"Antara Dua Peti Mati" dan "Siapa Salah" mengemukakan tema dan persoalan agama. "Antara Dua Peti Mati" telah diarahkan oleh Darus Uban bersama kumpulan bangsawan yang di punyai oleh Mat Lazim di Batu Pahat, Johor pada tahun 1935. la pernah dimainkan pula oleh Royal Kinta Opera pada tahun 1938 di bawah arahan Darus Uban juga. Tanpa diketahui oleh ibu bapanya, Arshad, seorang pemuda Melayu beragama Islam telah berkahwin dengan seorang perempuan Kristian bernama Mary. Apabila ibu bapanya mengetahui, dan apabila Arshad pulang ke rumah ibu bapanya, dia diberi nasihat oleh abangnya, bapanya dan juga ibunya supaya insaf akan perbuatannya yang salah itu. Arshad berjanji apabila perkahwinannya genap satu tahun (kerana perjanjian perkahwinan mereka hanya untuk satu tahun, dan kalau dipersetujui akan disambung lagi), dia akan menceraikan isterinya. Tetapi malang tak berbau, Arshad jatuh sakit dan meninggal dunia di hospital. Di sinilah timbul persoalan: Siapakah yang berhak mengkebumikan mayat Arshad? Mary mengatakan dialah yang berhak kerana Arshad ialah suaminya dan meninggal dunia dalam jagaannya, manakala bapa Arshad mengatakan dialah yang berhak kerana Arshad ialah anaknya clan Arshad masih bergama Islam. Perselisihan itu akhirnya diselesaikan oleh OCPD dengan menyerahkan mayat Arshad kepada bapanya untuk dikebumikan mengikut cara Islam.
Tema cinta juga nampaknya digemari oleh pengarang cerita¬cerita bangsawan tahun tiga puluhan. "Gunung Banang", "Keranda Berdarah" dan "Hassan Hasnah" telah menggarap tema ini. Dalam "Keranda Berdarah" Hassan bercinta dengan Hasnah. Hubungan mereka yang penult rahsia itu menjadi begitu berani hingga kepada melakukan beberapa kali hubungan seks. Hassan belum berani melamar Hasnah kerana bapanya, Hamzah tidak senang dengan sikap bapa Hasnah yang sudah tiga bulan enggan membayar sewa rumah. Sementara itu apabila Hassan disuruh oleh bapanya menghalau keluarga Hasnah keluar dari rumah itu, Hassan selalu membela mereka bahawa mereka itu terlalu miskin clan menuduh bapanya terlalu mementingkan kekayaan. Kerana pertengkaran itu akhirnya Hassan dihalau keluar dari rumah. Ibunya yang cuba memihak kepada Hassan juga dihalau keluar. Apabila Hamzah ke rumah Hasnah clan menatap wajah anak gadis itu, dia jatuh hati lalu melarnarnya untuk menjadi isterinya. Hasnah tidak bersetuju dan mengancam akan membunuh diri kalau ia terus dipaksa. Akhirnya Hasnah terjun ke sungai membunuh diri. Bila Hassan mengetahui kejadian itu ia berkejar ke kubur Hasnah lalu menghempaskan kepalanya dan dia mati di situ. Drama hasil ciptaan Kassim ini dipentaskannya dengan kumpulan Hashim Bangsawan di Melaka pada tahun 1936. Kumpulan Grand Jubilee juga pernah mementaskannya pada tahun 1939 di bawah arahan Kassim sendiri.
