Saudagar Besar Dari Kuala Lumpur I

SINOPSIS SAUDAGAR BESAR DARI KUALA LUMPUR

BAB 1
Datuk Tan datang lebih awal ke pejabat En. Muhammad (Muhd) dan dia rasa kagum dengan suasana dan kelengkapan yang ada di bilik En. Muhammad. Ia menggambarkan ketokohannya sebagai seorang tokoh koprat. Kehadiran En. Muhammad dengan kejayaannya memperolehi kontrak pembekalan lada hitam dengan syarikat dari Jerman menguatkan lagi keyakinan Datuk Tan akan keupayaan En. Muhammad dalam mengendalikan urusan perniagaan. Kekaguman Datuk Tan juga turut merangkumi ketokohan ayah En. Muhammad. Peristiwa seterusnya ialah En. Muhammad mengingatkan Mahani supaya memanggilnya dengan panggilan Pakcik untuk mengelakkan apa saja perasaan antara mereka berdua.

Peristiwa-Peristiwa Penting:
1. Kedatangan Datuk Tan ke pejabat En. Muhammad untuk berbincang soal perniagaan dan perdagangan.
2. En. Muhammad seorang tokoh koprat yang berjaya.
3. Kejayaan yang dicapai oleh En. Muhammad .
4. En. Muhammad mahu Mahani memanggilnya dengan panggil pakcik.

BAB 2
Datuk Tan membaca laporan sejarah salsilah keluarga En. Muhammad yang disediakan oleh seorang professor sejarah yang diupahnya. Ketokohan En. Muhammad yang begitu menonjol menyebabkan dia berminat untuk mengkaji latarbelakangnya. Ini penting untuk kelangsungan urus niaga antaranya dengan En. Muhammad. Satuk Tan juga mempunyai hubungan yang baik dengan sultan, kerana dia pernah menyumbangkan wang untuk projek pembinaan padang golf. Beliau berhasrat untuk memohon gelaran orang kaya wilayah Tualang untuk En. Muhammad. Ianya bertujuan mengukuhkan lagi kedudukannya dalam dunia dagang. Keluarga Datuk Tan juga turut dipaparkan dalam bab ini.

Peristiwa-peristiwa Penting:
1. Salsilah @ asal usul keturunan En. Muhammad diteliti oleh Datuk Tan.
2. Datuk Tan mahu gelaran Datuk Indera Orang Kaya wilayah akan diberikan kepada En. Muhammad .
3. Salsilah keturunan Datuk Tan dan keluarga.
4. Sejarah hubungan perniagaan di antara orang Melayu dan orang Cina.


BAB 3
Cik Puan Tipah menerima surat dari Jahid yang menjadi penghubung keluarga. Isi kandungan surat tersebut menceritakan tentang projek tanaman orkid yang memang sesuai untuk dijalankan. Jahid juga turut menceritakan tentang perubahan sikap ayahnya Penghulu Mahmud yang mula berkira-kira untuk menjual tanah milik keluarga mereka yang terletak di Jeram Medang. Cik Puan Tipah teringatkan Rahim yang sejak akhir-akhir ini surat yang dikirimnya mulai memperlihatkan sikapnya yang menentang ayahnya.

Peristiwa-peristiwa penting:
1. Cik Puan Tipah Terima surat daripada Jahid
2.Ingatan Cik Puan Tipah ketika dia berkahwin dengan En. Muhammad dan baru mengetahui suaminya mempunyai keluarga besar.
3.Isi Kandungan surat tentang projek tanaman orkid di kawasan Jeram Medang.
4. Surat Rahim sejak kebelakangan ini mulai berubah dan mula menentang kemewahan yang menjadi matlamat ayahnya.
5. Penghulu Mahmud yang mahu menjual tanah bagi kerjasama projek antara YB Mohd. Yusof dengan tauke Cina.

BAB 4
Syarifah Muinah sentiasa resah dan bimbang apabila setiap kali menjelang hari jadi Mahani. Dia takut jika sekiranya Mahani mengetahui yang dia bukanlah ibu kandungnya. Bagi Tan Sri Syed Aris semua itu tidak penting, kerana mereka berdua memang menyayangi Mahani kerana inilah satu-satunya anak mereka, walaupun Mahani sebenarnya adalah anak kepada Syarifah Naemah iaitu kakaknya sendiri. Syarifah Muinah juga bimbang memikirkan jodoh Mahani yang mula mendapat tempat di hati isteri Penghulu Mahmud. Mahani pula masih dalam kekeliruan dengan perasaannya terhadap tiga orang jejaka yang hadir dalam hidupnya iaitu antara Rahim, Jahid dan juga Robert.


