memahami cinta
inilah ketika untuk memahami cinta
dengan lebih adil dan terbuka
dengan cara tersendiri dan terpilih
dengan tiada sebarang paksa atau syarat terima
dengan waras akal dengan panjang fikir
dengan tenang jiwa dan semarak rasa
kerana cinta bukan pilihan yang sementara
dan berbagi hanya untuk sementara
sebagaimana engkau menyapa
mereka yang kautemui sebelum keretapi tiba
membawamu pergi
bukan begitu sementara
dan untuk melupakan hasrat dan damba jiwa
lelah atau kesendirian
bukan begitu cinta mengisi relung hidup
kerana apa yang akan kau ambil
dari perdu dan pohonnya
adalah tanggungjawab cinta
yang besar dan bermakna
adalah benih jiwa
yang kaubugarkan
dengan kejujuran kasih
kemeseraan batin
ketulusan
cinta
ia bukan mudah
tetapi menyapa hatimu
saban kali
usah menyahutnya
kalau kau tidak sangat bersedia
untuk
memahami cinta
jangan ada sementara
dalam kejujuran
begitu
cinta
harus
kau
sudahi
Comments
Post a Comment