"Gunung Banang" juga diarahkan oleh Kassim (dikenali juga dengan Kassim Minah) dengan kumpulan Grand Jubilee pada tahun 1939. Ramli clan Hasnah telah bersumpah mengikat per cintaan mereka bersaksikan Gunung Banang bahawa mereka tidak akan berkahwin dengan orang lain. Apabila Hasnah dipinang oleh orang lain clan ibu bapanya menerima pinangan itu walaupun Hasnah tidak bersetuju, (dan Hasnah ini, seperti juga dengan Hasnah dalam "Keranda Berdarah", tidak memberitahu ibu bapanya yang dia sedang bercinta dengan orang lain), Hasnah pun pergi mendapatkan Ramli supaya Ramli menyelamatkannya. Ramli tidak bersetuju melarikan Hasnah dari keluarganya; sebaliknya menyuruh Hasnah menurut kehendak ibu bapanya, dan mereka berjanji mengaku jadi saudara. Seminggu selepas Hasnah melangsungkan perkahwinan, Ramli pun meninggal dunia akibat merana. Hasnah merasa hidupnya tidak bererti lagi lalu membunuh diri di atas kubur Ramli. Keluarga Hasnah jadi gempar. Hassan, abang Hasnah yang bersimpati dengan Hasnah dan Ramli menceritakan kisah yang sebenar. Ibu bapa Hasnah pun menyesal atas tindakan mereka memaksa Hasnah kahwin.
Kedua-dua drama tadi mengemukakan persoalan kahwin paksa, dengan menunjukkan akibat buruk dari tindakan tersebut, iaitu sama ada mati merana atau mati kerana membunuh diri. Drama-drama itu seolah-olah memberi amaran kepada masyarakat supaya jangan mengahwinkan anak-anak mereka secara paksa. Unsur komedi merupakan satu daripada ciri penting drama bangsawan. Sesebuah kumpulan bangsawan tidak akan lengkap sekiranya tidak mempunyai sekurang-kurangnya seorang pelawak. Kesan komedi selalunya ditimbulkan dalam lakonan, walaupun cerita itu sebenarnya bukan cerita komedi. Namun terdapat juga cerita yang memang struktur plotnya bercorak komedi. "Apa Kata Hukum Syarak" (atau "Dunia Terbalik") tergolong ke dalam jenis ini. Drama ini dicipta oleh Ishak clan diarahkannya dalam kum¬pulan Sri Aman Opera pada tahun 1937. Kumpulan Sri Kedah Opera juga pernah mementaskannya pada tahun 1940. Yusuf, orang kaya dari Tanjung Malim, terpikat dengan Mek Yam anak Mek Som ketika menghadiri suatu majlis kenduri di rumah sahabatnya di Trengganu. Hendak berkahwin Yusuf merasa malu kepada anaknya Bahrin. Sebagai helah ia menyuruh Bahrin ke Singapura memohon kerja sebagai kelasi supaya dapat pergi ke negeri-negeri Barat selama tiga empat tahun atas perbelanjaannya. Tetapi Bahrin tidak pergi ke Singapura, ia menghabiskan wangnya di Kuala Lumpur, di Kelantan dan akhirnya di Trengganu. Apabila kehabisan wang, ia bekerja di sana dan menumpang duduk di rumah Mek Som; dan akhirnya berkahwin dengan Mek Som, emak kepada Mek Yam yang menjadi isteri baru bapanya, tanpa memberitahu mereka. Enam bulan kemudian baru Mek Som mem¬beritahu Mek Yam, tetapi tidak diberitahu siapa suaminya. Mek Yam ingin tahu siapa bapa tirinya lalu mengajak suaminya pulank ke Trengganu. Dengan itu terbukalah rahsia itu: Yusuf, bapa Bahrin kini menjadi menantu Bahrin: Bahrin, anak tiri Mek Yam kini menjadi bapa tirinya: Mek Som, ibu mertua Yusof kini menjadi menantunya, dan menjadi menantu tiri anaknya sendiri. Dan yang menariknya ialah cara bagaimana rahsia itu dibuka secara di¬perlambat-lambatkan, menyebabkan penonton semakin gelisah dalam ketegangan yang melucukan.