BAB 5
Duli Yang Maha Mulia Baginda Sultan akan mengadakan lawatan ke Pekan Tualang sempena hari keputeraannya. Beliau berhasrat untuk membahagikan harta keluarganya mengikut hukum faraid. Tetapi hasratnya itu telah ditentang oleh Jahid kerana bagi jahid maruah perlu dijaga. Penghulu Mahmud kagum dengan Jahid walaupun masih muda tapi mempunyai pemikiran yang matang. Penghulu Mahmud rasa peluangnya untuk mendapat gelaran Orangkaya Indera tipis memandangkan adiknya Muhammad adalah orang kaya yang berpengaruh. En. Muhammad datang menziarahi abangnya di samping untuk memaklumkan tentang projek tanaman orkid di tanah milik keluarga mereka di Jeram Medang dan memaklumkan abangnya tentang gelaran Datuk Indera Orang Kaya. En. Muhammad juga berkesempatan berjumpa dengan rakan-rakan lamanya, melalui mereka En. Muhammad mendapat maklumat penduduk kampungnya masih lagi dibelenggu kemiskinan dan ramai anak-anak muda telah berhijrah ke Bandar.

BAB 6
Sudin dan Sarip meninjau kawasan di sekitar Jeram Medang untuk menyiasat hak milik tanah yang dimiliki oleh keluarga Penghulu Mahmud. Menurut Sarip boleh dikatakan hampir keseluruhan kawasan di situ adalah hak milik keluarga Penghulu Mahmud. Dalam perjalanan mereka telah berjumpa dengan Ali yang sedang mengepalai beberapa orang pemuda yang sedang menebas kawasan hutan di situ. Maklumat yang diperolehi daripada Ali, tanah itu hendak ditanam dengan tanaman orkid. Sudin tidak yakin dengan apa yang diberitahu oleh Ali. Mereka seterusnya telah membuat temujanji untuk berjumpa di rest house pada petang nanti. Mereka terus ke kawasan Jeram Medang untuk berehat , di situ sarip menjelaskan tanah di sekitar kawasan itu juga adalah hak milik keluarga Penghulu Mahmud. Sementara itu Ali telah ke rumah Jahid untuk memaklumkan tentang petemuannya dengan Sudin dan janji temu mereka. Jahid mahu Ali menceritakan perihal sebenar berkaitan tanah yang sedang diusahakan tanaman orkid itu.

Peristiwa-peristiwa Penting

1.Sudin dan Sarip sedang memantau tanah milik keluarga Penghulu mahmud.
2.Sudin menemui Ali ketua projek tanaman orkid untuk mendapatkan maklumat ,seterusnya mereka berjanji untuk berjumpa di rest house.
3. Ali telah memaklumkan kedatangan Sudin kepada Jahid dan Penghulu Mahmud – Jahid mahu Ali berterus-terang sahaja.

BAB 7
Sudin memaklumkan hasil petemuanya dengan Ali kepada Yang Berhormat Muhd. Yusof tentang rancangan En. Muhammad untuk menanam orkid. Walau bagaimanapun YB tidak mempercayainya. Sudin juga berharap agar YB dapat memujuk Penghulu Mahmud untuk bekerjasama dengannya dalam menjayakan projek rumah kos rendah. Kejayaan kerjasama antara mereka sangat penting buat Sudin, kerana dia berharap kejayaan itu nanti akan memudahkannya untuk meminta bantuan YB bagi melangsaikan hutang-hutangnya semasa dia menjadi broker dulu. YB bangga menceritakan tentang kejayaannya membangunkan projek rumah murah di Pekan Tualang. Kelangsungan politik YB bergantung kepada projek kerjasamanya dengan Tauke Chan yang melibatkan tanah Penghulu Mahmud di Jeram Medang. Projek tanaman orkid tersebut dilihat sebagai penghalang cita-citanya.

