bertinta sastera berdakwat bahasa

Blogroll

21 Jun 2015

menatap ke sudut lain

Gambar polis alih perhatian anak kecil jadi viral
20 Jun 2015


Gambar polis alih perhatian anak kecil jadi viral Seorang anggota polis mendukung kanak-kanak perempuan membelakangkan kenderaan keluarganya yang kemalangan dan meragut nyawa bapanya.



BRIGHTON - COLORADO. Sekeping gambar menyayat hati mula tersebar apabila seorang anggota polis dilihat mendukung seorang kanak-kanak perempuan dan cuba mengalihkan perhatiannya di lokasi kejadian kemalangan maut yang meragut nyawa bapanya.

Memetik laporan Mirror.co.uk, polis tersebut mengalihkan perhatian kanak-kanak perempuan itu dengan menunjukkan ke arah lain membelakangkan kenderaan ayahnya yang terbalik.

Menurut polis, dalam tragedi itu, seorang lelaki maut manakala seorang perempuan dan seorang kanak-kanak dikejarkan ke hospital.

Tiga lagi kanak-kanak yang turut terlibat dalam kemalangan itu dilaporkan hanya cedera ringan.

Menurut saksi, kenderaan itu hilang kawalan selepas salah satu tayarnya pecah dan berpusing beberapa kali.

sinar harian
Share:

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.

mengalami kehilangan

  Setelah mengalami kehilangan, apakah itu kehilangan orang yang dicintai, pekerjaan, hubungan, atau sesuatu yang penting dalam hidup. Ia su...

STATUS

Search This Blog

Blog Archive

DAUN

tanjung 2

tanjung

Blog Archive