ratu PhD

Soo Wincci finally gets her PhD


PETALING JAYA: After six years of tirelessly working on her thesis, singer and actress Soo Wincci (pic) has now received her PhD in business administration from Open University Malaysia (OUM).

Soo, 31, was also recognised by the Malaysia Book of Records as the first Miss World Malaysia to receive a doctorate.

The former beauty queen said that she could not hold back her tears when her lecturer, who supervised her thesis, informed her that she had passed and was eligible to receive the title of Doctor of Philosophy.

“I could not control my emotions the moment I was told by my thesis supervisor that I had passed.

“For the first time in my life I cried non-stop for an hour from the memory of the six year journey to achieve my ambition of holding a doctorate,” she told mStar Online.

Her convocation ceremony was held on Friday at the Putra World Trade Centre.

Soo also holds a law degree from the University of Reading, UK, as well as a master’s degree in business administration from the University of the Sunshine Coast, Australia.

She said that she was overcome with sadness when recalling the sacrifices she had made over the six years it took her to complete her thesis.

“During the entire period, I had to give up a lot, including time for myself, my family and friends, even love, in order to realise this dream.

“I didn’t get enough sleep up to the point that I barely recognised myself but now I can rest to my heart’s content,” she said.

Soo shared her difficulty in completing her thesis on her Facebook page, with her thesis being rejected numerous times and still not giving up.

“I don’t remember how many times my thesis was rejected by the lecturer and corrections needed to be made, up to the point that I was scolded by those around me who asked me to stop forcing myself to study.

“However, I had to work hard to realise my dream and my vision,” she explained.

She added that her achievement in attaining the doctorate was a new beginning for her as well as a way to inspire more people to achieve their dreams.

 the star


Soo Wincci genggam Ijazah PhD Pengurusan Perniagaan
Oleh Rozdan Mazalan rozdan


WINCCI berjaya menggenggam Ijazah Doktor Falsafah (PhD) Pengurusan Perniagaan. - Foto Mohd Khairul Helmy Mohd Din

KUALA LUMPUR: Sebelum berjaya menggenggam Ijazah Doktor Falsafah (PhD) Pengurusan Perniagaan, Soo Wincci, 31, mengakui projek tesisnya pernah dibuang ke dalam tong sampah.

Malah, penyanyi lagu Terus-Teranglah bersama Joe Flizzow ini juga pernah dianggap 'gila' apabila memasang impian untuk mencapai cita-cita sebagai penghibur sekali gus berjaya di bidang akademik.

 Justeru, sepanjang enam tahun berusaha mendapatkan ijazah berkenaan, Wincci yang pernah dinobatkan sebagai Ratu Cantik Malaysia 2008 mengerahkan segala keringat yang ada walaupun pada satu tahap pernah meluahkan rasa putus asa.

"Jadi, selepas mendapat tahu saya lulus, Mei lalu, dan dipanggil untuk menghadiri majlis konvokesyen hari ini, saya terus menangis kerana terlalu gembira.

"Dua tahun lalu, tesis saya pernah dibuang ke dalam tong sampah kerana gagal menepati tahap akademik. Tahun lalu pula, selepas penilaian tesis dibuat, saya diminta balik. Ia bermakna saya gagal lagi. Saat itu saya nekad untuk menukar perjalanan hidup dengan menumpukan kepada pelajaran saya sehingga selesai.

 "Memang tidak dinafikan, sejak menceburi bidang hiburan, saya sangat sibuk sehingga membuatkan saya tertekan dengan kehidupan. Ia bertambah rumit apabila saya membuat keputusan untuk menyambung pelajaran," katanya yang ditemui pada majlis konvokesyen Universiti Terbuka Malaysia (OUM), di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, hari ini.

Pada majlis konvokesyen itu, Wincci menerima PhD yang disampaikan Canselor OUM, Tan Sri Azman Hashim.

 CEO MBOR, Christopher Wong (tiga dari kiri) bersama Pengerusi OUM, Tan Seri Lee Lam Thye (dua dari kanan) menyampaikan sijil kepada Soo Wincci selepas menerima PhD dalam bidang Pengurusan Perniagaan dari OUM di PWTC. - Foto Mohd Khairul Helmy Mohd Din 

Dengan pencapaian berkenaan, Wincci turut menerima pengiktirafan sebagai Ratu Cantik Malaysia pertama yang menerima PhD oleh Malaysia Book Of Records (MBOR).