Peristiwa-peristiwa Penting
1. Sudin memaklumkan kepada YB Mohd. Yusof, Ali memberitahu tanah tersebut hendak ditanam dengan orkid.
2. Sudin berharap agar YB dapat membantunya menyelesaikan masalah hutang-hutangnya.
3.Sudin berharap agar YB dapat mempengaruhi Penghulu Mahmud untuk menjual tanah-tanahnya
4. YB berasa bangga kerana telah berjaya membangunkan Pekan Tualang dengan projek rumah murah.
5.YB berasa kedudukan keluarga Penghulu Mahmud sebagai pemilik tanah terbanyak akan menganggu cita-citanya.

BAB 8
En. Muhammad berbincang dengan Tan Sri Syed Aris tentang projek mereka hendak membuka ladang lada hitam di Johor. En. Muhammad mengingatkan Tan Sri agar tidak menyamakan falsafah politik dengan perniagaan apabila beliau menjelaskan tentang hasrat kerajaan sekurang-kurangnya 30 % ekonomi Negara dimiliki oleh orang Melayu. En. Muhammad kemudian ke hotel untuk berjumpa YB bagi menyelesaikan masalah berhubung dengan pembangunan wilayah Tualang. YB dan En. Muhammad mempunyai misi yang sama iaitu untuk membangunkan kawasan tersebut dan membantu penduduknya. YB menjelaskan tentang rancangannya untuk bekerjasama dengan tauke Chan dalam projek perumahan untuk membantu penduduk yang tidak memiliki tanah dan rumah dan Penghulu Mahmud telah bersetuju untuk menjual tanahnya. En. Muhammad mengingatkan YB bahawa kerjasama tersebut seumpama bekerjasama dengan harimau. Sebenarnya YB Cuma mengambil kesempatan di atas kesediaan Tauke Chan untuk membiayai projek tersebut dengan syarat beliau dibenarkan untuk membina rumah untuk orang-orang Cina di Pekan Tualang yang tidak mempunyai tanah. Akhirnya kedua-duanya mencapai kata sepakat untuk bekerjasama bagi kepentingan masing-masing, En, Muhammad untuk kepentingan peniagaan manakala YB pula untuk kelangsungan politiknya.

Peristiwa-peristiwa Penting :
1. Pertemuan antara En.Muhammad dengan YB Mohd.Yusof untuk berkongsi pendapat tentang pembangunan di wilayah Tualang.
2.YB menerangkan tentang kerjasamanya dengan tauke Chan untuk membangunkan wilayah Tualang.- Penghulu Mahmud telah bersetuju untuk menjual sebahagian tanahnya di Jeram Medang.
3. En.Muhammad memaklumkan yang dia juga hendak membangunkan wilayah Tualang dengan membuka kembali perusahaan perlombongan dan juga mahu memajukan tanah milik keluarganya dengan projek tanaman orkid.
4. Kedua-dua bersetuju untuk bekerjasama bagi memajukan wilayah Tualang di samping menjaga kepentingan mereka.

BAB 9
Minyak wangi yang dipakai oleh Mahani mengingatkan En. Muhammad kepada anaknya Ana. En. Muhammad bertanyakan Mahani kenapa surat Rahim ada di atas mejanya. Mahani memberitahu surat tersebut dialamatkan atas nama Pengarah Urusan. En. Muhammad meminta pendapat Mahani tentang surat tersebut, Mahani berpura-pura tidak memahaminya, sebenarnya dia telah pun membacanya. En. Muhammad pernah menulis surat kepada Rahim supaya menumpukan perhatian kepada pelajaran dan tidak berfikir perkara yang lain.

Peristiwa-peristiwa Penting :
1. Surat Rahim yang dihantar beralamatkan Pengarah urusan telah dibaca oleh Mahani tanpa pengetahuan En. Muhammad. En. Muhammad mahu Mahani memberi komen tentang isi kandungannya.
2. Surat yang ditulis Rahim menunjukkan perubahan sikap Rahim yang mula menentang golongan kaya yang tamak.