"Bukan Kerana Ilmu" juga mempunyai kesan komedi yang hampir sama dengan "Apa Kata Hukum Syarak", iaitu apabila Ishak yang suka berfoya-foya dengan perempuan akhirnya terkena kepada isterinya sendiri. "Dua Puluh Lima Tahun Dalam Rahsia" mempunyai struktur plot yang hampir sama dengan "Apa Kata Hukum Syarak", tetapi tidak dibina secara komedi. Ceritanya mengisahkan bagaimana dua orang anak akhirnya secara kebetulan dapat mempertemukan semula suami isteri yang sudah dua puluh lima tahun bercerai, (Adam terpaksa meninggalkan isterinya untuk menyelamatkan dirinya dari ditangkap setelah melakukan kesalahan membunuh orang), dan masing-masing sudah mem¬punyai pasangan yang baru. Anak mereka yang telah bercinta dan bercita-cita hendak berkahwin itu pun terpaksa membatalkan ran¬cangan mereka. Cerita ini di perolehi Noor K.K. pada tahun 1940 apabila ia melakonkannya dengan kumpulan Sri Kedah Opera di bawah arahan Husin (bukan Husin Song). Drama ini tidak diketahui siapa penciptanya dan pernah dimainkan sebelum tahun 1940 lagi.
Mengikut kajian yang dilakukan oleh Za'ba (Pendeta), sehingga tahun 1940 tidak ada drama Melayu yang asli ditulis atau diterbitkan. Dalam tahun 1951 beliau mengulangi lagi kenyataannya, bahawa pada masa itu "tidak ada sebuah pun drama yang baik dan tinggi mutunya". Kenyataan-kenyataan ini tentulah memilukan kita sebagai peminat atau pengkaji kesusasteraan Melayu. Lebih-lebih lagi apabila kita sedar ba¬hawa seni bangsawan sudah sekian lama bertapak dan berkembang dengan pesatnya di negara ini, sehingga menjadi satu bentuk hiburan yang paling popular pada satu masa dahulu. Meskipun dalam beberapa hal bangsawan sudah memperkenalkan ciri-ciri moden melalui bentuk persembahannya, ciri-ciri tradisional masih kuat mengikat bentuk lakon ini. Salah satu daripadanya ialah sifat improvisasi yang jelas mengekang drama-drama tradisional daripada menghasilkan naskhah bertulis. Pengertian atau konsep drama itu sendiri juga asalnya memberikan tanggapan bahawa drama bukanlah sesuatu yang dicipta untuk dibaca, tetapi adalah untuk dilakonkan, ditonton dan didengar. Ini adalah konsep yang diwarisi daripada drama atau teater tradisional. Tidak ada skrip 'ditulis atau diterbitkan' bukan pula bermakna tidak ada kegiatan drama (selain daripada bangsawan) berlaku di negara ini sebelum meletusnya Perang Dunia Kedua)
Perkembangan Drama 1941-1949
Meletusnya Perang Dunia Kedua dan bermulanya pemerin¬tahan Jepun di Tanah Melayu dan Singapura pada tahun 1941 banyak memberi kesan kepada sejarah sosiopolitik negara ini khususnya. Faktor ini juga menjadi salah satu punca berakhirnya zaman kegemilangan seni bangsawan yang merupakan bentuk hiburan paling utama dan popular di tahun-tahun 30-an hingga 40-an. Meskipun masih ada beberapa kumpulan bangsawan yang dapat bertahan dan meneruskan kegiatannya, mereka terpaksa berhati-hati kerana pihak berkuasa Jepun melakukan kawalan yang cukup ketat. Setiap kumpulan bangsawan yang ingin mem¬buat pertunjukan haruslah menyerahkan senario atau rangka ce¬rita mereka untuk ditapis clan diluluskan terlebih dahulu oleh pegawai-pegawai khas Jepun. Malah cerita yang akan dipentaskan juga mestilah menonjolkan semangat dan cita-cita "Asia Timur Raya" yang diperjuangkan oleh Jepun, menjadikan bangsawan sebagai salah satu alat propaganda mereka yang murah. Selain daripada syarat-syarat pementasan dan kawalan pihak pemerintah Jepun yang terlalu ketat, kesempitan hidup serta masalah kewangan juga menjadi salah satu sebab kumpulan-kumpulan bangsawan tidak dapat meneruskan kegiatan mereka di zaman tersebut. Keadaan yang tidak tenteram selepas Jepun menyerah diri clan seterusnya darurat diisytiharkan pada tahun 1948 menambahkan lagi masalah kumpulan-kumpulan tersebut. Apabila studio filem dibuka semula di Singapura pada tahun 1947 dan perusahaan perfileman menampakkan tanda¬tanda kemajuannya, banyak pula 'anak-anak bangsawan' (gelaran kepada para pelakon bangsawan) yang meninggalkan terus kumpulan mereka untuk bergiat sebagai pelakon filem. Tarikan terhadap wayang gambar dan kemajuan yang dipertingkatkan pada persembahan radio juga telah "menghilangkan" sebilangan besar masyarakat penonton yang sebelum itu cukup meminati persembahan bangsawan.
