berbekas dalam telapak jiwa
segala sabda segala pesan dari bibirmu
tentang hidup dan bagaimana untuk berdiri
katamu :
tataplah dunia dengan mata lelaki
mata yang pengasih dan mencintai
sesiapapun yang harus menerima cinta itu
pikullah tanggungjawab
di bahumu kerana banyak nantinya
yang bergantung harap padamu
harus kausempurnakan segala itu
kerana sebagai lelaki
sebagai ayah
terlalu banyak harapan
yang perlu kausempurnakan
berbaktilah untuk agamamu
dan tanah airmu
kerana lelaki harus berjuang
mempertahankan hak dan maruahnya
agama ini
di pundakmu
negara ini
di tanganmu
di celah jemarimu
keluargamu
bangsamu
begitu katamu
dan bukan mudah
menyempurnakan semua itu
semoga Allah merahmati rohmu
ayah...
dan bukan mudah
menyempurnakan semua itu
semoga Allah merahmati rohmu
ayah...
doa untuk ayah
Alfatihah untuk ayah
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.