"Pengiktirafan akademi yang saya terima ini diharap dapat menjadi inspirasi, khususnya buat golongan selebriti lain, yang mahu menyambung semula pengajian masing-masing.

"Impian saya selepas ini adalah untuk mengajak lebih ramai rakan selebriti tanah air menyambung pelajaran. Bagi, saya selain menghiburkan masyarakat, kita juga harus juga mempunyai ilmu bagi menggalakkan dan memberi inspirasi kepada generasi baharu supaya menjadi insan berilmu," katanya.

Wincci sebelum ini mempunyai Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang dari Universiti Reading, United Kingdom, dan Ijazah Sarjana Pengurusan Perniagaan dari Universiti Sunshine Coast, Queensland, Australia.

beritaharian

Selebriti kaya ilmu


MANIS sungguh kelihatan juara Ratu Cantik Dunia Malaysia 2008/2009 berusia 27 tahun ini menggayakan tiga persalinan baju kurung khusus untuk sesi fotografi bersama Kosmo!.

Ini merupakan kali pertama buat dirinya menyarung baju kurung untuk sesi fotografi dengan media.

Itu mungkin impak daripada perubahan yang dialaminya dalam kerjaya seninya. Jika sebelum ini namanya hanya dikenali dalam kelompok tertentu sahaja dan dirinya boleh dikatakan tidak sepopular mana.

Walau bagaimanapun, setelah melibatkan diri dalam program MasterChef Selebriti baru-baru ini, nama Soo Wincci terus dikenali dari kanak-kanak hingga golongan berusia tanpa mengira kaum.

Gelagatnya dalam program itu yang bersahaja dan sering kali kelihatan tertekan apabila perlu memasak kari, banyak kali terlepas dalam episod penyingkiran sehinggalah tewas kepada juara dan naib juara program itu iaitu Datuk Fazli Yaakob dan Angah Raja Lawak.

Menceritakan tentang kebolehannya dalam dunia masakan, Soo Wincci yang lebih mesra dengan panggilan Wincci berkata, sejak kecil dia suka membaca buku masakan kerana gemar melihat gambar masakan yang cantik.

“Apabila selalu lihat gambar dalam buku resipi itu cantik-cantik belaka, saya mula mahu belajar cara-cara hendak buat masakan tersebut,” ujarnya.

Tambah duta kosmetik Avon itu, kebolehan memasaknya terus diasah apabila melanjutkan pelajaran di United Kingdom (UK) apabila tiada pilihan makanan di sana.

“Ramai kawan-kawan cakap rindu masakan di Malaysia, jadi sayalah tukang masaknya, saya belajar macam mana nak masak makanan tradisional, rasanya dari situ saya belajar,” ujar anak sulung perempuan tunggal daripada tiga beradik itu.

Menceritakan pengalaman dalam program MasterChef Selebriti, ujar Wincci, dia sebenarnya fobia apabila dikehendaki memasak kari, baginya masakan itu adalah yang paling sukar dilakukan.

“Setiap kali masuk pusingan penyingkiran, saya mesti kena masak kari, sampai buat karipap untuk juri jemputan Datuk Siti Nurhaliza pun saya masak inti karipap kari campur tauchu, nasib baik dapat komen yang baik,” ujarnya mengimbas kembali kenangan dalam program berkenaan.
SOO WINCCI sangat menghargai rakan-rakan yang telah membantu dirinya dalam kerjaya seninya.

Wincci membuktikan dirinya seorang yang serba boleh kerana dia juga kini menceburi bidang muzik apabila dia sudah merakamkan single terbaharunya, Terus Teranglah yang turut menampilkan Joe Flizzow, selain sedang menanti kelahiran album Melayu pertamanya tidak lama lagi.

Walaupun sudah merakamkan tiga album berbahasa Cina sebelum ini, dia mahu lebih dikenali apabila merakamkan lagu hasil tunjuk ajar komposer terkenal, Ajai.

Bakat Wincci tidak hanya sebagai penyanyi dalam album itu tetapi turut menjadi komposer bersama Ajai untuk lagu Musim Asmara.