Perkembangan zaman yang serba maju dan pantas tidak lagi mampu ditandingi oleh kumpulan-kumpulan bangsawan yang telah bergerak secara profesional sejak tahun-tahun awal abad kedua puluh itu. Akhirnya, bangsawan terpaksa melupakan detik-detik manis zaman kegemilangannya dan menghadapi zaman kejatuhannya. Dari aspek sejarah kesusasteraan, apa yang paling dikesalkan ialah lupusnya cerita-cerita bangsawan yang sebegitu banyak bersama-sama lupusnya kegiatan bangsawan itu sendiri. Tradisi bangsawan yang tidak mementingkan skrip atau naskhah lakon tidak langsung memberikan peluang kepada para pengkaji untuk menyelidik cerita-ceritanya sebagai suatu hasil kesusasteraan yang tersendiri.
Selain daripada bangsawan yang lebih sesuai dianggap sebagai drama tradisi itu, kegiatan pementasan drama Melayu dalam pengertian 'moden' juga dapat dikesan berlaku dalam zaman pemerintahan Jepun di Tanah Melayu. Kenyataan ini diakui oleh beberapa orang pengkaji8 meskipun Li Chuan Siu menganggap tidak ada kegiatan drama pada zaman gelora itu. Salah seorang tokoh 'sandiwara' yang penting Shaharom Hu¬sain misalnya pernah membuat pengakuan bahawa beliau telah mementaskan sebuah drama yang dianggap 'moden' pada masa pemerintahan Jepun di Tanah Melayu. Drama berjudul "Lawyer Dahlan" yang membawa tema masyarakat sezaman itu " dipentaskan di Pontian, Johor pada tahun 1942 di bawah arahan Shaharom sendiri dan tentunya 'dinaungi' oleh Pegawai Tentera Jepun tempatan. Sayangnya, skrip cerita itu (yang ditulis ke¬mudian) hanya diterbitkan kira-kira 40 tahun selepas dipentaskan (dalam kumpulan Di Atas Pentas, Kuala Lumpur: Tra-Tra, 1984).
Ketegangan suasana ekoran daripada peristiwa gagasan "Malayan Union" (1946) dan berikutnya pengisytiharan darurat (1948) telah melumpuhkan sama sekali kegiatan bangsawan dan drama di Tanah Melayu. Lebih malang lagi bagi perkembangan drama, kerana sehingga tahun 1951 tidak terdapat walau sebuah pun karangan asli drama Melayu diterbitkan. Meskipun kegiatan drama dikatakan ada berlaku sebelum tahun tersebut, hal itu tidak mungkin dapat dijadikan dasar kepada satu penyelidikan scperti ini. Seperti puisi, cerpen dan novel, penulisan sejarah drama sebagai salah satu genre kesusasteraan juga haruslah berasaskan kepada karya tercetak. Kerana itu, perkembangan genre drama dalam sejarah kesusasteraan Melayu moden dalam crti kata adanya skrip bertulis dart (diterbitkan) hanya dikatakan bermula pada tahun 1951, apabila naskhah Megat Terawis karya Teh Fatimah binti Abdul Wahab diterbitkan.
.............bersambung di Bahagian Ketiga
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.