Rumi Menulis Cinta






Cinta
Dia adalah, orang yang tidak mempunyai ketiadaan,
Saya mencintainya dan saya mengaguminya,
saya memilih jalannya dan saya memalingkan muka ke jalannya.
Setiap orang mempunyai kekasih, dialah kekasih saya,
Kekasih yang abadi. Dia adalah orang yang saya cintai,
Dia begitu indah, oh dia adalah yang paling sempurna.
Orang-orang yang mencintainya adalah para pencinta
yang tidak pernah sekarat. Dia adalah dia dan
dia dan mereka adalah dia. Ini adalah sebuah rahsia
Jika kalian mempunyai cinta, kalian akan memahaminya.


Cinta, Lautan Tak Bertepi
Cinta adalah lautan tak bertepi
langit hanyalah serpihan buih belaka.
Ketahuilah langit berputar kerana gelombang cinta
Andai tak ada cinta, cunia akan membeku.
Bila bukan kerana cinta,
Bagaimana sesuatu yang organik berubah menjadi tumbuhan?
Bagaimana tumbuhan akan mengorbankan diri demi memperoleh roh (haiwan)?
Bagaimana roh (haiwan) akan mengorbankan diri demi nafas (Roh) yang menghamili Mariam?
Semua itu akan menjadi beku dan kaku bagai salju
Tidak dapat terbang serta mencari padang ilalang bagai belalang.
Setiap atom jatuh cinta pada Yang Maha Sempurna
Dan naik ke atas laksana tunas.
Cita-cita mereka yang tak terdengar, sesungguhnya, adalah
lagu pujian keagungan pada Tuhan.



Kerana Cinta
Kerana cinta duri menjadi mawar
Kerana cinta cuka menjelma anggur segar
Kerana cinta keuntungan menjadi mahkota penawar
Kerana cinta kemalangan menjelma keberuntungan
Kerana cinta rumah penjara tampak bagaikan kedai mawar
Kerana cinta tompokan debu kelihatan seperti taman
Kerana cinta api yang berkobar-kobar jadi cahaya yang menyenangkan
Kerana cinta syaitan berubah menjadi bidadari
Kerana cinta batu yang keras menjadi lembut bagaikan mentega
Kerana cinta duka menjadi riang gembira
Kerana cinta hantu berubah menjadi malaikat
Kerana cinta singa tak menakutkan seperti tikus
Kerana cinta sakit jadi sihat
Kerana cinta amarah berubah menjadi keramah-ramahan



Kearifan Cinta
Cinta yang dibangkitkan
oleh khayalan yang salah
dan tidak pada tempatnya
bisa saja menghantarkannya
pada keadaan ekstasi.
Namun kenikmatan itu,
jelas tidak seperti bercinta dengan kekasih sebenarnya
kekasih yang sedar akan hadirnya seseorang




Perih Cinta
Perih cinta inilah yang membuka tabir hasrat pencinta:
Tiada penyakit yang dapat menyamai dukacita hati ini.
Cinta adalah sebuah penyakit karena berpisah, isyarat
Dan astrolabium rahsia-rahsia Ilahi.
Apakah dari jamur langit ataupun jamur bumi,
Cintalah yang membimbing kita ke sana pada akhirnya.
Akal ’kan sia-sia bahkan menggelepar untuk menerangkan cinta,
Bagai keledai dalam lumpur: cinta adalah sang penerang cinta itu sendiri.
Bukankah matahari yang menyatakan dirinya matahari?
Perhatikanlah ia! Seluruh bukit yang kau cari ada di sana.





Pernyataan Cinta
Bila tak kunyatakan keindahanMu dalam kata,
Kusimpan kasihMu dalam dada.
Bila kucium harum mawar tanpa cintaMu,
Segera saja bagai duri bakarlah aku.
Meskipun aku diam tenang bagai ikan,
Tapi aku gelisah pula bagai ombak dalam lautan
Kau yang telah menutup rapat bibirku,
Tariklah misaiku ke dekatMu.
Apakah maksudMu?
Mana kutahu?
Aku hanya tahu bahwa aku siap dalam iringan ini selalu.
Kukunyah lagi mamahan kepedihan mengenangmu,
Bagai unta memahah biak makanannya,
Dan bagai unta yang geram mulutku berbusa.
Meskipun aku tinggal tersembunyi dan tidak bicara,
Di hadirat kasih aku jelas dan nyata.
Aku bagai benih di bawah tanah,
Aku menanti tanda musim semi.
Hingga tanpa nafasku sendiri aku dapat bernafas wangi,
Dan tanpa kepalaku sendiri aku dapat membelai kepala lagi.


Tanpa Cinta, Segalanya Tak Bernilai
Jika engkau bukan seorang pencinta,
maka jangan pandang hidupmu adalah hidup
Sebab tanpa cinta, segala perbuatan tidak akan
dihitung pada hari perhitungan nanti
Setiap waktu yang berlalu tanpa cinta,
akan menjelma menjadi wajah yang memalukan di hadapanNya.
Burung-burung kesedaran telah turun dari langit
dan terikat pada bumi sepanjang dua atau tiga hari
Mereka merupakan bintang-bintang di langit
agama yang dikirim dari langit ke bumi
Demikian pentingnya penyatuan dengan Allah
dan betapa menderitanya keterpisahan denganNya.
Wahai angin, buatlah tarian ranting-ranting
dalam zikir hari yang kau gerakkan dari kesatuan
Lihatlah pepohonan ini! semuanya gembira
bagaikan sekumpulan kebahagiaan
Tetapi wahai bunga ungu, mengapakah engkau larut dalam kepedihan?
Sang lili berbisik pada kuncup: “Matamu yang menguncup akan segera mekar. Sebab engkau telah merasakan bagaimana nikmatnya kebaikan.”
Di manapun, jalan untuk mencapai kesucian hati
adalah melalui kerendahan hati.
Hingga dia akan sampai pada jawaban “YA” dalam pertanyaan:
“Bukankah Aku ini RabbMu?" 




Memahami Makna
Seperti bentuk dalam sebuah cermin, kuikuti wajah itu.
Tuhan menampakkan dan menyembunyikan sifat-sifatNya.
Tatkala tuhan tertawa, maka akupun tertawa.
Dan manakala tuhan gelisah, maka gelisahlah aku.
Maka katakan tentang DiriMu, ya Tuhan.
Agar segala makna terfahami, sebab mutiara-mutiara
makna yang telah aku rentangkan di atas kalung pembicaraan
berasal dari lautanMu.




Tuhan Hadir Dalam Tiap Gerak
Tuhan berada di mana-mana.
Ia juga hadir dalam tiap gerak.
Namun Tuhan tidak bisa ditunjuk dengan ini dan itu.
Sebab wajahNya terpantul dalam keseluruhan ruang.
Walaupun sebenarnya Tuhan itu mengatasi ruang.




Hati Bersih Melihat Tuhan
Setiap orang melihat Yang Tak Terlihat
dalam persemayaman hatinya.
Dan penglihatan itu bergantung pada seberapakah
ia menggosok hati tersebut.
Bagi siapa yang menggosoknya hingga gilap,
maka bentuk-bentuk Yang Tak Terlihat
semakin nyata baginya.
 



 



Comments