catatan yang sangat indah (bahagian 5)

CATATAN YANG SANGAT INDAH (Bahagian 5)

Sembah Nenek Kebayan,"Orang datang dari dunia, Tuan Puteri, namanaya Malim Permainan kerana ia pandai bermain. Maka inilah sebentuk cincin dia minta dijualkan, keputusan belanja konon"

Sebaik sahaja melihat cincin yang diberikan oleh Nenek Kebayan Tuan Puteri Bongsu merasa amat hiba dan sedih. Tuan Puteri Bongsu menangis teresak-esak menyebabkan Nenek Kebayan merasa pelik dengan keadaan tuan puteri.

Tuan Puteri Bongsu berterus terang pada Nenek Kebayan :
"Ayuhai nenek , adapun orang yang menumpang di rumah nenek itulah suami beta, raja di dunia, dahulu bernama Tuanku Malim Deman. Maka nenek sembahkanlah, jikalau mudah-mudahan kasihan belas kasih sayang dia akan beta ambillah beta daripada tangan tunangan beta Raja Mambang Molek itu dengan segeranya , mengikut sebagaimana adat raja-raja yanag pahlawan mengadu kesaktian masing-masing"

Nenek Kebayan pulang ke rumah dan memberitahu akan sabda Tuan Puteri Bongsu kepada Malim Permainan. Nenek Kebayan menyampaikan segala pesan dan hasrat Puteri Bongsu.

Lama Malim Permainan berdiam diri lantaran berkata kepada Nenek Kebayan :

"jikalau beta tiada mati , tunangan dia Raja mambang Molek mati "

Demikian cinta yang diolah dalam Hikayat Malim Deman, sangat berseni dan indah. Dendam dan sakit hati terasa ada tetapi disisip dengan bahasa simpati dan percaya jiwa..


Comments