BAB 10
Mahani tidak dapat tidur memikirkan tentang surat Rahim yang diminta oleh En. Muhammad supaya dia beri komen. Sebelumnya Mahani meminta bantuan walid dan uminya untuk beri pendapat. Mahani keliru tentang perasaanya terhadap Rahim. Dalam masa yang sama Jahid juga turut hadir di hatinya. Keesokkannya Mahani kecewa kerana walidnya telah pun keluar sebelum sempat dia mendapat pandangan walidnya. Uminya S.Muinah berharap agar Mahani dan Rahim akan bersatu. Pada pandangan Uminya surat Rahim itu sebenarnya adalah luahan hati Rahim yang mencintainya.

Peristiwa-peristiwa Penting :
1. Mahani keliru dengan perasaanya dan sedang berfikir bagaimana cara untuknya memberi jawapan kepada En. Muhammad.
2. Mahani juga turut keliru dengan perasaannya terhadap Rahim dan juga Jahid.
3. S. Muinah mahu Mahani dijodohkan dengan Rahim kerana dia berpendapat surat Rahim sebenarnya adalah luahan hatinya yang mencintai Mahani.

BAB 11
Ketika Sudin sampai di kedai Pak salim semua pemuda di situ keluar. Sudin berbual dengan Pak Salim tentang sikap dingin ayahnya. Mengikut Pak Salim keadaan itu berpunca daripada perselisihan faham yang dikatakan berkait dengan politik. Pak Salim kenal Sudin sejak dari kecil lagi dan hubungannya dengan ayah Sudin juga rapat kerana mereka pernah belajar agama bersama. Sudin sedar kemarahan ayahnya kerana dirinya yang tidak warak, kahwin cerai dan penglibatannya dalam politik. Sudin teringatkan akan kegagalannya untuk berkahwin dengan gadis idamannya menyebabkannya membawa diri. Sudin kemudian pulang ke rumah untuk bersemuka dengan ayahnya

Peristiwa-peristiwa Penting:
1.Sudin tidak digemari oleh pemuda kampong kerana menjadi wakil wakil rakyat ayahnya juga bersikap dingin dengannya.
2.Sudin sedar kerenggangan hubunga dia dengan ayahnya kerana dia tidak warak , kahwin cerai dan terlibat dengan politik.
3.Sudin membawa diri kerana kecewa tidak dapat kahwin dengan gadis idamannya
4. Pak salim menasihatinya supaya pulang ke rumah untuk menyelesaikan masalahnya dengan ayahnya.

BAB 12
Sudin dapat merasai akan kedinginan hubungan dengan ayahnya. Namun dia sedar yang dia perlu bersemuka untuk menyelesaikannya. Imam Saad memberitahu bahawa dia mendengar khabar yang mengatakan Sudin melarikan Gayah, Sudin menafikan tuduhan tersebut. Imam Saad juga memberitahu Sudin tentang kenapa mereka tidak meminang Gayah - Ini semua berpunca dari persengketaan keluaga yang berkurun lamanya telah menghalangnya untuk berbuat demikian. Imam Saad memberitahu bahawa keluarga Penghulu Mahmud memandang hina mereka kerana persengketaan tersebut. Imam Saad juga tidak mengetahui siapa yang sebenarnya menyebarkan berita tentang Sudin melarikan Gayah, dia mahu Sudin menyiasat sendiri siapa yang menyebarkan berita tersebut.

Peristiwa-peristiwa Penting:
1. Hubungan Sudin dengan ayahnya dingin.
2. Imam Saad memberitahu Sudin tentang khabar yang Sudin telah melarikan Gayah.
3. Sudin kesal dengan tindakan ayah dan ibunya yang tidak meminang Gayah dulu.
4. Imam Saad menceritakan tentang persengketaan keluarga antara keluarganya dengan keluarga Penghulu Mahmud yang menyebabkan mereka tidak berani untuk meminang Gayah.

BAB 13
Akibat kemalangan yang telah menimpanya Sudin terpaksa terlantar di hospital, Sudin sedar kejadian itu sebenarnya adalah perbuatan khianat. Sudin cuba mengingatkan kembali rentetan peristiwa sehingga dia terlantar di hospital. Dia yakin dan cam suara orang yang telah memukulnya namun dia tiada bukti untuk melaporkan kejadian tersebut pada polis. Semasa di Balai Raya dia mendapat berita dari rakan-rakannya yang mengatakan dia telah melarikan Gayah. Di hospital beliau telah diziarahi oleh YB bersama dengan Jahid, kehadiran Jahid menimbulkan tanda Tanya. Sudin berharap agar YB datang menziarahinya seorang diri kerana dia ingin mendapatkan maklumat tentang kerjasama YB dengan Tauke Chan. Ini penting baginya kerana kejayaan projek itu akan menyelesaikan masalah hutang-hutangnya.

