Zahir peruntungan yang telah sejati,
Mendapat saudara handai sahabati,
Ahli kebajikan menyejukkan hati,
Setia amanah nyata dilihati.
Budi yang sama ikhlas mesra,
Menghabisi dukacita sengsara,
Bukan balas intan mutiara,
Melainkan rahmat dipohonkan segera.
Jatuh padanya itu sekelian,
Darjah kehebatan lagi kepujian,
Nur keelokan rahmat ketinggian,
Daripada ini hingga kemudian.
Kerana fakir tiada terkuasa,
Pada hamba lusuhlah jasa,
Budi yang ihsan dipohon sentiasa,
Ikatan reda sama sebangsa.
Sesungguhnya tenang rasa fikirku,
Serta rahmat anugerah Tuanku,
Yang telah menghasilkan maksudku,
Memecahkan di hati yang terbuku.
Keluasan panjang sinar dan silam,
Keadaan bertambah zahir tak kelam,
Fakir dan syukur hati di dalam,
Ke hadrat al-A`la Khaliq al-Alam.
Mudah-mudahan bertambah masih,
Akal dan ilmu bicara yang bersih,
Mukim berikat dengan kasih,
Tiada mardhan cerai berselisih.
Selama masa dunia akhirat,
Ikatan jangan pecah berkerat,
Kuharap membetuli janji tersurat,
Lepas daripada picik darurat.
Kehidupan senang kesukaan kekal,
Hingga kepada zuriat yang tinggal,
Ikat bersahabat janganlah tinggal,
Setia teguh sama tawakal.
Harun Mat Piah (Penyelenggara)
Puisi Melayu Tradisional: Nasihat dan Pengajaran, 2004
Dewan Bahasa dan Pustaka.
MAKSUD
Rangkap 1
Kita akan beruntung apabila mendapat saudara dan sahabat sejati yang sentiasa berbuat baik dan menunjukkan sifat setia serta amanah.
Rangkap 2
Ikatan kekeluargaan dan persahabatan perlu berlandaskan budi bahasa, keikhlasan, kemesraan dan tolong-menolong tanpa mengharapkan balasan kebendaan. Mereka hanya mengharapkan rahmat daripada Allah.
Rangkap 3
Ikatan kekeluargaan dan persahabatan sedemikian dianggap hebat dan terpuji dan pastinya beroleh rahmat dan keberkatan daripada Allah.
Rangkap 4
Olek kerana manusia ialah insan yang lemah dan saling memerlukan antara satu sama lain, maka kita perlu sentiasa tolong-menolong dan berbelas ihsan agar perpaduan sebangsa seagama terus utuh.
Rangkap 5
Penyair menyatakan hatinya berasa tenang kerana telah diberi rahmat oleh Tuhan untuk menyatakan buah fikirannya dan dapat meluahkan rasa yang terpendam di hati.
Rangkap 6
Penyair mengucapkan syukur kepada Allah kerana telah memberikan petunjuk dan membuka pintu hatinya.
Rangkap 7
Penyair mengharapkan agar nasihat yang diberikan, diterima dengan ikhlas dan hati yang terbuka demi mengeratkan kasih dan perpaduan sesama manusia.
Rangkap 8
Penyair menggesa supaya kita sentiasa bersatu dari dunia hingga akhirat kerana akan memudahkan kita mengatasi segala masalah dan kesusahan yang timbul.
Rangkap 9
Penyair menegaskan bahawa kita harus mengutamakan nilai kekeluargaan dan persahabatan yang baik berlandaskan semangat kesetiaan dan tawakal kepada Allah.
untuk mendapatkan kesenangan dan kegembiraan hidup yang berpanjangan hingga ke anak cucu.
Kepentingan menjaga hubungan baik sesama manusia.
Contohnya: Setiap manusia perlu menjaga tingkah laku sesama manusia dan memohon rahmat Allah untuk mengukuhkan hubungan kekeluargaan dan persahabatan.
