menatap semesta
pengalaman disegarkan oleh bau alam dan sejuk udara
warna-warna yang jarang melintas di hadapan mata
membuka kelopak keinsafan
di langit berbeza di semesta berbeza
begitu besar dan indahnya
tuhan menggarap keajaiban menjadi pedoman
dan petanda kekerdilan insan
menatap semesta
langit dan pegunungan berbeza hamparannya
angin yang menderu dan cahaya yang tumpah
dari sinar lembut matahari yang jauh
semua itu gurindam lembut membusar kalbu
menyedari bahawa perjalanan jauh
akan menjadi saksi segala kebesaran Ilahi
kekelabuan dan keredupan
menatah kesayuan dan terasa benar
kerdilnya kita di semesta luas ini
terjaring dalam keasingan
dan semua akan ditinggalkan
sehabis kaki melangkah pergi
tapi cahaya dan warna memanggil
ada sebaris sabda tertanda di jiwa
alangkah ajaib dan agungnya
tuhan menatahkan alam ini
saksi segala kebesarannya
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.