Peristiwa-peristiwa Penting:
1. Sudin terlantar di hospital akibat kemalangan dan dibelasah oleh Mat Akil
2.Sudin teringatkan kembali peristiwa bagaimana dia boleh terlantar di hospital, dia pasti orang yang telah menganiayainya ialah Mat Akil namun dia tiada bukti.
3. Kehadiran Jahid bersama dengan YB ketika melawatnya menimbulkan tanda Tanya di benak Sudin.
4. Sudin sebenarnya ingin mendapat maklumat tentang kerjasama YB dengan Tauke Chan.

BAB 14
En. Muhammad berasa tenang setelah mendekatkan dirinya dengan tuhan, dia berdoa agar penubuhan Syarikat Lombong Lembah Tualang akan mendapat kejayaan. Bagi beliau nasib penduduk Kampung Pulai akan berubah dan kehidupan mereka akan lebih terjamin. Beliau juga resah dengan hasrat Datuk Tan yang mahu mengurus sendiri syarikat tersebut tetapi dia tidak mahu bertanggung jawab sebelum urusan tanah diselesaikan. YB telah berusaha untuk membantu mereka menyertai rancangan FELDA. En. Muhammad juga berharap agar abangnya akan dilantik sebagai Orangkaya Indera ini penting untuk menjamin perusahaan perlombongan itu nanti berjalan dengan lancar. Beliau bercadang untuk mengadakan sambutan besar-besaran sempena perlantikan abangnya sebagai Orang Kaya Indera Datuk Mahmud. Ini adalah untuk mengambil hati penduduk di Pekan Tualang supaya perusahaan perlombongannya tidak ditentang. Dan mereka nanti senang untuk dipujuk berpindah ke rancangan FELDA

Peristiwa-peristiwa Penting
1. En. Muhammad beribadat untuk mendapat petunjuk daripada Tuhan sempena penubuhan Syarikat Lombong Lembah Tualang.
2. En. Muhammad berasa keliru dengan keputusan Datuk Tan yang mahu mengurus sendiri syarikat tersebut.
3. Penduduk kampong yang miskin akan dibantu melalui usaha YB untuk membawa mereka menyertai rancangan FELDA.
4. Perlantikan Penghulu Mahmud sebagai Datuk Orangkaya Indera akan disambut secara besar-besaran bagi memenangi hati penduduk Kampung Pulai.

BAB 15
Mat Akil ke Kuala Lumpur untuk mencari Gayah. Dia sebenarnya pernah tinggal dan bekerja sebagai budak jaga kereta bersama dengan Kassim di Kuala Lumpur. Kedatangannya ke Kuala Lumpur bersama dengan sejumlah wang yang dibawa kiriman rakan-rakannya membimbangkan dia. Di Kuala Lumpur ramai penyeluk saku, Dia berharap dia dapat berjumpa dengan Kassim untuk membantunya mencari Gayah. Tapi nasibnya malang kerana Kassim yang dicari telah berhenti kerja, mujurnya rakan Kassim yang bernama Ali mahu membantunya mengesan di mana Kassim bekerja. Mat Akil sebenarnya bercita-cita untuk menjadi menantu saudara kepada En. Muhammad kerana dia dapat merasakan banyak peluang yang akan terbuka untuknya nanti. Ketika di Wisma Yakin dia terlihat Kassim yang menurunkan Sudin dan Jahid. Mat Akil terus mendapatkan Kassim, mengikut Kassim dia telah dua bulan bekerja dengan En. Muhammad setelah Ali pemandunya ditugasjan untuk mengendalikan lading orkid di Jeram Medang.

Peristiwa-peristiwa Penting:
1. Mat Akil ke Kuala Lumpur untuk mencari Gayah di samping meminta bantuan Kassim tetapi nasibnya kurang baik Kassim telah lama berhenti kerja.
2. Mat Akil terlihat Sudin dan Jahid keluar dari kereta yang dipandu oleh Kassim.
3. Mat Akil bertemu dengan Kassim tetapi tidak jadi menabur fitnah tentang Sudin,

Comments