Santai sambil beramal
Program seni di lorong belakang bantu gelandangan
ABDUL RAZAK IDRIS
22 November 2014
SHAH ALAM 21 Nov. - Laman Seni 7 di Seksyen 7 di sini, terus dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti menarik yang menjadi tumpuan warga bandar raya ini.
Baru-baru ini, Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dan Fakulti Pengajian Perniagaan Universiti Teknologi Mara (UiTM) tampil dengan idea unik dengan menganjurkan program kesenian dan kebudayaan khusus bagi membantu golongan gelandangan.
Program tersebut yang dikenali sebagai ‘Art For Homeless’ itu diadakan di Laman Seni 7 dan menepati hasrat MBSA dan UiTM bagi mengumpul dana serta sumbangan orang ramai untuk dimanfaatkan oleh golongan berkenaan.
Pelbagai aktiviti kesenian telah dianjurkan antaranya bengkel lukisan grafiti dan mural, bual bicara, persembahan muzik dan seni, jualan bazar dan sebagainya.
Timbalan Pengarah Komunikasi dan Pembangunan Komuniti MBSA, Shahrin Ahmad berkata, pihak- nya berharap program kebajikan seperti itu akan menjadi sebahagian daripada budaya masyarakat khususnya dalam kalangan warga bandar raya Shah Alam.
“Kita mahu menyemarakkan sifat masyarakat yang mengambil berat dan membantu golongan memerlukan.
“Sumbangan yang diperoleh daripada penganjuran program ini akan digunakan untuk memberi bekalan makanan kepada golongan fakir miskin dan gelandangan di sekitar ibu negara.
“Pemberian makanan itu diadakan dengan kerjasama Dapur Jalanan KL.
“Saya percaya usaha ini dan apa juga bentuk sumbangan yang diberikan memberi makna yang amat besar kepada golongan gelandangan tersebut,” jelasnya.
Laman Seni 7 diwujudkan hasil inisiatif MBSA untuk mengubah suasana lorong belakang khususnya di kawasan komersial agar menjadi kawasan selamat, bersih, indah dan boleh dilawati selain menjadi lokasi penganjuran aktiviti bermanfaat.
Bangunan di lorong belakang tersebut telah dihiasi dengan lukisan mural sekali gus mengikis imej lorong belakang kedai yang kotor dan busuk.
utusan online

Salah satu karya bagi menggambarkan keperitan hidup gelandangan yang dipamerkan di Laman Seni 7 di Shah Alam baru-baru ini. – UTUSAN/ ABDUL RAZAK IDRIS

Comments
Post a Comment