidak mempedulikan perasaannya dan hubungan mereka semakin merenggang.
Percintaan Shimamura dan Komako mencapai puncaknya ketika Shimamura kembali ke kota besar dan meninggalkan Komako. Komako merasa sangat sedih dan merindukan Shimamura, tetapi ia tahu bahwa hubungan mereka sudah terputus di tengah jalan.
"The Snow Country" adalah sebuah novel yang menggambarkan keindahan alam pegunungan Jepun dengan mengisahkan kisah cinta yang rumit dan penuh konflik antara dua orang yang memiliki pandangan hidup yang berbeza. Novel ini menjadi salah satu karya terkenal Yasunari Kawabata dan memenangi Hadiah Sastera Nobel pada tahun 1968. Kisah cinta Shimamura dan Komako terjalin di tengah salji yang menutupi kota kecil itu, mencerminkan ketidakpastian dan kesulitan dalam mengungkapkan perasaan cinta yang mungkin lebih rumit dan berbeza dari biasanya.
Menulis Puisi
May 03, 2023 Mimbar Kata
MENULIS PUISI
Temukan inspirasi: Sebelum menulis, carilah inspirasi. Ia mungkin dari pengalaman hidup anda, lingkungan persekitaran, orang-orang yang anda kenal, atau bahkan dari filem, berita, muzik dan sebagainya
Pilih gaya dan format: Puisi dapat ditulis dalam berbagai gaya dan format, seperti soneta, pantun, haiku, balada atau free verse. Pilih gaya dan format yang paling sesuai dengan idea dan mesej yang ingin disampaikan.
Tentukan tema dan mesej: Sebelum menulis, sebaiknya tentukan tema dan mesej utama puisi anda. Ia akan membantu anda untuk memusatkan idea dan puisi anda lebih konsisten serta berfokus.
Permainan kata-kata: Puisi adalah seni kata-kata, jadi jangan takut untuk memainkan kata-kata dan mencuba perkara baru. Gunakan bahasa yang indah, kata-kata yang tidak biasa, dan perbandingan atau perumpamaan yang kuat untuk membuat puisi anda lebih menarik.
Struktur puisi: Puisi memiliki struktur yang berbeza-beza, tergantung pada gaya dan format yang anda pilih. Beri fokus kepada ritme, rima, atau pola metrik yang sesuai dengan puisi anda.
Edit puisi: Setelah menulis puisi, ia memerlukan ulang baca dan edit sebanyak-banyaknya puisi anda. Perbaiki dan ubahsuai kalimat atau frasa yang tidak berfungsi, hilangkan kata-kata yang tidak perlu, dan pastikan bahwa puisi anda memiliki aliran yang baik dan mudah difahami.
Baca puisi orang lain: Bacalah puisi dari penulis lain. Ia dapat membantu untuk memperluas pengetahuan dan pengalaman anda tentang puisi. Hal ini juga dapat membantu anda menemukan idea baru dan mengasah keterampilan menulis anda. Kemantapan berbahasa, kosa kata, istilah, dan citra terlahir dari penemuan pembacaan anda.
Praktikal: Seperti keterampilan lainnya, menulis puisi memerlukan waktu dan latihan. Praktikkan menulis puisi secara teratur untuk meningkatkan keterampilan menulis anda. Usah jemu menulis dan mencuba sesuatu yang bermain di pemikiran anda.
12 Jan 2023
Nik Safiah Karim : Bunga Bahasa Negara
January 12, 2023 Mimbar Kata
Oleh Dr. Naza Sani Agus
Anugerah Profesor Emeritus kepada Nik Safiah Karim, iaitu gelaran paling berprestij yang diterima daripada Universiti Malaya pada tahun 2004 memang layak disandang oleh beliau. Sumbangan yang telah beliau berikan sepanjang dan selepas bergelar penjawat awam bermula dari tahun 1963 hingga 1994 tidak terhitung terhadap pemartabatan bahasa Melayu dan perjuangan hak wanita.
Ibarat permata yang sentiasa menyinar, beliau antara wanita ulung yang menjadi Karyawan Tamu di Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya dari tahun 2006 hingga 2016. Malahan beliau juga antara wanita yang menduduki Kursi Pengajian Melayu di universiti ternama dunia.