PERSOALAN
Persoalan kelebihan menjaga persahabatan
Contohnya: Mendapat saudara handai sahabati
Ahli kebajikan menyejukkan hati.
Persoalan keikhlasan dalam memberi pertolongan
Contohnya: Bukan balas intan mutiara
Melainkan rahmat dipohonkan segara
Persoalan bBantu-membantu dapat mengukuhkan ikatan
Contohnya: Budi yang ihsan dipohon sentiasa
Ikatan reda sama sebangsa
Persoalan bersyukur dengan rahmat Tuhan
Contohnya: Fakir dan syukur hati di dalam
Ke hadrat al-A`la Khaliq al-Alam
BENTUK
Karangan berangkap iaitu 9 rangkap
Jumlah perkataan sebaris tidak sama panjang.
Contohnya : menghabisi dukacita sengsara (3 perkataan)
Akal dan ilmu bicara yang bersih (6 perkataan)
Jumlah sukukata dalam sebaris tidak seimbang.
Contohnya: Budi yang sama ikhlas mesra (9 sukukata)
Melainkan rahmat dipohonkan segera (13 sukukata)
Jumlah baris dalam serangkap sama banyak.
Contohnya: 4 baris serangkap.
Rima akhir setiap rangkap serupa.
Contohnya: aaaa
Kesimpulanya puisi ini berbentuk terikat.
Sinkof
Contohnya: fikirku, maksudku, zahir tak kelam, kuharap
Kata ganda
Contohnya: mudah-mudahan
Bahasa pinjaman / Arab
Contohnya: akal, mardhan, akhirat, tawakal, nur, zahir,
Al-A`la Khaliq al-Alam
Inversi
Contohnya: Sesungguhnya tenang rasa fikirku
Sepatutnya – sesungguhnya fikirku rasa tenang
Epifora
Contohnya: Hingga kepada zuriat yang tinggal
Ikat bersahabat janganlah tinggal
Repitasi
Contohnya: setia, Rahmat, Ikatan
Asonansi
Contohnya: Mendapat saudara handai sahabati
Aliterasi
Contohnya: Ahli kebajikan menyejukkan hati
NILAI
Kesetiaan / amanah
Contohnya: Setia amanah nyata dilihati
Keikhlasan
Contohnya: Bukan balas intan mutiara
Melainkan rahmat dipohonkan segera
Bantu-membantu
Contohnya: Budi yang ihsan dipohon sentiasa
Kesyukuran kepada Tuhan
Contohnya: Fakir dan syukur hati di dalam
Ke hadrat al-A`la Khaliq al-Alam
Perpaduan
Contohnya: Mukim berikat dengan kasih,
Tiada mardhan cerai berselisih.
Kita mestilah menjaga hubungan baik sesama keluarga dan sahabat .
Contoh: Ahli kebajikan menyejukkan hati
Kita janganlah mengharapkan balasan apabila menaburkan budi kepada seseorang.
Contoh: Bukan balas intan mutiara
Melainkan rahmat dipohonkan segera.
Kita haruslah menolong orang yang memerlukan bantuan agar dapat mengukuhkan ikatan persaudaraan.
Contohnya: Budi yang ihsan dipohon sentiasa
Ikatan reda sama sebangsa.
Kita hendaklah bersyukur kepada Allah yang melimpahkan kesenangan dan memberikan sepanjang masa.
Contohnya: Fakir dan syukur hati di dalam
Ke hadrat al-A`la Khaliq al-Alam
ini subjek bahasa melayu ke? bolehlah budak2 @ student hafal artikel ini,
ReplyDeleteamat membantu
subjek kesusasteraan melayu
Deletepelajar bahasa melayu pun boleh menggunakan sebagai rujukan
terima kasih aynora nur
itulah kelebihan dlm dunia sastera..:D
ReplyDeletep/s: air dicincnag xkan putus..:D
i love this topic so much
ReplyDelete