Bagi Wincci, kemunculan dirinya dalam persada seni ini tidak semudah yang disangka walaupun telah memegang gelaran ratu cantik, sebaliknya pelbagai pengalaman pernah dilaluinya dan kini misinya mahu terus dikenali terutama dalam pasaran seni tanah air.

Ijazah doktor falsafah

Siapa sangka Wincci sebenarnya masih belajar dan menyambung ijazah doktor falsafah (PhD) dalam jurusan Pentadbiran dan menerima biasiswa Universiti Terbuka Kuala Lumpur.

Dijangka menamatkan pelajaran pada 2014, Wincci merasakan istilah belajar buat dirinya tidak pernah berkesudahan.

“Saya suka belajar, bagi saya belajar umpama pergi bersenam di gimnasium, kalau saya penat buat kerja lain saya akan belajar, itulah diri saya sejak dulu lagi,” ujarnya.

Dia juga sebelum ini merupakan graduan ijazah sarjana dalam jurusan pentadbiran di Universiti Sunshine Coast, Australia dan diploma di Akademi Filem Media London dalam jurusan Lakonan dan Pengacaraan.



Bagi Wincci, dia mahu menjadi selebriti yang kaya dengan ilmu dan boleh bercakap dalam serba serbi kepada umum kerana ilmu yang diperolehi sebelum ini.

“Bagi saya belajar itu tidak berkesudahan, selepas dapat PhD nanti, mungkin saya akan belajar perkara lain pula.

Bercerita impiannya kelak, Wincci bercita-cita untuk mengasah bakat hingga ke Hollywood, walaupun ia kelihatan terpaksa melalui perjalanan yang jauh dan berliku, baginya ia perlukan kesungguhan.

“Itu cita-cita saya, saya percaya jika kita bersungguh-sungguh, ia satu yang tidak mustahil tercapai,” ungkapnya yang turut membintangi drama Lemang Sebatang yang akan disiarkan pada 21 Ogos nanti di saluran Astro Prima.

Pernah gemuk, kena buli

Walaupun berat badannya kini hanya 50 kilogram (kg), Wincci mendedahkan, dia sebenarnya merupakan kanak-kanak dan remaja yang gemuk pada awalnya.

Ketika berusia 10 tahun, berat badannya pernah mencecah 50kg dan ketika belajar di UK beratnya mencecah 68kg hingga 70kg dan terpaksa bersungguh-sungguh menurunkan berat ketika ingin menyertai pertandingan ratu cantik sebelum dinobatkan sebagai juara.

“Di sekolah, saya sering kena buli sebab gemuk, jadi sebab ingin lupakan masalah itu, saya belajar bersungguh-sungguh. Dengan belajar, saya dapat lupakan hal pernah dibuli,” ujarnya.


SEORANG yang bekerja keras dan bercita-cita tinggi, Wincci percaya, setiap perkara yang dilakukan penuh azam bakal mendapat ganjaran yang positif.

Malah pertandingan tersebut juga telah mengubah kehidupannya. Wincci kini terlalu menjaga soal pemakanan dan mengehadkan pengambilan daging.

“Saya takut gemuk balik macam dulu, jadi saya kurang ambil makanan berdaging.

Puasa sebulan

Bagi merasai nikmat bulan Ramadan, Wincci bertekad untuk berpuasa penuh pada bulan Ramadan ini.

Menurut Wincci, ini merupakan kali pertama dia belajar berpuasa dan telah mencubanya sehari sebelum umat Islam mula berpuasa pada 21 Julai lalu.

“Ramai kawan Cina saya tidak tahu macam mana rasa berpuasa, jadi saya hendak cuba pengalaman ini. Hari pertama mula berpuasa, saya telah berpuasa penuh, jadi saya bertekad untuk berpuasa sehingga sebulan,” ujarnya.

Jelas Wincci, dia berpuasa bagi menghargai orang Melayu yang telah banyak membantunya sehingga dikenali dalam persada seni ini.

Beritahunya lagi, bakatnya digilap untuk pasaran seni Melayu oleh bekas Pengurus Besar Beyond Event Sdn. Bhd., arwah Amin Hussein.

“Jika dia tidak memberi tunjuk ajar kepada saya mungkin saya tidak sampai ke tahap sekarang. Saya bersyukur kerana mengenali arwah dan semua ini saya buat bagi membalas jasanya,” katanya.

kosmo


Comments