ASIN MUSIM GENTING
Jamaludin D
MAKSUD
Rangkap 1
Penyajak melahirkan keinginannya untuk melihat kedamaian negara-negara yang dilanda peperangan.
Penyajak juga menyatakan bahawa terdapat segelintir manusia yang tidak sanggup berhadapan dengan peperangan yang tercetus akibat angkara manusia.
Rangkap 2
Penyajak menggambarkan sungai sebagai simbol tindakan manusia yang keji dan tidak berperikemanusiaan .
Rangkap 3
Penyajak menyatakan bahawa penduduk di negara-negara yang dilanda peperangan melarikan diri untuk keselamatan. Penyajak juga menggambarkan nasib yang menimpa kanak-kanak kec il yang tidak berdosa akibat sikap tidak berperikemanusiaan.
Rangkap 4
Penyajak melahirkan rasa kesalnya kerana segala usaha untuk mencapai kedamaian tidak berhasil . Segala kata sepakat tidak dapat dicapai dan peperangan masih berterusan.
Rangkap 5
Penyajak menganggap dirinya seorang insan yang kerdil dan tidak berkuasa untuk menangani peperangan kerana sikap manusia yang berani mengkhianati perjanjian.
MAKSUD KESELURUHAN
Sajak ini memaparkan situasi peperangan dan kesannya. Perang yang berpunca daripada perasaan dendam telah memusnahkan kota, mengorbankan banyak nyawa dan rakyat. Perang tersebut menyebabkan rakyat berada dalam kesengsaraan. Segala usaha untuk mencapai kedamaian menemui kegagalan akibat campur tangan kuasa-kuasa besar.
TEMA
Sajak ini bertemakan peperangan yang telah menyebabkan kemusnahan . Peperangan tersebut menyebabkan masyarakat hidup dalam kesengsaraan dan kehilangan kemanusiaan.
Contohnya
perca kemanusiaan koyak rabak
dimakan asing musim genting
PERSOALAN
Persoalan dendam menjadi punca persengketaan manusia
Dendam melahirkan rasa benci dan sengketa sesama manusia
Contoh :
mengharungi dendam saban waktu
singgah menimpa diri
mematikan dalam bahana sakit
Persoalan manusia yang mementingkan diri sendiri
Sifat mementingkan diri sendiri boleh membawa permusuhan dan persengketaan sesama manusia
Contoh : manusia lebih berani
mengkhianati janji
Persoalan peperangan menjadikan manusia huru hara dan negara tidak aman
Perang menyebabkan manusia menjadi pelarian meninggalkan negara sendiri untuk mencari perlindungan
Contoh : lalu mereka berlari menembusi sempadan
halaman penuh duri taburan percikan
Persoalan peperangan menyebabkan manusia merasa sangsi dengan kejujuran dan usaha-usaha ke arah perdamaian
Perang yang meletus melahirkan sengketa manakala seruan kedamaian dianggap sebagai suatu yang sia-sia dan kerap tidak memberi hasil
Contoh : padang sasar tubuhlah galang gantinya
menjadikan perjanjian semakin sangsi
Persoalan masyarakat yang tidak jujur dan memungkiri janji
Contohnya dalam gejala tindak-tanduk
tamadun kini
manusia lebih berani
memungkiri janji
BENTUK
Sajak ini terdiri daripada lima rangkap
Bilangan baris adalah tidak sama
Contohnya : Rangkap 1 9 baris, rangkap 2 5 baris, rangkap 3 6 baris, rangkap 4 6 baris dan rangkap 5 7 baris.
Jumlah perkataan dalam baris tidak sama
Terdapat baris yang mempunyai 2 patah perkataan dan baris yang mempunyai 5 patah perkataan sebaris
Jumlah suku kata dalam baris tidak sama
Jumlah sukukata minima adalah 5 manakala suku kata maksima adalah 16 suku kata sebaris.
Rima akhir dalam baris bebas atau tidak sama
Contohnya :
Rangkap 1 abcdefadg
Rangkap 2 abcde
Kesimpulannya, sajak ini berbentuk bebas
GAYA BAHASA
Personifikasi
Contoh : Perang yang mendengkikan
Bait-bait terus bersuara
Hiperbola
Perca kemanusiaan koyak-rabak
Diksi yang puitis atau indah
Padang sasar tubuhlah galang-gantinya
Asonasi
Mengkhianati janji (pengulangan vokal ‘i’)
Aliterasi
Bait-bait terus bersuara (pengulangan konsonan ‘b’)
Kata ganda
Contohnya : Beting-beting, koyak rabak, baris-baris, tindak-tanduk
Sajak ini bernada protes
Penyajak mengecam tindakan pihak tertentu yang memulakan peperangan tanpa mempedulikan penderitaan orang lain.
Contohnya : manusia lebih berani
mengkianati janji
Nada melankolik.
Contohnya :
halaman penuh duri taburan percikan
perang dan peluru.
Rasa geram dan marah
Contohnya perang dan peluru
meletus ratah tubuh lesu
Kesal
Penyajak kesal kerana segala usaha untuk mewujudkan perdamaian menemui jalan buntu akibat sikap sesetengah pihak yang tidak bertanggungjawab.
Contohnya : menjadi perjanjian semakin sangsi
di kepalsuan. Secarik kertas
terbakar di tangan. Api terus berang
Simpati
Contoh : perang dan peluru
Meletus ratah tubuh lesu
Berani
Contohnya : bait-bait terus bersuara
melangkah hajat manusia marhaen
Cinta akan tanahair
Contohnya: kampung dusun membiakkan zuriat
hangus di belakang kering lalang
Kejujuran
Contohnya: bait-bait terus bersuara
melangkah hajat manusia marhaen
Kita hendaklah bersimpati
Contohnya penyajak bersimpati dengan nasib mangsa peperangan
Kita mestilah bertanggungjawab
Contohnya Melangkah hajat manusia marhaen
Kita haruslah berani menyatakan pendapat yang benar
Contohnya Bait-bait terus bersuara
Kita harus menginsafi bahawa persengketaan yang menjadi punca kematian
Contoh : terbakar di tangan. Api terus berang
tanah terkebak dihentak ledak
Janganlah mengkhianati janji atau kepercayaan orang lain
Contoh : manusia lebih berani
mengkhianati janji
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.