Usia tidak pernah menoktahkan keghairahan menulis kerana pena dan kertas telah sebati dalam diri dan merupakan kebahagiaan buat beliau. Minat terhadap penulisan yang berputik sewaktu zaman kanak-kanak lagi dan terus mekar semarak sehingga kini. Buktinya selepas bersara pada tahun 1994, beliau menghasilkan tidak kurang daripada 10 buah buku karya asli dan beberapa buah buku yang diedit. Di samping itu, sebagai Profesor Emeritus, beliau turut menerima jemputan untuk menyampaikan ceramah dan bertugas sebagai penasihat bahasa di beberapa buah kolej.
Ketokohan beliau dalam bidang Pengajian Melayu terutamanya Linguistik Melayu membuktikan jantina dan latar belakang pendidikan bukan penentu masa depan seseorang. Benarlah kata pepatah Melayu di mana ada kemahuan, di sana ada jalan kerana usaha dan keinginan menjadi faktor penting dalam kejayaan beliau.
Beliau merupakan anak perempuan bongsu kepada Nik Mas dan Abdul Karim di kampung Banggol, Kota Bharu yang dilahirkan 82 tahun lalu pada era 30-an. Sebagai anak desa, bergelumang dengan kebun getah dan kebun pisang adalah perkara biasa tetapi yang luar biasanya ialah membaca tetap merupakan hobi beliau. Buku yang tersusun rapi di almari kepunyaan ayahnya Abdul Karim menjadi santapan beliau saban hari.
Personaliti beliau menyerlah dengan keindahan budi pekerti, santun peribadi dan pandai menghargai orang tua. Sebagai bukti, beliau tidak lupa mengirimkan sebahagian wang gaji kepada orang tuanya setiap bulan. Maka slogan “Budi Bahasa Budaya Kita” yang dicipta beliau telah menjadi ikutan generasi kini dalam memupuk nilai-nilai murni serta semangat kekeluargaan dan kemasyarakatan.
Melakar sejarah sebagai pengasas dan Presiden Persatuan Linguistik Malaysia selama 18 tahun, Nik Safiah Karim telah menghasilkan tidak kurang daripada 30 buah buku tentang bahasa Melayu dan menjadi rujukan sehingga kini. Kepakaran beliau dalam ilmu linguistik dan bahasa Melayu diiktiraf merentas negara. Pengiktirafan ini sangat bererti kerana beliau menjadi rujukan kepada negara Singapura dan Brunei dalam menghasilkan buku teks.
Bagaimanapun, sebelum menjadi individu yang hebat dan disegani dalam dunia akademik, Nik Safiah Karim mengakui bukan sesuatu yang mudah untuk sampai ke tahap tersebut. Banyak pengorbanan dan kepayahan perlu ditempuhinya sebelum tugu kejayaan erat dalam genggaman. Namun berbekalkan prinsip apa yang disemai itulah yang bakal dituai, beliau terus komited menabur bakti.
SUMBER INSPIRASI ALAM PENDIDIKAN
Berbeza dengan dunia artis yang nama mereka boleh meletup sekelip mata tanpa tahu dari mana asal-usulnya, Nama besar Nik Safiah Karim dalam dunia pendidikan tidak datang dengan serta-merta tetapi beliau bertatih dari bawah. Mantan pensyarah Jabatan Pengajian Melayu, Universiti Malaya ini lahir dalam keluarga ulama yang mementingkan pendidikan. Hal tersebut merupakan anugerah yang amat disyukuri. Beliau dibesarkan dalam suasana didikan agama tetapi menikmati alam persekolahan di sekolah aliran biasa, iaitu Government Girls English School yang kemudiannya ditukarkan nama kepada Sekolah Rendah Zainab.
Daripada didikan ayahnya, Nik Safiah Karim banyak belajar tentang agama dan pandangan keislaman secara tidak formal dan sehingga saat ini beliau tetap dengan pandangan Islam. Lalu dari mana beliau belajar tentang ilmu pendidikan sehingga beliau menjadi seorang pendidik yang berprestasi?
Bibit kecemerlangan Nik Safiah Karim mulai terserlah apabila mendapat tawaran memasuki Malay Girls College di Kuala Lumpur pada tahun 1953. Senario ketika itu agak menakjubkan apabila pelajar dari Kelantan merantau ke negeri lain untuk melanjutkan pelajaran. Pengajian diteruskan ke tingkatan enam di St. Francis Institution, Melaka dalam aliran sastera. Kerana minat, beliau memilih mata pelajaran Kesusasteraan Inggeris, Geografi dan Sejarah semasa menduduki peperiksaan Higher School Certificate (HSC) pada tahun 1959.
Universiti Malaya merupakan pelabuhan ilmu seterusnya buat beliau pada tahun 1960 dalam bidang Ekonomi. Tahun kedua, beliau memilih untuk membuat pengkhususan dalam bidang Pengajian Melayu. Dari situlah minat beliau terhadap linguistik Melayu bercambah. Nik Safiah Karim menamatkan pengajiannya pada tahun 1963 dengan menggenggam Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Pengajian Melayu.
Majlis konvokesyen yang diadakan di Balai Budaya, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur merupakan saat indah dalam perjalanan ilmu beliau kerana menerima ijazah daripada Canselor Universiti Malaya ketika itu, iaitu Tunku Abdul Rahman. Jiwa terasa terbang, berbunga-bunga ketika graduan berarak ke pentas sambil lagu From Dawn to Darkness dialunkan. Seorang wanita yang menerima ijazah pada masa itu adalah sesuatu yang luar biasa dan dapat dibanggakan kerana tidak ramai mendapat pendidikan tinggi di universiti.
Kembara ilmu Nik Safiah Karim tidak terhenti setakat itu, beliau telah menerima tawaran menyambung pengajian pada peringkat sarjana. Seterusnya, beliau dilantik menjadi tutor di Universiti Malaya sebelum menjadi pensyarah. Sebaik selesai menyiapkan kajian dan memperoleh Ijazah Sarjana Sastera, beliau bertuah kerana terus dilantik sebagai pensyarah di Universiti Malaya.
Menurut Nik Safiah Karim, sepanjang menjadi pensyarah di Universiti Malaya selama hampir 10 tahun, beliau mungkin sudah boleh berasa selesa dan tidak perlu menyambung pengajian ke peringkat kedoktoran. Namun, atas sebab cintakan ilmu, beliau berasa perlu memiliki gelaran doktor (PhD) dan Amerika Syarikat menjadi destinasi melanjutkan pengajian kerana ilmu linguistik di negara tersebut lebih maju berbanding dengan negara lain.
Aliran pemikiran yang berpengaruh pada tahun 1960-an dan 1970-an ialah transformasi-generatif. Aliran tersebut dimulakan seorang ahli bahasa di Massachussetts Institute of Technology bernama Noam Chomsky dan perkembangan aliran tersebut berlaku dengan pesat sehingga banyak sarjana yang ingin mendalami bidang tersebut dan berhijrah ke Amerika Syarikat.
Hasrat beliau untuk menyambung pengajian di negara orang disokong oleh suaminya, Mohd Zain Omar yang ketika itu berkhidmat sebagai pensyarah ITM Shah Alam (kini UiTM Shah Alam). Malahan suami beliau turut bersetuju untuk menyambung pendidikan peringkat sarjana dalam bidang pentadbiran pendidikan.
Akhirnya, Universiti Ohio menerima mereka suami isteri. Mereka berlepas ke Ohio pada tahun 1972 bersama-sama dua orang anak mereka. Pengalaman menimba ilmu di Amerika Syarikat tidak dapat dilupakan dan antara kenangan indah apabila kegembiraan menimba ilmu dan pulang membawa segulung ijazah kedoktoran Linguistik Transformasi Generatif.
Begitulah hebatnya liku-liku perjalanan hidup pejuang bahasa Profesor Emeritus Dato’ Dr. Nik Safiah binti Haji Abdul Karim. Perjuangan beliau mendakap ilmu demi memartabatkan bahasa Melayu menjadi sumber inspirasi dalam dunia pendidikan yang penuh warna-warni. Namun begitu, beliau tetap kukuh ibarat karang di dasar lautan yang tidak pernah berubah walau diterjah gelombang gagah.